Monday, December 19, 2016

Akhirnya siap juga....

Syukur sangat-sangat setelah berhempas pulas terpaksa prioriti dalam banyak hal, akhirnya siap juga dissertation EMAS ku. 

Mula-mula cabaran kena capai 30 ribu patah perkataan, berminggu-minggu juga nak hadap benda ni. Terpaksa abaikan subjek IT Management tu. 

Dengan harapan kerja akan berkurang, rupenya beban kerja ku macam biasa. Entahlah macam sama jer ada yang sepenuh masa atau separuh masa, terpaksa aku hadap. 

Kesian anak-anak masa untuk jalan-jalan pun kurang. Tapi itulah pengorbanan untuk siapkan laporan kertas kerja akhir ni. 

Cabaran bahasa kedua aku dah cuba atasi dengan beli software ginger, RM500 juga dia caj aku. Lepas tu SV suh buat proofread, 82 muka surat darab dengan RM8 setiap muka surat, RM650 jugalah. 

Cabaran ketiga SPSS, sebenarnya aku dah cuba belajar SPSS dan berjaya run dan dapatkan output yang diperlukan. Sekali bila masalah loading muncul, terpaksa dapatkan khidmat pakar, dah la masa tu chapter 5 tak masuk lagi, terpaksalah buat apa yang patut. RM450 melayang. 

Semalam baru siap betulkan proofread hari ni nak hantar. Malam tadi juga aku gi hantar print. Balik umah baca balik banyak salah ejaan, apa lagi edit lagi. Pepagi hari terpaksa gi ke Seksyen 2, Shah Alam untuk betulkan. Alhamdulillah allah permudahkan urusanku. 

Kos untuk cetak jer dekat RM300. hahaha... tu belum kos minyak bagai. 


Tapi apa yang aku puas hati, hard cover aku berjaya dihantar tepat pada masanya. 

Alahmdulillah... terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepadaku. 

Friday, November 4, 2016

Responden...

Selamat berhujung minggu...

Seminggu dok mengedar soal selidik, selepas tu hari Rabu, Khamis dan Jumaat gi kutip balik. Tebalkan muka jer gi hantar soal selidik ni. Hari jumaat tak sempat gi ke unit pengurusan fasiliti... 

Ok, hasil menggunakan google form dan bantuan rakan-rakan seperjuangan yang berkhidmat di JPM dapatlah tingkatkan jumlah responden aku kepada 123 orang. Gembira juga sebab responden perempuan dah melebihi target, dalam google forms responden perempuan seramai 75 orang. Lepas tu yang jawab manual ada 86 orang menjadikan jumlah keseluruhan responden perempuan 161 orang. Lega jugalah sebab ada dua orang responden perempuan dalam google form tu kerja kurang 6 bulan. Aku kena ubah chapter 3 aku respondent tu mestilah kerja 6 bulan dan ke atas. hihihihi... 

Respondent lelaki ni agak mengecewakan sikit, ye lah lelaki mana suka nak membaca soalan questionnaire ni kan... waima pegawai sendiri pun, ambik masa yang lama nak menjawab... tak jawab langsung pun ada. Pengurusan atasan yang gred tinggi-tinggi tu lagilah pandang sebelah mata jer... tapi yang bagus ada seorang jusa berbangsa India, dia jawab. Bangsa sendiri kirim salam la kan... padahal pengurusan tertinggi ramai juga lelaki. Jumlah Responden lelaki buat masa ini 105, kurang 30 orang. 

Table Krejie dan Morgan tu kata kalau populasi 900 orang kena ambik 269 responden. Memandangkan aku ada guna moderator jantina, supervisor nasihatkan supaya kawal responden lelaki dan perempuan biar sama banyak. 

Ok hari ni nak jumpa supervisor nak maklum jumlah responden aku... tapi tak pastilah macam mana ni nak dapatkan lagi 30 orang respondent lelaki ni. Perlukah aku menggunakan magic... 


Ok hari ni... jap lagi nak gi bersenam di taman bersama anak2 lepas tu siap gi kampus... lepak bilik research

Tuesday, November 1, 2016

November 2016 Sudah Datang

Selamat tinggal bulan berbulan madu buat diriku, Oktober. Selamat datang bulan November yang memerlukan aku aktifkan diri dua kali ganda. Sememangnya jadual yang aku buat untuk bulan Oktober tak dapat diikuti dengan jayanya tapi adalah beberapa hari ikut. Konon nak tidur kul 2 pagi rupanya tak boleh kul 12 tu dah ngantuk sangat. Ke mana menghilangkan semangatku... 

Ok terus pandang ke hadapan melihat tarikh penting yang perlu dipenuhi untuk bulan November ini. Strategi pertama tukar WP3 sebab aku percaya pada bulan ini masih sekolah ramai orang masih ambik WP2 untuk hantar anak ke sekolah. Malas nak hadap jem pepagi hari jadi aku pilih WP3. Bulan depan kita tukar WP2 balik sebab ramai orang akan pakat dok pilih WP3 sebab nak tengok anak-anak kat umah sebelum ditinggalkan ke pejabat. 

Hari ini sepatutnya kena jumpa supervisor, tapi hari ini ada komitmen kerja pula. Nantilah bagitau supervisor tak leh datang hari ni. Pengumpulan data pun tak habis lagi. Ada tiga minggu jer lagi, sebelum 25hb November nak kena hantar laporan akhir. Alamak sepatutnya esok aku hantar untuk proof reading tapi tak siap lagi. Ok minggu ni last kita tambah apa yang patut sebelum hantar untuk proof reading. Hari jumaat ni last pengumpulan data, jadi malam Jumaat ni dah boleh start baca balik nota SPSS. Pensyarah aku minta laporan akhir sebelum 10hb. Maknanya ada 7 hari lagi. 

Maksudnya minggu ni aku kena fokuskan dissertation nie... fikirkan positif aku mampu lakukannya... ok aku kena siapkan lagi 20 muka surat untuk literature review aku. 

10-11hb aku kena buat persediaan mid-term IT Management. 


November 2016 Sudah Datang

Selamat tinggal bulan berbulan madu buat diriku, Oktober. Selamat datang bulan November yang memerlukan aku aktifkan diri dua kali ganda. Sememangnya jadual yang aku buat untuk bulan Oktober tak dapat diikuti dengan jayanya tapi adalah beberapa hari ikut. Konon nak tidur kul 2 pagi rupanya tak boleh kul 12 tu dah ngantuk sangat. Ke mana menghilangkan semangatku... 

Ok terus pandang ke hadapan melihat tarikh penting yang perlu dipenuhi untuk bulan November ini. Strategi pertama tukar WP3 sebab aku percaya pada bulan ini masih sekolah ramai orang masih ambik WP2 untuk hantar anak ke sekolah. Malas nak hadap jem pepagi hari jadi aku pilih WP3. Bulan depan kita tukar WP2 balik sebab ramai orang akan pakat dok pilih WP3 sebab nak tengok anak-anak kat umah sebelum ditinggalkan ke pejabat. 

Hari ini sepatutnya kena jumpa supervisor, tapi hari ini ada komitmen kerja pula. Nantilah bagitau supervisor tak leh datang hari ni. Pengumpulan data pun tak habis lagi. Ada tiga minggu jer lagi, sebelum 25hb November nak kena hantar laporan akhir. Alamak sepatutnya esok aku hantar untuk proof reading tapi tak siap lagi. Ok minggu ni last kita tambah apa yang patut sebelum hantar untuk proof reading. Hari jumaat ni last pengumpulan data, jadi malam Jumaat ni dah boleh start baca balik nota SPSS. Pensyarah aku minta laporan akhir sebelum 10hb. Maknanya ada 7 hari lagi. 

Maksudnya minggu ni aku kena fokuskan dissertation nie... fikirkan positif aku mampu lakukannya... ok aku kena siapkan lagi 20 muka surat untuk literature review aku. 

10-11hb aku kena buat persediaan mid-term IT Management. 


Monday, October 24, 2016

Malam ni Recap RM dan Main Jurnal

25 Oktober ,

Tengah malam cenggini mata dah pedih... ngantuk... sib baik esok tak keje. 

Ok malam ni kita recap jap Research Methodology dan juga main jurnal... lepas tu bolehlah tidur... 


Cuti Dua Hari Nak selesaikan Disertation

Aku dah pikir puas-puas minggu lepas, memang aku kena mohon cuti untuk naikkan balik momentum penulisan kertas kerja tahun akhir aku ni. WLB la sangat sampaikan aku sendiri pun tak seimbang. Quality of work life.... hadoi la mak... malas nak cite... biarlah rahsia. 

Malam tu aku tidur pukul dua pagi untuk siapkan draf... sambil belek-belek balik nota lama. Tapi aku tak belek lagi nota yang aku ambik masa jumpa supervisor tempoh hari. 

Subuh bangun pukul 6.30 pagi... macam biasa memanusiakan diri dan tunaikan tanggungjawab. Lepas tu mengadap komputer sampai terleka dan terlupa anak2 aku perlu dihantar ke rumah pengasuh dan tadika. Najmi sepuluh kali sekali masuk bilik cek aku dan memaklumkan bahawa aku sibuk dok buat kerja. Bagusnya anak aku ni memahami betul, sekali tengok jam dah pukul 8 lebih. Najmi dah mula mengingatkan aku untuk hantarnya ke sekolah, aku cakap kejap. Pukul 8.30 pagi terima panggilan telefon daripada CFA, interview rupenya. Memula aku cakap melayu dia suh aku cakap english dan dia mula tanya soalan2 berkiatan CFA dan cita-cita aku dan kenapa aku pilih pelan pengajian sekarang dan apa harapan aku kat JPM tu. Sebenarnya ada lagi soalan lain, tapi biarlah aku sorang jer yang tau. Lepas interview, jenguk Najmi, dia macam dah malas nak ke sekolah. Hadoilah kesian plak, tapi sebenanrya dia suka sebab mak cik dia ada kat umah tu... Aku pun cakap kejap lagi  nak gi hantar adik CT umah pengasuh sambil tu aku suruh dia salin baju biasa, melompat dia gembira siap usik adik dia lagi konon dia nak gi jalan hantar mak cik Ika dia umah Mak Ngah dia. Nangis la CT bila dengar gitu, bila diorang berdua ni sembang mereka berdua memang faham giler mesej-mesej yang dihantar dan diterima tu. Kesian pula CT iman  ni... pikir balik dah la semalam aku balik lewat, ni dah alang-alang kat rumah ni tak perlah tak yah hantar biar dorang main dengan mak cik Ika dia. Lapipun diorang tak kenal sangat mak cik ika ni... Alhamdulillah pukul sepuluh pagi aku denga diorang dah mula bergurau senda dengan mak cik Ika diorang. 


Pukul 10.30 pagi aku suapkan diorang nasi sayur air ikan kerisi goreng kunyit masakan ibu diorang subuh sapei nan dingin pagi tadi. Aku pun terpaksa cakap sapa tak makan tak boleh ikut ayah jalan, apa lagi diorang masing-masing dok tadah mulut ternganga minta suap. Sapa suruh janji kan... hambik terpaksa bawa diorang jalan juga kul 11 tu, pikir balik tak perlah sambil gi beli minyak masak kat Aeon Big... berlagak la konon aku ni bawa nota bagai konon nak baca. Bawa skadar bawa jer lah kalau dah kuar ngan budak-budak ni penatnya tuhan je yang tahu. Semua benda dia nak, itu nak ini nak, nak gi situ nak gi sana... hadoi... Lepas makan kat KFC aku ingat nak gi beli minyak masak diajaknya diorang nak main mainan yang masuk duit tu. Barang dah banyak ni lebihan makanan diorang, apa lagi masuk dalam mainan tempat diorang main tu sampai aku tertinggal fail nota aku. Lepas main terus gi beli minyak masak... ais krim MC Donald telah menyelamatkan nota aku dari hilang... masa duduk2 kat MC D tu baru aku perasan nota aku tiada. Bagitau adik suh jaga anak-anak, terus berlari ke tempat mainan, nampak Unty bawa beg dia letak folder aku atas beg dia. Aku pun ambik nota aku tu... sib baik lah... kalau tak memang menangis tak berlagu la aku nota hilang. 

Lepas tu balik rumah suh diorang tidur, tidur jugalah dengan aku sekali ambil nap sampai kul 3 petang. Lepas tu aku sambung study sikit, tetiba terdengar orang ketuk pintu geriji. Aku pun gi buka ada orang hantar tong gas, baru teringat masa sampai rumah tadi aku ada sms suruh diornag hantar gas. Oklah gas 15 Kg RM28. Lepas tu ternampak plak notis pegawai kesihatan persekitaran nak buat spot check kat umah nanti. Terus aku pun bersihkan tandas. 

OK... hari ni ada peristiwa lucu dimana kerusi meja makan yang aku gunakan untuk duduk kat depan meja komputer tu repuk dan patah... nasib baik aku tak jatuh dalam tu, kalau tak haru lor...  Kebetulan pula ada orang jual prelove kerusi pejabat apa lagi malam tadi aku dah grab... 

Tengah dok baring-baring kat ruang tamu sambil belek nota sambil dengar berita, tetiba handphone aku berdering. Rupenya ada orang nak beli mesin basuh Samsung tu pula. Ok mesin basuh 7kg tu tak rosak hari tu dia tak berpusing sebab ada kain melekat kat motor dia. Aku hampir nak buang mesin basuh tu, allah bagi petunjuk aku buka penutup bawah dia yang macam laci jer.... tengok ada stoken, tudung bawal dan seluar kecik kat situ. Selepas aku buk simpulan kain-kain tu dan keluarkan semua. Aku bawa masuk umah cuba buka memang boleh pakai lagi. Kebetulannya kami memang dah beli yang 10kg yang kononya cepat sikit keja membasuh kain nanti tak payah dua tiga round. Ok harga buka kat Mudah adalah RM400/RM350 tapi aku tulis boleh runding. Masa dia call aku cakap RM300 kalau ambik sendiri, lepas tu dia minta kurang lagi RM250, sebab malas nak fikir aku tanya wife dia pun setuju kami pun setuju. Lucunya baru seminit aku jual ada tiga orang lagi tanya pasal mesin basuh tu. Lepas tu cepat-cepat aku delete iklan tu. 

Selesai kes mesin basuh aku pun gi ambik kerusi opis plak. Ok mamat tu jual RM100 sebuah bila aku minta kurang dia bagilah RM90. Memula janji nak hantar tapi tak hantar, malam ni alasan demam. Apa lagi aku pun bagitau boleh ambik sendiri. Harga tak kurang pun... usunglah aku kerusi tu jauh juga berpeluh2 rasaya. 

Kini aku menulis blog ini di atas kerusi prelove yang empuk ini... 

23 Oktober 2016 Kelas IT Management

23 Oktober 2016

Ini merupakan kelas kedua kami semester ini. Baru nak masuk chapter satu, petangnya kami ditinggalkan dengan kerja rumah yang perlu dihantar pada hari tu juga. Malam tadi kami terima arahan kumpul maklumat berkaitan perbentangan bajet 2017. Tapi sekali masuk kelas kena buat IT Management dan Policy plak... macam keliru jer kan... padahal senang jer. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan kami pun pilih 1Gov*UC. 

Sebelum rehat kami berbincang dengan Dr Azma berkaitan tugasan projek kumpulan kami. Hari tu aku dah emelkan rakan seperjuanganku cadangan tajuk, kasi gempak sikit konon... Critical Success Factors of implementing PCB in Government Sectors , the awareness amongs government officer as a user of the system. Fulamak, masa bentang tu aku pun tak nampak sebenarnya nak buat CSF untuk Enterprise Resource Management ni macam manakan, sekali bila Dr Azma dah komen sikit kami nak fokus kepada service provider atau user of the system barulah dapat idea. Hmmm sahabat aku memang otak geliga macam selalu dia nampak aku tak leh jawab dia pun bagilah jawapan yang sepatutnya. Aku dok fikir CSF tu teamwork, workflow, communication dll. Sekali collegues aku tu cakap mungkin disebabkan barriers of communication where by the existing of communication gaps, lepas tu dia cakap the awareness among end user it self, lepas tu pensyarah tambah in government the top management support is crucial. 

Lepas tu bincang pasal article review plak, kami bagi pensyarah kami 8 article semuanya lepas. Jadi kami tinggal pilih 5 untuk buat review. kikiki.... oklah aku dah bagi skop untuk kami fokus sebagaimana silibus antaranya outsourcing, eg, dll... lupa dah wei... ye lah aku pikir benda tu masa kami satu famili lepak kat hotel Concorde Shah Alam, saje menghabiskan masa hujung minggu kat situ masa tu heboh kata tak der air kan, kami pun gi la hotel tu. Sambil tu bawa Najmi mandi kolam. Aku tak sia-siakan fasiliti yang disediakan aku belajar habis silibus IT Management tu... tapi masa kelas hari tu dah blurr balik. Mungkin betul kata pensyarah aku kita kena buat hari-hari baru boleh fokus dan sentiasa faham....

Lepas makan tengahari kami pun mulakan perjuangan menyiapkan 10 muka surat laporan berkaitan IT and Policy tu dan tajuk kami tu salah satu produk MAMPU iaitu 1GovUC. Secara umumnya 1govuc ni berkaitan kemudahan emel yang digunakan oleh kerajaan buat masa ini. Ingat lagi dulu kami paling mengelak dengan 1govuc ni sebab emel dia lembap gila, lepas tu selalu ada masalah. Nasib baik lah masa kami gunakan setahun lepas dah stabil. Bagus juga tugasan ni membuatkan aku lebih faham lagi fungsi yang ada dalam emel 1govuc tu rupenya banyak kelebihan antaranya boleh buat vidoe conference, boleh simpan archieve, boleh hantar faks melalui emel, storan pun boleh request lebih kalau nak, dan banyak lagi kemudahan yang memudahkan urusan komunikasi pegawai kerajaan.

Mengantuk pula la hai mata aku ni... kita minum kopi dulu...

Akhirnya kami berjaya siapkan pada pukul 5 petang, sedang elok jer ni. Lepas hantar apa lagi aku pun bersedia untuk balik. Telefon adik kat KL sebab dia last paper Sabtu. Lepas dia share location tanpa fikir panjang lagi dari UiTM Shah Alam Fakulti SPPP aku terus keluar ikut seksyen 7 masuk Lebuhraya Persekutuan terus ke KL. Alhamdulillah jalan tak jem macam selalu, berbekalkan google maps aku sampai juga kat tempat adik aku tu... Baitulmal... Angin kuat pula, lepas tu hujan lebat, adik aku memang cekap ambik barang sampaikan aku tak perasan dia dah angkat barang2 dia. hihihih...  Lucu juga pergi ikut BESRAYA balik ikut MEX, ini kerana masa aku susur keluar daripada asrama adik tu aku lurus jer dan nampak highway kegemaranku MEX. Rupenya jalan PERKASA jalan Cochrane, Taman Maluri, bila naik highway tu... wahhh excitednya Ikea Ikano kat sini ker... lain kali boleh gi ni... sebelum ni tak tahu pun jalan nak masuk situ...hihihih... . Sebelum balik rumah kami singgah beli makanan kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya, semua makanan dah habis apa lagi orderlah Satey Haji Samuri kat situ.

Itulah pengalaman indah kelas Ahad tu...

Thursday, October 13, 2016

Oh my Ginger

Oh my ginger... 

Terkena lagi aku hari ni... apa nak buat dah berjodoh dengan ginger juga sem ni, baru ingat nak langgan grammarly. Kurang asam betul la ginger tahun lepas aku langgan baru RM350 tahun ni kau caj aku mahal gila kot RM500 dah sama kos aku nak langgan Grammarly yang jauh lebih baik servisnya kerana ada perkhidmatan nak semak keaslian dokumen. 

Berjodoh dengan ginger lagilah aku semester ni untuk siapkan kertas kerja akhir tahun dan juga tugasan subjek IT Management.  

Sebenarnya hari tu dah dapat emel kata ginger cuba caj kad kredit aku, lupa plak aku nak deactivate perkhidmatan ginger tu sebab ingat nak guna sampai siaplah kertas kerja tu Jumaat ni. Sekali belum sampai tarikh akhir dia dah caj dulu. BErtabahlah... 





Hari yang serba tak kena

Salam berbaju batik, 

Hari ni rasa semua benda tak kena. PC baru format banyak tak leh buat lagi, nak buat larian bayaran pun susah. Kebetulan ada staff MC gunalah pc staff tu. Tapi tak best la asyik ada orang kacau jer, ye lah PTJ nak ambik dokumen kan. Sabar jer lah. Sampai satu tahap kena buat larian bayaran tu, aku sebenarnya risau pisang berbuah dua kali kalau tak buat hati2 masa payment run ni. Masa bulan Julai tempoh hari aku tersilap masa payment run susah gila nak selesaikan. Tetiba dapat panggilan daripada pegawai F44 cuti belajar bergaji penuh dengan biayaan JPA... dah banyak kali aku bercakap telefon dengan pegawai ni, kali ni bila aku angkat telefon dia siap nak mengajar aku apa patut aku buat nak handle kes macam dia. Katanya dia dah telefon LHDN untuk dapatkan penjelasan, customer service LHDN memang bengong la dok salahkan kitorang, pelik betul padahal dah swasta tu tapi tahap kebengongan tu pergh.... geram tul. 

Pegawai ni pula background IT, aku suruh cuba godek-godek sendiri calculator PCB sampai ke sudah dia tak buat. Sakit tul hati aku. Kalau tak sibuk mesti aku dah buat, ini aku pun kebetulan sibuk gila nak buat larian gaji. Apa yang dia tak puas hati sebenarnya adalah pada gaji bulan September ada bayaran tunggakan sebanyak RM500, sekali PCB kena dalam RM479. Gaji pegawai ICT ni memangla mahal nak dibandingkan gaji pegawai lain kalau basic dia dah dekat 4ribu darabkan dengan 9 bulan memanglah dah lebih RM35000. Tambah pula tunggakan tu lagilah dia kira pcb untuk bulan tu jer. Aku rujuk juga HQ kami, katanya kalau bawah RM35k PCB kena 5% bila dah lebih RM35K pendapatan terkumpul maka PCB kena 10%. Namun begitu nilai PCB ni dia tengok pula status perkahwinan dan tanggungan kita. 

Aku nak cepat nak kejar masa untuk hantar buku supaya Unit Bayaran boleh cetak cek. Dia plak dok sibuk push aku. Boleh tanya aku keje berapa tahun... malas aku nak jawab, lepas tu cakap dia nak cakap dengan bos aku,,, dan siap ugut suh buatkan PCB tu untuk dia kalau tak nak bagitau bos aku. Hadoi... yelah kau tengah sedap cuti belajar bergaji penuh kan... sedaplah, ingat awak sorang jer aku nak hadap. Prioriti run gaji bulan 10 lagi tinggi daripada dok layan pegawai macam tu. Stress gila... aku suh dia emel, dia suh aku emel... last2 aku malas nak layan aku minta emel dia, serabut betul la... hangin dah aku masa tu... siap ambik emel, aku cakap nanti saya emel selepas saya selesaikan run gaji oktober, dia boleh sound aku pastikan emel dia hari ni jugak kalau tak nak bagitau bos. 

Letak jer telefon, keluarlah kata2 kesat dari mulut aku... aku memang jenis tak sabar, kejahatan mulutku terserlah di hadapan orang bawahanku... aku memang jenis gitu tak sabar dan tak simpan... nak marah marah jer... hadoi...

Sebenarnya aku nak berubah, dah tak nak macam ni lagi, tapi kalau dah stress dan orang tak reti bahasa kita tengah dok sibuk buat benda yang lebih penting, kenapalah dia buat aku begitu... 

Pukul 11 pagi gi nak ambik salinan fail daripada bilik fail. Sekali, pc bilik server plak macam tak nak ngan aku... rilek kejap update fb jap.... tarik nafas.... senyum... gi jumpa pegawai ICT kat tempat aku pula minta tolong. Sabar menanti sepuluh minit kemudian baru datang. 

Stressnya rasa hari ni... tapi syukurlah selepas itu aku berjaya mengawal diri ... aku jumpa juga lampu hijau... korang tahu apa... makan kueh ketayap warna hijau... terus mood aku ok... sambil tu minum air kosong banyak2 bagi oksigen masuk dalam otak aku. 

Wednesday, October 12, 2016

Fleksibel...

Selamat pagi...

Hmmm susah juga ya nak bangun pukul 5 pagi... buat masa ini aku tersedar pukul 6.30 pagi jer... solat subuh, mandi dan bersiap ke opis. Tapi sesi pukul 10 hingga 12 malam tu boleh tahan juga oklah sunyi kan leh fokus. Tapi kalau terlebih sampai kul 1 yang bahaya nanti tak leh tidur.

Kat manalah aku letak pengiraan skor hari tu. Nak kena cari balik dan print besar-besar nak bagi semangat untuk rajin. Matlamat yang jelas akan membuatkan kita berusaha lebih sikit kan, SMART.

Spesific, Measuarable, Achieable, Realistic and  Time-Based.

Spesific- What, Where, How?  Tak boleh tak jelas.

Measurable - From and To .  Boleh diukur untuk tengok makklumbalas... sebaiknya dikosngoisi dengan orang tersayang.

Assignable - Who ? Siapa lagi sayalah... hihihi...

Realistic - Feasible? Matlamat yang betul dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Time-Based - When - Mestilah ada tempoh masa supaya kita boleh berusaha untuk mencapatkna dalam tempoh yang sepatutnya.



Goal Setting Theory juga ada mengatakan, bila kita ada matlamat yang jelas kita kan buat sesuatu sehabis baik. Bila orang nampak usaha kita lebih daripada yang diharapkan maka kita pun boleh dapt markah lebih sikit.



Tuesday, October 11, 2016

Oktober 2016

Salam muhibbah...

Bulan Oktober ni memang memberi tekanan kepadaku memandangkan kertas kerja akan due dan perlu siapkan laporan unutk questionnaire. Semester baharu buka mulai September hari tu, dan aku konon-kononnya cuti dua bulan nak siapkan proposal sekali tak siap-siap juga. Lucukan... gitulah aku...

Masuk bulan Oktober rasa mcam tak cukup nafas dah... tapi tak per cuba buat yang terbaik.

Dengan dok pening pasal dissertation ada pula kes-kes kehidupan lain menjengah. Mulanya ingat Oktober ni tak nak cutilah kan sebab tak der lah apa sangat bulan ni, sekali tu dia mesin basuh rosak. Dua tiga hari juga mendobi baju di Ayer 8. Lepas tu gi cari mesin basuh baru hok 10kg plak... sebelum ni kami pakai 7kg... memanglah sekali basuh dua hari punya pakaian pun dah dua trip baru ok. Ini 10 kg harap dua hari punya baju bolehlah satu trip.

Lepas balik dari beli mesin basuh ingat nak buang mesin basuh lama, sekali bila buka tengok kat bawah, rupenya ada baju lekat melilit kat motor dia. Kain jenis apa... tudung bawal bini aku... hadoi...  maka aku pun bukalah lilitan tudung tu sampai terkoyak tudung tu. Tadi dah usung wat keluar ke balkoni sebelum niat nak buang kat tong sampah kat bawah blok... sib baik terniat nak buka tengok dulu.  Dah tahu punca apa lagi usung masuk rumah balik. Tapi sebelum tu aku terpaksalah bersihkan rung dobi kat umah tu. Memandangkan mesin basuh auto samsung ok lagi, so mesin basuh semi auto yang dah lama nak buang tu la aku buang. Sambil tu clearkan semua smpah yang dikumpul kat ruang dobi tu. Dah kemas2 sikit basuh, lepas tu mop. Esoklah baru kemas betul buang semua kotak2 dan plastik yang ada tu macam tak larat dah nak hadap konon banyak sangat.

Ok lepas dah masukkan mesin basuh Samsung tu, kemas balik stor. Gi lah turun buang mesin basuh buruk dan sampah sarap. Alhamdulillah jiran tolong angkatkan. Legalah juga...

Ok aku plan nak cuti selasa sebab nak tunggu mesin basuh baru sampai  LG la pulok. Sekali malam Isnin tu Cik Putih plak buat hal panas pula dia, suhu naik. Baru ingat nak fokus LR malam ni dah kena buat benda lain. Kebetulan kul 6.30 petang tu ada tukang service mesin air coway datang umah. Kul 7 orang coway siap service mesin air. Kami tiga bernak pun bersiap gi tengok CIk Putih tersadai kat Shell Presint 8. Baru aku teringat, kalau kete auto over heating matikan air cond. Lepas cek coolant memang banyak lagi, jadi aku isi minyak Cik Putih, tinggalkan diorang tiga beranak dalam Mr Personaku dan bawa CIk Putih balik rumah. Alhamdulillah tak heating cuma esoklah nak bawa ke bengkel tak pasti pukul berapa. Lepas tu solat Magrib kat surau umah terus jalan kaki ke Shell Presint 8 ambik diorang. Ok, aku bersenam hari tu. Kepenatan terus tertido awal...

Esoknya tak larat nak bangun paksa juga kul 6.30 bangun dan bersiap utk hantar diorang.

LEpas balik dari sarapan gi hantar Cik Putih ke Taman Equine untuk dibaiki. RUpenya motor kipas yang rosak. Hadoi... dah hantar ke ibu dia kan RM405 jugalah kena. Enam jam aku kat situ...

Balik umah LG pun sampai... alhamdulillah ruang pun muat2 jer... lega semuanya ok... tinggal lagi urusan proposal aku jer... tapi sempat jugalah berkomunikasi dengan SV semasa tunggu kete tadi.

Ni ha dah tak leh menaip dah ni Cik CT Wan Kembang dok mengacau ajak tido ngan dia... CT oh CT... kan tak layan kan menangis pula... itupun dia baris kat atas katil tanpa tilam tu sambil menunggu aku siap menaip ni. Sebenanrya tadi dok baca artikel, sekali dia datang ngacau aku pun gi buat susu dan aku sambung buat keje... tut tut dia datang ngacau lagi ajak tido ngan dia....

Sunday, September 18, 2016

Oh my Proposal

Salam hujung minggu... 

Hadoi stress nya rasa, kenapalah aku tak buat apa-apa lagi ni... susahnya nak mulakan penulisan pembetulan proposal ni. Perkara paling teruk aku rasa sekarang ni adalah aku tak jumpa kat masa dokumen soft copy proposal aku simpan. Puas juga aku mengodek pc dan laptop. Last-last aku pun buat pembacaaan tajuk-tajuk yang berkaitan. Hmmm tapi selepas baca bahan-bahan tu bila aku baca balik komen pensyarah yang bagi markah proposal aku mak aii... aku tak reti macam mana aku nak betulkan ni. Aku kena fokus... 

Sebelum ni banyak kali juga aku ingin kongsi duka lara proposal aku kat sini tapi aku simpan jer... sebabnya... malas nak kongsi konon... last2 sakit sendiri. Ok tak pe ini blog kepunyaanku suka hati aku nak tulis apa kan. 

Okay, dah cari bahan-bahan yang mungkin boleh dijadikan rujukan. Cumanya tak baca betul-betul lagi. 

Lepas tu nak kena beli software yang boleh bantu aku untuk betulkan grammar. 

Hadoi sakit perut nak berak plak ni... 


Sunday, August 14, 2016

AnugerahAPF

Alhamdulillah semester lepas merasa juga aku AnugerahAPF tu. Apa benda tu? APF (FACULTY POSTGRADUATE
AWARD) kena dapat GPA untuk satu sem melebihi 3.75 memang susah la nak dapat. 

Rezeki semester lepas subjek dia memang senang sangat sebab kebanyakan subjek dia adalah yang aku minat dan sebati dengan diriku. 

Semester ke-4 agak sukar sedikit, cabarannya mulai dirasa. Ada harapan ke nak dapat APF lagi nie... ada syarat minima adalah kena dapatkan dissertation sekurang-kurangnya A-. manakala untuk kertas elektif tu kena skor A. Jadi jumlah mata terkumpul mestilah cecah 45.03, inilah pengiraannya  {[(3.67*9=33.03)+(4*3=12)]=45.03/12=3.7525}. Atas pagar la... hihihi... ngam2. 

Begitulah ceritanya. Memang banyak kena korban nak dapat gitu kan. Tapi kalau kita aim high jadi effort yang kita letak tu mestilah setinggi bintang di langit malam kan. 

Apa yang penting kita kena positif, buat plan tindakan dan Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal... duit oh duit... 



http://fka.uitm.edu.my/v1/images/download/pekeliling/pekeliling%20akademik%20utk%20staf.pdf

Semester 3

Keputusan peperiksaan akhir semester ketiga ni kiranya aku lambat sikit terima. Sanggup ambik cuti semata-mata nak tunggu emel daripada sistem SIM hantar keputusan tu. Mulanya aku balik dari opis aku buat kerja rumah macam biasa. Kul 8.30 malam aku siapkan tempat tidur dan ingat nak tidur dan bangun kul 1 pagi untuk semak keputusan, tapi tak leh tidur sebab anak-anak aku bising plak. Hihihih... last2 kul 10 malam aku pun bangun buka komputer tengok internet. Sampai kul 12 malam aku tengok website UiTM terutamanya student portal status bil sem 3 masih belum dilunaskan oleh Mybrain... sabor jer lah... Perasaan risau dah wujud kat pikiran aku buatnya keputusan aku ditahan.

Selepas solat isyak aku pun tido2 ayam sampailah keputusan masuk kul 1 pagi, memang betul keputusan aku ditahan. Emel tu tak tulis pun keputusan exam aku. Terus tak leh tidur, buka komputer buat aduan kepada bendahari dan juga mybrain.

Esoknya bangun lambat, tapi sempat lagilah solat subuh. Selepas itu kami pun bersiap untuk ke Penang. Alhamdulillah aku dapat tengok keputusan peperiksaan akhir Sem 3 masa kat RnR Tapah. Kali pertama la ni dapat keputusan macam ni, kawan2 seperjuangan pun ramai yang dapat keputusan yang memberansangkan.

Jumlah mata terkumpul sehingga sem 3 = 96
Jumlah mata jam kredit sehingga sem 3 =  28
Jumlah mata jam kredit sem 4 = 12 jam kredit dua subjek iaitu subjek pilihan 3 jam kredit manakala dissertation 9 jam kredit.

Subjek elektif tu tak pasti lagi subjek apa, kalau komputer harap2 dapatlah score A ke... hihihihi sebab kalau dapat habiskan belajar dengan CGPA 3.5 pun best juga kan... untuk dapatkan CGPA 3.5 aku kena dapat A- yang menyamai 3.67. Hmmm 3.67 kali 12 jam kredit jumlah mata terkumpul sem 4 menyamai 44.04. Jadi CGPA aku akan jadi 3.5 hihihi...

Manatahu rezeki dapat semua A, 4*12=48, maka CGPA (48+96)/40= 3.6 beb... fuuuh... flying colour la sangat.

Sekiranya aku dapat skor lulus jer untuk dissertation 3.0*9=27 dan mungkin lulus juga untuk subjek elektif tu 27+9=36 , maka CGPA aku akan drop... 3.3 

1. Elektif A   =12, maka jumlah mata terkupul sem 4 adalah 12+27 = 39/12=3.25, maka CGPA 3.375
2. Elektif A-  = 11.01, maka jumlah mata terkupul sem 4 adalah 11.01+27 = 38.01/12=3.167, maka CGPA  3.35
3. Elektif B+ = 9.99, maka jumlah mata terkupul sem 4 adalah 9.99+27 = 36.99/12=3.08, maka CGPA 3.324



Semester keempat cabarannya memang banyak... ok aku akan cuba buat yang terbaik.

Nantilah nak buat table sikit biar terang dan jelas aku merujuknya kembali kelak.

Jom tidur...




Thursday, August 11, 2016

Dud dad dud dad jantungku

Malam menunggu result sem 3...


Tuesday, August 9, 2016

Jeput, Cekodok, Cucur, Jejemput

Masa kat opis ramai dok bincang pasal makanan. Lepas tu dok bincang pasal jejemput plak macam mana nak bagi bulan cantik. Rupenya letak yis, sorang kakak tu tambah baking powder tu untuk melembutkan. 

Aku balik umah ambik anak sebab isteri ada urusan sikit. Singgah kedai runcit kat blok sebelah. Beli telur, tepung gandum dan yis. Konon semangat nak buat jejemput bawang. Sekali nampak pisang yang beli kat Paroi hari tu. Apa lagi jadi jejemput pisanglah... rupenya yis ni ada rasa yang biasa aku rasa pada roti2 yang jual kat kedai tu. Ooo gitu rupenya. 

Lepas tu buat sadwich telur sebab anak tak suka sangat jejemput. Itulah hidangan makan malam kami hari ni. 

Oklah nak bersiap gi kerja... 

Monday, August 8, 2016

Pengawas

Sedang sibuk menyiapkan tugasan daripada PPZ WPKL, aku baca emel. Wah tawaran hebat daripada JPA lagi untuk jadi pengawas peperiksan KPSL. Aku suka... 

Selepas itu aku semak jadual waktuku berdasarkan kalendar di hadapan mejaku. Ok aku boleh follow. Hihihi...mesti best ni kan kalau dapat jadi pengawas lagi... tapi badan aku dah besar ok ker ni... hihihi... ok jer. Tanpa buang masa aku pun bagi maklumat yang diperlukan. 

29 hingga 30 Ogos 2016 hmmm memang best kiranya 30 Ogos tu aku tak masuk opis lah sbab aku jadi pengawas kan... tugasan luar kan. Gembiranya. 

 

Duit Duit...

Hari ini berlaku kisah lucu di pejabat. Hmmm macam mana patut aku mulakan garapan ku kali ini ya. Okay, sebelum ini si kawan yang kanan yang getek yang suka mengata yang tak sedar diri tu masing-masing tak nak la sangat tanggung kerja G29 mungkin masa tu basic baru 1600 selepas bahagi empat baru dapat 400 kot. Selepas kenaikan satu KGT hari tu entah kenapa masing-masing dah berubah fikiran agaknya nak pula. APa yang melucukan adalah hari tu depa dah suruh yang sorang ni tanggung dan si polan ni pula dah sanggup pun. Kesian si polan ni tak tahu sebab cuti rupenya yang kanan tadi berminat plak dengan elaun yang dah naik tu... agaknya jeles kot sebab sebelum ni kami kan asyik dibayar OT jer. Depa dok klik baucar tu timbullah perasaan cemburu tak gitu. Bukan nak cakaplah masa kita kat unit tu dulupun masa gi kursus kena masuk opis buat baucar, tapi kita suka sebab kursus yang kita gi tu kursus komputer advance, masuk opis buat baucar pun tiada masalah. Tapi sekarang jumlah baucar dah kurang sangat sampai terdengar minah yang biadap tu marah orang lain konon berebut baucar la. Hmmm rasanya dah terlebih orang kot kena kurangkan orang barulah tak berebut baucar nak cukupkan target. Tambah pula kerja dah makin kurang dah banyak sangat kerja yang dikurangkan oleh mereka sendiri sepatutnya jumlah sasaran harian ditingkatkan dan jumlah tenaga kerja dikurangkan. Memandangkan kerja dah kurang, masing2 pun sibuk dok main game, melalak, bergedik sana sini konon tak boleh buat keje itu tak boleh buat kerja ini. Pendek kata memilih keje nak keje senang. Dah dapat keje senang tak nak jaga kualiti main lepas jer sampai kena reject. Mungkin kat situ nampaknya boleh setkan setiap reject bayaran kena tolak markah penyemak la kan... barulah tak berani nak lepaskan membabi buta jer. 
Balik pada cerita asal, memandangkan gaji minimun pun dah naik maka ETK pun naiklah kan. Sebab tulah minah kurang siuman tu pun bersetuju untuk melaksanakan kerja tersebut. 
Perkataan yang paling aku benci dengar daripada mulut puaka tersebut hari2 ada jer perkataan "menyampah" la itu la ini la. 
Lepas ni aku nak pasang headphone baliklah sakit sangat dah telinga ni. Hmmm... duit duit...

Semenjak amalan pengjimatan iaitu belanja berhemah ni takut aku nak minta stok barang. Pen pun beli sendiri. Ada lagi hal yang lebih teruk iaitu PC aku asyik hang jer... hadoilah sakitnya hati. Ok kerja datang tanpa kita duga, pepagi hari kita dah susun jadual things to be done, but in between there are many more assignment that urgent and need to settle down on the dot. In the morning i already draft the email that need to be send to a few of department after lunch hour, sadly in the afternoon when i key in the email address it suddenly hang. 

Well in my new unit i have to be prepare all the time with new assignment come in. Sometime i have to put aside things that i am doing. What i need to do is just to be positive as long as i can. Tension and stress easily come in... but i have to realize that it my choice to be positive facing the hurder in my job. 

Smile... smile... and smile... well next saturday i got a course in Meru, Klang. I love it... 

 

Misi Mencari Durian 2016

Kalau nak ikutkan kerja memanglah tak habis dan asyik ada jer. Setiap hari ada jer kes baru yang perlu dibereskan. Memandangkan sebelum ini isteri dan anak2 ajak gi jenjalan tapi tiada masa, ini sebelum kelas bermula kembali dimana rutin hujung minggu kembali sibuk. Maka kami pun buat plan di saat akhir untuk berjalan. Pada mulanya aku ajak diorang gi makan durian makan sampai kenyang kat PAKAR, Paroi, N.9. 
Ok malamnya kami tidur awal kononnya nak bertolak awal la pukul 8 pagi, sekali dok ngadap tv crite best plak sampai kul 9.30 pagi kami layan movie baru bergerak. Dari Putrajaya kami pilih laluan Lebuhraya PLUS untuk ke Paroi. Alhamdulillah perjalanan sangat selesa kerana trafik lancar sampailah satu kawasan tu tetiba trafik sesak. Rupenya kami dah nak sampai. Banyaknya kereta tuhan saje yang tahu, jalan jem giler. 
 Kami parkir kereta di kawasan perumahan berdekatan sampai ke tempat dituju kecewa kami kerana orang terlalu ramai tak leh masuk pun kat dalam tu. Akhirnya kami pun makan tengahari jer kat situ. AKu beli jugalah durian kawin sebiji RM28 makan ngan siti. 
 Selepas itu kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. Hmmm mula2 ingat nak gi Shah Alam jer, masa update FB tu abang ipar ajak gi Muar. Apa lagi kami pun buat keputusan ke Melaka dan singgah Muar. Takut pula ganggu orang lain punya hari minggu kan, jadi kami pun goggle hotel yang best untuk habiskan hujung minggu. Alhamdulillah Bayou Lagoon Resort Spa tempat kami singgah. Ambik bilik yang ada jakuzi sebab seumur hidup kami tak pernah mandi dalam jakuzi. Pakej bilik termasuk sarapan dan dua tiket ke taman tema. 
Selepas check-in kami pun mulalah berjakuzi, bestnya.... kul 4 bertolak ke Muar nak makan durian katanya. Kul 5 petang sampai Muar, makanlah apa yang ada dan juga makan durian tiga biji. Lepas tu mertua isi dalam bekas lagi. Sedap tak terhingga... alhamdulillah itulah kali pertama makan durian dengan sedapnya. 
Pukul 7 malam kami bertolak balik ke hotel. Kul 8 malam sampai hotel berjakuzi lagi sekali. Najmi dah lama tak mandi gitu memang excited gilalah dia. Ok kul 11 malam masing2 tidur kepenatan. Kul 6.30 pagi bangun solat subuh. Kul 7.30 berjakuzi lagi sampai kul 9 pagi. Lepas tu gi sarapan, hmmm boleh tahan ramai orang, makanan dia pun sedap sangat. 
Pukul 9.30 pagi kami pusing2 dan anak2 main game. Hmmm sekejap jer masa berlalu. Balik bilik dah pukul 10.30 pagi, sempatlah berjakuzi sekali lagi. Kul 12 tengahari kami check out dan balik ke rumah. 

 Minggu hadapan dah sibuk buat persiapan larian gaji. Minggu depan satu lagi kursus di Meru, Klang. Minggu berikutnya dah mula kelas.

Wednesday, August 3, 2016

Lagi seminggu

Macam tak de semangat jer aku ni... sepatutnya minggu ni minggu kedua aku siapkan proposal aku. Tapi apa pun tak buat lagi. Tinggal seminggu jer lagi. 

Minggu depan 12hb result keluar, minggu depan juga aku kena hantar proposal. Malam Khamis nanti pukul 12 malam kena tengok emel. Takutnya... 

Betullah orang cakap kita tak leh ubah orang lain. Tapi kita kena pastikan kita berpegang teguh kepada pegangan kita. 


Saturday, July 30, 2016

Sabtu Yang Ceria

30.07.2016 (Sabtu)

Hari ini sungguh indah, semalam tak de air, kebetulan pula nak gi Sogo cari susu CT. Sebelum balik rumah aku survey hotel berdekatan Sogo, mula2 tengok Quality Hotel penuh, lepas tu masuk AGODA dapat lah hotel berdekatan. Tak bestnya hotel tu banyak lipas tanah yang selalu ada dalam kereta tu.

Selepas mandi dan solat magrib kami pun gi Sogo, memandangkan jarak yang dekat kami jalan kaki jer ke Sogo. Selepas shopping kami pun makan malam, isteri aku pun puasa hari ini. Sesudah itu, ingat nak naik teksi sebab boleh tahan banyak barang sampingan. Tapi bila dah disusun sikit jer dan  boleh bawa dengan tangan sambil pimpin anak ke hotel.

Kawasan Masjid India tu pukul 9 malam pun dah banyak kedai tutup, dengan keadaan di tepi2 hotel pun penuh dengan gelandangan. Masa sampai hotel aku minta isteri dan anak-anak tunggu kat lobi sementara aku gi hantar barang ke kereta yang di parkir di belakang hotel. Masa perjalanan balik ke kereta ternampak pengagih dahah dengan rakusnya selongkar tong sampah. Menakutkan kawasan tu...

Malam tak de aktiviti, berak dan tidur jerlah, lepas tu mandi air panas. Paginya sarapan di cafe hotel menu yang simple, nasi goreng cendawan, mee goreng vege, sosej pun tak sedap sangat, nasib baik kentang dia ok. Apa yang paling tak sedap ialah minuman dia coffee dan teh tu masyaallah kenapa rasa begitu pahit sangat, tak tertelan aku.

Pukul 10 pagi kami check out, ingat nak singgah jom heboh tapi rasa malas plak. Balik umah simpan barang check air dah ada, masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Lepas tu gi tadika Najmi. Ada jamuan nasi lemak makanlah... lepas tu gi open house umah pengasuh CT. Menu memang sedap, mee celur kelantan, laksa penang, dan banyak lagi.

Jam pukul 1.00 petang ingat nak gi supermarket memandangkan CT nampak macam nak tidur jer, balik umah masukkan CT dalam buai bagi susu terus tido. Najmi kena siapkan kerja sekolah yang dia tak datang sekolah tu. Manakala aku bersihkan aquarium.

Lepas tu aku buat cekodok durian, sambil menggoreng sambil jemur kain. Dah selesai semua jam 3 petang, baru ingat nak lelap mata kejap CT dok merengek dalam buai. AKu buatkan dia susu. Lepas tu solat zohor. Ingat nak tidur jap sebelum kul 4 kan, tapi tak boleh CT asyik merenget, keluarkan dari buai letak kat tepi aku. AKu pun sempat lelap lima minit kot sebelum CT mula buat projek dia.

Kul 4 petang kami bersiap ke rumah Mak Ngah ct. Sampai sana kul 5 petang ada kenalan lama aku. Ingat nak singgah sekejap tut tut dah dua jam kami kat situ, sebelum balik ingat nak cari plastik hitam. Kak ngah bagi plastik hitam dan ubat gigi, maka aku pun tak jadi ke supermarket. Keluar umah kak ngah gi isi minyak dah dekat nak magrib. Kami pun buat keputusan balik umah.

Selesai memanusiakan diri, bagitau Najmi sambung siapkan kerja sekolah. Pukul 9.30 malam kami pun tidur.

Sunday, July 24, 2016

WLB

Salam Hujung Minggu,

Mulai hari ini aku akan cuba ubah beberapa rutin harianku di pejabat. Pertama aku akan cari masa untuk baca surat khabar yang sedia ada di pejabat untuk mengasah kemahiran bahasaku. Kedua mungkin aku kena guna waktu rehat sebaik mungkin iaitu baca satu artikel ker. 

Teringat kata-kata seorang pensyarah semasa di UTMKL dulu, katanya dalam penulisan tesis ni kita kena konsisten, sehari satu perenggan pun dah cukup yang penting konsisten dan setiap hari ada benda baharu kita belajar berkaitan tajuk penyelidikan kita tu. Menarik juga tu, tapi tahap pendidikan dia masa tu dah tinggi, pengalaman dah banyak dan beliau seorang yang pakar dalam bidang yang beliau sedang usahakan penyelidikan tu. Oleh itu, aku juga kena jadikan diri aku pakar dalam bidang yang sedang aku usahakan penulisan tu. Work Life Balance a.k.a. WLB. Keperluan mengimbangi di antara keperluan kerjaya dan keperluan menjalani kehidupan seharian seseorang dalam memainkan perananya dalam institusi kekeluargaan.

Antara faktor  yang boleh menyumbang kepada berlakunya WLB adalah keperluan kerjaya itu sendiri sebagai contoh masa dan usaha yang perlu diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu kerja bagi membolehkan anggapan sesuatu kerja itu telah berjaya dibuat sebaik mungkin mengikut KPI ataupun kefahaman terhadap KPI tersebut. Faktor kedua adalah wujudnya konflik peranan seseorang pekerja dalam kerjayanya, tiga faktor yang jelas bagi kategori ini adalah organisasi, personal dan interpersonal. Adalah penting seseorang pekerja memahami peranan yang sepatutnya dimainkan oleh dirinya dalam melaksanakan tugasnya, adakah kita perlu memainkan peranan sebagai ketua atau pengikut. Faktor ketiga adalah tahap kestabilan seseorang individu dalam mengurusakan kerjanya, sebenarnya lebih kepada pengurusan masa yang berkesan, tetapkan prioriti. Faktor keempat adalah waktu bekerja dimana pekerja perlulah menggunakan semaksimum yang mungkin waktu bekerja yang telah diperuntukkan iaitu 8.00 pagi hingga 5.00 petang tanpa membuang masa dengan main game atau menguruskan hal peribadi yang lain. Faktor kelima adalah faktor bukan berkaitan kerja iaitu peranan sebagai seorang ayah atau ibu yang menguruskan anak pada waktu tengahari, budaya yang telah diterapkan ataupun tradisi dipejabat kita contohnya asyik keluar minum jer, lepas tu gi tempat yang jauh-jauh dari pejabat ker semata2 untuk minum, selain itu ganguan daripada aktiviti keluarga contohnya pada msa keluarga jauh yang datang melawat tetapi kita tidak dapat cuti kerana komitmen kerja. 

Rasanya hari ni cukuplah setakat ini, nak gi mendobi dulu. 

Ok sebelum mengundur diri buat jadual untuk esok dulu ; 

8.00 pagi sampai pejabat - Nak kena update dngan bos baru ni pasal taklimat dengan Angkasa pukul 10 lebih gitu. 

8.30 pagi gi cucuk duit nak bayar kutu dan komitmen lain. Lepas tu nak update FBI tentang satey willey tu.

9.00 pagi tempah bilik Mesyuarat KA dengan CC Pentadbiran

10.00 pagi tunggu wakil angkasa tiba

12.00 Lulus SG 20

1.00 gi ke  BIMB kat Anjung. 

2.00 petang solat zohor dan lulus SG20


Selamat malam semua, pastikan dah solat isyak baru tidur. 

Wasalam.

Berusaha sungguh AJK membantu urusan pertukaranku pada tahun 2010

Ingat lagi Disember 2008 masa lapor diri kat JANM Putrajaya semasa ditanya siapa dengan rela hati nak kerja kat Sabah. Aku mengangkat tangan dan menyatakan kesanggupanku untuk berkhidmat di Kota Kinabalu. Sebenarnya aku memang dah keje kat KK di Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah di Mini Putrajaya Komplesk KPKPS. Masa tu aku sambung belajar BASc semester ketiga. Dua bulan sebelum itu aku baru ditawarkan PBU oleh JPA. Dan keputusan temuduga pula keluar sebulan sebelum itu. Selepas keluar keputusan temuduga Penolong Akauntan W27 tersebut dua minggu selepas itu keluar pula keputusan temuduga Penolong Juruaudit W27 tapi aku dapat simpanan jer. Aku ada tanya SPA boleh ker kalau aku berminat untuk Penolong Juruaudit tu, diorang kata memandangkan aku dah terima lantikan Penolong Akautan W27 tu maka SPA tidak boleh buat tawaran untuk lantikan Penolong Juruaudit tu, semenjak bila pulalah dah tukar polisi. Sebab masa lapor diri PT(P/O) N17 dulu ada beberapa kawan aku dapat dua tawaran dalam tempoh yang sama iaitu N17 dan W17 tapi diorang pergi yang N17. Semasa lapor diri Penolong Akauntan tu banyak peristiwa lucu dan menarik... masih segar lagi dalam kotak fikiranku. Antaranya kisah aku ke Kajang daripada Putrajaya dengan menaiki motosikal kakak iparku yang sedang balik bercuti kat Sabah. Kemudiannya motorsikal tersebut rosak atas highway NPE aku telefon Norlan Ismail sahabat karibku semasa di JKT/KPKT untuk membantuku, itulah kali pertama kami tunda motor, hahaha maklumlah aku keje kat Sabah aku dah pakai kereta Kebal tu... lucunya.... sebelum aku telefon Norlan tu aku tunggu kat Bengkel motor tepi highway tu tapi pukul 10 pun tak buka lagi. Dah lama tunggu kul 11 baru aku telefon Norlan tu. Tak sangka dia dari Pusat Bandar Damansara boleh datang ke situ sekejap jer. Selepas tu abang long aku benarkan aku guna kereta dia, lucunya. 

Seminggu selepas itu kami 12 orang yang ditempatkan di bawah KKM pun melapor diri ke KKM. Kat situ lagi best, lagi banyak pengalaman yang best. Kat situlah result keputusan semester ketiga aku keluar, alhamdulillah dapatlah juga. Belanja kawan2 kek coklat pada hari gaji. Paling aku tak tahan aku tipu diorang bahawa aku dah kawin dan dah ada dua orang anak, almaklum aku yang paling tua di kalangan diorang. Diorang baru habis belajar kot masa tu kalau kerja pun baru setahun jer. Ada antara kami yang memang bagus orangnya amat menghormati orang lain. Masa kat KKM tu jugalah aku terima surat kelulusan permohonan PBU aku... hihihi siap dapat lagi yuran semester sebelumnya. Selepas krismas kami belum lagi dapat surat penempatan daripada KKM. Jadi aku pergi jom heboh kat Kompleks Sukan Bukit Jalil. Nak dijadikan cerita, hati aku bertaut kasih dengan salah seorang kawan semasa duduk2 melepak dalam perpustakaan tu. AKhirnya aku berpeluang berbual semeja dengan dia, masa tu sehari sebelum dapat surat penempatan. Masih segan nak minta nombor telefon, tapi ada sorang kakak tu pun dah kawin juga aku ambik no kak Aida. Ingat lagi masa kat KKM tu kami pergi ke Alamanda konon nak tengok movie tapi tengok cerita semua tak best. Jadi tak jadi tengok, gitulah kami... hahaha

Setelah dapat surat penempatan tu gembiralah kami semua... tapi aku ni masih resah sebab kalau ikut surat penempatan AG kena bertugas di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah tapi surat KKM suruh lapor diri ke JKN Sabah. Risaunya kalau-kalau disuruh pergi ke Hospital daerah lain. Masa lapor diri kat JKN Sabah, diorang ingat nak tempatkan aku dulu seminggu dua kat JKN Sabah konon nak bagi pendedahan. Tapi memandangkan aku dah berhubung dengan Puan Jenny tempat yang aku ganti tu dia kata nanti dia ajar aku nanti. Orang JKN pun lepaskan aku ke Hospital tapi kena tunggu diorang keluarkan surat. Sekejap jer surat dah siap... alhamdulillah. Mulalah aku kerja kat Unit Hasil Hospital Likas tu. Banyak kenangan manis kat situ... 

Dua tahun kemudian aku kawin, dan setahun kemudian lahirlah putera pertama kami. Dugaan buat kami putera pertama kami sumbing lelangit, tapi kami bersyukur kerana ada keluarga yang sangat memberikan kekuatan kepada kami untuk menghadapi situasi tersebut. Namun memandangkan kami suami isteri berjuahan menjadi satu masalah kerana anak kami banyak temujanji perlu dihadiri. Aku pun resah juga dibuatnya, mulalah aku bertanya tentang permohonan pertukaran. Syukur alhamdulillah PERPENA banyak membantu aku dalam urusan ini. Allah mempermudahkan urusanku, aku begitu tenang menghadapi dugaan ini dan berjaya menamatkan program ijazah sarjana mudaku. Selepas itu aku mula follow up pertukaran, maka pelbagai dialog antara aku dengan pegawai di Ibu Pejabat. Beliau memang sangat positif, syukurlah aku jumpa dengan orang positif seperti pegawai tersebut, entah apa yang aku cakapkan kepada dia tapi cara dia uruskan aku yang sebegitu pada ketika itu tak dapat aku bayangkan.  Dalam pada masa yang sama tak sangka wakil PERPENA pun memainkan peranan, wakil PERPENA banyak menolong untuk menyelesaikan kes permohonan tukar aku dulu. Orang atasan dah mula mengungut kalau aku tak boleh ditukarkan pasangan yang akan ditukarkan, macam mana lah pasangan aku nak ditukarkan sedangkan temujanji banyak refer kepada HKL dan Hospital Putrajaya. Kebetulan pula keluarga isteri baru kehilangan ayah, dan banyak lagi masalah lain yang sedang berlaku. 

Perbincangan kami dan situasi kami pada masa itu menunjukkan aku bertukar ke Putrajaya adalah yang terbaik. Lagipun Putrajaya mestilah banyak jawatan Penolong Akauntan sebab banyak jabatan di Putrajaya.  Pernah beberapa kali orang PERPENA telefon aku mengemaskini status permohonan tukarku. Ada salah seorang pegawai tu sanggup tukar suka sama suka dengan aku, terharunya aku rasa pada masa itu. Baiknyer AJK Perpena ni. Ketika itulah aku mendapat semangat untuk terus berjuang meneruskan kerja-kerja hakiki dan terus bersikap profesional memastikan kerja-kerja aku beres. Memang pada masa itu, prestasi kerja aku adalah bagus. Pada masa itu kami baru nak bertukar menggunakan eTerimaan, aku tak hairan sebab isteri aku dah guna lama sistem tu, kalau berlaku apa2 aku boleh rujuk dia jer. 

Pernah sekali aku telefon TKA Korporat yang terkenal dengan garangnya, dia memarahi aku kerana sibuk dok follow up urusan permohonan tukar kerana risau takut aku tak buat kerja. Kebetulan masa itu jam empat petang, syukur jugalah. Sempatlah dengar bebelan dia sekejap. Syukurlah dia kata tunggu mesyuarat penempatan berikutnya dan minta aku bersabar. 

Sebenarnya aku ingin sangat  mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PERPENA di atas pertolongan mereka. Namun aku nie jenis yang tak reti bersyukur, masa persidangan PERPENA tahun 2012 kot, nama aku memang masuk dalam Minit Mesyuarat Perpena, tapi aku langsung tak terfikir untuk mengambil peluang tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PERPENA. Mesti diorang kecewa dengan sikap aku... maafkan aku kerana semasa Mesyuarat Agung PERPENA aku pergi ke Pasar Karat kat JB dengan kawan sebab tak pernah merayap kat JB dan itulah kali pertama sebenarnya. Terima kasih Pak Ishak Ayob sudi tumpangkan kami berdua ke Hotel THistle JB dan bawa kami berjalan-jalan kat JB masa persidangan tempoh hari.

Apa yang aku buat selepas PERPENA tu betul2 mengecewakan PERPENA, sebab aku kutuk kelemahan2 persidangan tersebut padahal aku sendiri tidak memainkan peranan sebagai peserta persidangan sebaik mungkin. Selepas muhasabah diri, baru aku sedar betapa sikapku yang tidak beretika pada ketika itu. 

Kita belajar dari pengalaman yang lepas, hari ini aku belajar banyak perkara daripada tindakanku yang lepas. Betulah kata orang pengalaman mendewasakan kita. Jangan pandang belakang lagi, teruskan langkah ke hadapan dengan menjadikan pengalaman yang lepas sebagai tauladan. 


 

Saturday, July 23, 2016

Rezekiku... rezeki isteri tak pasti bila lagi

Salam Ahad,

Hari tu ada call B3P JANM tanya pasal pengesahan pemangkuan, katanya secepat yang mungkin akan dikeluarkan suratnya. Harap2 cepatlah senang sikit kalau dapat tawaran 41 pun senang nak mohon pelarasan gaji permulaan, hihihi perasannya. Padahal memang la kita ni bersyukur dengan apa yang ada, tapi kita kena usaha juga untuk dapat yang lebih baik daripada sekarang, Allah suruh kita berusaha kan. Tak der plak dalil nak letak. Aku dengan ilmu yang tak seberapa ni pun dah buat pengiraan siap2 la konon berapa gaji pokok aku nanti. Benda ni pun tak betul lagi ni, aku sediakan setakat yang aku faham jer. 

Kalau nak ikutkan Cinta aku lagi kesian sampai sekarang tak tahu status permohonan pemangkuan dia. Aku doakan semoga Allah makburkan doa dia agar cepat dia dapat pemangkuan tu. Sebabnya nanti selepas sah pemangkuan aku nak suruh dia sambung BACc kat UPM. Yelah dia kan perempuan kerja teliti sikit sesuai la nak upgrade ke WA41. Seperti biasa kita hanya merancang allah jua yang menentukan segalanya. 

Tapi yang lucunya aku ada beberapa komitmen baru iaitu Grolier bahan bacaan anak aku bulanan RM109 selama 24 bulan. Nantilah ada duit lebih aku selesai terus. Lepas tu pula memandangkan kami ni sorang kat Timur Semenanjung Malaysia dan sorang lagi kat Selatan hujung dunia plak tu, kereta lama kami dah buat hal jadi terpaksalah tukar kereta untuk perjalanan jauh satu. Boleh nak jimat pakai motor, tapi bila dah bayar ansuran motor dan segala mak nenek dia tu sama jer, back to the square one jugak tak selesai masalah. Jadi pakai jer kete baru tu wat gi keje dan kelas. Kete sedia ada Cinta aku tu dia guna wat gi keje juga dan dah tak boleh untuk jalan jauh ler. Semangat baruku itu bulanannya RM600. oklah dah sembilan tahun kan, memang patut tukar pun. Baru-baru ni adik aku plak sambung diploma akaun kat Baitulmal, memandangkan dia ada masalah internet, aku bayarkan bil hp RM47 sebulan dapatlah 2GB hari biasa dan 2GB hari minggu untuk dia cari bahan samada untuk siapkan tugasan atau untuk cari bahan semasa proses pembelajaran dalam kelas berlangsung. Tapi hajat nak hadiahkan laptop tu tak tercapai lagi sebab ingatkan dia akan sambung STPM dulu sempatlah aku menyimpan kan, dah ketentuannya adik aku sambung diploma memang tak sempat nak menyimpanlah. Tak cukup dana la pulok, tak per baru diploma sem satu dan dua ok lagi kot. Nanti Sem 3 ker insya allah boleh beli baru untuk dia sebagai hadiah. Semoga dipermudahkan Nya jua. Tahun lepas baru beli laptop untuk siapkan proposal aku, yelah lappy aku pun rosak juga tak baiki2 lagi ni, teknologi pun lama. Apalah nasib lappy baru ni pun tak leh baca wifi, tapi oklah lagi boleh buat menaip. Nak bagi lappy baruku pun, aku nak guna sem depan untuk siapkan dissertation. 

Beginilah kita hidup kan... hihihi... syukur alhamdulillah dapat menikmati nikmat yang allah bagi di atas muka bumi ini. Kerja kuli rakyat ni cukup makan jer lah, nak mewah sekali sekala tu bolehlah. Kalau nak mewah setiap hari tu kenalah meniaga, itupun orang meniaga mewahnya masa untung, masa rugi sama juga ikat perutnya. Rezeki masing-masing la katakan. 

Kami dok bincang anak seterusnya mungkin lambat sikit, ikut perancangan asal aku iaitu setelah Ct dah boleh mengasuh adiknya, Ct cecah umur 6 tahun. Memula Cintaku takut sebab faktor umurkan... bila dah berbulan2 dia pikir tu barulah dia yakin dia boleh lakukannya seperti cadangan asalku. Dapat tiga orang pun dah cukuplah, lepas ni nak fokus untuk mendidik plak.  Kata Cintaku kualiti lebih penting daripada kuantiti... sentap aku. Apahalpun kenalah Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (Tema blogku). Hmmm mungkin lepas ni setiap tulisanku kena masukkan tema ni. 

Jumaat nanti ada jamuan raya kat opis, wakil Bahagian aku seramai 7 orang yang dapat APC kena sumbang RM100 sorang untuk sponsor menu satey sebanyak 700 cucuk ayam dan 200 cucuk daging. Hari tu dah servey satey Haji Samuri secucuk 98 sen. Tapi hari tu bos bagitau kurang sedap dan mintak cari satey lain. Memula ingat nak tempah ngan member opis sebab sepupu dia ada ambik order satey harga pun ok iaitu ayam 70 sen secucuk dan daging 80 sen. Tapi bos aku dok sebut satey willey la pulok. Kebetulan siang tadi kami gi survey tempat taman tema air Bangi baru yang akan buka bulan depan tu, ternampak pula satey willey dibakar pada awal pagi kat Gate 1 tu. Balik dari sarapan singgah tanya boleh ker tempah dan nak ambik kul 10 pagi Jumaat tu. Dia kata tak der masalah kena confirm awal selewat2nya Selasa nanti. Tapi tang kuah kacang tu dia nasihatkan kena beli lah pulok sekilo RM17. Hmmm aku cakap nantilah aku bincang dengan bos dulu kan kalau jadi aku call la dia Isnin nanti. Satey willey pun dah 90 sen secucuk, murah sikit la dari satey yang satu lagi. 


Oklah nak gi solat isyak dan tidur. Esok banyak kerja dok tunggu kat opis. Nak luluskan borang perubahan gaji. Selepas itu tengahari esok ada open house tadika Jmi plak. 

Selamat malam... 

Work Life Balance

Ini penulisan yang perlu aku siapkan untuk lengkapkan program EMAS. 

Setakat ini belum lagi berhubung dengan supervisor untuk melihat proposal aku. Alahai dari bulan ke bulan bertangguh jer nak siapkan proposal ni. Banyak nak kena edit balik ni. Nasiblah tajuk aku tu ada juga bahan-bahan daripada subjek semester lepas antaranya Policy Analysia, Leadership, HCM, Public Service dan Ethics. 

Hmmm aku kena cari bahan daripada buku OB, MC, KM, dan HRM. Lepas tu kena tengok balik teori2 dalam Leadership tu. Artikel surat khabar terkini dah kumpul. Cuma kena study balik GAPS yang wujud berbanding kajian kes yang telah dibuat sebelum ini. 

Mulai hari ini aku banyak kena baca berkaitan Work Life Balance ni...  to conceptualise and express the knowledge regarding WLB. 

Ok jom kita mulakan. 

Julai Bulan Kelahiranku

Assalamualaikum... 

Julai bulan kelahiranku... aku memang gembira di bulan Julai ni. Malam ini aku baru sedar bahawa aku tersalah pilih program Master Degree... sepatutnya aku ambik MBA tapi aku ambik EMAS. Tadi selepas magrib aku tengok laman web JPA pekeliling 1 2016 skim W. (ii)
lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00). Hmmm sekiranya ambik MBA boleh ambik CIMA dan boleh mohon jawatan Akauntan. Tapi nak sambung MBA bawah UiTM bukan senang sebab program tu di bawah Arshad Ayud Graduate Business School (AAGBS). Untunglah adik lelaki aku terpilih untuk program tu, sepatutnya dia sambung CIMA tu tapi dia kata nak sambung PHD dulu. Nantilah aku nasihatkan dia untuk sambung CIMA tu rasanya dia cuma ambik tiga paper jer kot seperti di bawah. 

 http://www.cimaglobal.com/Study-with-us/CIMA-Professional-Qualification/Syllabus-and-assessment/
Akauntan kat opis aku lagi untung dia dapat program Profesional Gateway Route cuma buat satu kajian kes jer, tapi daripada 15 akauntan perpengalaman cuma 5 orang jer lulus. Kiranya memang susah gila sebab kena praktis Analisis maklumat dan menggunakan maklumat dalam kajian kes untuk buat keputusan, kemudian buat strategi , kemudian kena kenalpasti risiko dan uruskan risiko tersebut, kemudian kena rancang teknik untuk merancang dan buat bajet, akhir sekali unsur komunikasi memainkan peranan untuk mengenalpasi apa yang diperlukan oleh pihak pengurusan dan perlu menerangkannya kepada pihak pengurusan yang mempunyai latar belakang perkaunan yang terhad. Mencabar tu... bukan tahap aku la tu... hihihi kail aku baru panjang sejengkal takkan lautan aku nak duga kan. 

Tapi bila fikir balik EMAS ni pun ada kesinambungan daripada BASc yang aku belajar dulu. Kiranya sepatutnya benda tu berulang balik jer, sepatutnya senang sikit untuk aku belajar. Tak apalah kita hanya merancang yang menentukan tu Allah jua,  percaya pada qada dan qadarnya. Ok aku akan buat yang terbaik untuk memastikan aku berjaya habiskan progam EMAS aku ni. 

Alhamdulillah hari Jumaat tempoh hari dah dapat keputusan bahawa Akauntan WA41 yang baru lapor diri tu akan mengetuai Unit Gaji. Akhirnya aku ada bos tetap untuk ambik tanggungjawab Unit Gaji tu. Perbincangan dengan bos lama aku dia kata kena pastikan AKauntan baru tu tahu banyak la pasal gaji. Rasanya beban aku kurang sikit kot. hihihi... alhamdulillah lega sangat rasanya. Tapi sebenarnya kalau nak ikut struktur Akruan Unit Gaji hanya 5 orang jer, AKauntan WA41, PAW32, dan 3 orang W19. Tapi sekarang kami pinjam sebab akruan tak laksana lagi, jadi kami sekarang ada 9 orang. Dalam keadaan 8 orang tu pun aku nampak beberapa orang banyak buang masa mungkin sebab keje kurang, tapi aku yang dok ambik kerja diorang ni terpaksa berhempas pulas siapkan kerja menyebabkan aku sendiri pun tak sempat nak belajar ilmu Gaji ni. Tahun depan dah start nak nasihat kat orang, nak kena bagi kursus, nak kena pastikan PTJ isi dengan betul, dah la ada 14 Ketua Jabatan setiap jabatan tu kes berlainan antara satu sama lain masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Aku ingat minggu depan aku kena menuntut ilmu dengan diorang semua. Sebabnya pengurusan dokumen kami perlu berjalan pantas masuk ke bilik stor sebab nanti nak masukkan dokumen semasa pula. Tapi selepas Akruan ni insya allah dah kurang pengurusan pelupusan dokumen ni nanti. 


Kemasukan Akauntan baru ni memberi nafas baru kepadaku untuk fokus kepada Verifikasi Aset dan juga untuk belajar betul-betul perkara berkaitan run gaji serta proses dokumen gaji. Insyaallah akan ada masa untuk aku lakukan semua itu nanti. Hmmm kena fikirkan cara untuk membolehkan beliau run gaji nanti. 

Selamat hari lahir buat diriku.... 

Bulan untuk aku bangkit baca banyak2 buku motivasi untuk dapatkan motivasi. 

Dipetik daripada website CIMAGLOBAL untuk memotivasikan diriku... 





Sunday, May 22, 2016

Alamak Cuti dah tinggal 19 hari

Cuti tahunan aku yang 35 hari dah tinggal 19 hari...

Ok... hujung bulan ni cuti dua hari... lepas tu raya cuti sehari... final exam cuti sehari untuk setiap paper kot... kalau tak leh cuti pun tak apa, kena balik awal la sikit.

oklah itu jer untuk hari ini...

Perjuangan Semester 3

Semenjak duduk unit gaji ni sibuk tu lain sikit. Tapi tak apa aku suka unit gaji banyak benda baharu boleh belajar. Mulai bulan Ogos ni aku nak belajar peraturan dan cara penyediaan dokumen gaji. Selain itu, aku juga kena belajar untuk semakan dokumen secara terperinci. Pedulilah kan... orang nak cakap apa aku akan buat yang terbaik nanti. hihihihi....

Aku memang suka duduk unit gaji sebab boleh explore sistem di samping boleh explore kod-kod yang berkaitan. Insya allah bulan 8 nanti aku akan buat yang terbaik.

Untuk bulan Jun memandangkan Final Exam sedang menjengah, aku dah tak boleh cuti macam sem lepas sebab kelayakan cuti tahunan aku cuma berbaki 17 hari jer. Jadi strategi aku kali ini adalah aku akan setkan jadual aku untuk memperuntukkan waktu selama dua ke empat jam sehari untuk belajar. Tapi aku ada tiga subjek, jadi aku kena selang seli pembelajaran aku untuk tiga subjek tu. Insya allah aku akan buat yang terbaik. Mulai hari ini aku akan start fokus untuk project dan leadership sebab dua subjek ni ada presentation dan juga ujian.

Macam mana ya nak susun jadual ini...

OK untuk minggu depan...

Balik rumah pukul 9 malam....

Mandi solat dan solat terawikh...

Study sampai pukul 12 malam....

9.15 mlm - sampai rumah , mandi + solat + solat terawikh+ ngaji

10.00 mlm - aktiviti membaca

11.00 mlm - praktis jawab soalan

12.00 mlm - tidur

4.00 pagi - bangun belek buku

4.30 pagi - sahur

5.30 pagi - gosok gigi + mandi + subuh + ngaji

6.00 - 6.40 pagi - study jap

6.45 - siap ke pejabat
7.00 pagi gerak.


Untuk hujung minggu... mungkin aku kena habiskan masa di pejabat juga, tapi tengoklah... kalau tak perlu mungkin aku di rumah

6.00 pagi hingga 8 pagi study

8.00 - 9.00 pagi tengok anak2

9.00 - 12.00 tengahahari STUDY

2.00  - 4.00 petang study lagi kalau rajin, kalau tak rajin tidur...

4.15 petang ASAR

4.30 - 6.30 petang tengok anak2

7.00 - 8.00 buka puasa

Munking leh gi surau buat terawikh kat surau.

In case kena gi pejabat

8.00 pagi hingga 3.00 petang di pejabat...

4.00 petang balik rumah  kalau wife penat gi bazaar ramadhan cari juadah berbuka.


Cabaran Jun dan Julai

1. Penyediaan data gaji bagi pemberian faedah satu KGT
2. Final Exam

Tuesday, April 5, 2016

Selasa 5 April 2016

Hari ni gi keje pakai baju korporat, Selasa minggu pertama setiap bulan. Hari ni target siapkan semua kerja untuk balik tengahari ambik anak dan bawa lepak umah. Kononnya nak buat tugasan sekali. Wah letihnya mengajar orang sekejap jer masa berlalu tahu-tahu dah pukul 10 pagi. Barulah dapat fokus kerja hakiki sekejap, lepas tu macam biasa telefon bertalu-talu tu tak termasuk cover line telefon staf yang tiada di meja kerana cuti atau sebagainya. Stress juga rasa hari ni, sebab banyak benda tak tahu sangat. Sabar jer la melayan kerenah manusia. 

Minggu lepas 1 April kawan-kawan satu belajar kata aku tercalon APC, lepas tu ada kawan kat BIPSM kata tempat diorang dah hantar emel ucap tahniah untuk staf BIPSM yang dapat APC2015. Pelik plak kenapa Bahagian Akaun ni tak de berita apa-apa lagi. Aku beranikan diri telefon pegawai Unit Prestasi, dia kata "saya boleh ucap tahniah jer" nak confirm kena tunggu surat. Katanya dah emel kepada pegawai yang bertanggungjawab kat bahagian kami. Walaupun aku dah tahu pegawai tersebut tidak menyukai aku sebab pernah beberapa kali kami tidak bersependapat soal hal kerja yang sepatutnya diambil tindakan oleh unitnya tetapi telah memberi kesan besar ke atas unit yang pernah aku duduk dulu. Aku beranikan juga diri bertanya, seperti dijangka jawapan hambar acuh tak acuh dengan muka sakitnya sebijik macam kartun Droopy Dog. Tak apalah tunggu jer lah surat macam mak cik Droopy cakap. Ingatkan kena April Fool jer... sib baiklah betul yang kawan cakap tu.

Setelah itu habiskan kerja. Alhamdulillah berjaya juga habiskan Perubahan Gaji jenis B. Aku terpaksa minta pelepasan petang sebab pengasuh CT ada mesyuarat kelab isteri polis. Memandangkan aku tak sibuk hari ni aku pun ambiklah pelepasan petang. Orang umah kena key in myresult dua hari ni. Selepas ambik CT terus ambik Najmi. Macam biasa Najmi minta nak beli air boboi boy kat kedai runcit atas. Ambik itu ini nak dekat RM40 juga, yelah mainan tu saja RM4.90 kalau Najmi satu CT satu dah sepuluh ringgit. Lepas tu nak Aiskrim plak, nak jajan lagi. Pikir duduk umah lama layan jer. 

Sampai umah dah pukul 2.30 petang, aku buatkan air milo bagi diorang minum. Lepas solat bagi diorang makan roti. Kul 3 petang maintenance datang tukar lampu bilik air yang terbakar. Baru nak buka buku anak-anak kata nak makan ais krim. Bukalah aiskrim bagi sorang semangkuk dan aku layan sekali. Selepas makan ais krim nak kena mandikan la plak. Lepas mandi buat susu suruh CT tido... last2 dah pukul 3.50 petang. Cepatnya masa berlalu. Masukkan CT dalam buai, dia merengek pun buat tak tahu jer. Sempatlah belek dua muka surat kawan opis telefon tanya pasal kerja. Selepas itu CT bangun, nangis, keluarkan dari buai. Aku gi sambung semak emel sekali bau busuk, rupenya CT berak masa tidur tadi, patutlah dia nangis. Masa nak cebok CT tengok jam dah pukul 4.30 petang, jengok Najmi dah tertido depan TV. Kul 5 masakkan mee utk diorang kejutkan Najmi suh bangun makan. 

Hadoilah tak terbuat juga tugasan aku hari ini. Tak apalah tak der rezeki. 

Memikirkan sebulan pertama kelas ni memang teruk, waktu belajar terpaksa diubah kerana anak-anak dok mengacau. Makin stress pula rasa sebab tak tahu bila nak study, nak bagun kul 3 pagi susah giler. Set jam pukul 4 pagi atau 5 pagi pun tak leh nak bangun, tengah sedap tidur. Macam mana aku nak score sem ni kalau macam ni gayanya. Tak bolehlah kena study macam dulu jugaklah... aku ada masa aku sendiri. Aku tak leh jadi macam orang lain bangun belajar pukul 3 pagi. Memang aku bercita-cita dan ingin bangun belajar pukul 3 pagi tapi aku tak berjaya laksanakan. Stress pula tengok kerja-kerja sekolah yang tertunggak tu. Satu pun tak sentuh lagi. 

Pukul 8 malam tadi selepas magrib aku terus mulakan menaip kerja sekolah artikel review yang kena hantar hari jumaat nanti. Sebab nanti nak fokus penulisan proposal plak. Malam semalam aku dah start tulis juga proposal tu, lampiran LFM pun dah draf... patutlah ahli group suh cari maklumat banyak-banyak, rupenya nak masukkan ke dalam proposal tu nanti. Betul yang dia pikir, tapi aku ni tak berjaya cari waktu untuk siapkan kerja sekolah tu. 

Sedihnya rasa, konon subjek kegemaran sekali aku tak bermula dari awal juga sem ini. Kena gandakan usaha ni... semoga dipermudahkan-Nya urusan belajar aku ini. 

Sebenarnya setiap kali tarikh larian gaji kena buat tu... jantung aku berdebar-debar dan berdegup kencang menyebabkan aku hilang fokus. Balik rumah pun terbawa-bawa ketakutan nak hadap keje baru tu. Untunglah sem ni belajar subjek Leadership, banyak teori motivasi yang membantu aku untuk bangkit. Tapi semangat dalam kelas jer lah... dah sampai rumah buku pun tak sempat nak belek. 

Minggu lepas pinjam buku kat perpustakaan JPM, buku pasal Project Management, SPSS dan I Am Gifted, So are you. Buku2 tu sebenanrya untuk belek baca yang perlu jer, tak pernah pinjam buku baca khatam semuanya. Buku motivasi tu plak dah habis baca yang menarik jer lah kan. Banyak juga input baru yang diperolehi. Antaranya pasal self-esteem and take charge of your life, apply whole brain learning tools like Mind Mapping, develop super memory, and recall facts and figures effortlessly, master time management and goal setting, empower yourself for peak performance, apply effective examination strategies and battle the final examination. 


Antara yang menarik untuk dikongsi 

Beliefs > Actions > Potential Tapped > Results

Apa yang kita percaya adalah betul sekiranya kita percaya "I Can Score 'A's" , maka tindakan kita pun belajar bertungkus lumus , 99% potential tapped dan kita akan dapat apa yang kita usahakan. 

Lepas tu buku tu kata dalam buku teks kita cuma 20% jer yang perlu dihafal, iaitu key points. Lagi 80% tu cuma penerangan jer. Jadi kita kenalah usaha lebih sikit untuk keluarkan 20% tu dan buat mind mapping, jadi final exam boleh jimat masa sebanyak 80%. 


Selepas itu 

Six Steps to Create Poweful GOals
1. Write down what you want specifically
2. List all the benefits & Reasons for achieving that goal
3. Write down a Strategy and A plan of Action 
4. Set a deadline
5. Emotionally Charge your goal 
6. Create Momentum by Taking Action NOW... 

Small Actions Over Time Bring Huge Results!
Tips on being consistent 
1. Read Ahead of your lecturer - Mind Mapping - ROW
2. Be Attentive & Ask Questions - to clarify facts you do not understand ... create memory system to remember the facts
3. Do Quick 24-Hour Revision
4. Always Complete Your Homework Before Class
5. Always Clarify Mistakes in Your Homework


Formula ; 

Learn Early From Your Mistakes
- Mistakes are the best teachers
- let mistakes help, not destroy
- Students do not fail, they just give up trying



FEELING > ACTION > RESULT 

Sources ;

Khoo. A, I am GIfted, So are you. Marshall Cavendish International (ASIA) Private Limited, 2006.