Sunday, July 23, 2017

Hari Ahad yang indah 23 Julai 2017

Hari Sabtu malam Ahad tidur tak lena kerana selepas puas berehat tengok tv dan melayan kerenah budak-budak, aku meluluskan borang perubahan gaji untuk tindakan Ogos 2017. Sebenarnya kami ada buat latihan kepada Pusat Pembayaran Gaji untuk mengunci masuk dan edit SG20 masing-masing secara live. Al maklum nak bagi latihan HCM balik manalah sempat sebabnya modul MM dan FICO baru nak mula jalankan sesi latihan kepada TOT. Lepas tu kepada Expert End User plak...  dan akhirnya kepada User. 

Disebabkan tidur pun dekat pukul 2 pagi, bangun pun lewat sikit pukul 6.45 pagi. Itupun nasib baik sedar alarm HP. Kalau dulu masa ada kelas pukul 8 pagi, pukul 6 pagi dah bangun sebab nak gerak sebelum pukul 7 pagi. Almaklum duduk umah penhouse kan, tingkat 16 lagi... bersiap satu hal, nak siapkan bekalan air pula, lepas tu nak tunggu lif tu sampai dari bawah ke atas dan ke bawah semula ambil masa kurang-kurang 5 minit. Ok berbalik kepada cerita hari ni. Aku sambung tidur balik, walhal tak leh tidur pun sebab anak-anak dah bangun dan sibuk dok kejutkan aku dan mengacau. Najmi siap geletek tapak kaki aku. Ct dipanjatnya badan aku. Dek keletihan aku pejamkan mata jer. Tapi diorang jerit kat aku... katanya dah pukul 8, lepas tu kata dah pukul 9. 

Aku jeling jam kat dinding eh betul pula dah pukul 8 pagi. Sebelum bangun aku suruh diorang pijakkan belakang aku. Najmi aku suruh dia, dia suruh adik dia. Dia ugut adik dia tak nak belikan patung baru kalau tak pijak ayah. Ct pun cepat-cepat naik atas katil dan pijak belakang aku. Namapun budak kan, dia melompat-lompat atas belakang aku dan atas katil. Lepas tu dia berlari keluar. Najmi dok belek mainan dia, aku bagitau dia suh dia pijak belakang kalau nak beli mainan kat kampung nanti. Dia pun bangun dan pihak belakang aku. Sambil pijak sambil mulut dia tak berhenti menyatakan jenis mainan yang dia nak, bukan satu tapi lebih dari satu. 

Selepas mandi aku keluar ke ruang tamu, macam biasa isteri aku tengah masak. Hari Jumaat tu ada beli tempe, dia buat tempe goreng tepung dengan masak lemak ikan jaket. Aku pun mendobi... lepas tu buka tv tengok siaran sukan percuma kat Astro. Lepas tu aku suruh anak-anak mandi, nak mandi air kolam plak, bagi jer lah sebab dah banyak kali minta aku tak bagi sebab diorang selesema. 20 minit kemudian aku suruh diorang bersihkan badan, berus gigi dan sabun badan. Tetiba baru perasan diorang tak ambil tuala mandi, lalu aku membebel kat diorang supaya sebelum mandi ambik tuala sekali. Macam biasalah ayat diorang berdua tu, "Baik Ayah, saya minta maaf". Almaklum diorang meniru tingkah laku kami ibu bapa mereka. 

Selepas sarapan, aku angkat jemuran dan jemur kain yang baru basuh tadi. Sekejap jer masa berlaku dah pukul 10 pagi. Lalu aku bersiap ke pejabat. Hari ini terpaksa juga ke pejabat kerana banyak SG20 perlu diluluskan untuk membolehkan perancangan latihan mengunci masuk berjalan lancar. Hari Sabtu pergi pejabat uruskan hal tahan gaji, daftar surat ke sistem DDMS. Nasib baik tak banyak permohonan bulan ni ada tujuh jer surat permohonan yang perlu diimbas sebelum dikunci masuk dalam DDMS. Selepas itu aku buat kuiri kod potongan 4024 dan recurring and Payment sebelum membuat larian gaji Seperate Cycle 072017. Selesai proses larian gaji aku buat pula larian laporan potongan. Alhamdulillah siap juga, Isnin tinggal hantar notis pembayaran gaji kepada bank EF dan juga solman laporang keseluruhan. Dua keping CD juga perlu disediakan pada pagi Isnin tu. 

Aku sampai pejabat hari ini dalam pukul 10.15pagi. Sampai jer pejabat sunyi sepi tak de orang pula. Sampai jer terus ambik no spool laporan Keseluruhan untuk diberikan kepada rakan sekerja untuk tindakan selanjutnya. Selepas itu aku jana laporan yang Ptj minta untuk sediakan bajet. Kesian dia dari hari Khamis minta, tapi kebetulan aku sibuk buat benda lain, jadinya lambatlah jana laporan tu. Nasib baik tadi teringat terus buat jer. Selepas itu aku mulakan kerja menyemak SG20. Memandangkan hari Rabu dan Khamis ni aku kursus penyediaan laporan dissertation di UiTM Shah Alam, maka aku perlu meluluskan semua SG20 yang ada sebagaimana pembahagian telah dibuat. Pukul 12.30 pm ada kawan datang ke pejabat. Pukul 2 petang dia balik. Aku pun pergi solat zohor. Selesai jer solat zohor baru aku nak sambung kerja Pengawal Keselamatan bertugas buat rondaan datang untuk ambik maklumat kami. Aku tulis jer konon-konon nak balik pukul 4 petang, tetapi memandangkan pelbagai jenis bunyi mula kedengaran aku target untuk habiskan beberapa bundle SG20 yang tinggal dan yang selebihnya aku bawa pulang ke rumah. Alhamdulillah capai juga target aku, dan pukul 3.15pm aku pun kemas barang dan balik. 

Hari ini isteri memberitahu bahawa anak-anak berebut nak makan roti dengan jem coklat. Ceritanya hari Jumaat lepas sambil beli beberapa keperluan dapur aku beli roti, sebab ingat nak buat bubur kacang hijau, lama dah teringin. Lucunya hari Jumaat tu aku lupa beli kacang hijau tu dah masuk kereta baru teringat padahal isteri dah  bagitau kat rumah ada sikit jer kacang hijau tu, tapi bolehlah buat sekali makan sebab kami pun dua orang jer makan. Hari Sabtu tu aku gas plak nak habis, gi ke Ayer 8 cucuk duit, jauh pula kedai runcit kat sini lalu aku ingat nak singgah kedai runcit kat bawah rumah jer. Sekali kedai runcit bawah rumah tutup hari Sabtu... alamak terlupa lagi. Memang tadi ada rancang nak gi isi angin kat Shell Presint 8, tapi batalkan niat sebab dah telefon orang gas tu takut orang gas tu sampai dulu. Sekali masa aku ke kedai bawah rumah yang tutup tu, aku telefon orang gas tu dia tak gerak pun lagi. Jadi isteri aku masak jugalah bubur kacang hijau dalam dua genggam tangan jer kuantitinya. Masak jer bubur tu lepas solat asar aku pun ambik semangkuk dan cicah degan roti, Ct memang suka makan macam tu. Najmi memang jenis tak lalu makan sokmo. Lepas magrib Ibunya pula makan bubur dengan roti tu. Jadi kuantiti roti tu memang dah sikit lah kan, sebab tulah sampai berebut diorang nak makan roti dengan jem coklat tu. 

Jadinya selepas balik dari pejabat aku pun teringat nak isi angin kereta. Sampai stesen minyak hmmm minyak pun dah suku ni, Rabu dan Khamis nak gi ke Shah Alam. Isi lah sekali minyak, aku pun masuklah ke kedai Shell tu nampak roti, malangnya roti yang diorang nak tu tak der. Aku beli jer roti yang ada. Lepas bayar terus isi minyak kemudian isi angin tayar. Baru tahu rupanya tayar depan aku cukup dengan bacaan 31 psi dan tayar belakang 29 psi. Sebelum ni aku kasi 31 jer depan dan belakang. Ok jugalah hari ni belajar sesuatu yang baharu. Dah setahun pakai kereta baru perasan bahawa kadar tekanan angin ada kat celah pintu tu. Selama ni duk lap kereta tak perasan pula. 

Aku sampai rumah dalam pukul 4 petang. Najmi tengok jam kat dinding lalu dia cakap aku balik awal hari ni. Katanya dia ingat aku balik lewat. Ct sedang tidur masa aku balik tu. Roti tu aku terus bagi Najmi lalu dia letak atas meja makan dan sambung main tanah liat @ plasticine @ play doh @ clay. Cerita pasal tanah liat tu, aku beli berzaman nak suh diorang main. Lepas balik cuti beraya hari tu baru diorang buka dan main, banyak-banyak warna bila diorang main bercampur jadi satu warna jer iaitu coklat. Syukur jugalah selepas Najmi main tanah liat tu dia akan simpan semula ke tempat yang selamat la kan sebab nanti dia nak main dia ambik lagi. Pening sikit sekarang ni si adik, Ct macam tak faham lagi keperluan mengemas dan simpan elok-elok mainan selepas selesai main supaya lain kali boleh main lagi. Bila mainan dia bersepah abang dia yang tolong kemaskan, alamatnya semua mainan tu jadi mainan abang dia atas alasan abang yang kemas. Hal ini pun menjadi punca diorang bergaduh hari-hari... 

Hari ini Isteri aku buka cerita hindustan Bajrangi Bhaijaan yang mengisahkan Lelaki India nak hantar Budak Perempuan Bisu Pakistan balik jumpa keluarga dia tu. Dah kemas meja operasi aku letak beg berisi SG20 kat situ. Lepas tu aku gi layan cite hindustan tu sambil baring. Pukul 4.30 petang aku gi dapur tengok bubur semalam ada lagi, lepas panaskan aku pun makan ngan roti... Ct bangun tidur makan sekali. Pukul 5 petang aku sebenarnya dah nak start lulus SG20 tapi rasa malas pula. Jadinya aku baring-baring atas katil... lepas tu mandi dan solat asar. Selepas tu baru mula luluskan SG20 tu, setiap kali selesai satu ikatan SG20 aku keluar tengok diorang. Nak hilangkan rasa boring dan naikkan semangat aku buka lagu rancak kat hp sambil luluskan SG20 tu. AKhirnya tinggak satu ikatan jer lagi. Pukul 7 malam aku gi lepak ruang tamu, capai remote Astro tekan channel sukan. Masa tu budak-budak duduk belajar dengan ibu diorang. 

Selepas magrib layan anak-anak sambil tengok berita, rasa boring tengok berita tekan saluran sukan balik adalah perlawanan bola tampar pantai. Aku kagum dengan pemain sukan bola tampar pantai ni, diorang boleh main dengan hebatnya walaupun berdua jer. Lepas tu Najmi bawa tab dia untuk main game Ultraman. Aku pun main sama game tu sebab nak tolong dia kumpul mata kan. Terlompat-lompat dia syok tengok aku main game tu lawan raksasa. Sambil tu dia mengajar aku apa perlu dibuat dan nasihatkan jangan sampai jatuh gaung. 

Selepas Isyak aku sambung keje luluskan SG20 tu... akhirnya siap juga. Alhamdulillah cara aku buat keje macam ni, rasa tak sakit sangat bahu dan belakang. Kalau aku fokus jer luluskan  SG20 tu rasa sakit sangat bahu dan belikatku. 


Oklah masa untuk tidur... aku bersyukur dengan perjalanan hariku hari ini ada isteri dan anak-anak disampingku... Ct pun baru jer terlelap tu... tadi masa aku dok mengarang, dua tiga kali dia datang minum air sebab botol air dia ada kat atas meja operasiku ini. hihihi... oklah nak minum segelas air suam sebelum tidur... 


Friday, July 21, 2017

Aku sayang kerjaku...

Siapa tak sayang kerjaya masing-masing kan. 

Penolong Akauntan... 

Berdasarkan jadual gaji minimum dan maksimum PP1/2016 mulai 1 Julai 2016 gaji mengikut gred untuk Penolong Akauntan adalah seperti di bawah 

Gred W40- RM4,992.00 - RM8,978.00 - KGT  RM225.00
Gred W36- RM3,532.00 - RM7,511.00 - KGT  RM180.00
Gred W32- RM2,848.00 - RM6,259.00 - KGT  RM155.00
Gred W29- RM1,498.00 - RM5,678.00 - KGT  RM145.00 

Elaun yang diterima bulanan pun oklah juga buat masa ini. 

Tahun 2008 - W27/W29
Tahun 2015 - W32
Tahun 2025 - W36 (Insha allah)
Tahun 2030 - W40

hahahah.... insya allah kalau murah rezeki dapatlah kan .... mana tahu awal lagi ker sebab pergi ke gred PnP kan. 

Skim kewangan ni banyak sangat terlibat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kalau ikutkan senang kan, tapi kalau salah faham pekeliling besar kesan ke atas perlaksanaan arahan tu. 

Selain itu, Skim Kewangan juga perlu berurusan dengan cubaan dan dugaan lain penyalahgunaan pekeliling oleh seseorang yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu urusan. Oleh sebab itu, pekeliling kena hadam. OMG... 

Pamatuhan kepada tarikh-tarikh akhir sesuatu urusan juga perlu dipatuhi. Cabaran juga sebab kadang-kadang manusia ni rambut sama hitam hati lain-lain kan. So kena hadaplah kepelbagaian manusia yang wujud di atas muka bumi ini walaupun di Malaysia jer pun. 

Alahai sakit perut la pula.... oklah bye bye

Minggu yang memenatkan

Assalamualaikum dan salam hujung minggu...

Salam Negaraku Malaysia... 

Syukurlah dah hujung minggu, boleh rehat sepuas-puasnya. Minggu lepas minggu yang memenatkan, Isnin dan Selasa aku masih ok masih seperti hari yang lain masih bersemangat menyiapkan kerja-kerja rutin. Hari Rabu tetiba mood aku berubah, entahlah dalam sibuk menguruskan beberapa perkara yang agak mustahak hal kerja pula membuatkan aku buntu mencari jawapan kepada pertanyaan yang diajukan. Mencari pekeliling untuk dirujuk tidak dijumpai, bertanya sahabat pun tiada jawapan agak hampa juga sebenarnya. Dulu group ws tu sangat membantu, sekarang group ws tu macam dah tak berguna lagi bila sumber rujukan yang diperlukan tidak memberi respond sewajarnya. 

Nampak sangat dah lama aku tak belajar pasal perkhidmatan awam ni, terasa bagus juga kalau ada Peperiksaan tahap kecekapan seperti dahulu kerana ada hamba allah akan bukukan semua panduan yang perlu diketahui mengikut bidang tugas masing-masing. Jadinya kami semua mempunyai kefahaman yang sama. Proses mendapatkan jawapan pun menjadi senang. 

Dulu aku yakin bahawa bayaran perbentungan adalah dikira sebagai bil utiliti. Tapi bila google maklumat berkaitan bil utiliti, bayaran pasal perbentungan tiada dalam hasil carian tersebut. Rasa stress pula... belum habis jawapan tu keluar lagi soalan lain berkenaan elaun dan perkhidmatan. Sepatutnya rujuklah dengan sumber manusia, tapi malangnya orang sumber manusia susah pula mengangkat telefon pada masa kita perlukan kuasa rujukan. 

Hari Khamis aku dah jadi tak tenang... sampaikan satu surat aku perlu edit sampai 5 kali. Hadoi, letih betul dengan perangai orang atasan ni nak format surat yang sebetulnya tanpa meneliti isi surat. Aku agak sibuk menjana laporan mengikut cycle gaji hal ini kerana sistem terlalu perlahan sampaikan laporan gagal dijana. Ingatkan selepas waktu pejabat bila orang tak ramai guna sistem lajulah sikit, rupenya sama kerana selepas pukul 5.30 petang proses back-up data secara auto plak buat keje. Hari Isnin petang aku terima wasup dari orang ICt katanya orang yang jaga sistem di JANM sound ingat aku sorang jer nak pakai sistem dia suh aku run ikut jadual. Padahal hari Isnin tu ada masalah dengan proses larian gaji aku... terpaksa aku patah balik beberapa proses untuk memastikan proses yang gagal tu dapat dibuat. AKhirnya Isnin petang tu aku balik jer sambung selasa pagi. Alhamdulillah dengan bantuan pasukan helpdesk berjaya juga selesaikan proses larian gaji. Khilaf aku, memang aku kena study balik nota larian gaji tu. 

Hari Jumaat tu pula kes ahli suruhanjaya yang tak puas hati tiada potongan KWSP sebab setting sistem kalau kumpulan pekerja yang digunakan sekarang memang tak leh carum KWSP. Serabut betul aku ahli suruhanjaya macam tu, nak juga caruman kwsp... ada lagi ker duit kwsp dia sebelum ni... orang yang menjaga dia sendiri pun tak leh nak jawap apa status dia, dia pula sibuk nak menimbulkan hal macam tu. Ahli Suruhanjaya bukan penjawat awam nak pakai A01 dan bukan Anggota Pentadbiran... entahlah... dulu agaknya pakai jer mana yang ada. Stressnya aku... dah la semua orang atasan aku sibuk... sibuk dengan majlis raya sebulan yang tak habis-habis, sibuk dengan plan Perakaunan AKruan. Aku telefon juga PSU kat SPA bahagian yang berkenaan la kan, dia sendiri tiada jawapan dok ulang benda yang sama kerani dia cakap kat aku. Patut dia yang jaga ahli suruhanjaya kenalah usaha lebih sikit. Ini nak harapkan kita cari jawapan untuk dia juga. Memanglah manusia ni... sabar jer lah. 

Alhamdulillah MPK HCM dalam proses semakan lanjut, lega juga rasa bila ada juga PAW32 yang terlibat dalam proses penyediaan MPK tu. Hebat juga mamat tu, seminggu dia bentangkan pasal MPK tu. 

Aku faham allah tak uji kita jika kita tak mampu.. mungkin ujian ini kecil bagi orang lain tapi cukup membuatkan aku stress kerana setiap hari ada jer kerja rutin yang perlu diselesaikan segera. Mungkin Allah nak sedarkan aku kena berdoa banyak-banyak lagi mohon kepadanya untuk memberi aku jalan dan dipermudahkan untuk menyelesaikan kes-kes terpencil tu. Minggu lepas solat sunat dhuha pun tak sempat buat. 

Apa yang menyeronokkan adalah beberapa perkara berkaitan cukai pendapatan berjaya juga aku selesaikan. Selain itu aku juga dapat ilmu baharu, baru faham formula yang sebelum ni agak keliru sikit. Sebelum ini kalau orang tanya pasal Potongan Cukai BUlanan yang sistem automatik kira berdasarkan pendapatan dan potongan zakat serta maklumat tanggungan yang diisytiharkan pegawai. Biasanya aku ambik gaji pokok + elaun bercukai aku darab 12, hasilnya aku tengok banjaran pendapatan. Selepas tau nilai cukai bahagi 12 bulan. Kini aku tau kalau dia tanya pasal cukai bulan 6, aku kira gaji pokok dia tambah elaun bercukai, then aku kali dengan 7 bulan. Kenapa tujuh bulan adalah tempoh dari bulan Jun hingga Disember. Lepas tolak pelepasan iaitu RM9000 pelepasan diri sendiri, pelepasan pasangan dan anak-anak. tengok banjaran cukai untuk mengenalpasti cukai. Bahagi 7 bulan... kalau ada zakat tolak zakat. Itulah kadar PCB. 


Oklah... selamat berhujung minggu 


Saturday, July 15, 2017

Hujung Minggu 16 Jun 2017

Hari ini ada jemputan kawin kawan satu pejabat. Hari ini juga kena run gaji. Target esok boleh sampai PCP0 actual run. 

Semalam tidur pukul 11.30malam... pagi ni nak celik mata rasa susah giler. terpaksa sambung tidur pukul tujuh pagi sampai kul 9 pagi.... waahh... nikmatnya berehat di hujung minggu. Tapi target nak masuk opis kul 8 pagi tak tercapai. 

Selepas siap mandi dan sarapan, ingat nak garap sesuatu kat blog dululah. Hari ini kenduri aku gi sorang sebab isteri nak uruskan kain baju yang dah meninggi macam gunung... aku dah tolong basuhkan tinggal dia lipat jer la. 

Bulan ni bos minta kami rancang panggil Pusat Pembayaran Gaji untuk datang key in dan edit changes sebagai persediaan untuk menggunakan modul HCM di tempat diorang Januari tahun depan. Setelah beberapa tahun tangguh, rasanya tahun depan Perakaunan Akruan akan dilaksanakan. Kursus ulangan HCM akan dibuat sekiranya ada bajet dan masa. 

Mulai September hingga November ni ada latihan FICO dan MM kalau ada kesempatan aku pun nak join juga. Sebagai pendedahan kan. 

Aku pula akan mempersiapkan diri dengan baca balik nota HCM dan perbezaan HCM dan HR Payrol untuk persediaan menjadi penceramah sekiranya perlu. 

Friday, July 14, 2017

Hadiah Hari Lahir dari GSC 2017

Bulan Julai datang lagi...

Julai merupakan bulan teristimewa buat aku kerana bulan kelahiranku. Ct @ CIk siti Wan Kembang anak keduaku juga dilahirkan dalam bulan Julai iaitu pada 1 Julai. Ayah aku lahir pada 8 Julai, Ain adikku juga lahir sehari selepas tarikh kelahiran ayahku iaitu 9 Julai. Selain itu Abang Long lahir pada 28 Julai, dan kakak aku lahir pada 30 Julai. Istimewa sangat kan... 

Kebetulan pada tahun ini sambutan Hari Raya Bahagian Akaun JPM juga jatuh pada bulan Julai.... 12 Julai 2017 (Isnin) adalah tarikh sambutan raya BA JPM. Hmmm suka gila aku sebab hadiah hari lahirku diberikan ketika aku berbaju raya... 

Pada 2 Julai 2017 (Jumaat), GSC telah mengemelkan aku hadiah berupa dua tiket wayang. Hari ini baru aku tuntut tiket tu, alhamdulillah dapatlah tengok cerita yang anak aku nak tengok iaitu Despicable Me 3. Aku beli dua tiket lagi untuk anak-anak berjumlah RM15. Sebelum cuma perlu beli satu sebab Ct masih dua tahun tapi tahun ni ct dah 3 tahun. Tak apalah selesa juga diorang nanti boleh duduk atas kerusi masing-masing. Esok pagi aku kena selesaikan urusan delimete LPC Julai sebelum larian gaji keesokan harinya (ahad). 

Selepas beli tiket, aku pergi beli lauk pauk sikit. Lepas tu balik rumah... gembiranya anak-anak aku sambut aku. Aku bagitau diorang esok petang kita gi tengok wayang ya... gembiranya diorang sebab dah lama tak tengok wayang. Kami tak boleh tengok wayang malam sebab diorang dah ngantuk, lagi satu Cik Siti Wan Kembang sibuk ajak balik rumah sebab dia tak suka suasana panggung wayang yang gelap tu. 

Terima kasih GSC bagi hadiah dua keping tiket wayang... 

tawaran yang terbaik pernah aku terima

Salam Syawal...


16 Jun 2017 (Jumaat) aku menghadiri temuduga Eksekutif Kontrak di LPPSA. Manalah aku tahu yang akan ditawarkan untuk temuduga adalah jawatan kontrak kerana sebelum ini aku hanya hantar resume biasa jer. Resume tu aku hantar dua minggu sebelum puasa, aku hantar dua resume satu aku punya dan satu lagi adik aku punya. 



Selepas dua minggu daripada tarikh hantar resume aku menerima emel panggilan temuduga daripada LPPSA. Dalam sibuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat aku mengambil masa rehat untuk menyiapkan salinan dokumen yang diperlukan. Selepas itu aku membawa pulang ke rumah fail sijil untuk disusun sijil-sijil yang diperlukan sahaja. Tiga hari juga aku isi borang temuduga yang perlu dilengkapkan untuk kegunaan temuduga. 



Temuduga jatuh pada hari Jumaat (16 Jun 2017/ 21 Ramadan 1438), korang bayangkan pada hari jumaat tu. Kami ada 5 orang calon, 3 daripadanya baru graduate dan kerja di sektor swasta. Seorangnya pula dah pernah kerja di beberapa syarikat. Aku jer kakitangan kerajaan... yang lucunya aku tanya candidate lain berapa gaji yang diminta masing-masing memberitahu RM2500++ . Aku tanya kenapa tak minta RM3300 sebab ikut pasaran sekarang itulah nilainya. Aku jer yang minta RM5500. Pada perkiraanku gaji pokok tambah semua elaun, tambah dua kali KGT, dan darabkan dua kali ganda bagi gaji pokok tambah dua KGt tu. 



Proses temuduga berjalan agak lancar, cara tiga orang panel tu menemuduga aku acuh tak acuh. Ingatkan diorang tidak berminat dengan calon yang berjawatan tetap dan berpencen sepertiku. Wakil sumber manusia ada tanya berapa bulan notis aku boleh bagi, aku bagitau sebulan. CEO bekas pegawai tinggi kerajaan memaklumkan bagi pegawai tetap sepatutnya 3 bulan. Aku memaklumkan aku telah merujuk GO. Wakil sumber meminta aku membuat semakan semula. Wakil OPerasi bertanya kuarters macam mana aku memberitahu tiada masalah kerana kuarters atas nama isteriku. AKhirnya diorang tanya apa sumbangan yang boleh aku bagi meningkatkan mutu perkhidmatan LPPSA dan apa pandangan aku berkenaan keadaan LPPSA buat masa sekarang. 



Selepas itu aku melangkah keluar dengan harapan yang pudar. Selepas hari raya ada juga aku cuba telefon tanya status belum ada status. Tapi khabar gembira oleh seorang kawan aku mengatakan aku berjaya temuduga tu. Dua minggu kemudian baru aku dapat panggilan telefon daripada LPPSA memaklumkan aku berjaya. Katanya aku ditawarkan Senior Executive L7 di Loan Administration dengan tawaran kontrak setahun. Tapi tertakluk kepada keputusan pemeriksaan kesihatan. AKu minta untuk memberikan jawapan sehingga jumaat (14 Julai 2017). Banyak perkara fikirkan memandangkan tawaran berbentuk begitu. 



Aku memaklumkan kepada isteri, ayah dan ibu, juga ketua jabatanku berkenaan keputusan temuduga tersebut. Banyak pandangan yang diberikan. Apa yang mereka fikirkan sama seperti aku fikirkan iaitu takkan nak lepaskan jawatan tetap dan berpencen semata-mata nak isi jawatan kontrak yang tiada jaminan untk tetap. Aku telefon LPPSA tak boleh ker tawarkan aku jawatan tetap, dukacita tak boleh. Setiap hari ada jer pertanyaan aku, hinggalah akhirnya satu jawapan yang membuatkan aku tak patut tinggalkan perkhidmatan sekarang. Komitmen hutang semasa tak boleh potong melalui gaji pegawai kontrak. 



Tapi banyak juga yang aku belajar daripada peristiwa ini. Antaranya bagaimana aku sebagai penjawat awam berpencen yang telah berkhidmat selama 13 tahun perlu membuat perbandingan di antara skim pencen dan skim KWSP. Sekiranya aku pencen umur 60 tahun dengan tempoh perkhidmatan selama 38 tahun dan GCR 150 hari adalah seperti di bawah ;


Pencen bulanan dapatlah RM4200, ganjaran RM244650 dan gantian cuti rehat RM36,700.00. 


Kawan aku ajar cara kira skim KWSP adalah lebih kurang RM1000*12bulan*(60-34=26) = RM312000 jumlah potongan dalam KWSP itu tak termasuk dividen tahunan lagi. Katanya amaun tu perlu dilaburkan untuk makan bulanan nanti. Katanya kerja memang teruk, tapi habuan memang banyak sangat hidup boleh mewah. Tapi masa untuk keluarga terpaksa dikorbankan, sampaikan kadang-kadang walaupun dan balik kerja pukul 9 malam pun terpaksa bawa balik kerja ke rumah dan terpaksa tidur pukul 1 pagi. AKu yakin hak ni aku boleh hadap... yelah masa belajar pun terpaksa buat tugasan waktu malam sampai tidur kul 2 pagi kot. 



AKu juga banyak bertanya kawan-kawan berkaitan ganjaran dan pencen dan prosedur dalam kerajaan. Rupenya ganjaran dan pencen hanya boleh dibayar kalau aku berkhidmat dan bersara pilihan mulai umur 40 tahun. Bayarannya pula adalah pada umur aku telah opsyen tahun bersara pilihan iaitu 60 tahun. Syarat lain kena penuhi ketua jabatan perlu hantar ke JPA tiga bulan sebelum tarikh bersara pilihan. 



Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2015 berkenaan perlepasan jwatan dengan izin atau Perletakan Jawatan juga aku didedahkan. Notis boleh dipendekan. 



Selepas fikir baik buruk semua, akhirnya aku memutuskan untuk menolak tawaran tersebut. Perancangan asal nak ambik cuti tanpa gaji setahun, tapi majikan baru tak bersetuju. Macam banyak pula yang buruk dari yang baik aku rasa. Niat untuk berlagak pergi kerja pakai tali leher dan ada bilik besar, ada parking khas, habuan bulanan yang banyak membolehkan aku beli rumah idaman, niat untuk bantu adik-adikku harus aku lupakan, mungkin terlalu banyak niat aku tak betul. Memang rezeki seperti ini tak datang selalu yelah temuduga jawatan Executive L8 (Kontrak) tapi ditawarkan Senior Executive L7 (kontrak), tapi kata kawan aku rezeki tak pernah salah alamat. Betul juga tu... 

Selepas solat Jumaat hari ini aku menelefon pegawai sumber manusia bakal majikan baru dan beliau memaklumkan berkaitan status pertanyaan aku sebelum ini belum ada jawapan. Aku dengan sekali nafas (ceewah) menyatakan aku menolak tawaran ini. Lalu pegawai itu memaklumkan bahawa pada pengetahuan beliau aku sepatutnya menyelesaikan semua pinjaman yang aku buat. Beliau juga ada bertanya adakah aku sudah berfikir semasak-masaknya, aku bagi jawapan Ya. Noktah... aku mengucapkan terima kasih dan kami menamatkan panggilan telefon tersebut.  



Aku tak stress pun.... aku redha dengan keputusanku... alhamdulillah... aku bersyukur dengan nikmatmu ya allah. Sepanjang tempoh drama itu sedikitpun tumpuan kerja aku tidak terjejas. Emosi aku stabil... syukurlah...  Solat istikhorah dan solat hajat yang aku buat memberikan petunjuk bahawa sebuah bangunan berwarna putih tersergam indah... tiangnya besar-besar belaka.. tetapi tiada bumbung.... bangunan tersebut terdedah begitu sahaja tanpa dinding... seperti bangunan colosium yang telah runtuh sahaja nampaknya. 

Semoga ada rezeki yang jauh lebih baik buat diriku...