Monday, November 17, 2014

Gaya Komunikasi

Gaya komunikasi yang paling efektif dan sepatutnya ditonjolkan semasa temu duga ialah gaya asertif!

Gaya Asertif  merupakan gaya komunikasi yang paling profesional. Penuturnya berkomunikasi secara jelas berdasarkan fakta dan maklumat lengkap. Ucapan yang disampaikan dielak dariapda pengaruh emosi yang tidak stabil. Penutur menghormati peribadi dan emosi pendengar dengan mengelak unsur-unsur seperti merendah-rendahkan keupayaan pendengar atau bercakap secara sinis. 

Gaya Pasif digunakan oleh seseorang yang takut pada kritikan orang lain. Mereka lebih gemar berdiam diri dan menganggap orang lain memahami apa yang dikehendaki dan apa yang perlu dilakukan. Mereka yang berkomunikasi mengikut gaya ini sering menyembunyikan perasaan mereka. Namum mereka mudah tersentuh sekiranya mendapat komen daripada orang lain. Mereka sukar bekerja dalam satu kumpulan atau menerima pendapat daripada ahli kumpulan.

Gaya Agresif digunakan oleh individu yang bersada mempunyai kawalan dominan ke atas orang lain. Mereka mengabaikan perasaan orang lain dan melayan orang lain seperti pekerja kelas terbawah. Pada mereka, menggunakan ugutan agar orang lain bekerja bagi mencapai matlamat yang ditetapkan olehnya bukanlah satu perkara yang salah.


Gaya Pasif-agresif adalah kombonasi ciri-ciri negatif gaya pasif dan gaya agresif. Mereka memberi arahan dengan menggunakan sindiran dan ugutan. Namun mereka takut bagi memberi maklum balas secara jelas sekiranya disoal. Mereka yang berkomunikasi jenis ini boleh dilabel sebagai ' dia buat tak apa , orang lain buat tak boleh;. 

Dipetik dari buku Resipi Baru Berjaya Temu Duga 21 Skil Santai tetapi Gempak oleh Zulnaidi Y.  keluaran mustread

Cuti-cuti Malaysia 2014, Morib, Banting.

Alhamdulillah kami sekeluarga diberi kesempatan menikmati keindahan alam ciptaan ilahi di sekitar bumi Banting, Selangor.  Malam Khamis aku memberi cadangan kepada isteri supaya kami pergi bercuti selama dua hari satu malam kat kawasan pantai. Mula-mula isteri memberi cadangan ke Port Dickson, tapi aku kurang setuju kerana suasana di Port Dickson tidak sesuai dengan jiwa kami. Lagipun Port Dickson ramai orang, risau pula penularan penyakit kaki tangan dan mulut tu di kalangan kanak-kanak buat masa sekarang. 

Malamnya kami belum ada kata putus kemana patut kami tuju untuk program percutian jangka pendek ini. Sekadar merehatkan mata yang sedang kurang sihat dan juga untuk mengambil angin baru sebelum isteriku bertugas di tempat baru iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Blok B4, Kompleks JPM. Nah di PTJ sudah dia. 

Jumaat aku pergi kerja macam biasa sebab dikatakan ada pasukan peserta kursus Audit 5S akan datang buat lawatan audit. Aku kemaskan meja dan beberapa barangan yang tidak sepatutnya berada di ruang kerja aku. Kemudian aku kemas stor penyimpanan dokumen di aras 4. Dua tiga kali aku masuk keluar masuk keluar stor baru dapat idea cara untuk mengemas stor tersebut supaya nampak lebih kemas dan sedap mata memandang. 

Lebih kurang pukul 11 pagi aku memaklumkan rakan sepejabat akan ke Klinik Infeksi untuk berjumpa doktor ini kerana telah dipesan sekiranya mata masih merah pada hari keempat kena datang lagi. Doktor yang memeriksa ku memberitahu kemungkinan besar ini bukan sakit mata biasa ini kerana tiada tahi mata yang cair tu. Lalu dia buat surat rujukan ke Klinik Pakar Mata di Hospital Putrajaya, di samping itu beliau mengeluarkan satu hari sijil sakit untukku. 

Jam menunjukkan lima belas minit ke pukul 12 tengahari. Memandangkan hari ini Jumaat tempat letak kereta di perkarangan hospital telah banyak kerana orang ramai telah keluar bersiap ke Masjid  untuk melaksanakan Solat Jumaat. Alhamdulillah tak ramai orang di kaunter pendaftaran, selepas mengambil nombor giliran tiga minit kemudian nombor giliranku dipanggil dan aku menunjukkan surat rujukan kepada petugas kaunter pendaftaran. Selepas itu aku ke Klinik Pakar Mata untuk giliran seterusnya. Sekilas ku pandang jam tangan yang telah menunjukkan pukul 12.15 tengahari risau juga jika aku tak sempat jumaat. Beberapa minit kemudian nombor giliran ku dipanggil. 


Doktor muda lulusan Ireland merawatku, dikelebeknya mata ku dan disuluh menggunakan alat memeriksa mata. Mudanya doktor pakar ini. Kemudian dia kata minggu depan kena jumpa dia lagi, selain itu beliau menasihatkan aku supaya tidak ke pejabat dan rehatkan diri di rumah buat sementara waktu. Aku juga dinasihatkan untuk tidak bergaul dengan orang ramai untuk mengelakkan jangkitan. Tetapi aku berpandangan kalau aku pergi tengok pemandangan indah memang best nie. 


Malamnya aku google beberapa tempat menarik di sekita Banting. Alhamdulillah banyak juga maklumat aku dapat dan lebih bagus lagi ianya amat sesuai dengan program percutian dua hari satu malam yang kami bincangkan. Bukit Jugra ada rumah api lama dan pemandangan yang sangat cantik. Pantai Kelenang yang indah dan mendamaikan. Pantai Morib yang menyegarkan angin Selat Melaka bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pantai Bagan Lalang yang penuh dengan manusia. 


Keesokan harinya kami bangun awal. Aku memberitahu isteri bawa satu persalinan baju dan baju tidur kemungkinan kita akan bermalam di sana. Kami memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi, masa tu juga penduduk kuarters nie sibuk ngan urusan perlawanan bola sepak 9 sebelah. Perjalanan ke Banting mengambil masa selama sejam. Kami meneruskan perjalanan ke Jugra untuk menghala ke rumah api. Sejam kemudian kami sampai, memang cantik pemandangan sekitar rumah api tu. Gembira sangat tak sangka-sangka boleh menjejakkan kaki ke tempat yang menarik tu. 

Kemudiannya kami menuju ke Pantai Kelanang, agak tersorok sikit kedudukan pantai ini dan rasa sedikit tidak selamat. Al maklumlah pesisir pantai nie kan dekat ngan Indonesia, manalah tahu kot- kot ada lanun Selat Melaka menyinggah kan. Selepas ambil angin sekejap kami meneruskan perjalanan ke Pantai Morib. Ingat dihati nak menginap di Gold Coast Morib International Resort, banyaknya manusia dan kereta. Tempat parking pun penuh, tak sesuai la pula. Singgah ke Rumah Peranginan Persekutuan BPH, pun penuh. Kemudiannya kami ke Impian Morib... alhamdulillah ada bilik. Pemadangan yang cantik dan tidak boring. Kemudahan hotel pun ok dan kadar makan tengahari untuk dewasa adalah RM22 seorang, manakala kanak-kanak di bawah 11 tahun separuh harga dan kanak-kanak di bawah 5 tahun percuma. Hidangan yang disediakan boleh tahan, daging masak merah, masakan kampung, sup daging, mee kuah, pelbagai ulam-ulaman dan pencuci mulut terdiri daripada pelbagai jenis kueh-mueh dan buah-buahan. 

Kenyang makan kami check in bilik, satu katil single dan satu katil queen. Bilik kami mengadap kolam renang yang sangat besar dengan pemandangan yang cantik sekali. Di balkoni pintu masuk jelas kelihatan suasana pantai yang cantik dan suatu pemandangan yang cukup indah saujana mata memandang. 

Malamnya kami order makanan jer, tiga orang makan baru RM36 lebih kurang makan kat kedai juga. Esoknya selepas mempersiapkan diri kami bersedia ke kantin untuk sarapan. Menu sarapan tosei cicah kuah kacang. Terdapat juga makanan utama seperti nasi lemak sambal sotong, mee goreng sosej, dan nasi air. Minuman pula air kosong, splash oren dan kopi/tea. 

Selepas sarapan kami kembali ke bilik, manalah tahu kot kot rasa nak berak ker apa kan. Senang sikit, selesa pun ya kan. Sedang duduk-duduk berehat tengok tv cerita Cupcake Mama elektrik putus. Kami pun check out, perjanalan ke Tanjung Sepat memang indah tapi sayang dah sampai ke tempat dituju tiada yang menarik. Kampung Cina dan kawasan pekan cina. 

Kami meneruskan perjalanan ke Bagan Lalang. Bagan Lalang memang menarik banyak hotel yang menarik dan tempat makan pun banyak. Bagi mereka yang suka makanan laut  dan ikan bakar disinilah tempatnya. Kami melepaskan penat dengan menikmati air kelapa pandan muda. Selepas itu kami meneruskan perjalanan balik ke Putrajaya melalui pekan Sepang terus ke Nilai dan ke akhirnya Putrajaya. 

Memang seronok percutian kali ini. Badan rasa segar otak pun rasa berkembang. 






17 November 2014 Temujanji Dengan Klinik Pakar Mata Hospital Putrajaya

17 November 2014, Isnin.

Hari ini aku masuk pejabat seperti biasa. Selepas menyiapkan beberapa tugas yang lama dah terbengkalai dek kerana MC memanjang. Selepas itu mengemaskini buku rekod dokumen di stor seliaanku. Pukul 8.45 pagi aku terus masuk bilik mesyuarat sebab hari ini ada Mesyuarat Ketua Unit Bulanan Bagi bulan November 2014. Berita yang paling aku tunggu adalah status AKB tahun nie ada ker tidak.


Mesyuarat berjalan seperti biasa dengan juadah hari ini bihun sup. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh TKA(P) kerana KA kami menghadiri persidangan Akauntan di luar negara. Manakala TKA (O) cuti kecemasan anak-anaknya kurang sihat. TIdak banyak maklumat yang dikongsi pada kali ini. Sesekali aku menjeling ke arah jam tanganku melihat waktu bergerak perlahan. Tepat jam 11 pagi kawan mengajak aku mengambil juadah. Sambil dengar perbentangan laporan aku menikmati bihun sup.


Jam 11.30 pagi mesyuarat tamat aku segera keluar dari bilik mesyuarat memaklumkan rakan sekerjaku bahawa aku akan ke Hospital Putrajaya untuk temujanji dengan klinik pakar mata. Naik atas aku simpan buku dan terus ke kereta. Hari ini aku letak kereta di Putrajaya Sentral selepas itu naik transit ke Hospital Putrajaya. Selepas mengambil nombor giliran aku duduk menunggu giliran.


Sampai giliranku dipanggil berjumpa dengan doktor pakar mata. Beliau bertanya macam mana keadaan mataku. Aku memaklumkan banyak perubahan yang semakin baik. Tapi telah berjangkit ke mata sebelah kanan pula. Aku memaklumkan bahawa aku titis ubat mata tersebut kedua-dua belah mata. Tak apa katanya , jadi dia bagi aku sijil sakit selama tiga hari mulai hari ini sampai 19 November 2014. Bestnya....

Hari pertama MC terpaksa balik lewat juga kerana terpaksa menyiapkan kerja-kerja segera. Tapi rasa best pula sebab esok dan lusa cuti. hi hi hi


Wednesday, November 12, 2014

MC 3 hari sebab sakit mata

Dah dua bulan aku terlibat dengan pelupusan dokumen kewangan di pejabat. Antara dokumen kewangan yang terlibat dalam stor di bawah jagaanku yang telah mendapat kelulusan pelupusan adalah laporan C600 EFT dan CEK, Laporan BP20 dan BP21 Agensi pukal, baucar bayaran manual dan juga cek batal. 

Kerja melupuskan dokumen menjadi senang dengan adanya pembantu peribadi yang setia iaitu mesin shredder. Memula ada juga kawan membantu aku dalam melupuskan dokumen tetapi memandangkan mesin perincih ada satu jer kerja masih lambat. Awal November adik lelaki aku tolong sekali memang banyak dokumen kami berjaya rincih. Minggu lepas aku buat sorang jer. Hasilnya dua kawasan telah kosong. Tinggal lagi rak bawah jer. Mak aii banyaknya lagi dalam 10 kali datang baru habis rincih. 

Pada sabtu dan ahad lepas aku buat seorang kertas yang dirincih tu aku masukkan ke dalam guni. Habuk-habuk masuk mata. Ada juga karat-karat pada kertas tersebut sebab besi pada fail tu telah berkarat almaklum dah lama kan. Badan aku rasa gatal-gatal sebab miang kertas tu. 

Pada pagi Isnin mertua aku cakap mata aku merah kedua-duanya pada belah pagi. Petangnya ok, cuma merah sebelah jer. Pada pagi Selasa mata kiriku masih merah. Selepas hantar CT wan Kembang aku terus ke Klinik Kesihatan Presint 9. Awal sampai jam menunjukkan pukul 7.25am. Masa nak gi ambik nombor petugas kaunter suh pergi kat Klinik Infeksi, aku tengok tak buka lagi kaunter dia. Rasa macam nak balik opis jer, untung tunggu lima minit kemudian kaunter buka dan aku dapat nombor giliran pertama. 

Selepas jumpa doktor terus doktor kata dia akan bagi cuti sakit selama tiga hari. HI hi hi.... MC tiga hari bermula 11 November sehingga 13 November. Apa lagi memang bestlah. Lupa plak nak sms klik kat pejabat. Tapi selepas selesai klinik aku terpaksa masuk pejabat untuk menyelesaikan kerja segera. Selesai cetak cek terus aku bagi buku larian bayaran kepada kawan sambil tu hantar sijil sakit kepada kerani cuti. 

Hari pertama cuti selepas balik daripada opis aku selesaikan apa yang patut. Mata tak rasa sakit pun. Cuba juga gi cari cermin mata hitam kat Alamanda tapi harga termurah RM300. Rasa membazir plak. Tak apalah gi beli tisu basah dan hand sanitiser kat Guardian sambil tu beli tisu basah untuk Cik CT Wan Kembang habis juga RM60. Dapat tiga sticker untuk claim beg kalau dah cukup 20 nanti, buat masa nie baru lima.  Selepas tu jeng jeng jeng... INTERSTELLAR dan ANAK JANTAN. 

Hari kedua cuti, sekali lagi urusan dengan bank. Alhamdulillah buku bank Rakyat dah jumpa so lehlah transfer duit tu ke akaun yang sepatutnya. Selepas tu gi ke bank RHB untuk masukkan duit ke ASB. Baru tahu rupenya ASW 2020 dah tak boleh buat potongan gaji lagi. Itupun setelah berurusan di kaunter pejabat ASB Presint 3. Beliau memaklumkan bahawa urusan kredit bagi potongan gaji adalah secara terus dengan SAD atau JANM. 

Selepas itu singgah ke BSN ingat nak masukkan duit tetapi rasa nak gi CIMB dulu nak tanya tunggakan hutang tu. Semak kat kaunter katanya tiada tertunggak abaikan ajer sebab buat potongan melalui Biro Angkasa memang lambat sikit. Selepas itu aku menuju ke BSN, duduk kejap kat luar telefon pusat khidmat pelanggan BSN tanya berapa baki penggunaan. Banyak pula soalan ditanya. Ada baki penggunaan sebanyak RM2,600. OOO transaksi herbalife tempoh hari. Bayar RM1,500. Ada lagi RM1100. Nantilah aku bayar sikit2 kumpul duit OT ker. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki olehNya jua. Teringat plak aku beli al quran digital masa Pameran Buku Islamic berharga RM550 guna kad kredit. Tak perlah pelaburan untuk keluargaku juga. 

Alhamdulillah hari nie sempat baca nota-nota persediaan temuduga PTD M41 tahun 2014. Kurang memuaskan betul nota yang dibeli tu. Nota yang agak umum tiada jawapan. Sepatutnya bagilah contoh jawapan terbaik untuk rujukan ini bagi soalan semata. Apa lagi aku bagitau seller dia juga. 

Esok ada lagi baki sehari MC aku.... Esok nak buat semakan terakhir laporan pemeriksaan aset lah.... 


Apa nak buat esok 

7.30 pagi - Semak laporan pemeriksaan aset Pejabat A

8.30 pagi - Semak laporan pemeriksaan aset pejabat B

10.00 Pagi - Baca buku... 

Tuesday, November 11, 2014

Pelaburanku Demi Menggapai Cita-cita.... Mimpi Indah... Angan-angan Ucery

Apa patut aku capai tahun 2014 dari segi kerjaya

* Naik ke gred kanan 
* Dapat gred 41


Sebagai manusia kita mesti punyai angan-angan bagi meransang minda bawah sedar kita agar sel-sel otak yang sedang tidur dapat bangkit seterusnya menjadikan kita manusia yang hebat. Pakar motivasi kegemaranku DDHFK menyatakan bahawa dalam dunia nie hanya ada 15% jer orang yang hebat. Beliau juga pernah menyatakan bahawa perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama yang dikenali sebagai kueh supo. 

Semasa aku belajar di peringkat diploma aku banyak membeli kaset-kaset motivasi beliau. Begitu juga buku-buku motivasi. Kepercayaan dan keyakinan dalam diri kita akan mempengaruhi tindakan kita. Dulu-dulu masa kerja kat Sabah, sambil dalam perjalanan ke pejabat aku akan mendengar kaset motivasi tersebut. 


Alhamdulillah sinar ke arah mencapai angan-anganku ada. Pertamanya sebelum ini dah tiga tahun aku menduduki peperiksaan kemasukan ke jawatan PTD tak pernah lulus. Berbeza dengan tahun ini aku berjaya lulus. 


Dalam pada mencapai cita-cita aku untuk menjawat jawatan lebih tinggi aku telah menetapkan tiga matlamat iaitu ;

i. Body Mass Index : Aku menetapkan penurunan berat badan kepada berat badan ideal iaitu 78kg. Untuk makluman berat badan aku pada awal tahun 2014 adalah 94 kg. Baru-baru ini aku telah mengikuti program herbalife dan aku berjaya menurunkan berat badan kepada 89kg.  

ii. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik: aku akui ini masih sukar dan aku akan laksanakan beberapa perancangan lagi. 

iii. Penguasaan Isu Semasa : 

iv. CPI _ CTI _ 

Diambil daripada website MAMPU 

Sejajar dengan senario semasa, agensi-agensi perkhidmatan awam perlu sentiasa kreatif dan inovatif melaksanakan penambahbaikan kepada proses dan prosedur kerja supaya selaras dengan enam prinsip baru perkhidmatan awam iaitu CTI (Cepat, Tepat dan Integriti), dan PCI (Produktif, Kreatif dan Inovatif). Justeru, MAMPU telah menggariskan empat (4) strategi dalam memperkukuhkan sistem dan prosedur kerja, iaitu:

  • Merekayasa proses-proses kerja untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan;
  • Mengukuhkan keupayaan agensi untuk memperkemas sistem dan prosedur kerja;       
  • Mengamal dan memperluas amalan terbaik perekayasaan proses dan prosedur kerja kepada agensi-agensi; dan
  • Memantau keberkesanan perekayasaan sistem dan prosedur kerja.           


Apakah yang telah ku laburkan;

Matlamat pertama menurunkan berat badan. Tahun ini aku berjaya menurunkan berat badan daripada 94 kepada 89kg. Sekiranya aku mengikuti program yang ditetapkan aku akan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 2 kg sebulan. Tapi banyak kena korbankan iaitu makanan kegemaranku. Selain itu, pengambilan makanan yang ditetapkan menyebabkan aku terpaksa melaburkan banyak wang iaitu RM50 sehari.  Pada mulanya aku pinjam treadmill adik aku, sekali pada minggu ketiga dah rosak. Kebetulan Ogawa ada buat jualan gudang penghabisan stok. Aku pergi ke kilang Ogawa di Shah Alam. Setelah berbincang dengan isteriku kami putuskan untuk ambik treadmill yang dijual pada harga RM2300 dan dapat percuma beberapa barang. Selepas itu aku ambik makanan yang boleh membantu metabolisme. 

Matlamat kedua iaitu penguasaan Bahasa Inggeris. Aku telah membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan MUET. Banyak buku bahasa inggeris yang telah aku beli, mulai tahun ini aku akan mula menguasai kesemua buku tersebut dengan mula berkenalan dengannya. Aku mula membaca blog-blog bahasa inggeris dengan perkara yang aku minati iaitu penjagaan kesihatan. Selain itu aku mula membaca surat khabar online. Lebih baik membaca online bagi save bajet.