Sunday, December 8, 2013

Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Gaji Min Gaji Maksimun ...

Secara umumnya terdapat 3 prinsip dan keadaan Elaun Pemangkuan adalah seperti di bawah


A. Sekiranya jumlah perbezaan antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai sama atau lebih daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred hakikinya, maka pegawai akan dibayar Elaun Pemangkuan sebanyak perbezaan tersebut. 


Formula
= Gaji Minimum Jawatan Dipangku - Gaji Hakiki Pegawai , > @ = KGT gred hakiki. 
= Elaun Pemangkuan =Sebanyak perbezaan tersebut


Contoh ;


(a) Gaji Gred Hakiki W27  = RM2,327.68

(b) Kadar KGT Gred Hakiki W27 = RM145.00

(c) Gaji Minimum Gred Dipangku W32 = RM2,731.00

(d) Perbezaan (c) - (a)  =  RM2,731.00 - RM2,327.68
                                    =  RM403.32 (lebih besar daripada KGT gred hakiki W27) 

(e) Kadar KGT Gred Dipangku W32 = RM155.00

(f) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana jumlah (d) lebih kecil daripada jumlah (b), Elaun Pemangkuan                                               adalah RM403.32 (perbezaan gaji minimum Gred W32 dengan gaji hakiki                                          pegawai Gred W27) 






B. Sekiranya jumlah perbezaan di antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai kurang daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred hakikinya, Elaun Pemangkuan ialah bersamaan dengan kadar KGT gred jawatan yang dipangku. 

Formula
= Gaji Minimum Jawatan Dipangku - Gaji Hakiki Pegawai , < KGT gred hakiki. 
= Elaun Pemangkuan = Kadar KGT Jawatan Dipangku


Contoh ;


(a) Gaji Gred Hakiki W27  = RM2,617.68

(b) Kadar KGT Gred Hakiki W27 = RM145.00

(c) Gaji Minimum Gred Dipangku W32 = RM2,731.00

(d) Perbezaan (c) - (a)  =  RM2,731.00 - RM2,671.68
                                    =  RM113.32 (kurang daripada KGT gred hakiki W27) 

(e) Kadar KGT Gred Dipangku W32 = RM155.00

(f) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana jumlah (d) lebih kecil daripada jumlah (b), Elaun Pemangkuan adalah
                                      RM155.00 (kadar KGT Gred W32)




C. Sekiranya Gaji Hakiki seseorang pegawai sama atau lebih daripada Gaji Minimum jawatan dipangku, Elaun pemangkuan ialah bersamaan dengan kadar KGT gred jawatan dipangku. 

Formula 
=Gaji Hakiki >= Gaji Minimum Jawatan Dipangku
Elaun Pemangkuan = Kadar KGT Gred Dipangku 


Contoh;-


(a) Gaji Hakiki Gred W27  = RM2,907.08

(b) Gaji minimum gred dipangku W32 = RM2,731.00

(c) Kadar KGT gred dipanku W32 = RM155

(d) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana (b) < (a), ELAUN PEMANGKUAN adalah RM155 (Kadar KGT Gred dipangku W32)





Tahun  Bilangan Tahun Berkhidmat W27 Gaji Hakiki  KGT W27 Gaji Min W32 KGT W32  Elaun Pemangkuan 
2013 5 RM2,327.68 145 RM2,731 155 RM403.32 Prinsip (a)
Okt 2014 6 RM2,472.68 145 RM2,731 155 RM258.32 Prinsip (a)
Okt 2015 7 RM2,617.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip (b)
Okt 2016 8 RM2,762.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2017 9 RM2,907.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2018 10 RM3,052.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2019 11 RM3,197.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2020 12 RM3,342.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2021 13 (Time based W32) RM3,487.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )






















































http://docs.jpa.gov.my/docs/se/2012/se17052012.pdf

3 comments:

  1. Mcm mana pengiraan dg42(kup).gaji pokok masih gred lama hanya d beri elaun Pemangkuan RM 225.00

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situasi encik menunjukkan gaji di gred lama lebih tinggi daripada gaji permulaan di gred baharu. Oleh itu kadar EM adalah satu KGT gred dipangku (KUP) tu.

      Delete