Monday, December 25, 2017

Selamat Bercuti Dan Selamat Tahun Baru 2017

Menabung untuk simpanan Masa Depan? Klik Disini!





Apa khabar semua?




Hari ini kita patut buat perancangan untuk tahun baharu kan... apa perancangan anda?

Saya punya perancangan dah masuk dalam diari kecik...hihihi... macam biasa diari terpaksa beli sendiri dulu.




Apa yang ingin dicapai tahun 2018:

1. Jana lebih pendapatan melalui kerjaya kedua sebagai Perunding Kewangan
2. Tambah ilmu kewangan
3. Tambah ilmu perkaunan Akruan
4. Mestilah jadi lebih baik dari tahun sebelumnya kan.




















SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Minggu terakhir tahun 2017

Salam minggu terakhir 2017,

Minggu lepas cuti empat hari seronok juga. Tahun ini banyak juga kerja part time aku buat, awal tahun buat uber dan grab sampai kaki bengkak lepas tu berhenti. Akhir tahun ni cuba ejen takaful pula.

Bulan Oktober aku berjaya lulus exam, bulan 11 tu daftar sebagai ejen tapi tak der buat production lagi.

Bulan 12 adalah sedara terdekat sorang dua. Belum aktif sangat lagi. Insya allah selepas ini akan cuba sedaya yang mungkin sebagai kerjaya kedua. Sesi coaching and mentoring ada, coaching melalui group wasap pun ada,.

Best juga dengar ceramah Najib Assadok anak bugis Johor ni. Beliau berkongsi bagaimana beliau bangkit daripada beberapa kegagalan sehinggalah akhirnya baru menikmati kejayaan dan menjadi speaker yang berjaya. Setakat ini beliau telah menulis tiga buah buku. Penulisan beliau memang lancar dan bersahaja, bekas pelajar MRSM, graduan UTM.

Apa yang aku suka adalah bila beliau menceritakan tentang apa yang membuatkan anda BENGANG. Dari situ kita bangkit...

Hari ini nak share catatan ini dulu...

UNTUNG JADI ORANG BISNES!

Hasil dari kajian Brian Tracy International, orang yang menjadi JUTAWAN adalah datang dari 5 kelompok. Iaitu:

1) 74% datang dari orang bisnes
2) 10% dari golongan eksekutif yang menjawat jawatan besar
3) 10% dari golongan professional seperti doktor, peguam dan sebagainya.
4) 5% ialah dari jurujual hebat yang mampu memperoleh komisen hebat dan besar
5) 1% ialah dari pelbagai golongan lain

Nampak tak?

Ini bermakna kita-kita yang bisnes ini akan mempunyai PELUANG yang sangat cerah untuk jadi JUTAWAN.

Malah Rasullullah SAW kita yang tercinta pun bukan sahaja bagitahu 74%, TAPI 90% kekayaan adalah datang dari bisnes yang kita usahakan.

TAPI sayang kan?
.
.
KENAPA ramai lagi yang TAK BERJAYA melangkah ke alam bisnes ni?

Hasil daripada kajian dan bancian, ramai yang memberitahu bahawa mereka:-

i) kena kerja kuat (makan gaji) untuk berjaya dan kaya
ii) tak cukup duit atau sayang duit untuk hadiri kelas bisnes
iii) tiada masa nak fikir mengenai bisnes dan tiada masa nak buat kerja dua masa
iv) bab-bab sales ni memang tak minat. Lagipun malu nak jumpa orang buat sales.
v) dan terakhir yang merupakan halangan terbesar mereka ialah perasaan TAKUT.

Tapi tahukah anda APA yang mereka takutkan sebenarnya? 

Mereka takut nak berhenti kerja. Takut tak cukup duit nak tanggung anak bini. Takut hutang tak boleh bayar. Takut kereta kena tarik. Takut saudara mara pandang rendah dan mengata belakang. Takut kemegahan dan ego hilang.

Percayalah, saya dulu pun begitu, dan saya percaya ramai kawan-kawan bisnes yang lain pun mengalami perkara yang sama. TAPI kami berani berubah dan bertindak.

Saya memetik dari kata-kata Michael Hyatt, melalui bukunya “Platform” (New York Times Bestseller):-

“Jika kita nak mencipta pengalaman yang WOW dan HEBAT di dalam kehidupan kita, kita mesti mempunyai keazaman dan keberanian. 

Perasaan TAKUT ini hanyalah sebuah jambatan psikologi yang perlu kita rentasi. 

Kerana apa yang kita ingin ciptakan- iaitu kehidupan yang WOW tersebut- berada diseberang jambatan sana. Tiada jalan lain untuk kesana melainkan dengan merentasi jambatan psikologi ini "



Lepas tu nak share hak ni juga... bekas bos aku merangkap mentor juga sebenarnya... tapi tak der modal nak mula... hahahah

puan ziana:
πŸ“Tips & Nasihat
Bisnes Online Terutamanya unt Newbie...

Utk yg bru nk bermula.....
mungkin ada yg rasa kecewa bila post kita
x dpt response...betul kan?

Nk tau apa sbbnya?

Sblum ni kita x pernah post pasal produk.....tiba2 skrg baru ada.

Org sedang memerhati kita sebenarnya.....

sbb sekali tgk, mrk x akn terus order.

Teruskan post ..... sbb post yg awal2 ini
adalah hanya sekadar ingin
memperkenalkan diri dan produk yg kita
jual......jgn target nk menjual terus, pasti
anda kecewa.

Bila viewers dah selalu tgk post kita, bru
keyakinan akn timbul....sbb dia tau, kita
memang betul2 seller yg boleh
dipercayai....

Jika kita post 2x, 3x shj.....lps tu stop (sbb
frust kononnya)....org lg x percaya kt kita.

So....utk permulaan ni, post sekerap
mungkin..bina kredibiliti & engagement dgn kawan2 fb.

Smpai 1 tahap...bila org nmpk nama kita je
org dah tau kita ni pengedar & peniaga.

Tp nk smpai tahap tu.....buat dan terus
buat.......konsisten...istiqamah.

Hasilnya pasti x mengecewakan....

Muhasabah diri........tanya balik......siapa
kita ni smpai sekali post terus org nk
beli....?

Sifu bisnes online ckp kita kena buat posting 6-9x sehari.
Cer tgk....kita post brp kali dlm sehari??

Jd.....lps ni, ubah cara berfikir, ubah cara
bekerja.....

Insyaallh....semua pasti boleh CEMERLANG:

πŸ’₯14 Cara Nak Berjaya yg DiKongsi:

πŸ“1. Tmbh ilmu buat bisnes (knowledge)
πŸ“2.sentiasa fokus pada matlamat
πŸ“3.kuasai suara kecil dlm diri anda
πŸ“4.kuasai kepercayaan/keyakinan (tukar
sistem kpercayaan kita)
πŸ“5.tukar persekitaran/suasana hidup yg
lbih positif
πŸ“6.perhatikan dgn siapa kita bergaul/
berkawan
πŸ“7.konsistens
πŸ“8.follow sistem 100%, strategi
πŸ“9.kuasai ilmu yg khusus
πŸ“10.komitment dgn mentor
πŸ“11.tingkatkan nilai diri anda
πŸ“12.tulis platform/skill tahun ni dn pergi
blajar
πŸ“13.siapkan satu2 impian anda, yg dh capai
take.
πŸ“14.sumbangan (stiap bulan bg sumbangan
pd siapa2 sj wpun sikit2)

πŸ’₯3 CARA MENGUASAI DIRI:

πŸ“1.persoalan diri (bisikan2 negatif)
πŸ“2.lawan balik suara hati yg negatif
πŸ“3.follow n tambah lagi dgn idea yg lebih
baik

πŸ’₯SEDIKIT TIPS BUAT YANG BERNiaga.

Tlg jadikan rutin harian uols....
Waktu paling berkesan utk update ialah
Jam 9 pagi
Jam 3 ptg
Jam 9 mlm
Hari efisien ialah pd hari bekerja....
Hari minggu jarang org tgk fon.....
Manusia akn lebih mengingati jika dia
nmpak dan baca promosi kita 6 kali.....
1 kali tgk baru dia buat derkkπŸ˜•
2 kali tgk dia rasa nk baca
3 kali tgk dia rasa berminat
4 kali tgk dia rasa teruja
5 kali tgk dia rasa x tahan
Yg ke 6 kali dia akn buat keputusan utk PM
@ WATSAP kita

πŸ’₯Tips ni dr Irfan Khairi
Jgn give up dear, InShaaAllah. 
Ada la rezeki.. Bila dah ada yg pertama order,
insyaAllah yg ke 2 Allah permudahkan....

Tawakal dan Usaha... 😘
Moga Allah pandang usaha kita dan doa2 kita.



Friday, August 4, 2017

Hari Jumaat 4 Ogos 2017, Cuti

Jumaat, 

Hari ini cuti sebab letih sangat badan. Almaklum dah lama tak buat senaman, tetiba semalam mengejut pula badan ni buat senaman kick bocking sampai nak pengsan. Nasib baik aku tak pengsan kat situ semalam, hihihihi... kalau tidak buat malu kaum jer. 

AKu suka jenis pergerakan senaman ini sebab ianya melibatkan tumbukan, lengan, sepak ke depan sisi kiri dan kanan. Tapi bila dibuat selama satu jam.... masya allah hazabnya badan aku nak terima almaklum badan pun tak aktif kan. Stamina tiada... 

Balik malam tadi dah pukul 11 malam... sejukkan badan, lepas tu mandi dan solat isyak. Masa nak tidur tu sakit-sakit badan... jurulatih suruh kami mengambil dua keping biskut bersama susu. AKu minum susu jer. 

Bangun pagi tadi memang otot badan terasa sedikit keras... hahaha... rasa tak cukup tidur... sms bos kata cuti hari ini. Kebetulan kerja tengah tak der. Lepas subuh sambung tidur, tu pun tak leh tidur sangat sebab Ct dok mengacau. Nak hantar pergi umah pengasuh kan, sunyi sangat la pula rumah ni. Biarlah dia dok mengacau aku tidur kan aku terlelap mesti dia tidur sebelah aku juga nanti. 

Pukul 9 pagi baru teringat nak telefon orang tua. Tak der line la pula. teruskan aktiviti lain... ct minta susu... buat susu. Lepas tu bagi ct makan. AKu makan nasi goreng pagi ni. Pukul 11 makan roti... akhirnya cuti dok melayan ct la kejenya hari ini. 

Program Turun Berat Badan

Sebelum Ramadan hari tu ada seorang kawan buat iklan sesiapa nak cari duit raya boleh hubungi beliau. Aku berminat maka aku pun hubungi beliau juga. Rupenya program turun berat badan. Maka kami pun berjumpa dan beliau bagilah iklan yang patut kan. 

Malangnya aku tak reti pula nak buat promosi secara langsung. Aku cuma gna FB jer... selain itu aku pass kat kawan-kawan baik yang aku kenal. Kebetulan pada bulan puasa ada promosi couple dengan harga yang agak rendah. Memula ingat nak tunggu juga kot-kot ada yang berminat. Memang tiada yang berminat cuma seorang jer yang berminat. Jadi aku pun daftarlah dengan dia sebab harga murah gila kot. 

Hadiah pertandingan adalah tempat pertama RM700, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga RM150. Program berjalan selama sebulan dengan 12 sesi latihan mengeluarkan peluh. Selain itu ada cikgu diet yang mengajar kami cara untuk mengurangkan pengambilan kalori dan lain-lain tips lagi. Sebenarnya ada 4 sesi diet dan pemakanan sepanjang program ni. 

Kelas pertama hari Rabu malam, kelas ini alhamdulillah aku masih boleh ikut dari A to Z. Untk merehatkan badan aku balik umah pukul 4.30 petang. Almaklum kelas pukul 8 malam kan. Kelas hari Khamis ni agak mencabar sebab senaman ala-ala kick bocking. Round pertama dan kedua aku boleh ikut, lain ketiga dan keempat rasa tenaga dah kurang giler... tak terangkat kaki rasanya. hihihihi... 

Malam pertama kami diajar cara mengira nadi di beberapa tempat, di tengkuk, di pergelangan tangan, celah kelangkang, celah pelipat lutut dan juga betis. kami ditekankan untuk ambil nadi setiap kali sebelum berehat, maknanya dalam 4 kali ambik nadi sebab nak tengok trend. Malan kedua kami diajar cara mengira nadi sesaat pada kadar 60% dan 80%. 

1. Pertama kami diminta untuk mengira, 220 tolak umur iaitu 220-34=186
2. Kadar denyutan nadi pada kadar 60% adalah 186*0.6=111.6 denyutan nadi sesaat
3. Kadar denyutan nadi pada kadar 80% adalah 186*0.8=148.8 denyutan nadi sesaat

Katanya untuk senaman yang berkesan, pastikan kadar denyutan nadi tu di atas 111.6 denyutan nadi sesaat dan tidak melebihi 148.8 denyutan nadi sesat. Lebih bagus kalau denyutan tu adalah menghampiri 111.6 denyutan nadi sesaat. 

Cara kiraan adalah kira bacaan denyutan nadi dalam tempoh satu minit. Lepas tu darab dengan 6. Contohnya kalau ambik 4 bacaan bagi setiap setengah jam senaman 

8.30 malam - 18
9.00 malam - 20
9.30 malam - 22
10.00 malam - 32

Maka darabkan bacaan denyutan nadi tadi dengan 6

8.30 malam - 18*6=108
9.00 malam - 20*6=120
9.30 malam - 22*6= 132
10.00 malam - 32*6=192

jadi, untuk senaman yang efektif tren bacaan nadi sepatutnya menurun dalam kadar bacaan 111.06 dan keatas. Bacaan nadi dalam contoh ini menunjukkan pantang pengambilan gula dalam makanan sehari sebelum latihan belum dibuat, hal ini menyebabkan bacaan nadi tu akan menaik seperti contoh ini. Kesannya adalah proses untuk membakar lemak lambat. Keadaan ini juga biasanya berlaku dalam minggu pertama program. Selain itu keadaan ini juga boleh berlaku sekiranya terdapat masalah penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi. 

Jurulatih menasihatkan kami agar tidak mengambil gula sehari sebelum latihan bagi membolehkan kesan daripada senaman yang dibuat lebih memberi impak ke atas pembakaran lemak. 

Selepas itu pakar pemakanan pula bagi taklimat pasal pengambilan kalori dan pembakaran kalori. Katanya untuk mengetahui kadar pengambilan kalori kita sekarang iaitu bagi kategori seorang yang tidak aktif adalah berat badan dalam KG darabkan dengan 35. Malu nak cakap berat badan aku sekarang adalah 92.6KG. Oleh itu 92.6KG darab 35, kadar pengambilan kalori aku sekarang adalah 3241 kcal. Padahal lelaki cuma memerlukan 1800 hingga 2000 kalori sehari. Bayangkan punya banyak kalori yang perlu dikurangkan. Dia kata kalau kita kurangkan kalori secara mendadak menyebabkan kita mengantuk dan tidak bertenaga. 

Tapi pengiraan akulah kan... dengan ketinggian 168cm jer... berat badan ideal aku 70kg. Jadi 70kg darab denga kadar pengambilan kalori kategori manusia tidak aktif kerja pejabat iaitu 35 menyamai 2450 kcal sehari. Maksudnya aku cuma kena kurangkan pengambilan kalori sebanyak 791 sehari. 

Dalam program ini kami digalakkan untuk mengurangkan 500 kcal sehari. Selain itu kami dinasihatkan untuk buat senaman lagi untuk membakar lagi banyak kalori yang telah diambil. 

Untuk membantu kami mengira jumlah kalori dalam makanan ada software MyNutriDiet. 

Ok sekian sahaja untuk kali ini. 



Sunday, July 23, 2017

Hari Ahad yang indah 23 Julai 2017

Hari Sabtu malam Ahad tidur tak lena kerana selepas puas berehat tengok tv dan melayan kerenah budak-budak, aku meluluskan borang perubahan gaji untuk tindakan Ogos 2017. Sebenarnya kami ada buat latihan kepada Pusat Pembayaran Gaji untuk mengunci masuk dan edit SG20 masing-masing secara live. Al maklum nak bagi latihan HCM balik manalah sempat sebabnya modul MM dan FICO baru nak mula jalankan sesi latihan kepada TOT. Lepas tu kepada Expert End User plak...  dan akhirnya kepada User. 

Disebabkan tidur pun dekat pukul 2 pagi, bangun pun lewat sikit pukul 6.45 pagi. Itupun nasib baik sedar alarm HP. Kalau dulu masa ada kelas pukul 8 pagi, pukul 6 pagi dah bangun sebab nak gerak sebelum pukul 7 pagi. Almaklum duduk umah penhouse kan, tingkat 16 lagi... bersiap satu hal, nak siapkan bekalan air pula, lepas tu nak tunggu lif tu sampai dari bawah ke atas dan ke bawah semula ambil masa kurang-kurang 5 minit. Ok berbalik kepada cerita hari ni. Aku sambung tidur balik, walhal tak leh tidur pun sebab anak-anak dah bangun dan sibuk dok kejutkan aku dan mengacau. Najmi siap geletek tapak kaki aku. Ct dipanjatnya badan aku. Dek keletihan aku pejamkan mata jer. Tapi diorang jerit kat aku... katanya dah pukul 8, lepas tu kata dah pukul 9. 

Aku jeling jam kat dinding eh betul pula dah pukul 8 pagi. Sebelum bangun aku suruh diorang pijakkan belakang aku. Najmi aku suruh dia, dia suruh adik dia. Dia ugut adik dia tak nak belikan patung baru kalau tak pijak ayah. Ct pun cepat-cepat naik atas katil dan pijak belakang aku. Namapun budak kan, dia melompat-lompat atas belakang aku dan atas katil. Lepas tu dia berlari keluar. Najmi dok belek mainan dia, aku bagitau dia suh dia pijak belakang kalau nak beli mainan kat kampung nanti. Dia pun bangun dan pihak belakang aku. Sambil pijak sambil mulut dia tak berhenti menyatakan jenis mainan yang dia nak, bukan satu tapi lebih dari satu. 

Selepas mandi aku keluar ke ruang tamu, macam biasa isteri aku tengah masak. Hari Jumaat tu ada beli tempe, dia buat tempe goreng tepung dengan masak lemak ikan jaket. Aku pun mendobi... lepas tu buka tv tengok siaran sukan percuma kat Astro. Lepas tu aku suruh anak-anak mandi, nak mandi air kolam plak, bagi jer lah sebab dah banyak kali minta aku tak bagi sebab diorang selesema. 20 minit kemudian aku suruh diorang bersihkan badan, berus gigi dan sabun badan. Tetiba baru perasan diorang tak ambil tuala mandi, lalu aku membebel kat diorang supaya sebelum mandi ambik tuala sekali. Macam biasalah ayat diorang berdua tu, "Baik Ayah, saya minta maaf". Almaklum diorang meniru tingkah laku kami ibu bapa mereka. 

Selepas sarapan, aku angkat jemuran dan jemur kain yang baru basuh tadi. Sekejap jer masa berlaku dah pukul 10 pagi. Lalu aku bersiap ke pejabat. Hari ini terpaksa juga ke pejabat kerana banyak SG20 perlu diluluskan untuk membolehkan perancangan latihan mengunci masuk berjalan lancar. Hari Sabtu pergi pejabat uruskan hal tahan gaji, daftar surat ke sistem DDMS. Nasib baik tak banyak permohonan bulan ni ada tujuh jer surat permohonan yang perlu diimbas sebelum dikunci masuk dalam DDMS. Selepas itu aku buat kuiri kod potongan 4024 dan recurring and Payment sebelum membuat larian gaji Seperate Cycle 072017. Selesai proses larian gaji aku buat pula larian laporan potongan. Alhamdulillah siap juga, Isnin tinggal hantar notis pembayaran gaji kepada bank EF dan juga solman laporang keseluruhan. Dua keping CD juga perlu disediakan pada pagi Isnin tu. 

Aku sampai pejabat hari ini dalam pukul 10.15pagi. Sampai jer pejabat sunyi sepi tak de orang pula. Sampai jer terus ambik no spool laporan Keseluruhan untuk diberikan kepada rakan sekerja untuk tindakan selanjutnya. Selepas itu aku jana laporan yang Ptj minta untuk sediakan bajet. Kesian dia dari hari Khamis minta, tapi kebetulan aku sibuk buat benda lain, jadinya lambatlah jana laporan tu. Nasib baik tadi teringat terus buat jer. Selepas itu aku mulakan kerja menyemak SG20. Memandangkan hari Rabu dan Khamis ni aku kursus penyediaan laporan dissertation di UiTM Shah Alam, maka aku perlu meluluskan semua SG20 yang ada sebagaimana pembahagian telah dibuat. Pukul 12.30 pm ada kawan datang ke pejabat. Pukul 2 petang dia balik. Aku pun pergi solat zohor. Selesai jer solat zohor baru aku nak sambung kerja Pengawal Keselamatan bertugas buat rondaan datang untuk ambik maklumat kami. Aku tulis jer konon-konon nak balik pukul 4 petang, tetapi memandangkan pelbagai jenis bunyi mula kedengaran aku target untuk habiskan beberapa bundle SG20 yang tinggal dan yang selebihnya aku bawa pulang ke rumah. Alhamdulillah capai juga target aku, dan pukul 3.15pm aku pun kemas barang dan balik. 

Hari ini isteri memberitahu bahawa anak-anak berebut nak makan roti dengan jem coklat. Ceritanya hari Jumaat lepas sambil beli beberapa keperluan dapur aku beli roti, sebab ingat nak buat bubur kacang hijau, lama dah teringin. Lucunya hari Jumaat tu aku lupa beli kacang hijau tu dah masuk kereta baru teringat padahal isteri dah  bagitau kat rumah ada sikit jer kacang hijau tu, tapi bolehlah buat sekali makan sebab kami pun dua orang jer makan. Hari Sabtu tu aku gas plak nak habis, gi ke Ayer 8 cucuk duit, jauh pula kedai runcit kat sini lalu aku ingat nak singgah kedai runcit kat bawah rumah jer. Sekali kedai runcit bawah rumah tutup hari Sabtu... alamak terlupa lagi. Memang tadi ada rancang nak gi isi angin kat Shell Presint 8, tapi batalkan niat sebab dah telefon orang gas tu takut orang gas tu sampai dulu. Sekali masa aku ke kedai bawah rumah yang tutup tu, aku telefon orang gas tu dia tak gerak pun lagi. Jadi isteri aku masak jugalah bubur kacang hijau dalam dua genggam tangan jer kuantitinya. Masak jer bubur tu lepas solat asar aku pun ambik semangkuk dan cicah degan roti, Ct memang suka makan macam tu. Najmi memang jenis tak lalu makan sokmo. Lepas magrib Ibunya pula makan bubur dengan roti tu. Jadi kuantiti roti tu memang dah sikit lah kan, sebab tulah sampai berebut diorang nak makan roti dengan jem coklat tu. 

Jadinya selepas balik dari pejabat aku pun teringat nak isi angin kereta. Sampai stesen minyak hmmm minyak pun dah suku ni, Rabu dan Khamis nak gi ke Shah Alam. Isi lah sekali minyak, aku pun masuklah ke kedai Shell tu nampak roti, malangnya roti yang diorang nak tu tak der. Aku beli jer roti yang ada. Lepas bayar terus isi minyak kemudian isi angin tayar. Baru tahu rupanya tayar depan aku cukup dengan bacaan 31 psi dan tayar belakang 29 psi. Sebelum ni aku kasi 31 jer depan dan belakang. Ok jugalah hari ni belajar sesuatu yang baharu. Dah setahun pakai kereta baru perasan bahawa kadar tekanan angin ada kat celah pintu tu. Selama ni duk lap kereta tak perasan pula. 

Aku sampai rumah dalam pukul 4 petang. Najmi tengok jam kat dinding lalu dia cakap aku balik awal hari ni. Katanya dia ingat aku balik lewat. Ct sedang tidur masa aku balik tu. Roti tu aku terus bagi Najmi lalu dia letak atas meja makan dan sambung main tanah liat @ plasticine @ play doh @ clay. Cerita pasal tanah liat tu, aku beli berzaman nak suh diorang main. Lepas balik cuti beraya hari tu baru diorang buka dan main, banyak-banyak warna bila diorang main bercampur jadi satu warna jer iaitu coklat. Syukur jugalah selepas Najmi main tanah liat tu dia akan simpan semula ke tempat yang selamat la kan sebab nanti dia nak main dia ambik lagi. Pening sikit sekarang ni si adik, Ct macam tak faham lagi keperluan mengemas dan simpan elok-elok mainan selepas selesai main supaya lain kali boleh main lagi. Bila mainan dia bersepah abang dia yang tolong kemaskan, alamatnya semua mainan tu jadi mainan abang dia atas alasan abang yang kemas. Hal ini pun menjadi punca diorang bergaduh hari-hari... 

Hari ini Isteri aku buka cerita hindustan Bajrangi Bhaijaan yang mengisahkan Lelaki India nak hantar Budak Perempuan Bisu Pakistan balik jumpa keluarga dia tu. Dah kemas meja operasi aku letak beg berisi SG20 kat situ. Lepas tu aku gi layan cite hindustan tu sambil baring. Pukul 4.30 petang aku gi dapur tengok bubur semalam ada lagi, lepas panaskan aku pun makan ngan roti... Ct bangun tidur makan sekali. Pukul 5 petang aku sebenarnya dah nak start lulus SG20 tapi rasa malas pula. Jadinya aku baring-baring atas katil... lepas tu mandi dan solat asar. Selepas tu baru mula luluskan SG20 tu, setiap kali selesai satu ikatan SG20 aku keluar tengok diorang. Nak hilangkan rasa boring dan naikkan semangat aku buka lagu rancak kat hp sambil luluskan SG20 tu. AKhirnya tinggak satu ikatan jer lagi. Pukul 7 malam aku gi lepak ruang tamu, capai remote Astro tekan channel sukan. Masa tu budak-budak duduk belajar dengan ibu diorang. 

Selepas magrib layan anak-anak sambil tengok berita, rasa boring tengok berita tekan saluran sukan balik adalah perlawanan bola tampar pantai. Aku kagum dengan pemain sukan bola tampar pantai ni, diorang boleh main dengan hebatnya walaupun berdua jer. Lepas tu Najmi bawa tab dia untuk main game Ultraman. Aku pun main sama game tu sebab nak tolong dia kumpul mata kan. Terlompat-lompat dia syok tengok aku main game tu lawan raksasa. Sambil tu dia mengajar aku apa perlu dibuat dan nasihatkan jangan sampai jatuh gaung. 

Selepas Isyak aku sambung keje luluskan SG20 tu... akhirnya siap juga. Alhamdulillah cara aku buat keje macam ni, rasa tak sakit sangat bahu dan belakang. Kalau aku fokus jer luluskan  SG20 tu rasa sakit sangat bahu dan belikatku. 


Oklah masa untuk tidur... aku bersyukur dengan perjalanan hariku hari ini ada isteri dan anak-anak disampingku... Ct pun baru jer terlelap tu... tadi masa aku dok mengarang, dua tiga kali dia datang minum air sebab botol air dia ada kat atas meja operasiku ini. hihihi... oklah nak minum segelas air suam sebelum tidur... 


Friday, July 21, 2017

Aku sayang kerjaku...

Siapa tak sayang kerjaya masing-masing kan. 

Penolong Akauntan... 

Berdasarkan jadual gaji minimum dan maksimum PP1/2016 mulai 1 Julai 2016 gaji mengikut gred untuk Penolong Akauntan adalah seperti di bawah 

Gred W40- RM4,992.00 - RM8,978.00 - KGT  RM225.00
Gred W36- RM3,532.00 - RM7,511.00 - KGT  RM180.00
Gred W32- RM2,848.00 - RM6,259.00 - KGT  RM155.00
Gred W29- RM1,498.00 - RM5,678.00 - KGT  RM145.00 

Elaun yang diterima bulanan pun oklah juga buat masa ini. 

Tahun 2008 - W27/W29
Tahun 2015 - W32
Tahun 2025 - W36 (Insha allah)
Tahun 2030 - W40

hahahah.... insya allah kalau murah rezeki dapatlah kan .... mana tahu awal lagi ker sebab pergi ke gred PnP kan. 

Skim kewangan ni banyak sangat terlibat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kalau ikutkan senang kan, tapi kalau salah faham pekeliling besar kesan ke atas perlaksanaan arahan tu. 

Selain itu, Skim Kewangan juga perlu berurusan dengan cubaan dan dugaan lain penyalahgunaan pekeliling oleh seseorang yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu urusan. Oleh sebab itu, pekeliling kena hadam. OMG... 

Pamatuhan kepada tarikh-tarikh akhir sesuatu urusan juga perlu dipatuhi. Cabaran juga sebab kadang-kadang manusia ni rambut sama hitam hati lain-lain kan. So kena hadaplah kepelbagaian manusia yang wujud di atas muka bumi ini walaupun di Malaysia jer pun. 

Alahai sakit perut la pula.... oklah bye bye

Minggu yang memenatkan

Assalamualaikum dan salam hujung minggu...

Salam Negaraku Malaysia... 

Syukurlah dah hujung minggu, boleh rehat sepuas-puasnya. Minggu lepas minggu yang memenatkan, Isnin dan Selasa aku masih ok masih seperti hari yang lain masih bersemangat menyiapkan kerja-kerja rutin. Hari Rabu tetiba mood aku berubah, entahlah dalam sibuk menguruskan beberapa perkara yang agak mustahak hal kerja pula membuatkan aku buntu mencari jawapan kepada pertanyaan yang diajukan. Mencari pekeliling untuk dirujuk tidak dijumpai, bertanya sahabat pun tiada jawapan agak hampa juga sebenarnya. Dulu group ws tu sangat membantu, sekarang group ws tu macam dah tak berguna lagi bila sumber rujukan yang diperlukan tidak memberi respond sewajarnya. 

Nampak sangat dah lama aku tak belajar pasal perkhidmatan awam ni, terasa bagus juga kalau ada Peperiksaan tahap kecekapan seperti dahulu kerana ada hamba allah akan bukukan semua panduan yang perlu diketahui mengikut bidang tugas masing-masing. Jadinya kami semua mempunyai kefahaman yang sama. Proses mendapatkan jawapan pun menjadi senang. 

Dulu aku yakin bahawa bayaran perbentungan adalah dikira sebagai bil utiliti. Tapi bila google maklumat berkaitan bil utiliti, bayaran pasal perbentungan tiada dalam hasil carian tersebut. Rasa stress pula... belum habis jawapan tu keluar lagi soalan lain berkenaan elaun dan perkhidmatan. Sepatutnya rujuklah dengan sumber manusia, tapi malangnya orang sumber manusia susah pula mengangkat telefon pada masa kita perlukan kuasa rujukan. 

Hari Khamis aku dah jadi tak tenang... sampaikan satu surat aku perlu edit sampai 5 kali. Hadoi, letih betul dengan perangai orang atasan ni nak format surat yang sebetulnya tanpa meneliti isi surat. Aku agak sibuk menjana laporan mengikut cycle gaji hal ini kerana sistem terlalu perlahan sampaikan laporan gagal dijana. Ingatkan selepas waktu pejabat bila orang tak ramai guna sistem lajulah sikit, rupenya sama kerana selepas pukul 5.30 petang proses back-up data secara auto plak buat keje. Hari Isnin petang aku terima wasup dari orang ICt katanya orang yang jaga sistem di JANM sound ingat aku sorang jer nak pakai sistem dia suh aku run ikut jadual. Padahal hari Isnin tu ada masalah dengan proses larian gaji aku... terpaksa aku patah balik beberapa proses untuk memastikan proses yang gagal tu dapat dibuat. AKhirnya Isnin petang tu aku balik jer sambung selasa pagi. Alhamdulillah dengan bantuan pasukan helpdesk berjaya juga selesaikan proses larian gaji. Khilaf aku, memang aku kena study balik nota larian gaji tu. 

Hari Jumaat tu pula kes ahli suruhanjaya yang tak puas hati tiada potongan KWSP sebab setting sistem kalau kumpulan pekerja yang digunakan sekarang memang tak leh carum KWSP. Serabut betul aku ahli suruhanjaya macam tu, nak juga caruman kwsp... ada lagi ker duit kwsp dia sebelum ni... orang yang menjaga dia sendiri pun tak leh nak jawap apa status dia, dia pula sibuk nak menimbulkan hal macam tu. Ahli Suruhanjaya bukan penjawat awam nak pakai A01 dan bukan Anggota Pentadbiran... entahlah... dulu agaknya pakai jer mana yang ada. Stressnya aku... dah la semua orang atasan aku sibuk... sibuk dengan majlis raya sebulan yang tak habis-habis, sibuk dengan plan Perakaunan AKruan. Aku telefon juga PSU kat SPA bahagian yang berkenaan la kan, dia sendiri tiada jawapan dok ulang benda yang sama kerani dia cakap kat aku. Patut dia yang jaga ahli suruhanjaya kenalah usaha lebih sikit. Ini nak harapkan kita cari jawapan untuk dia juga. Memanglah manusia ni... sabar jer lah. 

Alhamdulillah MPK HCM dalam proses semakan lanjut, lega juga rasa bila ada juga PAW32 yang terlibat dalam proses penyediaan MPK tu. Hebat juga mamat tu, seminggu dia bentangkan pasal MPK tu. 

Aku faham allah tak uji kita jika kita tak mampu.. mungkin ujian ini kecil bagi orang lain tapi cukup membuatkan aku stress kerana setiap hari ada jer kerja rutin yang perlu diselesaikan segera. Mungkin Allah nak sedarkan aku kena berdoa banyak-banyak lagi mohon kepadanya untuk memberi aku jalan dan dipermudahkan untuk menyelesaikan kes-kes terpencil tu. Minggu lepas solat sunat dhuha pun tak sempat buat. 

Apa yang menyeronokkan adalah beberapa perkara berkaitan cukai pendapatan berjaya juga aku selesaikan. Selain itu aku juga dapat ilmu baharu, baru faham formula yang sebelum ni agak keliru sikit. Sebelum ini kalau orang tanya pasal Potongan Cukai BUlanan yang sistem automatik kira berdasarkan pendapatan dan potongan zakat serta maklumat tanggungan yang diisytiharkan pegawai. Biasanya aku ambik gaji pokok + elaun bercukai aku darab 12, hasilnya aku tengok banjaran pendapatan. Selepas tau nilai cukai bahagi 12 bulan. Kini aku tau kalau dia tanya pasal cukai bulan 6, aku kira gaji pokok dia tambah elaun bercukai, then aku kali dengan 7 bulan. Kenapa tujuh bulan adalah tempoh dari bulan Jun hingga Disember. Lepas tolak pelepasan iaitu RM9000 pelepasan diri sendiri, pelepasan pasangan dan anak-anak. tengok banjaran cukai untuk mengenalpasti cukai. Bahagi 7 bulan... kalau ada zakat tolak zakat. Itulah kadar PCB. 


Oklah... selamat berhujung minggu 


Saturday, July 15, 2017

Hujung Minggu 16 Jun 2017

Hari ini ada jemputan kawin kawan satu pejabat. Hari ini juga kena run gaji. Target esok boleh sampai PCP0 actual run. 

Semalam tidur pukul 11.30malam... pagi ni nak celik mata rasa susah giler. terpaksa sambung tidur pukul tujuh pagi sampai kul 9 pagi.... waahh... nikmatnya berehat di hujung minggu. Tapi target nak masuk opis kul 8 pagi tak tercapai. 

Selepas siap mandi dan sarapan, ingat nak garap sesuatu kat blog dululah. Hari ini kenduri aku gi sorang sebab isteri nak uruskan kain baju yang dah meninggi macam gunung... aku dah tolong basuhkan tinggal dia lipat jer la. 

Bulan ni bos minta kami rancang panggil Pusat Pembayaran Gaji untuk datang key in dan edit changes sebagai persediaan untuk menggunakan modul HCM di tempat diorang Januari tahun depan. Setelah beberapa tahun tangguh, rasanya tahun depan Perakaunan Akruan akan dilaksanakan. Kursus ulangan HCM akan dibuat sekiranya ada bajet dan masa. 

Mulai September hingga November ni ada latihan FICO dan MM kalau ada kesempatan aku pun nak join juga. Sebagai pendedahan kan. 

Aku pula akan mempersiapkan diri dengan baca balik nota HCM dan perbezaan HCM dan HR Payrol untuk persediaan menjadi penceramah sekiranya perlu. 

Friday, July 14, 2017

Hadiah Hari Lahir dari GSC 2017

Bulan Julai datang lagi...

Julai merupakan bulan teristimewa buat aku kerana bulan kelahiranku. Ct @ CIk siti Wan Kembang anak keduaku juga dilahirkan dalam bulan Julai iaitu pada 1 Julai. Ayah aku lahir pada 8 Julai, Ain adikku juga lahir sehari selepas tarikh kelahiran ayahku iaitu 9 Julai. Selain itu Abang Long lahir pada 28 Julai, dan kakak aku lahir pada 30 Julai. Istimewa sangat kan... 

Kebetulan pada tahun ini sambutan Hari Raya Bahagian Akaun JPM juga jatuh pada bulan Julai.... 12 Julai 2017 (Isnin) adalah tarikh sambutan raya BA JPM. Hmmm suka gila aku sebab hadiah hari lahirku diberikan ketika aku berbaju raya... 

Pada 2 Julai 2017 (Jumaat), GSC telah mengemelkan aku hadiah berupa dua tiket wayang. Hari ini baru aku tuntut tiket tu, alhamdulillah dapatlah tengok cerita yang anak aku nak tengok iaitu Despicable Me 3. Aku beli dua tiket lagi untuk anak-anak berjumlah RM15. Sebelum cuma perlu beli satu sebab Ct masih dua tahun tapi tahun ni ct dah 3 tahun. Tak apalah selesa juga diorang nanti boleh duduk atas kerusi masing-masing. Esok pagi aku kena selesaikan urusan delimete LPC Julai sebelum larian gaji keesokan harinya (ahad). 

Selepas beli tiket, aku pergi beli lauk pauk sikit. Lepas tu balik rumah... gembiranya anak-anak aku sambut aku. Aku bagitau diorang esok petang kita gi tengok wayang ya... gembiranya diorang sebab dah lama tak tengok wayang. Kami tak boleh tengok wayang malam sebab diorang dah ngantuk, lagi satu Cik Siti Wan Kembang sibuk ajak balik rumah sebab dia tak suka suasana panggung wayang yang gelap tu. 

Terima kasih GSC bagi hadiah dua keping tiket wayang... 

tawaran yang terbaik pernah aku terima

Salam Syawal...


16 Jun 2017 (Jumaat) aku menghadiri temuduga Eksekutif Kontrak di LPPSA. Manalah aku tahu yang akan ditawarkan untuk temuduga adalah jawatan kontrak kerana sebelum ini aku hanya hantar resume biasa jer. Resume tu aku hantar dua minggu sebelum puasa, aku hantar dua resume satu aku punya dan satu lagi adik aku punya. 



Selepas dua minggu daripada tarikh hantar resume aku menerima emel panggilan temuduga daripada LPPSA. Dalam sibuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat aku mengambil masa rehat untuk menyiapkan salinan dokumen yang diperlukan. Selepas itu aku membawa pulang ke rumah fail sijil untuk disusun sijil-sijil yang diperlukan sahaja. Tiga hari juga aku isi borang temuduga yang perlu dilengkapkan untuk kegunaan temuduga. 



Temuduga jatuh pada hari Jumaat (16 Jun 2017/ 21 Ramadan 1438), korang bayangkan pada hari jumaat tu. Kami ada 5 orang calon, 3 daripadanya baru graduate dan kerja di sektor swasta. Seorangnya pula dah pernah kerja di beberapa syarikat. Aku jer kakitangan kerajaan... yang lucunya aku tanya candidate lain berapa gaji yang diminta masing-masing memberitahu RM2500++ . Aku tanya kenapa tak minta RM3300 sebab ikut pasaran sekarang itulah nilainya. Aku jer yang minta RM5500. Pada perkiraanku gaji pokok tambah semua elaun, tambah dua kali KGT, dan darabkan dua kali ganda bagi gaji pokok tambah dua KGt tu. 



Proses temuduga berjalan agak lancar, cara tiga orang panel tu menemuduga aku acuh tak acuh. Ingatkan diorang tidak berminat dengan calon yang berjawatan tetap dan berpencen sepertiku. Wakil sumber manusia ada tanya berapa bulan notis aku boleh bagi, aku bagitau sebulan. CEO bekas pegawai tinggi kerajaan memaklumkan bagi pegawai tetap sepatutnya 3 bulan. Aku memaklumkan aku telah merujuk GO. Wakil sumber meminta aku membuat semakan semula. Wakil OPerasi bertanya kuarters macam mana aku memberitahu tiada masalah kerana kuarters atas nama isteriku. AKhirnya diorang tanya apa sumbangan yang boleh aku bagi meningkatkan mutu perkhidmatan LPPSA dan apa pandangan aku berkenaan keadaan LPPSA buat masa sekarang. 



Selepas itu aku melangkah keluar dengan harapan yang pudar. Selepas hari raya ada juga aku cuba telefon tanya status belum ada status. Tapi khabar gembira oleh seorang kawan aku mengatakan aku berjaya temuduga tu. Dua minggu kemudian baru aku dapat panggilan telefon daripada LPPSA memaklumkan aku berjaya. Katanya aku ditawarkan Senior Executive L7 di Loan Administration dengan tawaran kontrak setahun. Tapi tertakluk kepada keputusan pemeriksaan kesihatan. AKu minta untuk memberikan jawapan sehingga jumaat (14 Julai 2017). Banyak perkara fikirkan memandangkan tawaran berbentuk begitu. 



Aku memaklumkan kepada isteri, ayah dan ibu, juga ketua jabatanku berkenaan keputusan temuduga tersebut. Banyak pandangan yang diberikan. Apa yang mereka fikirkan sama seperti aku fikirkan iaitu takkan nak lepaskan jawatan tetap dan berpencen semata-mata nak isi jawatan kontrak yang tiada jaminan untk tetap. Aku telefon LPPSA tak boleh ker tawarkan aku jawatan tetap, dukacita tak boleh. Setiap hari ada jer pertanyaan aku, hinggalah akhirnya satu jawapan yang membuatkan aku tak patut tinggalkan perkhidmatan sekarang. Komitmen hutang semasa tak boleh potong melalui gaji pegawai kontrak. 



Tapi banyak juga yang aku belajar daripada peristiwa ini. Antaranya bagaimana aku sebagai penjawat awam berpencen yang telah berkhidmat selama 13 tahun perlu membuat perbandingan di antara skim pencen dan skim KWSP. Sekiranya aku pencen umur 60 tahun dengan tempoh perkhidmatan selama 38 tahun dan GCR 150 hari adalah seperti di bawah ;


Pencen bulanan dapatlah RM4200, ganjaran RM244650 dan gantian cuti rehat RM36,700.00. 


Kawan aku ajar cara kira skim KWSP adalah lebih kurang RM1000*12bulan*(60-34=26) = RM312000 jumlah potongan dalam KWSP itu tak termasuk dividen tahunan lagi. Katanya amaun tu perlu dilaburkan untuk makan bulanan nanti. Katanya kerja memang teruk, tapi habuan memang banyak sangat hidup boleh mewah. Tapi masa untuk keluarga terpaksa dikorbankan, sampaikan kadang-kadang walaupun dan balik kerja pukul 9 malam pun terpaksa bawa balik kerja ke rumah dan terpaksa tidur pukul 1 pagi. AKu yakin hak ni aku boleh hadap... yelah masa belajar pun terpaksa buat tugasan waktu malam sampai tidur kul 2 pagi kot. 



AKu juga banyak bertanya kawan-kawan berkaitan ganjaran dan pencen dan prosedur dalam kerajaan. Rupenya ganjaran dan pencen hanya boleh dibayar kalau aku berkhidmat dan bersara pilihan mulai umur 40 tahun. Bayarannya pula adalah pada umur aku telah opsyen tahun bersara pilihan iaitu 60 tahun. Syarat lain kena penuhi ketua jabatan perlu hantar ke JPA tiga bulan sebelum tarikh bersara pilihan. 



Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2015 berkenaan perlepasan jwatan dengan izin atau Perletakan Jawatan juga aku didedahkan. Notis boleh dipendekan. 



Selepas fikir baik buruk semua, akhirnya aku memutuskan untuk menolak tawaran tersebut. Perancangan asal nak ambik cuti tanpa gaji setahun, tapi majikan baru tak bersetuju. Macam banyak pula yang buruk dari yang baik aku rasa. Niat untuk berlagak pergi kerja pakai tali leher dan ada bilik besar, ada parking khas, habuan bulanan yang banyak membolehkan aku beli rumah idaman, niat untuk bantu adik-adikku harus aku lupakan, mungkin terlalu banyak niat aku tak betul. Memang rezeki seperti ini tak datang selalu yelah temuduga jawatan Executive L8 (Kontrak) tapi ditawarkan Senior Executive L7 (kontrak), tapi kata kawan aku rezeki tak pernah salah alamat. Betul juga tu... 

Selepas solat Jumaat hari ini aku menelefon pegawai sumber manusia bakal majikan baru dan beliau memaklumkan berkaitan status pertanyaan aku sebelum ini belum ada jawapan. Aku dengan sekali nafas (ceewah) menyatakan aku menolak tawaran ini. Lalu pegawai itu memaklumkan bahawa pada pengetahuan beliau aku sepatutnya menyelesaikan semua pinjaman yang aku buat. Beliau juga ada bertanya adakah aku sudah berfikir semasak-masaknya, aku bagi jawapan Ya. Noktah... aku mengucapkan terima kasih dan kami menamatkan panggilan telefon tersebut.  



Aku tak stress pun.... aku redha dengan keputusanku... alhamdulillah... aku bersyukur dengan nikmatmu ya allah. Sepanjang tempoh drama itu sedikitpun tumpuan kerja aku tidak terjejas. Emosi aku stabil... syukurlah...  Solat istikhorah dan solat hajat yang aku buat memberikan petunjuk bahawa sebuah bangunan berwarna putih tersergam indah... tiangnya besar-besar belaka.. tetapi tiada bumbung.... bangunan tersebut terdedah begitu sahaja tanpa dinding... seperti bangunan colosium yang telah runtuh sahaja nampaknya. 

Semoga ada rezeki yang jauh lebih baik buat diriku... 




Wednesday, June 21, 2017

Cuti Raya Aidilfitri 2017

Pejam celik pejam celik dah hari ke 27 Ramadan. Lucukan pada mulanya kami ingatkan raya kat Key Ell la konon la... dah buat peracangan bagai nak pergi ke Jalan TAR malam raya atau Sabtunya nak nikmati sendiri kemeriahan raya di Key Ell ni... bukan rezeki kami sebab tak jadi. Bukan aku tak pernah beraya kat Key Ell ni pernah la beberapa kali masa keluargaku di Sabah dan kami tak pulang berhari raya kat Kelantan. Ingat masa aku bujang baru kerja tahun 2004 atau 2005 kami berhari raya di KL bersama adik lelaki aku yang juga tidak pulang ke Kelantan kerana tidak dapat cuti sebab dia baru kerja masa tu. Jadi aku pun buat keputusan aku teman jer lah adik lelaki aku untk beraya di KL. 

Petang tu selepas balik dari kerja, dalam pukul 6 petang kami bergerak ke Jalan TAR untuk menikmati sendiri suasana di Jalan TAR tu kononnya murah harga barang. Hajat di hati nak belilah biskut raya dan juadah berbuka. Sesampainya ke destinasi kelihatan suasana agak hambar sebab hampir masuk waktu berbuka. Aku dan adik berbaris di satu gerai yang menjual juadah kelantan. Aku memesan dua bungkus nasi dagang, agak mahal juga padaku pada ketika itu belasan ringgit juga kena. Lepas tu kami melilau cari biskut raya, macam tak de yang murah jer. Kerepek pun mahal. Lalu kami pun buat keputusan untuk balik sebab kebetulan kawan adik aku nak jumpa dia malam tu. Bila buka tv esoknya sibuklah kata barang murah kat tempat tu. Entahlah... 

Tahun ini aku seronok juga ni nak balik raya al-maklum jarang balik kampung kan. Raya kali ni agak lain sikit sebab tuan rumah yang aku, isteri dan anak2 nak tumpang bermalam tu berada di Putrajaya sebab dia tak balik. Rumah kakak aku tak jauh dari rumah keluarga, jadi aku sebelum ni tumpang tidur rumah kakak. Kali ini pun ingat tumpang tidur rumah kakak jugalah. Al - maklum keluarga besar, 5 orang dah kahwin dengan anak-anak masing2 memang tak cukup ruang lah kat situ kan. 

Tahun ini aku ambik cuti 3 hari sebelum cuti perayaan. Orang di pejabat terkejut juga dengan keputusanku, tapi ada juga yang gembira sebab boleh tolong tengokkan kerja diorang nanti. Sebenarnya aku nak jimat cuti, ye lah kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti... lagipun aku ambik cuti awal ingat nak balik raya awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Sebelum ni teruk juga kami kena dah la masa tu anak-anak masing2 berak dalam pampers, dengan suasana dalam kereta masa tu tuhan jer yang tahu. Sabar jer aku time tu... alhamdulillah sempat juga kami berhenti bersihkan diri kat surau kat Permaisuri dan meneruskan perjalan ke kampung halaman... kebetulan waktu magrib orang pakat berhenti buka puasa jalan lengang...laju aku kejar masa... kebetulan isteri masa tu datang bulan, aku jer yang boleh solat... tapi kan musafir jadi aku target solat jamak kat destinasi jer nanti. 

Hari ini 21 Jun 2017 Rabu... aku cuti dengan niat nak berehat di rumah. Lagipun dah janji ngan anak-anak nak gunting rambut diorang. Alhamdulillah dengan izin allah lancar sekali terlaksana apa yang dirancang. Selepas itu aku ke Alamanda nak cari baju kot-kot ada sale boleh beli untuk orang tuaku. Hmmm agak susah juga nak cari baju dalam bajet aku... masih mahal, ye lah nama pun shopping kompleks di tengah2 Putrajaya mestilah mahal sikit kan... Bawa budak-budak makan bubur Mc D dan ais krim. Lepas tu isi minyak kereta. Sampai rumah kemas kereta. Lepas tu naik rumah. Lepas wife aku balik aku kemas beg dalam kereta. Hmmm sekrang tunggu kul 2 pagi untk bertolak balik ke kelantan. Malam ni lepas magrib tidur dulu, kemudian pukul 1 pagi baru bangun solat isyak dan terawikh dan solat sunat yang patut. Petang ni kalau ikutkan jadual asal tak nak masak, tapi nak save bajet biasalah keje kuli jer kan tak de bonus ada bantuan RM500 jer. Minyak situ, biskut raya situ.... hmmm syukurlah sekurang-kurangnya ada juga. Lagipun gaji lambat lepas balik raya, kenalah berjimat cermat. 

Keputusan temuduga LPPSA akan dimaklumkan selepas raya nanti. Oklah... itu sahaja coretanku buat kali ini. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin... berhati-hati memandu pulang ke kampung... 

Sunday, April 23, 2017

Bulan April... Banyak pula nak kena bayar

Selamat Malam... 

Sebelum tidur teringat pula ada garapkan sesuatu kat sini. Bulan April ni terasa macam banyak pula yang terhutang. Biasalah kita kerja makan gaji ni, pendapatan yang tetap dan berpencen tu nak kena agihkan betul-betul ikut komitmen. Kebetulan pula bulan ni nak kena bayar cukai tanah, seratus lebih juga kena. Nampaknya aku belum berjaya merancang pembayaran ni. 

Kos penyelenggaraan bulan lepas pun tak bayar lagi, tak pe insyaallah bulan ni kita bayar untuk dua bulan. Lepas ni nak kena rancang betul-betulah supaya tak seteruk bulan April ni. Motor lagi nak kena servis, hari tu tak leh start malam khamis tempoh hari aku cuba dah boleh start. hihihi... Nak jimat kenalah berkorban, gi keje naik motor kan. Kos minyak seminggu RM60 kalau naik motor baru RM10 kot... jadinya banyak juga boleh jimat. Tapi tak leh la hari-hari naik motor kan, hari Jumaat mungkin kena naik kereta. 

Bil apa yang tak penting ni ya... hahaha macam malas jer aku nak bayar bil-bil yang tak penting ni... kan kalau aku tutup Unifi dah tak boleh aku nak update blog nie. Tengoklah macam mana kan... sekarang dah guna webe ni telefon percuma dan internet pun percuma. Dah ada penambahbaikan webe dah bagi hotspot 1GB sebulan. Ok kot kan... 

Sebenarnya benda yang aku nak cerita adalah esok banyak benda nak kena selesaikan. Aku nak kena luluskan changes sebanyak mungkin.  Ingat bulan ni malas dah wat balik changes. Gitulah kononya... Selasa, Rabu dan Khamis pun nak habiskan sebanyak mungkin lulus changes tu. Jumaat pagi kami nak hantar nenek onahbalik Pontian. 

Selepas ini ayah aku plak nak datang duduk umah kakak aku, alhamdulillah walaupun kami tak balik kampung ada juga kesempatan untuk kami bersua di Putrajaya. Aku bersyukur sangat dengan rezeki yang kau berikan kepadaku ya allah. Sedang aku sibuk mengejar dunia, rupenya usia mereka makin meningkat dimamah masa yang berlalu. 

Walau apapun yang aku garapkan hari ini, aku mulai sedar satu perkara bahawa tak perlu ditangisi benda yang kita tak dapat, bersyukurlah apa yang ada di depan mata dan hadapilah hari mendatang dengan gembira, penuh kesyukuran dan redha. Insya allah aku nak buat solat Dhuha balik, nak memperbaiki amalanku... Dunia makin dikejar makin dia lari, kalau aku kejar akhirat insya allah aku dapat dua-dua. 


Cuti Tiga Hari Bestnya... Syukur

Salam Hujung Minggu yang Panjang... 

Alhamdulillah hari ni dah ada mood balik nak mengarang. Hari ini kitorang bangun pagi dan sarapan kat kedai Abang Mat Cyberjaya sebelah Puffy tu... makan nasi kerabu dia memang sedap sebab pinggan besar dan senang sikitlah nak gaul segala bahan nasi kerabu tu. Memandangkan makan tempat spesel jadi sarapan mestilah seperti raja, maka aku minta nasi tambah dan letak lauk ayam gulai. Lucunya ingatkan ayam perecik rupenya ayam gulai. Syukur rezeki hari ini. Budak-budak macam biasa tak nak makan jadi aku ambil mee goreng sikit dan dua ketul ayam goreng kunyit bahagian peha. Ibu mertua dan isteri makan nasi kerabu dengan telur masin, itulah menu diorang kalau makan nasi kerabu. Siti memang suka makan telur masin tu, habis telur kuning telur masin nenek dia bedal. 

Bagi aku kalau makan nasi kerabu kat kedai Abang Mat Cyberjaya tu mestilah minum air teh o dia, tehnya wangi dan manisnya sedap jer masa panas pun boleh telan teh tu. Tapi pagi tadi teh dia kurang manis, jadi aku bagitau pelayan tak rasa gula dalam teh tu. Jadi dia pun tambah gula. Lepas minum teh yang dah ditambah gula, barulah kenikmatan biasa tu datang balik. Alhamdulillah... Najmi plak dah order air milo suam tapi sibuk nak minum air teh nenek dia. Sekali dia minum air teh nenek dia, tawar katanya. Aku bagi dia minum teh o aku baru dia kata yang ni baru sedap. Aku pun bagilah dia minum air teh tu dan aku tukar minum air milo dia. Macam biasa Najmi dan Siti tak nak makan kalau nak berjalan, jadi kami pun pujuk diorang kena makan kalau nak gi jalan nanti penat atau cacing lapar dok gigit usus nanti. Terus Najmi dan Siti pun makan ayam goreng masing-masing. 

Jumlah bil sarapan pagi tadi RM33.50 untuk tiga pinggan nasi kerabu (dua set telur masin, satu set ayam gulai), mee goreng dengan 2 ketul ayam goreng, teh o dua, milo suam dua, teh tarik satu. Oklah puas hati sebab masakan Kelantan dia memang sedap gila... Selepas bayar bil aku bungkus sekali mee goreng yang diorang tak makan tu mana tahu kan kot diorang mintak dalam kete nanti ada juga makanannya. Sempat lagi aku masuk bilik termenung dia, masyaallah ini kali pertama aku masuk sangat2 tidak memuaskan bilik termenung dia sepatutnya dia kenalah bersihkan betul-betul bilik termenung ni. Restoran kat Cyberjaya bilik termenung sangat kotor, dah la depan bilik termenung tu diorang buat masak gulai kawah. Ok ada kekurangan juga kedai ni. 

Selepas dah kenyang kami pun mulalah ke destinasi GM Klang. Kali ni aku ikut Elite keluar Tol Batu 3, lepas tu masuk KESAS. Rupenya kalau ikut KESAS terus sampai ke GM Klang tu, keluar kat Taman Botanik. Masa balik tadi pun aku ikut KESAS juga setelah bayar dua kali tol aku ikut NPE. 

Kami sampai di GM Klang jam 9.00 pagi masa tu memang tak de orang lagi parking pun senang. Dapatlah parking depan Lif. Sebelum ni sampai kul 10 pagi parking dah penuh tu. Kami bawa mertua sebab dia kata nak beli barang-barang hadiah hari jadi untuk anak-anak dan menantu. Jadi memang banyaklah dia beli, sambil tu dia beli jugalah beg tangan yang dia berkenan tu. Aku sekadar cuci mata sebab pengalaman yang lepas beli baju anak-anak kat sini kualiti kain dia kurang memuaskan, rasa macam baik beli seluar jean tu kat Sogo jer harga lebih kurang dengan kualiti yang jauh lebih baik. Anak-anak aku kalau keluar dengan nenek dia tak der keje lain mesti nak mainan baru. Tapi diorang kena berjanji untuk belajar rajin-rajin, makanya CT dan Najmi setiap petang akan setia dok mengadap nenek dia dan belajar membaca dan mengira. 

Alhamdulillah kali ni kami bawa kereta sorong bayi, dua jam pertama CT duduk dalam kereta sorong tu. Pukul 12 tenghari Najmi dah penat dan lapar katanya sampai tertido-tido. Jadi pukul 12 tengahari Najmi duduk dalam kereta sorong tu, memula CT memang la nangis kan puas dipujuk. Akhirnya beli sepasang kasut RM10, hari tu cari tak jumpa kali ni jumpa belilah. Baru CT ok sanggup jalan guna kasut baru. Selipar yang aku beli hari tu menyebabkan kaki CT melecet, nampak sangat la kan tak sesuai. Memang kami berniat kalau jumpa kasut yang sesuai nak beli untuk CT, rezeki kami jumpa kali ni. Alhamdulillah syukur sangat ya allah masa kami bajet ciput jer jumpa juga kasut yang murah seperti dicari. Dok jalan-jalan habis pusing tingkat Satu, Tiga dan Empat... akhirnya kami berjalan tingkat Dua... hmmm memang banyak butik yang dicari. Baju melayu tadi paling murah RM25 sepasang, tapi bajet tak der... tak per lah... lepas tu jumpa butik yang ok pemilik butik seorang perempuan Cina yang berniaga dengan dibantu anak daranya. Mertua aku pun kata kain dan design kat situ lawa... mata ku pun kata benda yang sama. Dok belek-belek, harga sepasang jubah RM130 kalau beli 3 pasang dapatlah percuma satu. Tapi bulan tengah mengambang kan, tahan jer lah... akhirnya beli jugalah sehelai baju untuk ibu aku. 

Masa kat kedai beg ternampak beg yang memang tengah hangat buat masa sekarang. Kesian plak tengok adik aku dok bawa beg SSPN-I yang aku bagi. Jadi belilah sedosen dapatlah harga RM15 satu kos semuanya RM180. Kebetulan masa beli beg tu Najmi dok mengendeng beg-beg kat kedai tu... tapi dia tak minta pun. Selepas tengok aku bagi CT satu beg yang aku beli tadi dia pun terus minta siap bagitau nak warna merah. Sib baik aku ambik dua warna merah tu. Terus buka bagi dia pakai, sukanya meleret senyum sampai ke telinga. 

Selepas selesai pusing-pusing jamu mata kat GM Klang kami menagak ke EconSave Bangi sebab nak beli seluar sukan. Sebab hari tu nampak harga seluar sukan kat EconSave Bangi memang murah giler belasan ringgit jer. Kalau kat AEON Big atau tempat lain RM20++. Anak aku sekali lagi nak baju tidur Frozen, hahaha ibu dialah kena pau. Lepas tu aku gi beli sayur dan lauk sikit, nak beli ayam ramai pula dok beratur. Selepas tu kami makan... siap makan balik umah. 

Penatnya hari ni ingat nak tidur awallah... nak rehat sungguh-sungguh. hihihi... Oklah Selamat Malam!!!

Sunday, April 16, 2017

Hidup Mestilah Gembira...

Salam Ahad,

Esok dah start kerja, tapi esok aku cuti... wah gembiranya. Banyak urusan esok ni. Gi servis kereta, lepas tu pick up Umi dan Kak Ngah seterusnya urusan UiTM atau rumah. 

Untuk menikmati kehidupan dengan lebih gembira, kita seharusnya melupakan apa yang telah berlaku, seterusnya bersyukur dengan apa yang ada depan mata kita, dan tak lupa juga menunggu apa yang akan berlaku selepas ini. Follow the flow... hihihi... 

Hmm... terbaca kat facebook katanya untuk kita dibayar dengan kepakaran kita dan juga dengan kemahiran yang kita mahir, kita kena pandai satu perkara. Fokus satu benda jer... hmmm mungkin aku kena fokus bidang kewangan la kan... 

16 April 2017

Salam Hujung Minggu... 

Hari ini bangun pukul 6.30 pagi untuk subuh, bestnya hujung minggu boleh bangun lambat sikit... anak-anak pun kul 8 baru bangun. Selepas solat subuh masukkan kain kotor dalam mesin basuh. Lepas tu kemas tempat tidur (hotel) kami. 

Hari ni memang best sebabnya nak bawa anak-anak ikut ke opis. Kerja memang banyak memandangkan kawan-kawan lain tak datang bolehlah bawa anak-anak ke opis, diorang pun suka jer kalau dapat ikut aku. 

Pagi tu makan nasi sayur dan ikan goreng, ibunya masak macam biasa dapatlah aku bagi anak-anak makan. Tapi sebelum makan kasi mandi diorang dulu. Lepas mandi suh diorang gi pilih baju yang diorang nak pakai. 

Lepas tu aku bagi makan, sambil tu aku makan sama. Kul 8.45 pagi kami dah bersedia untuk keluar rumah. Aku bawa susu CT, Najmi tak pe boleh minum milo jer. Singgah la sekali kat kedai makan Blok Hijau tu beli bekal tengahari beli dua jenis kueh dan sebungkus nasi Ayam Goreng Air Dingin Orang Putrajaya buat. 

Sampai opis terus buka komputer satu bagi anak-anak tengok upin ipin dan kartun yang diorang suka tengok. Bukakan sekali kueh tu, Ct ngap ngap makan kueh apam warna-warni tu. Najmi tak makan pun. Aku tanya dia nak tak kueh ketayap, dia tak nak. Jadi aku pun buatlah kerja. 

Dari jam 9.45 pagi sampai 4.15 petang kat opis. Alhamdulillah anak-anak tak buat perangai sangat, sempatlah siap kerja-kerja aku sebelum cuti esok. Petang tu bagi Najmi buat latihan menulis sikit, alhamdulillah dia buat. Hmm Ct dua kali berak, Najmi berak selepas kenyang makan nasi tenghari tu. Padahal nasi sebungkus tu kami share 3 orang. AKu janji perut dapat alas nasi sikit ker banyak ker tak kisah. Najmi dan CT pun makan tak banyak sangat, lagipun CT banyak dok mengoteh makan biskut dan kueh. 

Selepas balik dari opis singgah rumah Mak Ngah diorang sebab Pak Cik Anik dia nak bagi dokumen sokongan untuk hantar resume ke LPPSA. Pak Cik Anik dia kat sini sebab tunggu panggilan kerja kat sebuah kolej swasta di KL. Dia sebenarnya dalam tahun 2 program PHD di Universiti Malaysia Terengganu, dia ambik PHD dalam bidang perniagaan online dalam masa yang sama dia praktik dropship dan beberapa agen perniagaan online lain. Pak Cik Anik memang seorang yang hebat, kagum aku tengok dia ni. CT dan Najmi gembiralah dapat jumpa Pak Cik Anik dia sebab dulu diorang selalu main-main ngan Pak Cik Anik ni. 

Aku kena ambik cuti esok sebab nak servis kereta, duit ada masuk sikit bolehlah servis kereta. Sebulan dua ni kena jimat cermat sikit, yelah uber atau grab pun tak leh jalan lagi sebab kaki tak berapa nak ok lagi. Solat pun atas kerusi lagi, kecuali solat Jumaat jer gagahkan diri solat duduk. Selain servis kereta aku kena pick up Umi dan Kak Ngah aku bersama babynya... dah alang-alang sangat ambiklah cuti. Kalau sempat nak gi UiTM untuk urusan memohon mini slip dan surat pengesahan tamat belajar. Mini slip kena bayar RM1 dan surat pengesahan tamat belajar kena bayar RM10. Semuanya nak guna untuk urusan permohonan kerja di LPPSA. Semoga allah permudahkan urusanku esok. 

Aku dah nekad hari tu tak kisahlah kerja kat mana janji dapat gunakan kelayakan degree aku. Nak tunggu PTD cabaran lain plak nak kena pikir, dengan elaun RM2030 tu tak padam dengan komitmen semasa aku. Tak cukup la... walaupun sengsara setahun jer. Jadi aku pun mintalah gred 41 kat mana-mana sahaja. Cuma tak der rezeki jer lagi. Nak harap kerajaan persekutuan punya memang tak de harapan selain PTD jer... sedihnya rasa. Itulah padahnya tak dengar cakap orang tua. Masa aku dapat penolong akauntan dulu ayah aku suh tukar bidang ambil akauntansi, tapi kat UiTM Sabah mana ada degree tu dulu. Masa AG KK buat kerjasama dengan UiTM Sabah pun tak ramai yang ikut, dan aku dengar ramai yang kandas sebab tak boleh ikut. Aku tak nak berhenti dan tak nak tukar aku teruskan pengajian aku sebab masa tu aku dapat Pinjaman Boleh Ubah JPA. Rasa sayang la kan, bukan senang nak dapat tu. Ok, nanti kalau dah dapat surat pengesahan tamat belajar EMAS dan mini trasnkrip tu nak hantar resume ke LPPSA. 

Khamis lepas berpeluang bersembang dengan bekas classmate masa diploma dulu, dia selepas degree terus kerja bank. Tahun lepas baru dapat akauntan kerajaan. Aku tanya dia, ok tak kalau aku nak kerja swasta. Dia nasihatkan aku, dah dapat kerjanya nanti buatlah perbandingan. Tapi dia nasihatkan jugalah antara tempat yang sesuai LHDN, Tabung Haji, KWSP, Bank Rakyat, sebab bonus ok dan benefit yang agak baik nak dibandingkan dengan agensi lain. Memanglah bank rakyat bonus sampai 6 bulan gaji memang bagus... cuma katanya masa kerja tu kadang-kadang kalau keje kerajaan ni pukul 5 dah boleh balik. Kalau kerja swasta malam kul 9 baru balik. Tu belum kena layan client. Dia kata more gain more spend sebab nak kena bayar pengasuh pun lebih sikit. Risiko pun tinggi, katanya prinsip high risk high return pun ada dalam swasta terutamanya bila berlaku kemelesetan ekonomi. LHDN badan berkanun pun ok juga, tapi bukan senang nak dapat. 

Tapi sempat bersembang dengan bos aku, dia kata tengok tempat juga. Pada dia kerja dengan bank tak lah teruk mana. Hmm... 

Kekadang terpikir, kenapa susah sangat untuk aku dapat jawatan PnP dengan degree aku ni. Ya allah kau permudahkanlah urusan kenaikan pangkat hambamu ini... semoga aku tak berhenti berusaha untuk mendapatkan jawatan pnp, sebab tengok ramai kawan2 yang dah berumur berhenti berharap. Semoga perancangan Mu ya allah adalah peluang untuk aku rasa gaji PnP. 

Sesak nafas rasa bila nak cuba bidang perniagaan tetapi entah kenapa aku rasa aku tak boleh. Dah pergi kelas pendedahan, tapi bila nak buat rasa macam tak yakin jer. Ya allah bagilah aku kekuatan. Semoga adalah peluang untuk aku nanti. 

Sekarang ni aku rasa nak hidup yang simple jer... rasa nak jual jer semua buku-buku koleksi yang aku ada ni. Tapi bila tiba masa tu rasa sayang balik. Bukan murah beli buku-buku motivasi dan buku pasal perniagaan dan ilmu-ilmu lain ni. Nak jual mesti murah punya. Hadoi la... 

Malam semalam aku tenung balik meja operasi ku semasa menyiapkan penulisan master tahun lepas. Nampaklah beberapa kata semangat... aku pikir balik... hmmm... 

Tapi aku bersyukur sebab aku masih bersemangat menyiapkan tugasan semasaku. Aku berusaha sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk memberikan output yang cemerlang dalam tugasan semasaku. I love my job... 

Wednesday, April 12, 2017

Ilmu Baru hari ini

Salam April... 

Kadar Kelayakan Pembiayaan LPPSA Gaji Pokok Termasuk Elaun Tetap Mulai Tahun 2017

Dah masuk bulan April... hari ini baru aku tahu bahawa kadar kelayakan untuk pembiayaan membeli rumah melalui LPPSA adalah Gaji Pokok tambah Elaun Tetap seperti ITP atau EPW, ITKA atau ITK dan ITJU. Wah untunglah sapa-sapa yang dapat EPW tu... yelah Elaun Perumahan Wilayah banyak tu... hihihi. 

http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/siaran-media

Banyak juga penambahbaikan yang dibuat oleh LPPSA semenjak diperbadankan ni. OK jugalah kan... Antaranya pembayaran secara perbankan internet JOM PAY bagi pegawai yang sepatutnya dah kena potong gaji tapi potongan belum jalan. Lepas tu menggunakan khidmat peguam yang diwajibkan dalam urusan pembiayaan bagi memudahkan pemantauan. Penyeragaman penggunaan borang untuk berurusan dengan LPPSA pun ditambah baik untuk kebaikan bersama. 

Sekatan Potongan 60% Daripada Gaji Kasar Penjawat Awam Mulai April 2017

Haa... ini perkara kedua yang berlaku dalam bulan April ni. Mesyuarat KSU Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang telah berlangsung dalam bulan ini juga. Cepat betul pelaksanaan diorang ni, garis panduan atau penjelasan lanjut pun tak kuar lagi dan laksana pada bulan yang sama. Hebat sungguh kan... 

Sebagaimana kita sedia maklum ahli politik adalah dok bising berkaitan keberhutangan yang serius di kalangan penjawat awam ni. Aku dah peka benda ni sebab aku buat gaji. Laporan Keberhutangan Serius selama ni dah diedarkan kepada Ketua Jabatan melalui Unit Kewangan masing-masing tapi mungkin tiada tindakan sewajarnya diambil. Selepas menteri tu bising, ketua jabatan pun kalut dok tanya minta laporan ngan kita, padahal minta ngan Bahagian Kewangan pun boleh, mungkin sebab dah lupa kan sebab dah lama tak jadi isu benda ni. Dua tiga bulan ni macam-macam la pengurusan atasan duk minta, kita pun bagilah... 

Aku bincang dengan pengurusan atasan kat pejabat keperluan mengeluarkan buletin untuk alert PTJ berkaitan arahan terbaru ini. Sebelum ini perasan aku kat website sumber tu tak de rnombor telefon dan emel untuk dihubungi, aku pun copy paste la ayat tu. Tut, tut hari ini boleh plak ada no telefon dan emel untukdihubungi. Sebelum keluar buletin ada juga tanya pihak berwajib ada arahanyang lebih jelas tak, diorang pun tak de terima arahan lagi. Tanya kawan-kawan pun masing-masing dok guna strategi tunggu dan lihat. 

Apabila merujuk kepada ZRPY054 senarai kod wagetype tu memang ada susunan priority potongan daripada A ke Z dan bagaimana potongan itu dibuat kalau 2 potonga setakat ada manakala kalau 5 mesti ada baru potong kalau tak cukup tak leh potong. Sekarang dah ada maklumat bagaimana potongan itu berjalan dan susunan keutamaan adalah seperti berikut ;
1. EPF Potongan Berkaitan Perundangan 
2. SOCSO
3. Cukai
4. Zakat
5. Cukai/Zakat
6. Arahan Mahkamah
7. Arahan Mahkamah Shariah
8. Bayaran Balik Gaji Potongan Berkaitan Kerajaan
9. Pinjaman Perumahan Persekutuan/Negeri/Badan BErkanun
10. Pinjaman Kenderaan Awam
11. Pinjaman Komputer
12. Pendahuluan Pegawai Awam
13. Perubatan Pegawai
14. Denda Pegawai Awam 
15. Sewa Rumah
16. Pinjaman Pelajaran/Biasiswa
17. Arahan Insolvensi
18. Utiliti
19. Potongan Gaji Pelbagai
20. Takaful/Insuran Takaful/ Insurans
21. Kelab Jabatan Kerajaan Kelab Jabatan KErajaan 
22. Pinjaman Koperasi Pinjaman
23. Pinjaman Badan Berkanun / GLC
24. Pinjmaan Swasta
25. Persatuan/ Pertubuhan 
26. Simpanan / Derma/ Sumbangan
27. Derma/ Sumbangan


Selepas ini pegawai sendiri bertanggungjawab menguruskan hutang yang telah dibuat. Bukan sekadar pandai buat hutang, malah kena pandai memastikan ansuran bulanan untuk membayar hutang tu dibuat.