Friday, April 16, 2010

mengapa berbeza

Teringat zaman dulu2, berbeza betul cara didikan kami...

masa kegawatan ekonomi dulu kami tak bawa wang saku pun ke sekolah...

time adik2 aku nie.. mereka diberi kemewahan betul2... pelik gak aku nie...

lepas tu dimintanya tambahan daripada kami abang2.. sedangkan kami pun ada tanggungjawab sendiri juga... entahlah...

Sunday, March 7, 2010

Ahad Nan Indah

Hari nie seawal pagi aku bangun cuci seluar. Lepas tu sarapan... selepas bersiap gi tukar tayar kereta... hmmm habislah RM300.00, tayar dua biji sebiji RM130.00 lepas tu alignment dan balancing... alingment dia caj RM36.70. Selepas tu aku menghala ke opis sebab dah janji ngan staff nak tandatangan penyesuaian amanah. Hari Isnin dia leh fakskan dulu, aku cuti beb... nak uruskan kes kemalangan my mom...

Siap dalam jam 1 lebih. naik gi Solat Zohor dulu... hmmm lepas tu ke CP layan wayang Brothers dan Kane... hmmm cerita Brothers tu macam pernah tengok ar... tapi dah lupa... best gak cerita dia... hmmm cerita Cane tue menang la best... lepas habis layan wayang gi cari alat tulis sikit...

Sebenarnya mood aku memang kurang baik... semalam sempat aku tengok perancangan pasal nak sambung master... kalau malas nak buat tesis rasanya baik aku sambung Exucutive Master Public Admint kat UiTM Shah Alam jer nanti kosnya pun dalam RM7500 hingga 8500 jer. Kalau nak sambung MBA kenalah sediakan dalam RM28k. Aku nak belajar sungguh2 semester nie... nak cuba naikkan CGPA aku... sekarang nie dah 3.01 jer... mesti naikkan semula... aku mesti berusaha... aku yakin aku pasti boleh buat. Kertas Project Management tu mesti boleh punya yang peting aku kena banyak wat latihan final exam dah tahu pengiraanya. Hari Raby nie test... aku akan bersedia dan buat yang terbaik. SUbjek Quality Management nampak macam senang... tapi memang aku kena baca lah buku tebal tu.... makin belajar makin banyak benda yang aku tak tahu. Knowledge Management lagi lah... tapi semalam aku masuk iCress... banyak benda bary aku jumpa... nak menyampuk la perbincangan online diorang tue. Policy Analysis... banyak nak kena baca... sekarang nie dah bulan Mac... i must study smart and a little hard... nampaknya sabtu dan ahad aku nie kena habiskan untuk belajar la nie... apa patut ku buat ya....

Sabtu dan ahad patutnya aku ajar adik aku si IKa tu ajar dia Math, Science and English... how should i start ... need to justify first. But i just did it a little... ok i think i need to sacrify my night... because the assingment just come and need to take care... oh my god...

my religious thing.... oh... im just left the subuh and also isyak prayer for two days... hmmm it is my english grammer all right... if many and countable one so it have s then the verb is many no s. i dont know... just use it... slowly i will polish it up... because to improve my english is may goal too.

Malam nie belajar project management sekejap.. lepas tue siapkan dokumen untuk hari esok... kemaskini nota2... dan.... buat perancangnan untuk hari muka... antarnaya

1. Perancangan Harian
2. Perancangan Majlis Sambut Menantu
3. Perancangan Kehidupan Selepas berkahwin....


1. Sedikit pasal perancangan harian
1.1 Aku akan bangun selewat2nya jam 5.30 pagi... dan seawal2nya jam 5 pagi... selepas subuh aku mungkin patut hantar adik aku ke sekolah... sebelum tu aku boleh belajar sikit... yeah...
1.2 Selepas balik dari kelas aku sampai ke rumah paling lewat jam 10.30 malam... sampai jer mandi terus sembahyang isyak.... selepas sembahyang... belajar dulu setengah jam atau sejam ... tengok tugasan la.... tido seawal jam 12.00 tengahmalam atau paling lewat pun jam 1.00 pagi... maknanya aku patut tido selama 4 jam sehari... tidak apa ini penting untukmasa depan aku... justify untuk naikkan CGPA aku... dan bangun jam 5 dapat membaiki prestasi kehadiran aku... yeah.... i will do my best...

Sebelum tido mesti berus gigi... sebelum berus gigi mesti minum cuka apple ... bangun tido selepas solat isyak minum cuka apple lagi... insya allah... masa mana aku nak baca yassin ya.... masa mana lagi... mestilah masa aku tunggu kelas tu.... improve sikit caranya... ok.. bertolak dari opis jam 5 petang... lepas tu call lin sekejap... dalam 5.50 bawa quran dan buku ke surau... selepas solat asar... baca quran dan study sementara menunggu magrib... aku pasti boleh melakukannya.... yeah...

Monday, February 15, 2010

Cuti Tahun Baru Cina...

salam...

hari nie genaplah tiga hari kita rakyat Malaysia bercuti... wow memang best... hari pertama aku menghadiri majlis kawin kawan aku... hari kedua lepak ngan kawan sekelas, selepas keluar gi Giant... hari ini... kami berkelah di Pantai Tanjung Aru Beach 3... kul 11 kami pergi ke City Mall... makan KFC... hu hu... dapat dua bekas hati... beli cd lagu dan cd Movie... lepas tu kami balik umah... layan CD crite tu... fenatnya berjalan... esok nak kemas rumah... oklah ... nak solat magrib dulu... Chow cing cau...

Sunday, February 7, 2010

Petang Ahad... ambil angin di KK

Rasa boring plak duk umah... kebetulan ingat nak isi minyak kete... boleh jumpa C Yus sekali... Sambil bersiap call C Yus, rupenya dia keje petang... jadinya aku tak jadi jumpa dia. Ada orang kirim beli roti dan urusan bank sekali. Oklah.. kebetulan aku memang nak beli kopi red guava di BTC, jadi leh beli roti kat situ sekali. Hmmm tentang bank tu memang aku akan singgah sebab kebetulan memang aku pun ada urusan kat bank nak semak baki akaun.

Masa nak kuar rumah tadi tanya diorang nak ikut tak... memula memang diorang nak ikut... tapi aku pikir dah kul 4... mesti balik lewat sikit... malam ar lebih kurang kul 9 ke atas. So aku bagitau diorang jujur... diorang batalkan niat. Dah tahu C Yus keje aku ingat nak balik awal sikit ar, tanya diorang balik... sayangnya diorang dah syok tengok tv... tak nak... lagipun nak mandi lagi. Last2 aku pegi sorang2... dah isi minyak, singgah beli roti dan red guava. Aku gi ke tempat pertama dulu... aku nampak kat sana ada sale up to 80%... pakson... apa lagi aku gi ar tengok seluar berenang yang dah lama aku window shopping semata2 nak cari seluar tu... harganya tetap mahal... cuma dapat less 10% ar... oklah tu... lepas tu beli goggle.. beli seluar pendek satu... seratus juga bilnya. Selesai situ aku berjalan ke kereta simpan dulu barang yang dibeli tadi... terus menapak ke Centre Point... singgah bank. Lepas tu gi solat asar... selesai solat naik gi Growball... dua hati satu jiwa lewat sangt ditayangkan kul 8.30... sib baik ada wayang indon Air Terjun Penganti... macam best... start kul 6.40 ptg.

Jam menunjukkan kul 6.15 petang... masuk kedai sukan dululah nak tengok kot2 ada promotion... memang ada... swimming trunk yg berharga RM50 dengan promosi 70 % ... tapi aku tak pakai swimming trunk... aku pakai yang panjang sikit... hmmm harga promosi 40%. Ada saiz aku lagi... apa lagi aku beli ar... memang tadi kat kedai sana niat nak beli dua tapi mahal... kat sini murah 40% lebih murah... apa lagi beli lagi satu. hmmm Dumbell pun ada promosi... 10% untuk 5KG punya... 3KG lagi murah 30 % less... tapi aku ambik 5kg punya.

Seleasai solat magrib aku gi layan Air Terjun Pengantin... apalah pelakon jiran kita tu... pakaian dah macam minah salleh... banyak bababk dia perempuan pakai bikini jer... hu hu... orang melayu pakai bikini beb... siap ada aksi mata2 nakal lagi. Jelas sekali semua pelakon perempuannya tayang susu. Seram gak cerita nie... kisah tok bomoh gila...

Wayang habis kul 8 malam... hati dan perasaan aku tak senang tengok cerita tadi... ye lah banyak sangat babak buat aku terkejut dengar penonton perempuan berteriak... lalu depan kedai mamak... pekena dulu teh tarik dan roti telur, bayar RM3.00. Lepas tu balik umah dekat kul 9 sampai... Teringat plak bulan Nov 09 aku ada beli diari tebal RM16.00, tapi aku tak pakai sebab ada orang bagi hari tu. Kiranya lebih ar... so aku ingat nak bagi ayah aku la... lagipun dia pun belum dapat diari Jabatan. Daripada membazir... oklah aku bagi ayah aku jer lah...

hmmm tadi sempat sembang ngan kekasih aku... lepas tu sembang ngan mak dia... nanti bulan 4 aku turun KL mungkin banyak lagi leh tanya kan...

Oklah... nak study kejap lepas tu tido ar... Selamat malam...

Saturday, February 6, 2010

Salam Ahad... Hujung minggu beb...

hari ni... bangun tido... update Facebook.... huuh tak der keje agaknya... padahal banyak buku nak kena belek... masa lepas hajat tadi aku bawalah buku Go Google, 20 ways to reach more customers and build revenue with Google business tools. Sebenarnya lecturer knowledge kami suruh cari maklumat pasal google... kenapa membuatkan syarikat google... berdasarkan pembacaan aku tu... apa yg membuatkan google hebat ialah kerana ianya simple, dan maklumat yang digoogle oleh pengguna adalah lebih fokus... kiranyanya memudahkan keje lah... lagipun google juga ada menawarkan gmail dan perkhidmatan lain yang dapat membantu penggunanya. Selepas aku baca buku tu... dah mandi semua... aku pegilah mengadap laptop sambil godek laman web google, walaupun sebelum nie dah ada satu, buat satu lagi akaun. Siap buat blog sekali... hmmm... akhirnya aku akan mengaktifkan kembali hidupku sebagai blogger sebagaimana yang pernah aku buat sebelum ini di ekawan dan friendster... kebetulan plak facebook pun dah nak kenakan bayaran bulanan kan... aku rasa aku nak beralih kepada gmail lah sekarang nie...

Hari nie nak gi Parkson kejap... katanya ada sale hingga 80% kalau tak silap. Mak aku kirikkan kad Maybank dia mintak ambil duit dia. Nanti nak call yusri... lagipun seminggu nie kami tak ajar mengaji ... kelas mengaji tutup ar...

Sehingga minggu kelima pengajian kami semester ini... sepatutnya minggu depan ada test 1... tapi memandangkan kami belum ready kami minta selepas semester break... hu hu hu Project Management nie mencabar juga ek... dok buat pengiraan aktivitn on the arrow dan xtvt in the box, lepas tu kena kira ES, EF, LS dan LF... hu hu memula fening skit... tapi kena banyak buat latihan nie... malam nie nak study sikit... policy lagilah... aku tak tahu apa2 pasal subjek tu... dulu aku ingat sengna... skrang aku dah pening plak... entah apa2lah... Knowledge management plak... ntahlah... Quality Management plak buat aku terawang-awang... adoi banyak nyer nak kena baca... assingment pun dah banyak nie... mesyuarat AJK Amanah pun akan diadakan tak lama lagi... aku belum sempat key in lagi maklumat pembelian amanah tu.

Pagi tadi juga aku dah buat pengurangan storage emel jabatan... dah berapa kali reminder datang... sib baik terfikir kasi forward jer maklumat penting daripada emel tu ke emel sini... he he he... syukurlah... kebetulan dengar radio apa ntah... fara fauzana bagitau cam tu... tq fara....

Kaylah... nak gi mandi... lepas tu nak kuar...

catatan ku...1/10

Salam...
Banyak goal telah kutetapkan untuk dicapai dalam tahun 2010 ini. Antaranya ialah
1. Nak polish bahasa english aku...
2. Hidup sihat nak bersenam... mulakan balik aktiviti berenang...
3. Proaktif, positive dan terurus..
4. Smart learning...
5. control debt and reduce cost; toward couple life...