Thursday, March 16, 2017

Peluang Untuk Merancang Masa Depan Dengan Saham

Salam MJ, Salam menjemput rezeki... 

Dua tiga minggu ni aku didedahkan dengan kelas pelaburan Saham secara hardcore... nak melabur secara hardcore ni biasanya modal pun puluhan ribu ringgit sebab kalau modal kecik rugi dok bayar kos membeli dan menjual saham jer. Yelah anggaran ko minima setiap kali belian atau jualan adalah RM28++, sebenarnya banyak software untuk buat pengiraan kos jual/beli saham ni. Smartphone kan ada tinggal install jer, tapi since smartphone aku nak guna untuk ehailing kenalah beringat kan tak pasal2 jem hp. 

Dua kali kelas ceramah yang aku pergi kami didedahkan dengan Saham Patuh Shariah, menarik bukan. Hmmm untuk maklumat lanjut silalah lawati https://www.bursamarketplace.com banyak ilmu boleh diperolehi kat sini berkaitan pelaburan saham. Kalau dulu maklumat ni kena bayar dan beli baru dapat, tapi usaha Bursa Malaysia nak tingkatkan jumlah pelabur Bumiputera jadi bagi free jer maklumat ni. Ada screener juga yang boleh membantu kita buat analisis pasal kaunter yang kita berminat nak selidik tu. Hmmm kalau korang dah masuk website ni tekan jer butang harmburger ni 

dah tekan butang hamburger tu keluarlah banyak list yang boleh dijadikan rujukan. Memang berbaloi-baloi, tapi aku pun tak habis godek lagi ni. Ok siap ada simulasi untuk main saham dengan sistem dia ni. 

Ok, hari Sabtu ni aku dah daftar untuk 

manakala Ahad plak kat Armada PJ cikgu lain plak. 

Sebenarnya banyak kursus percuma boleh pergi anjuran Bursa Malaysia ni. Cuma kitalah kan semestinya hujung minggu masa untuk anak-anak. Tapi untuk terus dapatkan semangat bermain saham tu baik pergi la, ye lah Sabtu dan Ahad kan kaunter saham ditutup. Kaunter saham di Malaysia cuma buka pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari lepas rehat tu buka balik dalam pukul 2 hingga 5 petang. 

Berdasarkan seminar Asri dan Nazri katanya ada 5 jenis produk bursa yang sesuai untuk kita terokai iaitu Saham, Waran (anak kepada saham), REITS, ETF dan Bon/Sukuk. Tapi untuk permulaan silalah fokus kepada saham dan waran dulu. Kat Malaysia ni untuk membeli kaunter yang aktif kena pakai lot, iaitu satu lot mewakili 100 unit saham jadi kalau seunit harga 20 sen kena darabkan dengna 100 unit dapatlah satu lot RM20. ROI pula adalah peratusan keuntungan daripada pelaburan, iaitu untuk /modal darab 100%. 

Kata Nazri berkecimpung dalam dunia saham ni kena faham psikologi, turun naik harga kaunter di pasaran adalah bergantung kepada psikologi yang ditentukan oleh beberapa faktor yang mana kita kena kaji Analisis Teknikal dan Analisis Fundamental. Kena kaji batang lilin yang ada kat laporan turun naik harga kaunter tu. Asri menjelaskan ada 3 segi tiga yang kita kena tengok, pyramid paling atas adalah kaedah (method), ruang seterusnya adalah methodology, dan seterusnya adalah mindset. Katanya kita kena ada matlamat kewangan yang jelas semasa melabur nak untuk banyak mana dan sanggup rugi banyak mana. 

Fundamental Analysis diperkenalkan oleh Warrant Buffet, manakala Technical Analysis dugunakan oleh Dane Zangel. Catalyst adalah pemangkin yang wujud yang akan mempengaruhi turun naik harga saham, contohnya isu semasa, dasar kerajaan, apa yang berlaku kat dunia global yang akan beri kesan kepada turun naik saham. Contoh TA adalah menggunakan kaedah Moving Average, kita tengok harga yang lepas berdasarkan candlestick dan juga volume. Manakala Fundamental Analysis kita bacalah apa syarikat tu buat, tengok syarikat punya aliran tunai, penyata pendapatan dan Balance Sheet. Lepas tu tengoklah ada tak peluang-peluang yang akan meningkatkan jualan syarikat tu. 

Apa yang lebih menarik, cikgu2 saham ni mengajar kita bagaimana untuk menampung kos hidup dimana kita boleh tersenyum di saat tarif elektrik naik kerana jika kita beli saham TNB bila tarif naik maka untung kita pun banyak. Begitu juga dengan syarikat konsesi tol kerajaan, bila kita beli saham diorang maka bila harga tol naik kita pun dapat untung juga. 

Apa yang lebih memberi kesan kepada aku adalah, guru2 ini menasihati kami peserta untuk tidak lupa membayar zakat daripada keuntungan pelaburan tu nanti sebanyak 2.5% daripada keuntungan wajib bayar zakat. Selain itu, beliau meminta kami menyampaikan ilmu kepada orang lain supaya orang lain pun boleh kaya juga. 

Kesimpulannya, aku memang tak de modal untuk trade secara hardcore, tapi aku akan kumpul modal sikit2 untuk trade secara hardcore. Jadi setahun dua ni aku akan belajar selok belok pasal saham ni sebab sebelum ni aku paling malas nak ambik tahu pasal saham ni, rasa serabut jer kepala otak aku bila terbaca pasal saham ni. Baru sekarang aku sedar bagaimana saham ni boleh membantu aku memahami lebih baik pasal sesebuah syarikat yelah bila kita buat kajian pasal TA dan FA tu kita lebih kenal pasal sesebuah syarikat tu. Pendek cerita kami laki bini nekad jugalah nak ambil masa dua tahun untuk mendalami ilmu saham ni. Jadi kami akan membaca buku2 dan blog berkaitan saham ni. website marketplace tu memang bagus malah boleh install kat smartphone, tapi masih dalam proses pembinaan. Apa yang aku pasti semua hardcore trader ni menggunakan perisian scanner untuk membantu mereka membuat analisis teknikal pasal sesebuah kaunter sebelum melabur, perisian tu kena beli lesen plak. Tapi kat marketplace ada yang free dan patuh shariah. 


Semoga dipermudahkan usaha kami untuk menceburi bidang ini untuk mendapatkan ROI secara bulanan bukannya tahunan. Tapi setahun dua ni kena fokus ROI tahunan dulu. Akaun CDS dah buka dengan Public Investment dan RHB Investment. Sebab hari tu masa gi seminar tu percuma jer buka akaun CDS jadi kami jimat RM10.60 untuk setiap akaun. 

Beginilah Nak Hidup

Minggu ni sedikit malang apabila diuji dengan sakit labu betis. Sabtu lepas aku gi cat umah aku sebab bakal penyewa kata dinding kotor. So terpaksalah aku mengecat rumah tu... untuk pengetahuan inilah kali pertama aku mengecat rumah tak pernah sepanjang hidup buat keje mengecat... hihihi...

Pagi Sabtu dalam kul 11 pagi angkut budak-budak gi beli cat kat Dengkil, nasib baik kos dalam RM70.00, lepas tu terus gi cat rumah. Hmmm bolehlah... Esoknya gi mop lantai sebab rasa macam tak larat kan... Sebenarnya pagi Ahad tu kaki sebelah kiri yang aku banyak gunakan untuk tampung badan semasa mengecat terasa sakit gila. Selepas diurut-urut, ok juga sikit. So masa gi hari Ahad tu memang bawa sekali minyak urut untuk urut kaki. Selesai mop lantai, basuh tandas dan semua tempat, aku pun duduk menikmati makanan tengahari. Adui sakit gigi la pula. Terus hilang sakit kaki sebab sakit gigi menyerang. Balik dari BBST singgah Presint Diplomatik, wife nak beli kek. Aku gi beli ubat tahan sakit kat farmasi RM9.00 10 biji. Balik tu terus aku makan ubat tahan sakit tu. 


Sebenarnya dok risau benda lain ni... dok nak cari duit nak buat modal nak melabur saham satu hal, nak cari duit lebih nak bayar kad kredit satu hal. Adudui... aku kena dapatkan lebih kurang RM300 sebulan untuk bayar kad kredit tu supaya interest tak banyak. Kata kawan aku dia buat grab Sabtu dan Ahad jer boleh dapat RM500 tapi nak kena pandai main masalah. Malam tadi dok pikir baik aku join grab Abang Sado daripada grab Pro... 

Contoh Pengiraan PRO MP RM35-RM55

Kalau ikut Pro ni nak ikut jadual dia semua ni boleh dapat RM3962 seminggu. Tapi aku buat part timejer lepas opis hour lebih tepat lagi mulai kul 7 petang sampai kul 10 malam jer. Itupun demi anak-anak aku buat Isnin Rabu dan Jumaat jer... Isnin lepas boleh la dapat dalam RM68 kutip tambang, tapi aku rugi insentif untuk blok 7HP, Blok 8HP. Tapi hikmahnya bolehlah aku solat magrib. Sebab tu hari tu ingat mesti kena start lepas asar, untuk Blok 5, Blok 6 dan Blok 7. Blok 8 tu boleh rehat ambik magrib. Sayangnya Rabu aku tak leh buat grab sebab kaki sakit gi klinik dapat MC untuk hari ini. Esok Jumaat Cuti Rehat sebab pengasuh CT cuti. Sabtu dan Ahad ni aku ada kelas plak. Ok malam ni aku berfikir untuk join Abang Sado sebab aku memang dah tak guna Uber. 


Hak guarantee RM4,533 seminggu ni la program Abg Sado, tapi syaratnya kena fokus grab jer... tak leh pandu e-hailing lain lagi. Kelebihan Abg Sado ni adalah seperti di bawah ;
  1. Kadar Insentif mahal sikit beza dalam RM2 - RM5 berbanding Pro. 
  2. AR yang perlu dijaga cuma 85% berbanding pro 88%. 
  3. Ada driver Swag, adalah perfume kete, kelengkapan untuk memudahkan pemanduan bagai. 
  4. Kelayakan secara automatik untuk pendapatan yang lebih tinggi tu aku tak pasti. 
Kelebihan Abg Sado 

Kelebihan Pro 


Ada beberapa perkara lagi yang aku macam tak gunakan sebaik mungkin iaitu pick up customer kat K1 atau K2, sebenarnya dapat bonus tambahan kat situ. Kadar tetap ke atau dari K1/K2 dan Klang Valley adalah RM65 sehala. Dan boleh dapat airport promo RM10 tu tapi tengoklah minggu2 tu dia promo macam mana kadang2 promo ikut masa juga. Kawasan sibuk yang nak kena maintain peratus 50% untuk melayakkan insentif bagi MP/UP/HP/P Subang Jaya, Sunway, Puching, Sungai Besi, Shah Alam, Taman Desa, Bukit Jalil, KLIA, Chan Sow Lin dan Titiwangsa, ini dia update setiap minggu juga. 

Sekiranya aku tak layak untuk Pro ada satu lagi, iaitu Flexi. Flexi ni kena dapatkan sekurang-kurangnya 50 trips seminggu. Jadi aku kena pastikan aku dapat 50 trips seminggu supaya aku boleh dapat minimun fare guantee RM6  berbanding RM5, adalah extra RM1.  Sebenarnya Next take home beza tu hanya 80 sen jer setiap trip. 

Kesimpulannya aku kena fokus kepada eHailing G sahaja dan ambik program Abg Sado supaya banyak sikit benefit aku dapat. Dan lebih penting lagi aku kena dapatkan sekurang-kurang 50 trip seminggu. Untung jugalah Bukit Jalil dah jadi kawasan sibuk, sebabnya ok juga untuk ke Bukit Jalil tu dekat jer kot. Trip airport pun ok juga ni. Nanti nak cubalah. Apa-apa kerja risiko tetap ada, banyak juga kes rider tak nak bayar dan dok tipu driver grab ni. Pulak tu CS tak bertanggungjawab kes-kes terpencil macam tu. Nak buat macam mana kan dah la kita tak leh nak compaint rider dan takleh nak buat penilaian pasal rider berbanding Uber. Anggap jer lah asam garam dalam kehidupan bergrap ni. Oh ya sebelum terlupa ada satu lagi punca pendapatan grap iaitu referal, kalau kita tolong wujudkan akaun untuk orang lain dan guide dia untuk jadi orang yang dirujuk. Insyaallah dapat la side income lagi macam MLM kan. Tapi aku tak reti nak berMLM macam tu. 


Baru-baru ni terpikir pula nak buat kajian pasal bagaimana ehailing ni boleh membantu meningkatkan pendapatan isi rumah bagi penduduk bandar. Satu tajuk yang menarik, tapi macam mana nak dapat responden nanti senang tak nanti. Kalau di kalangan rider tu mungkin boleh hantar Google Form ke nombor HP diorang kan. Hmmm... Tak pun bagi kat CS jer buatkan... hari tu dia bagi kat responden RM10 untuk lengkapkan borang tu. 

Sumber : https://www.grab.com/my/blog/driver