Monday, January 13, 2014

Tahun 2014

Aduhai tahun 2013 dah berlalu, hari nie dah hari ke-14 tahun 2014. Satu perancangan hidup pun aku tak tetapkan lagi bagi tahun 2014 nie...

Apa yang akan berlaku dalam tahun 2014 nie ya...

1. Ahmad Alif Najmi akan meningkat umur setahun lagi menjadi 3 tahun, persediaan untuk ke TASKA

2. Anak kedua bakal lahir sebelum raya aidilfitri ; 12 Julai 2014. Aidilfitri 28-29 Julai 2014. Nampaknya raya kat Johor la tahun nie... hutang lagi satu tahun kat Kelantan.

3. Rumah akan siap dalam Jun 2014.
3.1. Duit gril


4. Hutang selesai Julai/Ogos  2014.

5. Aku akan komit buat gaji mulai Mac 2014. Peluang OT duit tambahan.


Apa yang aku mahu 2014 nie ya....

1. Naik pangkat ke Gred Kanan In Sha Allah... ya allah permudahkan lah rezekiku.


Apa yang berlaku sekarang?
Kalau tahun lepas selepas AKB sehinggalah bulan Mac memang tidak sibuk. Boleh balik on-time.

Tapi sekarang laporan sejuta kena buat paling awal pun pukul 5.30 petang. Manakala aku kena buat payment run paling awal pun pukul 5.00 petang. 

Bulan April hingga Mei memang aku kena makan madu bebanyaklah. Bulan yang teruk sekali tu tau...  Sib baiklah bulan Jun mertua aku nak datang jengok anak dia.

Nanti aku nak target sampai umah pukul 7 malam la.

Susahnya hidup...    tapi kena berfikiran positif... kena selalu berdoa dan banyakkan amal.

Selepas raya aku akan tinggal bersendirian di rumah ini selama dua bulan sementara itu isteri aku akan berpantang kat Johor. Hadeh... sadinya hidup ini.






No comments:

Post a Comment