Sunday, December 8, 2013

Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Gaji Min Gaji Maksimun ...

Secara umumnya terdapat 3 prinsip dan keadaan Elaun Pemangkuan adalah seperti di bawah


A. Sekiranya jumlah perbezaan antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai sama atau lebih daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred hakikinya, maka pegawai akan dibayar Elaun Pemangkuan sebanyak perbezaan tersebut. 


Formula
= Gaji Minimum Jawatan Dipangku - Gaji Hakiki Pegawai , > @ = KGT gred hakiki. 
= Elaun Pemangkuan =Sebanyak perbezaan tersebut


Contoh ;


(a) Gaji Gred Hakiki W27  = RM2,327.68

(b) Kadar KGT Gred Hakiki W27 = RM145.00

(c) Gaji Minimum Gred Dipangku W32 = RM2,731.00

(d) Perbezaan (c) - (a)  =  RM2,731.00 - RM2,327.68
                                    =  RM403.32 (lebih besar daripada KGT gred hakiki W27) 

(e) Kadar KGT Gred Dipangku W32 = RM155.00

(f) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana jumlah (d) lebih kecil daripada jumlah (b), Elaun Pemangkuan                                               adalah RM403.32 (perbezaan gaji minimum Gred W32 dengan gaji hakiki                                          pegawai Gred W27) 






B. Sekiranya jumlah perbezaan di antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai kurang daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred hakikinya, Elaun Pemangkuan ialah bersamaan dengan kadar KGT gred jawatan yang dipangku. 

Formula
= Gaji Minimum Jawatan Dipangku - Gaji Hakiki Pegawai , < KGT gred hakiki. 
= Elaun Pemangkuan = Kadar KGT Jawatan Dipangku


Contoh ;


(a) Gaji Gred Hakiki W27  = RM2,617.68

(b) Kadar KGT Gred Hakiki W27 = RM145.00

(c) Gaji Minimum Gred Dipangku W32 = RM2,731.00

(d) Perbezaan (c) - (a)  =  RM2,731.00 - RM2,671.68
                                    =  RM113.32 (kurang daripada KGT gred hakiki W27) 

(e) Kadar KGT Gred Dipangku W32 = RM155.00

(f) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana jumlah (d) lebih kecil daripada jumlah (b), Elaun Pemangkuan adalah
                                      RM155.00 (kadar KGT Gred W32)




C. Sekiranya Gaji Hakiki seseorang pegawai sama atau lebih daripada Gaji Minimum jawatan dipangku, Elaun pemangkuan ialah bersamaan dengan kadar KGT gred jawatan dipangku. 

Formula 
=Gaji Hakiki >= Gaji Minimum Jawatan Dipangku
Elaun Pemangkuan = Kadar KGT Gred Dipangku 


Contoh;-


(a) Gaji Hakiki Gred W27  = RM2,907.08

(b) Gaji minimum gred dipangku W32 = RM2,731.00

(c) Kadar KGT gred dipanku W32 = RM155

(d) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana (b) < (a), ELAUN PEMANGKUAN adalah RM155 (Kadar KGT Gred dipangku W32)





Tahun  Bilangan Tahun Berkhidmat W27 Gaji Hakiki  KGT W27 Gaji Min W32 KGT W32  Elaun Pemangkuan 
2013 5 RM2,327.68 145 RM2,731 155 RM403.32 Prinsip (a)
Okt 2014 6 RM2,472.68 145 RM2,731 155 RM258.32 Prinsip (a)
Okt 2015 7 RM2,617.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip (b)
Okt 2016 8 RM2,762.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2017 9 RM2,907.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2018 10 RM3,052.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2019 11 RM3,197.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2020 12 RM3,342.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2021 13 (Time based W32) RM3,487.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )






















































http://docs.jpa.gov.my/docs/se/2012/se17052012.pdf

Saturday, December 7, 2013

bilalah aku nak merasa gaji 41 nie.... degree oh degree... rezeki oh rezeki murah la engkau...

 Juruaudit...
ITP - 300
 ITKA - 300
COLA - 300

JGPSkimW money money money






Garis Masa PENDAPATAN KASAR  POTONGAN BULANAN  PENDAPATAN BERSIH  PERATUSAN POTONGAN (%) 
2013 2967.68 1533.72 1433.96 0.517
2014 jun  2967.68 2093.72 873.96 0.706
2014 bayar  2967.68 1673.72 1293.96 0.564
2014 okt 3112.68 2093.72 1018.96 0.673
NAIK 32                                                  3,371.00 2093.72                                            1,277.28 0.621
32 bayar                                                  3,371.00 1673.72                                            1,697.28 0.497
Garis Masa PENDAPATAN KASAR  POTONGAN BULANAN  PENDAPATAN BERSIH  PERATUSAN POTONGAN (%) 
2013 2967.68 1533.72 1433.96 0.517
2014 jun  2967.68 2093.72 873.96 0.706
2014 bayar  2967.68 1673.72 1293.96 0.564
2014 okt 3112.68 2093.72 1018.96 0.673













Bulan Disember yang ditunggu...

1. Nota penutupan akaun dah tengok. Hmmm banyak juga berkaitan pukal dan payment run that have to bear in minds.

2. Penutupan akaun since aku masih bertanggungjawab mengikut prioriti berikut

2.1 Pukal
2.2 Gaji
2.3 Baucar Bayaran


3. Masa X-Mas tu nak OT lah... hi hi hi mahal sikit dapat kan... sukanya saya...


4. Aku rasa aku dah terguna mencecah 2k kot CC aku.... jadinya

4.1 Bonus RM800.00
4.2 OT Nov bayar RM400.00
4.3 OT Dis bayar RM400.00
4.4 OT Jan bayar RM400.00
4.5 OT Feb bayar RM200.00

Sunday, November 3, 2013

Hari Ahad yang mengujakan

Hari ini aku rasa sungguh gembira. Malam tadi tidur kul 12 malam. Bangun kul 6 pagi dah tersedar daripada mimpi. Setengah jam kemudian aku bangun solat subuh dan mengejutkan isteri untuk solat subuh. Selepas itu kami menjalankan tanggungjawab sebagai manusia. Agak-agak dah puas bermalas-malasan, kami bangun. Isteriku terus ke kamar mandi, selepas itu dia menuju ke dapur menyediakan sarapan pagi. Aku pula, bangun pagi siram bunga, selepas itu masukkan kain kotor ke dalam mesin basuh. Kemudian mop lantai. Sedang aku mop lantai anakku ALif bangun dari tidur merenget-renget minta dimanjakan. Selepas itu dia pergi ke dapur dan dipujuk ibunya untuk berada di ruang tamu. Selesai mop lantai aku masuk kamar mandi membersihkan diri. Selesai mandi sarapan, hari ini mee hon goreng dan kerepok lekor goreng buah tangan daripada kakak yang balik Kelantan tempoh hari. Sedapnya kerepok lekor tu, rangup dan rasa tepung bercampur ikannya yang sekata memberikan aroma yang wangi.

Aku memang merancang ke pejabat hari ini, pada mulanya ingat nak kemaskini perjanjian yang telah aku semak semasa tutup akaun dan aku tak sempat nak catat. Sampai opis aku sambung keje semalam iaitu prestasi wujud, batal dan kemaskini pukal IWK, TM dan Syabas. Maklumlah minggu nie kena key in dalam LNPT. Selesai buat itu aku turun ke tingkat 3 dengan membawa kad pintar.


TARIKH
TINDAKAN
PROSES MELALUI HRMIS
1-15 November 2013
Pegawai Yang Dinilai (PYD)
PYD memasukkan pencapaian SKT dan menghantar kepada PPP. Setelah mendapat pengesahan PPP, PYD perlu mengisi butir-butir di Bahagian II (Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi/latihan)
16-22 November 2013
Pegawai Penilai Pertama (PPP)
Meneliti, mengesahkan dan menilai butir-butir yang diisi oleh PYD serta berbincang dengannya mengenai penilaian prestasi dan membuat penilaian prestasi secara online. PPP menghantar penilaian tersebut ke PPK.
23-30 November 2013
Pegawai Penilai Kedua (PPK)
PPK membuat penilaian dan ulasan secara keseluruhan berasaskan laporan yang dibuat oleh PPP dan menyerahkan kepada urus setia di Bahagian/Jabatan/Agensi.
15 Disember 2013
Urusetia Bahagian/ Jabatan/Agensi
Menyelaras dan menyerahkan pelaporan LNPT serta pencalonan PPC dan APC 2013 kepada urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JPM

Masa aku buat baucar, Bos Unit Gaji bagitau dia nak suruh aku buat tiga perkara berikut

1. Payment Run Gaji
2. Semak Edit

Lepas tu aku jumpa dia balik bagitau bahawa aku serba salah sebabnya yang minta dengan Mantan Ketua Akauntan JPM dulu adalah kawan aku. Tetiba aku plak kena offer, jadi aku cuba bagi alternatif bahawa aku akan ambil semula keje semak dan lulus baucar PTJ lama aku dan kawan aku fokus buat gaji.


Entahlah rutin harian aku sekarang

7.30 - 8.00 pagi - Laporan Pembayaran 1 Juta (kalau aku balik selepas pukul 5.30 petang aku buat terus petangnya maknanya pagi tu aku terus semak baucar bayaran amaun besar).

8.00 - 8.45 pagi - Semak baucar bayaran, semak keje pukal , kalau ada fail pukal masuk kenalah buat.

8.45 - 9.00 pagi - masa nielah perut aku memulas nak melabur

9.00 - 12.30 tengahari - semak baucar / semak fail pukal / simulasi / proses

12.30 - 1.00 petang - post  BB

1.00 - 2.00 petang - luchtime

1.45 - 2.00 atau 2.00 - 2.15 Solat Zohor

2.00 - 2.30 - payment run EFT dan Cek

2.30 - 3.00 petang - Semak CHNI / print laporan SP01 / Setting Spool cek

3.00 - 4.00 petang - cetak cek dan ambik laporan

4.00 - 4.30 petang - Semak bb / proses bil pukal

4.30 - 5.30 petang - payment run / emel pukal /

5.30 - 6.00 petang - Laporan Bayaran 1 Juta


Sebulan ada 21 hari bekerja, dan biasanya aku akan uruskan 10 agensi pukal setiap bulan.

Biasanya ;

Minggu pertama - TNB (0001) / PJH (1301,1303,1305)

Minggu Kedua - MAS (0003) / SYABAS (0002) /

Minggu Ketiga - Spanco (0007) / Touch 'n Go (0020) / Smartpay Petronas (0012) / TM (4017)

Minggu keempat - Air Asia (0014) / Shell / IWK (0010) /

Untuk pengurusan pukal nie aku merujuk kepada SP ANM Bil. 3/2009

Sistem Bayaran Pukal adalah satu sistem bayaran bil secara berpusat bagi sesuatu tempoh untuk tahun kewangan semasa. Pembayaran dibuat oleh Pejabat Perakaunan.

AGENSI PUKAL merujuk kepada pembekal bekalan/ perkhidmatan yang diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Ibu Pejabat) untuk menyertai SBP.

Perenggan 3 SP ANM 3 2009 ini menyentuh Prosedur Sistem Bayaran Pukal

3.1 Pengwujudan / Pembatalan Akaun Pukal oleh PTJ
3.1.1 PTJ perlu memastikan sebarang pembayran bil-bil semasa yang melibatkan Agensi Pukal selepas tarikh kuatkuasa SBP hendaklah dibuat di bawah SBP.

3.1.2 PTJ perlu mengenalpasti Agensi Pukal dan menentukan vot/ akaun perbelanjaan serta member kuasa kepada Pejabat Perakaunan untuk membuat pembayaran dan mempertanggungkan pembayaran ke akaun perbelanjaan PTJ.

3.1.3 PTJ hendaklah mengemaskini perubahan-perubahan berkenaan pengwujudan/ pembatalan akaun pukal di Modul Penyelenggaraan Bukan DCS (eSPKB) bagi akaun pukal yang melibatkan waran perjalanan udara awam.

3.1.4 PTJ hendaklah menyemak ketepatan maklumat akaun pukal apabila menerima Akaun Pukal Yang Dipertanggungkan ( Laporan BP20 ) daripada Pejabat Perakaunan dan memaklumkan Pejabat Perakaunan serta Agensi Pukal sekiranya berlaku kesilapan.


3.2 INVOIS/ BIL

3.2.1 PTJ hendaklah memastikan invois/ bil bulanan diterima dari Agensi Pukal.

3.3 PEMBAYARAN

3.3.1 Pejabat Perakaunan akan membuat pembayaran kepada Agensi Pukal atas maklumat yang diberikan oleh Agensi Pukal berkenaan.

3.3.2 Semua tunggakan invois/ bil sebelum SBP dilaksanakan perlu diselesaikan oleh PTJ melalui baucar berasingan.

3.3.3 Bayaran di bawah SBP adalah bagi invois / bil tahun semasa sahaja. Tunggakan invois/ bil tahun lepas perlu diselesaikan oleh PTJ melalui baucar berasingan.

3.3.4 Mana-mana Invois/ Bil yang tidak dibayar dalam bulan berkenaa, dianggap sebagai tunggakan dan perlu dimasukkan ke dalam invois/ bil bulan berikutnya untuk dibuat pembayaran oleh Pejabat Perakaunan.

3.3.5 Invois/Bil bulan Disember akan dibayar oleh Pejabat Perakaunan dalam tempoh AKB. Invois/ bil bulan tersebut yang tidak dijelaskan dalam tempoh AKB, dianggap sebagai tungguakan dan perlu dijelaskan oleh PTJ melalui Baucar Bayaran berasingan dalam tahun berikutnyal.

3.4 PENYEMAKAN INVOIS / BIL

3.4.1 PTJ hendaklah menyemak semua Invois / bil yang diterima daripada Agensi Pukal dan mengesahkan bahawa segala amaun yang dikenakan adalah betul. Sebarang kesilapan pengebilan hendaklah dirujuk terus kepada Agensi Pukal yang berkenaan.

3.4.2 PTJ hendaklah menyemak invois/bil yang diterima daripada Agensi Pukal dengan Laporan Terperinci Pembayaran Pukal (Laporan BP21) yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan.

3.4.3 Sebarang Pertanyaan mengenai perbezaan amaun dalam Laporan BP21 dengan dengan yang tercatit dalam invois/bil hendaklah dimajukan kepada Agensi Pukal berkenaan untuk pelarasan dalam invois/ bil pukal/ bil pukal berikutnya.

3.4.4 PTJ perlu membuat tuntutan keatas amaun yang telah tersilap bayar kepada Agensi Pukal yang berkenaan bagi byaran yang dibuat ke atas ;

i. perkhidmatan / bekalan yang tidak dibekalkan;
ii. akaun yang tidak wujud di PTJ berkenaan; atau
iii. bil yang terlebih caj (overbilling ) oleh Agensi Pukal

3.4.5 PTJ hendaklah mengecop "TELAH DIBAYAR" pada bil-bil yang telah dibayar untuk mengelakkan bayaran dua kali.


3.5 PENGEMASKINIAN DAN PENYEMAKAN LAPORAN HARIAN AMANAH/ HASIL/ VOT (LAPORAN BV381) /BUKU VOT

3.5.1 PTJ eSPKB hendaklah menyemak dan memastikan Laporan BV381 telah dikemaskini dengan maklumat di Laporan BP21 yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan setiap bulan.Sekiranya maklumat berkenaan tidak dikemaskini, PTJ berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Perakaunan untuk diambil tindakan.

3.5.2 PTJ yang masih belum melaksanakan eSPKB hendaklah mengemaskini Buku Vot dengan maklumat di Laporan BP21.

3.5.3 PTJ hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Perakaunan dengan segera sekiranya terdapat kesilapan/ perubahan kod perakaunan dengan mengisi Borang Permohonan Mengubah Kod Perakaunan - Sistem Bayaran Pukal (Kew. 311). PTJ juga hendaklah mengemaskini perubahan-perubahan berkenaan di Modul Penyelenggaraan Bukan DCS (eSPKB) bagi akaun pukal yang melibatkan waran perjalanan udara awam.

3.5.4 PTJ hendaklah menyelaraskan kesilapan caj kod perakaunan dengan mengemukakan baucar ke Pejabat Perakaunan yang membuat pembayaran.


3.6 KAWALAN PERUNTUKAN

3.6.1 Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab memastikan peruntukan sentiasa mencukupi untuk menjelaskan pembayaran bil-bil pukal dengan menyemak baki peruntukan berdasarkan Laporan Terperinci Pembayaran Pukal (Laporan BP21).


itu petikan daripada pekeliling ...


Sekarnag nie aku risau sebabnya

1. Setiap kali penghantaran borang Kew 310 aku kena peruntukan masa
- cari fail
- semak budcons
- semak ketetapatan pengisian borang oleh PTJ
- kuiri jika perlu
- sediakan surat iringan
-\fotostat apa yang perlu


2. Manakala kalau terima borang Kew 311
- semak ketepatan data
- semak budcon
- ZRAP025 kemaskini
- cetak BP20


3. Sebulan sekali kena dapatkan spool laporan BP20 (zrap005) dan BP21 (Zrap006) untuk diserahkan kepada unit ICT.





Harap aku boleh lalui....


esok semak buletin gfmas untuk dapatkan nota GFMAS payroll






Thursday, October 31, 2013

Jiran oh jiran

Dah banyak kali aku teraerempak dgnnya masa dalam lif. Sebwlum nie aku senyum, tapi dia yg sombong. Kalau jumpa kat bawah pun tak nak tegur.

Hari nie jumpa lagi dlm lif. Kami berpandangan antara satu sama lain. Aku malas nak senyum sebab dah tahu dia tak balas. Selepas pasangannya masuk lif aku tekan tutup pintu.

Bila lif sampai tingkat 2 ada pula 3 beranak yg gila malas turun tangga. Nak juga turun ngan lif . Memang melambatkan oraanglain je.

Sunday, October 27, 2013

Berehat rehat di umah

Pagi bangun gi cari sarapan. Tengahari wife masak nasi ayam.

Monday, October 21, 2013

Thing to be thinked

Deposit api
Deposit air

Sunday, October 20, 2013

Beddinge... nampak menarik juga selain katil lipat

1.kerusi jadi katil
http://www.ikea.com/ms/en_MY/pdf/buying_guide/BEDDINGE_bg.pdf


2. Kerusi jadi katil lipar
http://www.ikea.com/ms/en_MY/pdf/buying_guide/IKEA_PS.pdf

3. kerusi jadi katil tarik

http://www.ikea.com/ms/en_MY/pdf/buying_guide/KARLSTAD_bg_vers2.pdf


http://www.ikea.com/ms/en_MY/pdf/buying_guide/LYCKSELE_bg.pdf


http://www.ikea.com/ms/en_MY/pdf/buying_guide/EKTORP_BG_vers2.pdf

Pemaju perumaha ku...

http://oibkl.com/single_project.php?id=275

TAMAN DAHLIA
House Type:Medium Cost Apartment
House Price:RM 89,700.00
Location:Bdr. Baru Salak Tinggi Sepang, Selangor
House Unit:100 Units
Land Status:Freehold
Year of completion:2015
Project Developer:Maxilux Properties sdn. Bhd.
Project Stage:Under Construction

Hari minggu 20 Oktober 2013

Hari nie bangun sedikit lewat, kul 7 pagi baru bangun... sebenarnya kul 5.30 pagi dah  bangun tapi sakit2 pula badan rasanya. Jadi aku sambung tido. Selepas mandi dan solat subuh, jengah ke ruang tamu. Nak bersihkan kipas pun nampak macam tak berapa kotor lagi. Jadi sapulah rumah dan mop lantai. Berdebu juga rumah banyaknya habuk. Korek sekali bawah rak tv. Berpeluh-peluh juga aku dibuatnya. Selepas selesai mop lantai kat ruang tamu, sambung pula mop lantai kat bilik tidur dan dapur.

Baru teringat lantai bilik air dalam bilik tidur utama dah licin. Basuh singki, tandas beberapa hari lepas dah cuci dan masih bersih. Selepas tu berus lantai dan juga dinding bilik air. Tengah dok berus lantai nampak plak bekas mangkuk tandas belah luar dah berdaki, beruslah sekali. Selepas cuci semua, apa lagi mandilah sekali. Wah... segarnya pandang bilik air dah bersih.

Kul 9 pagi selepas salin baju gi berehat di ruang tamu. Kebetulan isteri baru siap masak nasi tomato ayam goreng masak merah. Selesai sarapan, baca majalah apartment dan majalah dapur yang beli kat Alamanda semalam. Cantiknya rumah orang, rumah aku apartment dengan keluasan 777 kaki persegi jer... dapurnya pun tak besar sangat. Impian aku nanti nak renovate dapur umah tu nanti.

Sejam kemudian selepas selesai layan anak makan, masuk bilik layan radio. Rasa letih plak... berehatlah sekejap. Lepas tu isteri aku picitkan badan. Dekat kul 11 pagi bertolak gi umah kakak aku kat Cheras. Sebabnya pagi tadi dia SMS katanya dia tak OT hari nie dan kalau nak ambil bunga rumah dia leh la datang. Sampai umah Kak Ngah aku dekat kul 12 tengahari. Kakak aku nak belajar jalan ke umah Abang Long kat USJ sebelah sekolah Seafield. Aku pergi ngan Alif, suruh anak aku masuk kete Mak Ngah dia. Lepas tu parking umah Mak Ngah dia.

Dari Cheras ikut LDP ke Subang Jaya sampai sana kebetulan dekat Zohor. Syukur alhamdulillah kete tak banyak sangat atas jalan. Sepanjang perjalanan Alif Najmi duduk seorang diri kat tempat duduk belakang. Ajak ke depan dia tak nak.

Tak sangka apartment court sebelah kuarters abang aku dah cantik. Baru cat dan pintu pagarnya pun lawa gila. Dah jadi apartment mewah ke...

Sampai umah abang kebetulan Adik lelaki aku ada sana juga. Aku gi dapur buat air. Beberapa minit kemudian Kak Long sampai bawa balik daging katanya dan bawa kueh dari kampung, adik bongsu di bawa. Merasa jugalah kueh tu. Hmmm dapat SMS ibu Alif suh bagi makan anak. Kebetulan Mak Long Alif ada buat spagheti, bagilah anak makan spagehti tu.

Banyak juga cite best umah abang long ne...

Monday, October 7, 2013

Sunday, October 6, 2013

Thing to be done

dapatkan keluasan persegi setiap ruang


hantar quatation ubahsuai dapur

hantar quatation katil lekapan dindibg

Tengah memikirkan ongkos

Banyak juga mau difikirkan...

Aigo... Ongkos grill umah

Ongkos

Kenapa dgnku hari ni

Kenapa dgnku hari nie...

Sakit kepala

Dada sebelah kanan pun sakit

Badan terasa lemah

Keluasan rumahku... Dahlia Courts BBST

1. Ruang Dapur




2. Ruang Tamu



3. Ruang Basuh Kain



4. Bilik Tidur Utama



5. Bilik Tidur Kedua


6. Bilik Tidur Ketiga


7.  Tandas 1


8. Tandas 2






Taman Dahlia Calculation of PS – B Apartment
Calculation of Floor Area
LocationSQ. M.SQ. FT.
Living / Dining26.72287.61
Master Bedroom11.36122.23
Bedroom 29.3100.1
Bedroom 38.9996.77
Bath 12.6728.74
Bath 22.2924.65
Kitchen5.8362.72
Yard2.2123.79
Balcony2.8430.57
Total Area72.21777.18

Rileks... chill up lol

Chop Chop Chop Coca Cola...

Rileks sebentar katanya...

Ok antara beberapa perkara yang aku perlu buat persediaan berkaitan rumah aku yang bakal siap nanti...

1. Grilll - kena pasang grill beb rumah Ground Floor

Ada brader situ cakap dia pasang grill 3 tahun lepas habis RM2500.00 ... lepas tu kena buat surat permohonan dengan Majlis Perbandaran Sepang, kena bayar kos pemprosesan RM280.00 dan daripada RM280 tu sebenarnya RM200 adalah deposit.


2. Lampu dan Kipas...

Ada orang buat anggaran RM300.00 tapi aku tak pastilah... tengokkan harga barang masa ayah aku beli tempoh hari

2.1 Kipas syiling RM300 dua unit

Jumlah kipas syiling 2 unit...

Milux Wall Fan MLX-MWF161 0

KDK Ceiling Fan KDK-K14X2 0

KDK Ceiling Fan KDK-K14X8 0










2.2 Buld lampu RM18.00

2.2.1 Jumlah bilik ( 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang tengah, 1 dapur, 1 ruang mesin basuh, 1 ruang balkoni, dan 1 ruang depan pintu masuk utama) 9 lampu....


REDUCED PRICE!
RM8.90
Available
View












3. Kalau aku nak duduk umah tu... aku kena beli air conditioner, air purifier, front loading washing machine, tumbler dryer, dan... pastikan peti ais yang sesuai dan dapur yg sesuai..


Begitulah planning awal


REDUCED PRICE!
RM2,229.00
Available






4...

Wednesday, October 2, 2013

Kita merancang, allah yg menentukan

Hari ini sekali lagi sibuk dgn pukal. Ingat petang nak semak baucar, haram tak sempat.

Semalam sebelum balik 3 fail pukal PJH masuk, aku heran juga biasa 5 fail tetiba 3. Telefon tanya rupe-rupanya akaun pukal dlm agensi 1302 dah dimasukkan ke 1305, manakala akaun pukal dlm kod agensi 1304 masuk ke 1303. Aku dah pening, ini melibatkan kod agensi pukal, memang AG yg kena ambil tindakan. Aku pun solman maklumkan masalah dan minta diorg bagi feedback segera. Memandangkan fail bil bg agensi 1301 dan 1305 ok, maka aku pun proses lulus yg tu dulu. Utk 1303 aku hold. Lepas tu aku minta salinan surat drp PJH. Hari nie baru dapat, fahamlah aku. Makan Fail bil bg sequence 1303 terpaksalah aku batalkan kerana akaun pukal yg berasal dr agensi 1302 masuk siti gak, patut kena masuk ke 1305.

Pikir punyq pikir, baru dapat idea wujudkan akaun pukal tu dlm kod agensi yg baru. Lepas tu tgk ada percanggahan tak? Nampaknya ok. Memandangkan nasihat ag suh agrnsi pukal tu create fail AP503, dan diorg x reti. Maka aku pun tolonglah secara manual, batal wujud akaun tu dgn mendapatkan emel drp agensi mengrajkan kami buat.

Selesai semua tu, petangnya nak tubggu fail bil ganti.

Thursday, September 19, 2013

Alahai manusia

Selesai semua urusan klinik hantar Alif ke umah pengasuh...

Berlakulah perkara yg x diingini...

Duhai hati sabarlah dikau

Review Alif

Hari nie gi HKL review Alif Najmi. Ak ikutkan kerja memang melambak dgn hari ni tutup sistem kul 6ptg...

Hari nie tak de lah awal sngat bertolak ke HKL. Tapi sampai kat klinik pakar kul 8.15am. Kira ok jugalah kan.

Nanti lepas habis klinik nak hantar najmi ke umah pengasuh. Lepas tu gi keje. Nie lepas habis review najmi terus nak makan tengahari.

Monday, September 16, 2013

Dapat Sambal Durian

Petang semalam kakak telwfon suh gi ambik barang kiriman dari Kampung. Parent kirimkan buah duku bertangkai dalam 4kg kot, lepas tu buah petai, buah jering , pulut sira durian, sambal duriqn dan lepok durian.

Memandangkan kakak aku dah penat, jadi aku pergi sampaikan buah kpd abg di USJ.

Hmmm adik perempuan marah katanya dia penat2 balik tapi dapat sikit je. Katanya lagi kalau nak banyak baliklah sendiri. Sabar jew lah... Mulut manusia memang x leh tutup. Padahal minggu depan dia balik lagi. Pikir 10 kalilah mau mengirim kalau begini.

Memandangkan semalam kami balik umah sampai dah magrib. Nasi putih pun tiada. Jadi aku pun makan jew buah duku langsat tu. Selepas tu alas perut ngan roti.

Anak aku pula makan roti. Selepas minum sekotak air. Dia macam nak tido. So kami pun masuk bilik. Aku masuk bilik air memanusiakan diri. Selepas mandi nampak alif tgk tv. Aku sediakan buai dia. Selepas tu aku solat isyak. Nampaknya alif masih lagi atas katil bersana ibunya.

Kul 9.30mlm alif masuk buai dan selepas habis satu episod Drama aku tutup tv dan tido.

Sunday, September 15, 2013

BMI oh BMI...

Tahun nie dah dua kali aku terlepas peluang untuk tapisan interview jawatan yang memerlukan BMI, Ujian Kecergasan dan sebagainya. Jawatan Pertama ialah Penguasa Penjara KX41
PENGUASA PENJARA GRED KX4127/06/201326/06/2018
Bil.Maklumat Urusan

1Tarikh Tutup Urusan :22/03/2013
No. Urusan :(SM20130044)
Status Urusan :TIDAK BERJAYA PEPERIKSAAN YANG DIWAJIBKAN

Ujian dia cam biasalah memula uji BMI, lepas tu adalah beberapa ujian fizikal yang lain.
Sayangnya berat badan aku masa tu adalah 83KG... tapi masa timbang tu 79KG.


Bebaru nie gembira lagi dapat panggilan Penguakuatsa N41... sekali berat badan aku naik lagi. Masa Timbang 89Kg... kalau aku berlari tu mesti air keluar dan turun sebanyak 9 kg kan... tapi hari tu aku sibuk gi makan angin kat Cameran Highland..

PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N4127/06/201326/06/2018
Bil.Maklumat Urusan

1Tarikh Tutup Urusan :25/06/2013
No. Urusan :(SM20130144)
Status Urusan :PENJADUALAN TEMU DUGA. TARIKH, MASA DAN TEMPAT AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN


PENJARA KAJANG
43000 KAJANG
SELANGOR


Tarikh Temu Duga :11/09/2013
Waktu Temu Duga :08:00 




Maknanya aku kena turunkan berat badan kepada 70kg barulah BMI aku turun kepada 25... Tapi syarat kemasukan intake baru BMI 21 - 26.... untuk dapatkan 26 berat badan maksimum aku sepatutnya 73 kg sahaja. Teruknya..


Nak harapkan jawatan lain tu... tak de harapan la gamatnya kenapa... exam PTD tak lepas. Lepas tu tapisan untuk jawatan lain tak lepas...



PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M4127/06/201326/06/2018
Bil.Maklumat Urusan

1Tarikh Tutup Urusan :05/03/2012
No. Urusan :(SM20120015)
Status Urusan :TIDAK BERJAYA PEPERIKSAAN YANG DIWAJIBKAN

2Tarikh Tutup Urusan :14/03/2013
No. Urusan :(SM20130069)
Status Urusan :URUSAN INI DIBATALKAN

3Tarikh Tutup Urusan :21/03/2013
No. Urusan :(SM20130077)
Status Urusan :TIDAK BERJAYA PEPERIKSAAN YANG DIWAJIBKAN 

PTD dah jadi kadet PTD pula...

Jawatan lain entahlah

PEGAWAI PENERANGAN GRED S4127/06/201326/06/2018
Bil.Maklumat Urusan

1Tarikh Tutup Urusan :21/05/2012
No. Urusan :(SM20120107)
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA

2Tarikh Tutup Urusan :14/06/2013
No. Urusan :(SM20130146)
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA





Frust...
PEGAWAI PERHUBUNGAN PERUSAHAAN GRED S4127/06/201326/06/2018
Bil.Maklumat Urusan

1Tarikh Tutup Urusan :06/09/2012
No. Urusan :(SM20120221)
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA 

Frust
PEGAWAI SIASATAN GRED P4127/06/201326/06/2018
Bil.Maklumat Urusan

1Tarikh Tutup Urusan :15/08/2012
No. Urusan :(SM20120213)
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA

2Tarikh Tutup Urusan :16/07/2013
No. Urusan :(SM20130160)
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA 

Frustated

PEGAWAI PENERANGAN GRED S4127/06/201326/06/2018
Bil.Maklumat Urusan

1Tarikh Tutup Urusan :21/05/2012
No. Urusan :(SM20120107)
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA

2Tarikh Tutup Urusan :14/06/2013
No. Urusan :(SM20130146)
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA 

Apa yang dia nak???


aku pun tak tahulah...

Nak harap naik kanan... tak tahulah bila... harap adalah rezeki aku tahun depan. Ya allah permudahkan lah urusanku

Inilah BMI aku sekarang...




Adoi ha... target BMI nak kena turunkan berat badan kepada 73kg... huwaaaa.... huwaaaa... huwaaa...