Saturday, July 30, 2016

Sabtu Yang Ceria

30.07.2016 (Sabtu)

Hari ini sungguh indah, semalam tak de air, kebetulan pula nak gi Sogo cari susu CT. Sebelum balik rumah aku survey hotel berdekatan Sogo, mula2 tengok Quality Hotel penuh, lepas tu masuk AGODA dapat lah hotel berdekatan. Tak bestnya hotel tu banyak lipas tanah yang selalu ada dalam kereta tu.

Selepas mandi dan solat magrib kami pun gi Sogo, memandangkan jarak yang dekat kami jalan kaki jer ke Sogo. Selepas shopping kami pun makan malam, isteri aku pun puasa hari ini. Sesudah itu, ingat nak naik teksi sebab boleh tahan banyak barang sampingan. Tapi bila dah disusun sikit jer dan  boleh bawa dengan tangan sambil pimpin anak ke hotel.

Kawasan Masjid India tu pukul 9 malam pun dah banyak kedai tutup, dengan keadaan di tepi2 hotel pun penuh dengan gelandangan. Masa sampai hotel aku minta isteri dan anak-anak tunggu kat lobi sementara aku gi hantar barang ke kereta yang di parkir di belakang hotel. Masa perjalanan balik ke kereta ternampak pengagih dahah dengan rakusnya selongkar tong sampah. Menakutkan kawasan tu...

Malam tak de aktiviti, berak dan tidur jerlah, lepas tu mandi air panas. Paginya sarapan di cafe hotel menu yang simple, nasi goreng cendawan, mee goreng vege, sosej pun tak sedap sangat, nasib baik kentang dia ok. Apa yang paling tak sedap ialah minuman dia coffee dan teh tu masyaallah kenapa rasa begitu pahit sangat, tak tertelan aku.

Pukul 10 pagi kami check out, ingat nak singgah jom heboh tapi rasa malas plak. Balik umah simpan barang check air dah ada, masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Lepas tu gi tadika Najmi. Ada jamuan nasi lemak makanlah... lepas tu gi open house umah pengasuh CT. Menu memang sedap, mee celur kelantan, laksa penang, dan banyak lagi.

Jam pukul 1.00 petang ingat nak gi supermarket memandangkan CT nampak macam nak tidur jer, balik umah masukkan CT dalam buai bagi susu terus tido. Najmi kena siapkan kerja sekolah yang dia tak datang sekolah tu. Manakala aku bersihkan aquarium.

Lepas tu aku buat cekodok durian, sambil menggoreng sambil jemur kain. Dah selesai semua jam 3 petang, baru ingat nak lelap mata kejap CT dok merengek dalam buai. AKu buatkan dia susu. Lepas tu solat zohor. Ingat nak tidur jap sebelum kul 4 kan, tapi tak boleh CT asyik merenget, keluarkan dari buai letak kat tepi aku. AKu pun sempat lelap lima minit kot sebelum CT mula buat projek dia.

Kul 4 petang kami bersiap ke rumah Mak Ngah ct. Sampai sana kul 5 petang ada kenalan lama aku. Ingat nak singgah sekejap tut tut dah dua jam kami kat situ, sebelum balik ingat nak cari plastik hitam. Kak ngah bagi plastik hitam dan ubat gigi, maka aku pun tak jadi ke supermarket. Keluar umah kak ngah gi isi minyak dah dekat nak magrib. Kami pun buat keputusan balik umah.

Selesai memanusiakan diri, bagitau Najmi sambung siapkan kerja sekolah. Pukul 9.30 malam kami pun tidur.

Sunday, July 24, 2016

WLB

Salam Hujung Minggu,

Mulai hari ini aku akan cuba ubah beberapa rutin harianku di pejabat. Pertama aku akan cari masa untuk baca surat khabar yang sedia ada di pejabat untuk mengasah kemahiran bahasaku. Kedua mungkin aku kena guna waktu rehat sebaik mungkin iaitu baca satu artikel ker. 

Teringat kata-kata seorang pensyarah semasa di UTMKL dulu, katanya dalam penulisan tesis ni kita kena konsisten, sehari satu perenggan pun dah cukup yang penting konsisten dan setiap hari ada benda baharu kita belajar berkaitan tajuk penyelidikan kita tu. Menarik juga tu, tapi tahap pendidikan dia masa tu dah tinggi, pengalaman dah banyak dan beliau seorang yang pakar dalam bidang yang beliau sedang usahakan penyelidikan tu. Oleh itu, aku juga kena jadikan diri aku pakar dalam bidang yang sedang aku usahakan penulisan tu. Work Life Balance a.k.a. WLB. Keperluan mengimbangi di antara keperluan kerjaya dan keperluan menjalani kehidupan seharian seseorang dalam memainkan perananya dalam institusi kekeluargaan.

Antara faktor  yang boleh menyumbang kepada berlakunya WLB adalah keperluan kerjaya itu sendiri sebagai contoh masa dan usaha yang perlu diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu kerja bagi membolehkan anggapan sesuatu kerja itu telah berjaya dibuat sebaik mungkin mengikut KPI ataupun kefahaman terhadap KPI tersebut. Faktor kedua adalah wujudnya konflik peranan seseorang pekerja dalam kerjayanya, tiga faktor yang jelas bagi kategori ini adalah organisasi, personal dan interpersonal. Adalah penting seseorang pekerja memahami peranan yang sepatutnya dimainkan oleh dirinya dalam melaksanakan tugasnya, adakah kita perlu memainkan peranan sebagai ketua atau pengikut. Faktor ketiga adalah tahap kestabilan seseorang individu dalam mengurusakan kerjanya, sebenarnya lebih kepada pengurusan masa yang berkesan, tetapkan prioriti. Faktor keempat adalah waktu bekerja dimana pekerja perlulah menggunakan semaksimum yang mungkin waktu bekerja yang telah diperuntukkan iaitu 8.00 pagi hingga 5.00 petang tanpa membuang masa dengan main game atau menguruskan hal peribadi yang lain. Faktor kelima adalah faktor bukan berkaitan kerja iaitu peranan sebagai seorang ayah atau ibu yang menguruskan anak pada waktu tengahari, budaya yang telah diterapkan ataupun tradisi dipejabat kita contohnya asyik keluar minum jer, lepas tu gi tempat yang jauh-jauh dari pejabat ker semata2 untuk minum, selain itu ganguan daripada aktiviti keluarga contohnya pada msa keluarga jauh yang datang melawat tetapi kita tidak dapat cuti kerana komitmen kerja. 

Rasanya hari ni cukuplah setakat ini, nak gi mendobi dulu. 

Ok sebelum mengundur diri buat jadual untuk esok dulu ; 

8.00 pagi sampai pejabat - Nak kena update dngan bos baru ni pasal taklimat dengan Angkasa pukul 10 lebih gitu. 

8.30 pagi gi cucuk duit nak bayar kutu dan komitmen lain. Lepas tu nak update FBI tentang satey willey tu.

9.00 pagi tempah bilik Mesyuarat KA dengan CC Pentadbiran

10.00 pagi tunggu wakil angkasa tiba

12.00 Lulus SG 20

1.00 gi ke  BIMB kat Anjung. 

2.00 petang solat zohor dan lulus SG20


Selamat malam semua, pastikan dah solat isyak baru tidur. 

Wasalam.

Berusaha sungguh AJK membantu urusan pertukaranku pada tahun 2010

Ingat lagi Disember 2008 masa lapor diri kat JANM Putrajaya semasa ditanya siapa dengan rela hati nak kerja kat Sabah. Aku mengangkat tangan dan menyatakan kesanggupanku untuk berkhidmat di Kota Kinabalu. Sebenarnya aku memang dah keje kat KK di Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah di Mini Putrajaya Komplesk KPKPS. Masa tu aku sambung belajar BASc semester ketiga. Dua bulan sebelum itu aku baru ditawarkan PBU oleh JPA. Dan keputusan temuduga pula keluar sebulan sebelum itu. Selepas keluar keputusan temuduga Penolong Akauntan W27 tersebut dua minggu selepas itu keluar pula keputusan temuduga Penolong Juruaudit W27 tapi aku dapat simpanan jer. Aku ada tanya SPA boleh ker kalau aku berminat untuk Penolong Juruaudit tu, diorang kata memandangkan aku dah terima lantikan Penolong Akautan W27 tu maka SPA tidak boleh buat tawaran untuk lantikan Penolong Juruaudit tu, semenjak bila pulalah dah tukar polisi. Sebab masa lapor diri PT(P/O) N17 dulu ada beberapa kawan aku dapat dua tawaran dalam tempoh yang sama iaitu N17 dan W17 tapi diorang pergi yang N17. Semasa lapor diri Penolong Akauntan tu banyak peristiwa lucu dan menarik... masih segar lagi dalam kotak fikiranku. Antaranya kisah aku ke Kajang daripada Putrajaya dengan menaiki motosikal kakak iparku yang sedang balik bercuti kat Sabah. Kemudiannya motorsikal tersebut rosak atas highway NPE aku telefon Norlan Ismail sahabat karibku semasa di JKT/KPKT untuk membantuku, itulah kali pertama kami tunda motor, hahaha maklumlah aku keje kat Sabah aku dah pakai kereta Kebal tu... lucunya.... sebelum aku telefon Norlan tu aku tunggu kat Bengkel motor tepi highway tu tapi pukul 10 pun tak buka lagi. Dah lama tunggu kul 11 baru aku telefon Norlan tu. Tak sangka dia dari Pusat Bandar Damansara boleh datang ke situ sekejap jer. Selepas tu abang long aku benarkan aku guna kereta dia, lucunya. 

Seminggu selepas itu kami 12 orang yang ditempatkan di bawah KKM pun melapor diri ke KKM. Kat situ lagi best, lagi banyak pengalaman yang best. Kat situlah result keputusan semester ketiga aku keluar, alhamdulillah dapatlah juga. Belanja kawan2 kek coklat pada hari gaji. Paling aku tak tahan aku tipu diorang bahawa aku dah kawin dan dah ada dua orang anak, almaklum aku yang paling tua di kalangan diorang. Diorang baru habis belajar kot masa tu kalau kerja pun baru setahun jer. Ada antara kami yang memang bagus orangnya amat menghormati orang lain. Masa kat KKM tu jugalah aku terima surat kelulusan permohonan PBU aku... hihihi siap dapat lagi yuran semester sebelumnya. Selepas krismas kami belum lagi dapat surat penempatan daripada KKM. Jadi aku pergi jom heboh kat Kompleks Sukan Bukit Jalil. Nak dijadikan cerita, hati aku bertaut kasih dengan salah seorang kawan semasa duduk2 melepak dalam perpustakaan tu. AKhirnya aku berpeluang berbual semeja dengan dia, masa tu sehari sebelum dapat surat penempatan. Masih segan nak minta nombor telefon, tapi ada sorang kakak tu pun dah kawin juga aku ambik no kak Aida. Ingat lagi masa kat KKM tu kami pergi ke Alamanda konon nak tengok movie tapi tengok cerita semua tak best. Jadi tak jadi tengok, gitulah kami... hahaha

Setelah dapat surat penempatan tu gembiralah kami semua... tapi aku ni masih resah sebab kalau ikut surat penempatan AG kena bertugas di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah tapi surat KKM suruh lapor diri ke JKN Sabah. Risaunya kalau-kalau disuruh pergi ke Hospital daerah lain. Masa lapor diri kat JKN Sabah, diorang ingat nak tempatkan aku dulu seminggu dua kat JKN Sabah konon nak bagi pendedahan. Tapi memandangkan aku dah berhubung dengan Puan Jenny tempat yang aku ganti tu dia kata nanti dia ajar aku nanti. Orang JKN pun lepaskan aku ke Hospital tapi kena tunggu diorang keluarkan surat. Sekejap jer surat dah siap... alhamdulillah. Mulalah aku kerja kat Unit Hasil Hospital Likas tu. Banyak kenangan manis kat situ... 

Dua tahun kemudian aku kawin, dan setahun kemudian lahirlah putera pertama kami. Dugaan buat kami putera pertama kami sumbing lelangit, tapi kami bersyukur kerana ada keluarga yang sangat memberikan kekuatan kepada kami untuk menghadapi situasi tersebut. Namun memandangkan kami suami isteri berjuahan menjadi satu masalah kerana anak kami banyak temujanji perlu dihadiri. Aku pun resah juga dibuatnya, mulalah aku bertanya tentang permohonan pertukaran. Syukur alhamdulillah PERPENA banyak membantu aku dalam urusan ini. Allah mempermudahkan urusanku, aku begitu tenang menghadapi dugaan ini dan berjaya menamatkan program ijazah sarjana mudaku. Selepas itu aku mula follow up pertukaran, maka pelbagai dialog antara aku dengan pegawai di Ibu Pejabat. Beliau memang sangat positif, syukurlah aku jumpa dengan orang positif seperti pegawai tersebut, entah apa yang aku cakapkan kepada dia tapi cara dia uruskan aku yang sebegitu pada ketika itu tak dapat aku bayangkan.  Dalam pada masa yang sama tak sangka wakil PERPENA pun memainkan peranan, wakil PERPENA banyak menolong untuk menyelesaikan kes permohonan tukar aku dulu. Orang atasan dah mula mengungut kalau aku tak boleh ditukarkan pasangan yang akan ditukarkan, macam mana lah pasangan aku nak ditukarkan sedangkan temujanji banyak refer kepada HKL dan Hospital Putrajaya. Kebetulan pula keluarga isteri baru kehilangan ayah, dan banyak lagi masalah lain yang sedang berlaku. 

Perbincangan kami dan situasi kami pada masa itu menunjukkan aku bertukar ke Putrajaya adalah yang terbaik. Lagipun Putrajaya mestilah banyak jawatan Penolong Akauntan sebab banyak jabatan di Putrajaya.  Pernah beberapa kali orang PERPENA telefon aku mengemaskini status permohonan tukarku. Ada salah seorang pegawai tu sanggup tukar suka sama suka dengan aku, terharunya aku rasa pada masa itu. Baiknyer AJK Perpena ni. Ketika itulah aku mendapat semangat untuk terus berjuang meneruskan kerja-kerja hakiki dan terus bersikap profesional memastikan kerja-kerja aku beres. Memang pada masa itu, prestasi kerja aku adalah bagus. Pada masa itu kami baru nak bertukar menggunakan eTerimaan, aku tak hairan sebab isteri aku dah guna lama sistem tu, kalau berlaku apa2 aku boleh rujuk dia jer. 

Pernah sekali aku telefon TKA Korporat yang terkenal dengan garangnya, dia memarahi aku kerana sibuk dok follow up urusan permohonan tukar kerana risau takut aku tak buat kerja. Kebetulan masa itu jam empat petang, syukur jugalah. Sempatlah dengar bebelan dia sekejap. Syukurlah dia kata tunggu mesyuarat penempatan berikutnya dan minta aku bersabar. 

Sebenarnya aku ingin sangat  mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PERPENA di atas pertolongan mereka. Namun aku nie jenis yang tak reti bersyukur, masa persidangan PERPENA tahun 2012 kot, nama aku memang masuk dalam Minit Mesyuarat Perpena, tapi aku langsung tak terfikir untuk mengambil peluang tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PERPENA. Mesti diorang kecewa dengan sikap aku... maafkan aku kerana semasa Mesyuarat Agung PERPENA aku pergi ke Pasar Karat kat JB dengan kawan sebab tak pernah merayap kat JB dan itulah kali pertama sebenarnya. Terima kasih Pak Ishak Ayob sudi tumpangkan kami berdua ke Hotel THistle JB dan bawa kami berjalan-jalan kat JB masa persidangan tempoh hari.

Apa yang aku buat selepas PERPENA tu betul2 mengecewakan PERPENA, sebab aku kutuk kelemahan2 persidangan tersebut padahal aku sendiri tidak memainkan peranan sebagai peserta persidangan sebaik mungkin. Selepas muhasabah diri, baru aku sedar betapa sikapku yang tidak beretika pada ketika itu. 

Kita belajar dari pengalaman yang lepas, hari ini aku belajar banyak perkara daripada tindakanku yang lepas. Betulah kata orang pengalaman mendewasakan kita. Jangan pandang belakang lagi, teruskan langkah ke hadapan dengan menjadikan pengalaman yang lepas sebagai tauladan. 


 

Saturday, July 23, 2016

Rezekiku... rezeki isteri tak pasti bila lagi

Salam Ahad,

Hari tu ada call B3P JANM tanya pasal pengesahan pemangkuan, katanya secepat yang mungkin akan dikeluarkan suratnya. Harap2 cepatlah senang sikit kalau dapat tawaran 41 pun senang nak mohon pelarasan gaji permulaan, hihihi perasannya. Padahal memang la kita ni bersyukur dengan apa yang ada, tapi kita kena usaha juga untuk dapat yang lebih baik daripada sekarang, Allah suruh kita berusaha kan. Tak der plak dalil nak letak. Aku dengan ilmu yang tak seberapa ni pun dah buat pengiraan siap2 la konon berapa gaji pokok aku nanti. Benda ni pun tak betul lagi ni, aku sediakan setakat yang aku faham jer. 

Kalau nak ikutkan Cinta aku lagi kesian sampai sekarang tak tahu status permohonan pemangkuan dia. Aku doakan semoga Allah makburkan doa dia agar cepat dia dapat pemangkuan tu. Sebabnya nanti selepas sah pemangkuan aku nak suruh dia sambung BACc kat UPM. Yelah dia kan perempuan kerja teliti sikit sesuai la nak upgrade ke WA41. Seperti biasa kita hanya merancang allah jua yang menentukan segalanya. 

Tapi yang lucunya aku ada beberapa komitmen baru iaitu Grolier bahan bacaan anak aku bulanan RM109 selama 24 bulan. Nantilah ada duit lebih aku selesai terus. Lepas tu pula memandangkan kami ni sorang kat Timur Semenanjung Malaysia dan sorang lagi kat Selatan hujung dunia plak tu, kereta lama kami dah buat hal jadi terpaksalah tukar kereta untuk perjalanan jauh satu. Boleh nak jimat pakai motor, tapi bila dah bayar ansuran motor dan segala mak nenek dia tu sama jer, back to the square one jugak tak selesai masalah. Jadi pakai jer kete baru tu wat gi keje dan kelas. Kete sedia ada Cinta aku tu dia guna wat gi keje juga dan dah tak boleh untuk jalan jauh ler. Semangat baruku itu bulanannya RM600. oklah dah sembilan tahun kan, memang patut tukar pun. Baru-baru ni adik aku plak sambung diploma akaun kat Baitulmal, memandangkan dia ada masalah internet, aku bayarkan bil hp RM47 sebulan dapatlah 2GB hari biasa dan 2GB hari minggu untuk dia cari bahan samada untuk siapkan tugasan atau untuk cari bahan semasa proses pembelajaran dalam kelas berlangsung. Tapi hajat nak hadiahkan laptop tu tak tercapai lagi sebab ingatkan dia akan sambung STPM dulu sempatlah aku menyimpan kan, dah ketentuannya adik aku sambung diploma memang tak sempat nak menyimpanlah. Tak cukup dana la pulok, tak per baru diploma sem satu dan dua ok lagi kot. Nanti Sem 3 ker insya allah boleh beli baru untuk dia sebagai hadiah. Semoga dipermudahkan Nya jua. Tahun lepas baru beli laptop untuk siapkan proposal aku, yelah lappy aku pun rosak juga tak baiki2 lagi ni, teknologi pun lama. Apalah nasib lappy baru ni pun tak leh baca wifi, tapi oklah lagi boleh buat menaip. Nak bagi lappy baruku pun, aku nak guna sem depan untuk siapkan dissertation. 

Beginilah kita hidup kan... hihihi... syukur alhamdulillah dapat menikmati nikmat yang allah bagi di atas muka bumi ini. Kerja kuli rakyat ni cukup makan jer lah, nak mewah sekali sekala tu bolehlah. Kalau nak mewah setiap hari tu kenalah meniaga, itupun orang meniaga mewahnya masa untung, masa rugi sama juga ikat perutnya. Rezeki masing-masing la katakan. 

Kami dok bincang anak seterusnya mungkin lambat sikit, ikut perancangan asal aku iaitu setelah Ct dah boleh mengasuh adiknya, Ct cecah umur 6 tahun. Memula Cintaku takut sebab faktor umurkan... bila dah berbulan2 dia pikir tu barulah dia yakin dia boleh lakukannya seperti cadangan asalku. Dapat tiga orang pun dah cukuplah, lepas ni nak fokus untuk mendidik plak.  Kata Cintaku kualiti lebih penting daripada kuantiti... sentap aku. Apahalpun kenalah Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (Tema blogku). Hmmm mungkin lepas ni setiap tulisanku kena masukkan tema ni. 

Jumaat nanti ada jamuan raya kat opis, wakil Bahagian aku seramai 7 orang yang dapat APC kena sumbang RM100 sorang untuk sponsor menu satey sebanyak 700 cucuk ayam dan 200 cucuk daging. Hari tu dah servey satey Haji Samuri secucuk 98 sen. Tapi hari tu bos bagitau kurang sedap dan mintak cari satey lain. Memula ingat nak tempah ngan member opis sebab sepupu dia ada ambik order satey harga pun ok iaitu ayam 70 sen secucuk dan daging 80 sen. Tapi bos aku dok sebut satey willey la pulok. Kebetulan siang tadi kami gi survey tempat taman tema air Bangi baru yang akan buka bulan depan tu, ternampak pula satey willey dibakar pada awal pagi kat Gate 1 tu. Balik dari sarapan singgah tanya boleh ker tempah dan nak ambik kul 10 pagi Jumaat tu. Dia kata tak der masalah kena confirm awal selewat2nya Selasa nanti. Tapi tang kuah kacang tu dia nasihatkan kena beli lah pulok sekilo RM17. Hmmm aku cakap nantilah aku bincang dengan bos dulu kan kalau jadi aku call la dia Isnin nanti. Satey willey pun dah 90 sen secucuk, murah sikit la dari satey yang satu lagi. 


Oklah nak gi solat isyak dan tidur. Esok banyak kerja dok tunggu kat opis. Nak luluskan borang perubahan gaji. Selepas itu tengahari esok ada open house tadika Jmi plak. 

Selamat malam... 

Work Life Balance

Ini penulisan yang perlu aku siapkan untuk lengkapkan program EMAS. 

Setakat ini belum lagi berhubung dengan supervisor untuk melihat proposal aku. Alahai dari bulan ke bulan bertangguh jer nak siapkan proposal ni. Banyak nak kena edit balik ni. Nasiblah tajuk aku tu ada juga bahan-bahan daripada subjek semester lepas antaranya Policy Analysia, Leadership, HCM, Public Service dan Ethics. 

Hmmm aku kena cari bahan daripada buku OB, MC, KM, dan HRM. Lepas tu kena tengok balik teori2 dalam Leadership tu. Artikel surat khabar terkini dah kumpul. Cuma kena study balik GAPS yang wujud berbanding kajian kes yang telah dibuat sebelum ini. 

Mulai hari ini aku banyak kena baca berkaitan Work Life Balance ni...  to conceptualise and express the knowledge regarding WLB. 

Ok jom kita mulakan. 

Julai Bulan Kelahiranku

Assalamualaikum... 

Julai bulan kelahiranku... aku memang gembira di bulan Julai ni. Malam ini aku baru sedar bahawa aku tersalah pilih program Master Degree... sepatutnya aku ambik MBA tapi aku ambik EMAS. Tadi selepas magrib aku tengok laman web JPA pekeliling 1 2016 skim W. (ii)
lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00). Hmmm sekiranya ambik MBA boleh ambik CIMA dan boleh mohon jawatan Akauntan. Tapi nak sambung MBA bawah UiTM bukan senang sebab program tu di bawah Arshad Ayud Graduate Business School (AAGBS). Untunglah adik lelaki aku terpilih untuk program tu, sepatutnya dia sambung CIMA tu tapi dia kata nak sambung PHD dulu. Nantilah aku nasihatkan dia untuk sambung CIMA tu rasanya dia cuma ambik tiga paper jer kot seperti di bawah. 

 http://www.cimaglobal.com/Study-with-us/CIMA-Professional-Qualification/Syllabus-and-assessment/
Akauntan kat opis aku lagi untung dia dapat program Profesional Gateway Route cuma buat satu kajian kes jer, tapi daripada 15 akauntan perpengalaman cuma 5 orang jer lulus. Kiranya memang susah gila sebab kena praktis Analisis maklumat dan menggunakan maklumat dalam kajian kes untuk buat keputusan, kemudian buat strategi , kemudian kena kenalpasti risiko dan uruskan risiko tersebut, kemudian kena rancang teknik untuk merancang dan buat bajet, akhir sekali unsur komunikasi memainkan peranan untuk mengenalpasi apa yang diperlukan oleh pihak pengurusan dan perlu menerangkannya kepada pihak pengurusan yang mempunyai latar belakang perkaunan yang terhad. Mencabar tu... bukan tahap aku la tu... hihihi kail aku baru panjang sejengkal takkan lautan aku nak duga kan. 

Tapi bila fikir balik EMAS ni pun ada kesinambungan daripada BASc yang aku belajar dulu. Kiranya sepatutnya benda tu berulang balik jer, sepatutnya senang sikit untuk aku belajar. Tak apalah kita hanya merancang yang menentukan tu Allah jua,  percaya pada qada dan qadarnya. Ok aku akan buat yang terbaik untuk memastikan aku berjaya habiskan progam EMAS aku ni. 

Alhamdulillah hari Jumaat tempoh hari dah dapat keputusan bahawa Akauntan WA41 yang baru lapor diri tu akan mengetuai Unit Gaji. Akhirnya aku ada bos tetap untuk ambik tanggungjawab Unit Gaji tu. Perbincangan dengan bos lama aku dia kata kena pastikan AKauntan baru tu tahu banyak la pasal gaji. Rasanya beban aku kurang sikit kot. hihihi... alhamdulillah lega sangat rasanya. Tapi sebenarnya kalau nak ikut struktur Akruan Unit Gaji hanya 5 orang jer, AKauntan WA41, PAW32, dan 3 orang W19. Tapi sekarang kami pinjam sebab akruan tak laksana lagi, jadi kami sekarang ada 9 orang. Dalam keadaan 8 orang tu pun aku nampak beberapa orang banyak buang masa mungkin sebab keje kurang, tapi aku yang dok ambik kerja diorang ni terpaksa berhempas pulas siapkan kerja menyebabkan aku sendiri pun tak sempat nak belajar ilmu Gaji ni. Tahun depan dah start nak nasihat kat orang, nak kena bagi kursus, nak kena pastikan PTJ isi dengan betul, dah la ada 14 Ketua Jabatan setiap jabatan tu kes berlainan antara satu sama lain masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Aku ingat minggu depan aku kena menuntut ilmu dengan diorang semua. Sebabnya pengurusan dokumen kami perlu berjalan pantas masuk ke bilik stor sebab nanti nak masukkan dokumen semasa pula. Tapi selepas Akruan ni insya allah dah kurang pengurusan pelupusan dokumen ni nanti. 


Kemasukan Akauntan baru ni memberi nafas baru kepadaku untuk fokus kepada Verifikasi Aset dan juga untuk belajar betul-betul perkara berkaitan run gaji serta proses dokumen gaji. Insyaallah akan ada masa untuk aku lakukan semua itu nanti. Hmmm kena fikirkan cara untuk membolehkan beliau run gaji nanti. 

Selamat hari lahir buat diriku.... 

Bulan untuk aku bangkit baca banyak2 buku motivasi untuk dapatkan motivasi. 

Dipetik daripada website CIMAGLOBAL untuk memotivasikan diriku...