Saturday, April 19, 2014

Hari minggu 20 Oktober 2013

Hari nie bangun sedikit lewat, kul 7 pagi baru bangun... sebenarnya kul 5.30 pagi dah  bangun tapi sakit2 pula badan rasanya. Jadi aku sambung tido. Selepas mandi dan solat subuh, jengah ke ruang tamu. Nak bersihkan kipas pun nampak macam tak berapa kotor lagi. Jadi sapulah rumah dan mop lantai. Berdebu juga rumah banyaknya habuk. Korek sekali bawah rak tv. Berpeluh-peluh juga aku dibuatnya. Selepas selesai mop lantai kat ruang tamu, sambung pula mop lantai kat bilik tidur dan dapur.

Baru teringat lantai bilik air dalam bilik tidur utama dah licin. Basuh singki, tandas beberapa hari lepas dah cuci dan masih bersih. Selepas tu berus lantai dan juga dinding bilik air. Tengah dok berus lantai nampak plak bekas mangkuk tandas belah luar dah berdaki, beruslah sekali. Selepas cuci semua, apa lagi mandilah sekali. Wah... segarnya pandang bilik air dah bersih.

Kul 9 pagi selepas salin baju gi berehat di ruang tamu. Kebetulan isteri baru siap masak nasi tomato ayam goreng masak merah. Selesai sarapan, baca majalah apartment dan majalah dapur yang beli kat Alamanda semalam. Cantiknya rumah orang, rumah aku apartment dengan keluasan 777 kaki persegi jer... dapurnya pun tak besar sangat. Impian aku nanti nak renovate dapur umah tu nanti.

Sejam kemudian selepas selesai layan anak makan, masuk bilik layan radio. Rasa letih plak... berehatlah sekejap. Lepas tu isteri aku picitkan badan. Dekat kul 11 pagi bertolak gi umah kakak aku kat Cheras. Sebabnya pagi tadi dia SMS katanya dia tak OT hari nie dan kalau nak ambil bunga rumah dia leh la datang. Sampai umah Kak Ngah aku dekat kul 12 tengahari. Kakak aku nak belajar jalan ke umah Abang Long kat USJ sebelah sekolah Seafield. Aku pergi ngan Alif, suruh anak aku masuk kete Mak Ngah dia. Lepas tu parking umah Mak Ngah dia.

Dari Cheras ikut LDP ke Subang Jaya sampai sana kebetulan dekat Zohor. Syukur alhamdulillah kete tak banyak sangat atas jalan. Sepanjang perjalanan Alif Najmi duduk seorang diri kat tempat duduk belakang. Ajak ke depan dia tak nak.

Tak sangka apartment court sebelah kuarters abang aku dah cantik. Baru cat dan pintu pagarnya pun lawa gila. Dah jadi apartment mewah ke...

Sampai umah abang kebetulan Adik lelaki aku ada sana juga. Aku gi dapur buat air. Beberapa minit kemudian Kak Long sampai bawa balik daging katanya dan bawa kueh dari kampung, adik bongsu di bawa. Merasa jugalah kueh tu. Hmmm dapat SMS ibu Alif suh bagi makan anak. Kebetulan Mak Long Alif ada buat spagheti, bagilah anak makan spagehti tu.

Banyak juga cite best umah abang long ne...

No comments:

Post a Comment