Wednesday, February 22, 2017

22022017_Rabu

Salam Rabu... movie day kot... 
Hari ini balik awal memang niat nak habiskan masa bersama anak-anak. Dua hari lepas sibuk dok kongsi kereta demi sesuap rezeki yang halal dan harapnya semoga berkat. 

Target hari ini nak balik pukul 6 petang dan cuba siapkan kerja yang telah dirancang secepat mungkin. Macam biasa kalau dah kerja untuk rakyat ada jer beberapa isu yang perlu diambil tindakan SEGERA. Selepas berbincang dengan bos dapatlah jalan penyelesaian, hari ini aku sedar bagaimana otak dua orang lebih baik mencari penyelesaian berbanding satu otak jer. Cepat juga kami kenalpasti masalah dan cari jalan penyelesaian yang sesuai. 

Selepas itu, aku sambung kerja yang perlu dibereskan hari ini. Bulan nie aku tak buat check list macam bulan-bulan sebelum ini apa lagi sampaikan terbuat dua kali benda yang sama. Ok kenalah tulis dalam buku nota takut nanti agensi tanya kan. 

Pukul empat petang tadi telefon berdering pelanggan minta sediakan senarai semak bagi kes pertukaran pengurusan gaji antara pejabat pembayar.  Bisa diatur tapi akan mengambil sedikit masa sebab aku kena study beberapa perkara amalan dan pekeliling yang ada biasalah bila berlaku kes baru kaji pekeliling kerja rencam tapi sekarang dah tahan sikitlah berbanding dahulu. Aku minta masa sehingga minggu hadapan sebab Jumaat ni aku nak cuti. 

sampai rumah jer isteri aku sedang masak, anak-anak pula tengah dok bermain depan tv. Hmmm biasalah budak-budak imaginasi diorang sepahkan rumah. Ok... aku terus salin baju dan masukkan baju kotor dalam mesin basuh, mendobi bha dulu. Sambil tu ajak anak2 mandi kolam, bertapa gembiranya mereka dapat mandi kolam terus masuk bilik air buka baju. Sebenarnya kolam yang aku maksudnya ni bukannya besar pun kolam pelambung yang harga RM50 tu muat-muat jer dalam bilik air, bolehlah budak2 buat berendam main air. Memandangkan aku rasa kurang selesa kat jari-jari kaki maka aku pun siapkan air panas dan masukkan garam. Lepas tu jadikan air tu suam, lepas tu rendam kaki selama 15 minit. Selepas rendam kaki tu rasa lega gila... 

Malam ni baru aku sedar bertapa untungnya aku kerja kat Jabatan sekarang ni semuanya free dan ada kelebihan berbanding jabatan lain di Putrajaya dari tempat parking berbumbung sehinggalah ke perkhidmatan lain. Patutlah kajian Keseimbangan Kerjaya dan Rumahtangga yang aku buat menunjukkan tahap Kualiti kehidupan warga jabatan aku adalah pada tahap yang memuaskan. 

Ok... projek baharu untuk didalami...
STG... kebanyakannya perempuan tetiba aku lelaki ceburi bidang ni. Banyak jer produk lelaki yang sesuai iaitu produk kereta tu. Tapi aku... insyaallah aku akan belajar daripada pengalaman adik aku buat drop ship... 

Kelas saham hujung minggu ni di Shah Alam. Kali ini kita dengar kelas dari pensyarah yang berbeza pula, produk UiTM plak. Sebelum ni produk Mechaster. 

Sekian diari aku hari ini demi menjana IDEA baru...


Tuesday, February 21, 2017

Selasa 21 Februari 2017

Hari ni aku terpaksa siapkan kerja-kerja pejabat sebab esok ada perhimpunan bulanan dan esok juga kena siapkan surat tahan gaji kat bank. 

Ingat nak chow kul 6 petang, kerja masih tak siap. Jadi siapkan kerja dulu supaya aku tidak kelam kelibut, pukul 7 baru siapkerja. Alhamdulillah siap juga. 

Tengahari tadi sempat gi betulkan urat kat Blok Hijau, urutan sukan sebab labu betis aku selalu kramp waktu tidur... dah lama tak bersukan atau bersenam kan. Alhamdulillah banyak juga tempat yang tak pernah tukang urut lain urut dia urutkan dengan cara yang memang best la kan... Hmmm best jugalah, lain kali boleh repeat. 

Ok... cerita pasal grab... Jadual hari ni pukul 8.00 malam adalah HP... tak sempat nak kejar UP sebab keluar opis dah 7.15, nak cari masjid untuk magrib pun dah pukul berapa. So lepas magrib baru online dan dapatlah dua orang pelanggan berjumlah RM12.00, jadi RM30-RM12=RM18*.8= insya allah dapat insentif RM14.40. Tapi acceptance rate baru 69.2%. Rating masih 5. Hmmm hari Jumaat ni nak kena cutilah nak kejar kawasan sibuk 50% tu. Ingat nak gi main area USJ dan Puchong. 

Semenjak dua menjak ni hp aku memang slow gila, lepas tu selalu hilang GPS. Letih plak... tak kan nak tukar phone lagi kan. Tapi tadi alang2 dah hantar rider ke The Mines dan aku pula nak terkencing... so singgah la sekali. Kalau ikut Mr Google HP yang sesuai untuk buat grap adalah Samsung S7 tapi mahal nak mampus. Tengok vivo menarik juga tapi... hmmm ok... Ok berdasarkan tips tu dia suh lengahkan... jadi aku pakai tips tu lengahkan dulu dan buat survey, kaji, dan cuba ambik langkah yang tak perlu keluar duit. Ok nanti nak delete software yang tak berguna dalam phone aku tu... 

On my way home ingat nak basuh baju la malam ni... sekali dah sampai umah dah siap basuh tinggal jemur jer. Tapi hairan bin ajaib juga ni pukul 10 malam parking dah penuh... 


Monday, February 20, 2017

Hari pertama memandu Grab Car

Hari ni semangat jer... kul 5 petang dah keluar opis untuk memulakan operasi mencari duit lebih. Hari ni aku bekerja untuk mendapatkan duit, memang la penat kan. Tak per lah, ingat nak kumpul modal sikit2 nanti nak buat melabur saham. Targetnya tahun ni aku nak cuba berjinak2 dengan saham. Sambil mendalami ilmu saham ni sambil kita kumpul modal untuk pergi kursus dengan sifu2 yang menyengat tu... 

Sesambil tu aku juga mula berjinak dengan MLM gitu... Projek STG bekas bos aku AKauntan W44 yang berhenti kerja untuk buat projek STG sepenuh masa tu. Sekarang ni baru sedar... hebat juga bos aku tu... diam-diam ubi berisi, kereta yang dia pakai sekarang projek STG yang bayarkan. Pendapatan bulanan dia sekarang RM20K, tu belum lagi bonus2 lain, siap beli rumah semi D lagi kat Nilai. Perancangannya adalah ikut jer apa yang sifu aku ajar nanti aku buat jer. Sebab dah terbukti berjaya. 

Grab hari ni adalah 7 trip... jumlah kutipan RM61 tolak tol RM2+RM1.10+RM3.90 dan minyak tadi aku top up RM40.00. Kiranya RM10 je lah boleh masuk tabung. Nak tunggu insentif masuk minggu depan plak. Akan datang nak terus start tempat yang demand tinggi biar tinggi sikit insentif aku. Masih tak reti nak tentukan kawasan2 Mega Peaks (MP) RM35/RM45/RM55, Ultra Peaks (UP) RM30/RM40/RM50, High Peaks (HP) RM23/RM30/RM40, Peaks (P) RM18/RM23/RM28 ataupun Bonus (B) RM16/RM18/RM20

5.00-6.00 ptg UP  / 40-(14)=26*.8= RM20.80
6.00-7.00 ptg UP / 40-12= 38*.8= RM30.40
7.00-8.00 HP aku rehat  / 23 - 10 = 13*.8*20/60= RM3.46
8.00 HP/ 23-13 = 10*.8= RM8
9.00 Bonus / 18-11.10= 6.90*.8 = RM5.52

Insya allah kalau AR dapat capai 88.8% Rating 4.4 dan cancellation ratie max 10% merasalah insentif ni
RM68.18



Wednesday, February 8, 2017

Bintang di Langit Malam

Salam Cuti Thaipusam,

Hari ni sepatutnya ada gotong royong BPH bersama penduduk tetapi disebabkan komitmen kerja terpaksa aku ke opis. Program tu bermula jam 8.30 mlm jadinya aku kena bersiap awal turun ke pejabat iaitu jam 8 pagi.

Badan terasa kurang sihat dah seminggu aku tak ber Uber tambah pula kenaikan minyak menyebabkan terasa betul kos minyak macam tak pulang modal jer. Balik malam terasa penat sangat2 meja operasi di rumah dah lama tak guna.

Berbalik kepada cerita hari ini, orang tersayang datang bulan asyik marah-marah jer walaupun benda yang kita dah pesan awal-awal kat dia. Tapi tak apa itulah asam garam kan... sabar itu indah kononlah.

Memandangkan aku tak sempat sarapan kat umah jadi singgah la kedai mamat, hmmm minum kopi ooo memang lampu hijau buat aku hari ni... rasa seronok untuk siapkan kerja dengan segera. Hari ini target nak habiskan delimit changes tindakan Februari 2017.