Tuesday, May 31, 2011

Hari Terakhir Dalam Bulan Mei 2011..

Pagi nie... kami pergi berkelah di Pantai Tanjung Aru... kami bertolak selepas sarapan pagi. Malam kelmarin aku dah beli keropok untuk makan di sana nanti, dalam perjalanan nanti nak singgah beli ais dan minuman. Semalam lupa pula aku nak beli minuman. Kami sampai di Tanjung Aru jam 9 lebih... ayah, umi, kakak serta adik2ku dah pun bersedia untuk berkelah. Aku mengambil ais dan air lalu sediakan. Dah ada tanda hakisan ombak di tempat biasa kami lepak nie... Adik2ku pada mulanya hanya bermain kejar anak ketam, lepas tu main pasir... kemudiannya mandi manda di pantai tu... Tandas awam tutup pula hari nie... susahnya... kalau tandas awam buka mungkin kami lepak sampai tengahari, tadi jam 10.20pagi kami dah bersiap balik ke rumah. Aku sampai ke rumah jam 11 pagi...

Sambil rehat2 aku teringat mau tengok channel sport ... hmmm sukan ragbi... dah lama tak tengok... kebetulan memang ada dua buah perlawanan aku layan... hmmm pasukan pertama tu nampak sama2 tahap mainannya... dan gaya permainan pun tak lah ganas sangat. Permainan kedua tu sama2 ganas... sampai berdarah2... yang aku pelik kan... diorang nie laju juga lari.... dan rata2 umur diorang 20 an... kalau ada 30 an ke atas tu sorang dua jer... tak pun diorang punya kapten pasukan...

Selesai Zohor... aku mula membelek website... terjumpa pula website ini... untuk tingkatkan tahap penggunaan otak katanya...

ianya bermula dengan memori, tumpuan (attention), kelajuan (speed), fleksibel (flexibility), dan penyelesaian masalah (problem solving).

1. Memori / Memory

Daya memori yang baik membantu anda mengingati nama, mencari lokasi, dan mengingat kembali maklumat penting dengan lebih cepat dan tepat.

Skill berikut melibatkan penggunaan memori ;
1.1 mengingati nama selepas kali pertama berkenalan
1.2 navigating bandar bari menggunakan arahan mental
1.3 buat ujian IQ
1.4 belajar benda baru dengan lebih cepat dan lebih tepat.
1.5 mengingati lokasi sesuatu objek
1.6 membuat congakan
1.7 mengingati visual pattern

2. Perhatian / attention
Have we got your attention?

Kajian dilaksanakan oleh Landmark menunjukkan latihan tumpuan memberi kesan yang kuat ke atas keboleh melaksanakan ujian dengan lebih baik, bersukan, dan dalam aktiviti yang memerlukan kebolehan visual.

Antara latihan untuk meningkatkan daya tumpuan adalah ;
2.1 tumpuan ke atas cabaran baru
2.2 produktiviti di tempat kerja atau di rumah
2.3 memandu dengan lebih selamat dan cepat
2.4 ketepatan dalam sukan seperti golf atau tenis
2.5 mengelakkan gangguan
2.6 Peripheral vission
2.7 mengfokus kepada tugas utama dalam urusan harian...


3. Kelajuan / Speed
Think fast

latihan kelajuan mental memproses boleh membantu seseorang berfikir lebih jelas dan cepat, meningkatkan masa tindakbalas, dan meningkatkan kewaspadaan. Latihan cepat berfikir membantu seseorang menjadi lebih effektif / tajam di tempat kerja, sekolah dan dalam urusan harian.

Perkara yang boleh membantu dalam latihan meningkatkan kelajuan berfikir
3.1 Masa memberi tindak balas
3.2 membuat keputusan dalam situasi yang sensitif
3.3 mengenalpasti laluan yang terbaik dalam kesesakan lalulintas
3.4 intuisi haluan
3.5 meningkatkan proses berfikir yang berkaitan
3.6 cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran
3.7 mental visualisation

4. Flexibility

Latihan fleksibel membuatkan seseorang mampu membuat pelbagai kerja, membantu anda mengolah buah fikiran dgn lebih baik, dan memberikan seseorang disiplin untuk mengawal gangguan. Menjadikan anda seorang yang berfikiran kreatif.

Antara perkara yang berkaitan fleksibeliti daya berfikir
4.1 Strategic planning
4.2 membuat pelbagai kerja dengan cepat dan tepat
4.3 berfikir di luar kotak fikiran
4.4 mengelakkan kesilapan dan kesalahan
4.5 berkomunikasi secara jelas
4.6 mengawal nadi
4.7 mengawal daya tumpuan

5. Menyelesaikan masalah...

Penyelesaian masalah yang berkesan membantu seseorang membuat keputusan yang cepat dan tepat. Seseorang yang telah dilatihkan dalam menyelesaikan masalah dilaporkan berkebolehan membuat anggaran,perbandingan dan pengiraan dengan mental.

Perkara yang perlu diberi perhatian utnuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
5.1 selalu membuat congakan
5.2 mengenalpasti langkah terbaik daripada beberapa pilihan
5.3 mengenalpasti tren dan corak
5.4 membuat anggaran yang cepat dan tepat
5.5 membadingkan nilai berbeza
5.6 mengasah bakat semulajadi dengan nombor
5.7 merungkai kenyataan yang susah/kompleks...

inilah yang aku dapati... sebenarnya kalau nak belajar benda nie ada latihan diberkan dalam website... tapi ada bayaranlah... dalam dolar lagi tu...

First thing first lah kan...





Monday, May 30, 2011

Penyelia mana yang sesuai...

Penyelia adalah seseorang yang bertanggungjawab memastikan fungsi bahagian/unit/subunit sesuatu organisi dilaksanakan sebagaimana tujuan sesebuah organisasi itu diwujudkan. Penyelia sangat penting kerana membantu pengarah mencapai objektif.

Cara penyeliaan umumnya boleh dikategorikan kepada dua iaitu secara lembut tapi tegas dan keras serta menyakitkan... pengalaman aku sendiri dulu aku pernah keraskan menyebabkan diorang kurang suka... tapi bila aku lembut dan bertegas diorang makin manja. mungkin aku tak reti bertegas. Kadang2 aku rasa ada baiknya terus tegur jer kesilapan tu dan minta diorang jangan simpan dalam hati... kerana situasi kami yang sentiasa sibuk di kaunter dan kadang2 kalau buat meeting pun masing2 tak dapat fokus... dan kadang2 apa yg ditegur dalam meeting masih dibuat membuatkan aku terus tegur kesilapan mereka itu yang nyata memang lebih berkesan di organisasiku.

Hari ini aku ingin berkongsi bagaimana perdebatan antara aku dan kawanku...
Sekejap dia setuju penyelia mulut laser dan keras... sekejap dia setuju lembut tapi tegas...

opps... aku bergegas keluar nie... lain kali la aku sambung...

Jangkaanku Tepat Sekali

Tempoh hari aku bertekak dengan kawan aku pasal pengambilan staf perhotelan. Memanglah dia dah sepuluh tahun terlibat dalam perhotelan, aku pula on dan off... sekejap hotel situ kejap hotel sini.... jadi pengalaman aku lebih banyak hotel berbanding kawan aku hanya tertumpu di hotel di sekitar Bandaraya Rimba Tropika sahaja...

Kawan aku menceritakan bagaimana mereka staff tetap tidak sukakan seorang staff part time yang telah lama bekerja di hotel B... staff part time tu aku kenal juga sebabnya aku pernah keje part time kat hotel tu juga... bilang kawan aku mereka semua tidak akan setuju jika staff part time tu diserap ke tetap. Aku bagitau dia bahawa kuasa pengambilan adalah bahagian HR dan jika pengurus terpikat dengan prestasi keje beliau, pekerja sementara tu tetap juga akan diambil. Kawan aku mengatakan bahawa aku tidak tahu situasi di hotel mereka bahawa staff tetap ada kuasa dalam pengambilan. Aku memberitahunya... perhotelan adalah industri berorientasikan keuntungan, apa2 yang boleh menguntungkan hotel semestinya pihak hotel tidak akan berkompromi untuk menyatakan tidak.

Beberapa hari selepas tu aku kebetulan lalu di hotel kawan aku kerja dan singgah sembahyang magrib... kebetulan selepas keluar surau jumpa pekerja sementara tu... dia bagitau bahawa dia kena kurangkan berat badan kerana tak lama lagi dia akan diserap tetap ke hotel tu. Dia bertanyakan dimana boleh dapat cuka apple nabil tu... selepas bertukar no hp kami berpisah buat seketika.

Semalam aku jumpa kawan aku...
Dia mengatakan bahawa pekerja sementara tersebut telah ditawarkan tetap dan berkuatkuasa pada 1 Jun 2011... aku diam sahaja.

Itulah kisahnya...

Sunday, May 29, 2011

Kenapa aku tak suka menulis lagi

malasnya otak aku nak pikir...

rasa lemah plak...

dah lama aku tak gi berenang...

dah lama aku tak berlari....


Tahun 2011

Syukur Alhamdulillah, research project yang menjadi igauan mimpiku selama ini telah selamat aku siapkan. Selepas berhempas pulas dua bulan akhirnya siap jua.

Memula aku memohon untuk bertukar ke Putrajaya pada Oktober 2010 dan borang tu aku miinta tolong isteriku hantar pada Nov 2010. Keputusan tu ku dapat pada Januari 2011 padahal aku telah menyatakan di sana bahawa aku mahu pindah pada Jun 2011... seminggu sebelum surat arahan perpindahan keluar mujurlah aku sempat menelefon pegawai incharge itu barang, sempat juga aku hantar surat perbatalan permohonan tukar tue. Aku minta diorang simpan dulu borang permohonanku sehingga bulan April, maksudnya bulan april baru masuk senarai menunggu semula.

Pada bulan Februari, aku cuti tiga minggu kerana stand by mode isteriku kata dia telah mula sakit2... kalau ikutkan aku kena balik semula bekerja pada minggu terakhir februari tu... tapi disebabkan kesian tengok isteriku aku sambung jer cuti tu... tiket burn hampir RM600 juga melayang... akhirnya isteriku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.99KG pada 17 Februari 2011... syukurlah aku tidak balik dulu... tiga hari di Hospital kami diminta follow up di Klinik Kesihatan Putrajaya... Pada pagi Isnin JM datang ke rumah suruh pergi ke KKP untuk ujian darah... disahkan kuning... admit Nurseri selama 4 hari... selepas tu JM datang lagi... kali nie kami kata kami nak buat follow up di Pontian jer... dia akur... Hari khamis kami bertolak ke Pontian... Hari Jumaat kami buat majlis potong jambul.. Isninnya aku uruskan tiket balik ke KL... selepas tiga minggu bersalin... isteriku dah terpaksa membawa kereta...

Mac 2011.. aku masuk opis balik... sambil berfikir pasal project yang perlu disiapkan... bahan2 memang dah ada... ku semak balik bahan2... bawa prosposal dan jumpa pensyarah yang bertanggungjawab sbg penyelia ku... setiap minggu kami berjumpa... walaupun kerjasama yang diberikan tidak memberansangkan... aku gagahkan juga dan berfikiran positif... semua tegurannya aku buat....

Pada bulan April kertas projekku sedia untuk menyediakan soalan2 mendapatkan input daripada responden. Sekali lagi cabaran apabila kerjasama daripada responden yang malas nak baca soalan... ku lalui jua... selepas tu ku proses data jumpa kenalan yang bertugas di perpustakaan ... minta tolong ajar buat SPSS... selepas itu draf laporan pun siap... selepas proses semakan demi semakan dibuat... sehinggalah sehari sebelum viva voice penyeliaku baru perasan satu kesilapan yang menyebabkan aku terpaksa mengubah balik report dan perbentanganku... mujurlah aku kena masa tengahari... malamnya aku siapkan segala perubahan... kemudiannya aku print di pejabat dan terus binding... selesai semua... terus aku bergegas ke kampus... selepas menyerahkan tiga salinan report tersebut... bersedialah aku untuk perbentangan... 6 orang akan menilai perbentangan aku... bayangkan semuanya pensyarah yang hebat2 dalam research.... memula semuanya ok... tapi akhir2 tu macam sakit hati aku setelah dipersendakan oleh pensyarah... terimalah ia dengan hati terbuka....

Selepas itu aku berjumpa dengan penyeliaku untuk memberitahu sedikit teguran yang perlu diperbaiki. setelah dilihatnya seminggu masa diberikan kepadaku untuk memperbetulkan laporan ku... setelah siap memperbetulkan laporan dihantar untuk semakan terakhir... dan akhirnya aku boleh print hard cover sebanyak 2 salinan... dan soft binding satu set...

lega... akuberjaya hantar sebelum tiket aku menghadiri kursus di Kuala Lumpur...

Minggu pertama April aku dengan penuh optimis mengisi borang dan membuat surat rayuan pertukaran ke Putrajaya... pengarah meluluskan pertukaran berkuatkuasa Julai. Mujurlah Pengarah tidak banyak songe...

7 April aku menghadiri kursus di INTAN Jalan Elmu, Jalan Universiti...

12 April aku mengambil bas menuju ke Pontian...

Sedikit krisis kekeluargaan...

berat badan aku dah naik... lemak di pingganku makin bertambah...

baju saiz L pun macam tak muat lagi...