Sunday, July 23, 2017

Hari Ahad yang indah 23 Julai 2017

Hari Sabtu malam Ahad tidur tak lena kerana selepas puas berehat tengok tv dan melayan kerenah budak-budak, aku meluluskan borang perubahan gaji untuk tindakan Ogos 2017. Sebenarnya kami ada buat latihan kepada Pusat Pembayaran Gaji untuk mengunci masuk dan edit SG20 masing-masing secara live. Al maklum nak bagi latihan HCM balik manalah sempat sebabnya modul MM dan FICO baru nak mula jalankan sesi latihan kepada TOT. Lepas tu kepada Expert End User plak...  dan akhirnya kepada User. 

Disebabkan tidur pun dekat pukul 2 pagi, bangun pun lewat sikit pukul 6.45 pagi. Itupun nasib baik sedar alarm HP. Kalau dulu masa ada kelas pukul 8 pagi, pukul 6 pagi dah bangun sebab nak gerak sebelum pukul 7 pagi. Almaklum duduk umah penhouse kan, tingkat 16 lagi... bersiap satu hal, nak siapkan bekalan air pula, lepas tu nak tunggu lif tu sampai dari bawah ke atas dan ke bawah semula ambil masa kurang-kurang 5 minit. Ok berbalik kepada cerita hari ni. Aku sambung tidur balik, walhal tak leh tidur pun sebab anak-anak dah bangun dan sibuk dok kejutkan aku dan mengacau. Najmi siap geletek tapak kaki aku. Ct dipanjatnya badan aku. Dek keletihan aku pejamkan mata jer. Tapi diorang jerit kat aku... katanya dah pukul 8, lepas tu kata dah pukul 9. 

Aku jeling jam kat dinding eh betul pula dah pukul 8 pagi. Sebelum bangun aku suruh diorang pijakkan belakang aku. Najmi aku suruh dia, dia suruh adik dia. Dia ugut adik dia tak nak belikan patung baru kalau tak pijak ayah. Ct pun cepat-cepat naik atas katil dan pijak belakang aku. Namapun budak kan, dia melompat-lompat atas belakang aku dan atas katil. Lepas tu dia berlari keluar. Najmi dok belek mainan dia, aku bagitau dia suh dia pijak belakang kalau nak beli mainan kat kampung nanti. Dia pun bangun dan pihak belakang aku. Sambil pijak sambil mulut dia tak berhenti menyatakan jenis mainan yang dia nak, bukan satu tapi lebih dari satu. 

Selepas mandi aku keluar ke ruang tamu, macam biasa isteri aku tengah masak. Hari Jumaat tu ada beli tempe, dia buat tempe goreng tepung dengan masak lemak ikan jaket. Aku pun mendobi... lepas tu buka tv tengok siaran sukan percuma kat Astro. Lepas tu aku suruh anak-anak mandi, nak mandi air kolam plak, bagi jer lah sebab dah banyak kali minta aku tak bagi sebab diorang selesema. 20 minit kemudian aku suruh diorang bersihkan badan, berus gigi dan sabun badan. Tetiba baru perasan diorang tak ambil tuala mandi, lalu aku membebel kat diorang supaya sebelum mandi ambik tuala sekali. Macam biasalah ayat diorang berdua tu, "Baik Ayah, saya minta maaf". Almaklum diorang meniru tingkah laku kami ibu bapa mereka. 

Selepas sarapan, aku angkat jemuran dan jemur kain yang baru basuh tadi. Sekejap jer masa berlaku dah pukul 10 pagi. Lalu aku bersiap ke pejabat. Hari ini terpaksa juga ke pejabat kerana banyak SG20 perlu diluluskan untuk membolehkan perancangan latihan mengunci masuk berjalan lancar. Hari Sabtu pergi pejabat uruskan hal tahan gaji, daftar surat ke sistem DDMS. Nasib baik tak banyak permohonan bulan ni ada tujuh jer surat permohonan yang perlu diimbas sebelum dikunci masuk dalam DDMS. Selepas itu aku buat kuiri kod potongan 4024 dan recurring and Payment sebelum membuat larian gaji Seperate Cycle 072017. Selesai proses larian gaji aku buat pula larian laporan potongan. Alhamdulillah siap juga, Isnin tinggal hantar notis pembayaran gaji kepada bank EF dan juga solman laporang keseluruhan. Dua keping CD juga perlu disediakan pada pagi Isnin tu. 

Aku sampai pejabat hari ini dalam pukul 10.15pagi. Sampai jer pejabat sunyi sepi tak de orang pula. Sampai jer terus ambik no spool laporan Keseluruhan untuk diberikan kepada rakan sekerja untuk tindakan selanjutnya. Selepas itu aku jana laporan yang Ptj minta untuk sediakan bajet. Kesian dia dari hari Khamis minta, tapi kebetulan aku sibuk buat benda lain, jadinya lambatlah jana laporan tu. Nasib baik tadi teringat terus buat jer. Selepas itu aku mulakan kerja menyemak SG20. Memandangkan hari Rabu dan Khamis ni aku kursus penyediaan laporan dissertation di UiTM Shah Alam, maka aku perlu meluluskan semua SG20 yang ada sebagaimana pembahagian telah dibuat. Pukul 12.30 pm ada kawan datang ke pejabat. Pukul 2 petang dia balik. Aku pun pergi solat zohor. Selesai jer solat zohor baru aku nak sambung kerja Pengawal Keselamatan bertugas buat rondaan datang untuk ambik maklumat kami. Aku tulis jer konon-konon nak balik pukul 4 petang, tetapi memandangkan pelbagai jenis bunyi mula kedengaran aku target untuk habiskan beberapa bundle SG20 yang tinggal dan yang selebihnya aku bawa pulang ke rumah. Alhamdulillah capai juga target aku, dan pukul 3.15pm aku pun kemas barang dan balik. 

Hari ini isteri memberitahu bahawa anak-anak berebut nak makan roti dengan jem coklat. Ceritanya hari Jumaat lepas sambil beli beberapa keperluan dapur aku beli roti, sebab ingat nak buat bubur kacang hijau, lama dah teringin. Lucunya hari Jumaat tu aku lupa beli kacang hijau tu dah masuk kereta baru teringat padahal isteri dah  bagitau kat rumah ada sikit jer kacang hijau tu, tapi bolehlah buat sekali makan sebab kami pun dua orang jer makan. Hari Sabtu tu aku gas plak nak habis, gi ke Ayer 8 cucuk duit, jauh pula kedai runcit kat sini lalu aku ingat nak singgah kedai runcit kat bawah rumah jer. Sekali kedai runcit bawah rumah tutup hari Sabtu... alamak terlupa lagi. Memang tadi ada rancang nak gi isi angin kat Shell Presint 8, tapi batalkan niat sebab dah telefon orang gas tu takut orang gas tu sampai dulu. Sekali masa aku ke kedai bawah rumah yang tutup tu, aku telefon orang gas tu dia tak gerak pun lagi. Jadi isteri aku masak jugalah bubur kacang hijau dalam dua genggam tangan jer kuantitinya. Masak jer bubur tu lepas solat asar aku pun ambik semangkuk dan cicah degan roti, Ct memang suka makan macam tu. Najmi memang jenis tak lalu makan sokmo. Lepas magrib Ibunya pula makan bubur dengan roti tu. Jadi kuantiti roti tu memang dah sikit lah kan, sebab tulah sampai berebut diorang nak makan roti dengan jem coklat tu. 

Jadinya selepas balik dari pejabat aku pun teringat nak isi angin kereta. Sampai stesen minyak hmmm minyak pun dah suku ni, Rabu dan Khamis nak gi ke Shah Alam. Isi lah sekali minyak, aku pun masuklah ke kedai Shell tu nampak roti, malangnya roti yang diorang nak tu tak der. Aku beli jer roti yang ada. Lepas bayar terus isi minyak kemudian isi angin tayar. Baru tahu rupanya tayar depan aku cukup dengan bacaan 31 psi dan tayar belakang 29 psi. Sebelum ni aku kasi 31 jer depan dan belakang. Ok jugalah hari ni belajar sesuatu yang baharu. Dah setahun pakai kereta baru perasan bahawa kadar tekanan angin ada kat celah pintu tu. Selama ni duk lap kereta tak perasan pula. 

Aku sampai rumah dalam pukul 4 petang. Najmi tengok jam kat dinding lalu dia cakap aku balik awal hari ni. Katanya dia ingat aku balik lewat. Ct sedang tidur masa aku balik tu. Roti tu aku terus bagi Najmi lalu dia letak atas meja makan dan sambung main tanah liat @ plasticine @ play doh @ clay. Cerita pasal tanah liat tu, aku beli berzaman nak suh diorang main. Lepas balik cuti beraya hari tu baru diorang buka dan main, banyak-banyak warna bila diorang main bercampur jadi satu warna jer iaitu coklat. Syukur jugalah selepas Najmi main tanah liat tu dia akan simpan semula ke tempat yang selamat la kan sebab nanti dia nak main dia ambik lagi. Pening sikit sekarang ni si adik, Ct macam tak faham lagi keperluan mengemas dan simpan elok-elok mainan selepas selesai main supaya lain kali boleh main lagi. Bila mainan dia bersepah abang dia yang tolong kemaskan, alamatnya semua mainan tu jadi mainan abang dia atas alasan abang yang kemas. Hal ini pun menjadi punca diorang bergaduh hari-hari... 

Hari ini Isteri aku buka cerita hindustan Bajrangi Bhaijaan yang mengisahkan Lelaki India nak hantar Budak Perempuan Bisu Pakistan balik jumpa keluarga dia tu. Dah kemas meja operasi aku letak beg berisi SG20 kat situ. Lepas tu aku gi layan cite hindustan tu sambil baring. Pukul 4.30 petang aku gi dapur tengok bubur semalam ada lagi, lepas panaskan aku pun makan ngan roti... Ct bangun tidur makan sekali. Pukul 5 petang aku sebenarnya dah nak start lulus SG20 tapi rasa malas pula. Jadinya aku baring-baring atas katil... lepas tu mandi dan solat asar. Selepas tu baru mula luluskan SG20 tu, setiap kali selesai satu ikatan SG20 aku keluar tengok diorang. Nak hilangkan rasa boring dan naikkan semangat aku buka lagu rancak kat hp sambil luluskan SG20 tu. AKhirnya tinggak satu ikatan jer lagi. Pukul 7 malam aku gi lepak ruang tamu, capai remote Astro tekan channel sukan. Masa tu budak-budak duduk belajar dengan ibu diorang. 

Selepas magrib layan anak-anak sambil tengok berita, rasa boring tengok berita tekan saluran sukan balik adalah perlawanan bola tampar pantai. Aku kagum dengan pemain sukan bola tampar pantai ni, diorang boleh main dengan hebatnya walaupun berdua jer. Lepas tu Najmi bawa tab dia untuk main game Ultraman. Aku pun main sama game tu sebab nak tolong dia kumpul mata kan. Terlompat-lompat dia syok tengok aku main game tu lawan raksasa. Sambil tu dia mengajar aku apa perlu dibuat dan nasihatkan jangan sampai jatuh gaung. 

Selepas Isyak aku sambung keje luluskan SG20 tu... akhirnya siap juga. Alhamdulillah cara aku buat keje macam ni, rasa tak sakit sangat bahu dan belakang. Kalau aku fokus jer luluskan  SG20 tu rasa sakit sangat bahu dan belikatku. 


Oklah masa untuk tidur... aku bersyukur dengan perjalanan hariku hari ini ada isteri dan anak-anak disampingku... Ct pun baru jer terlelap tu... tadi masa aku dok mengarang, dua tiga kali dia datang minum air sebab botol air dia ada kat atas meja operasiku ini. hihihi... oklah nak minum segelas air suam sebelum tidur... 


No comments:

Post a Comment