Friday, July 21, 2017

Minggu yang memenatkan

Assalamualaikum dan salam hujung minggu...

Salam Negaraku Malaysia... 

Syukurlah dah hujung minggu, boleh rehat sepuas-puasnya. Minggu lepas minggu yang memenatkan, Isnin dan Selasa aku masih ok masih seperti hari yang lain masih bersemangat menyiapkan kerja-kerja rutin. Hari Rabu tetiba mood aku berubah, entahlah dalam sibuk menguruskan beberapa perkara yang agak mustahak hal kerja pula membuatkan aku buntu mencari jawapan kepada pertanyaan yang diajukan. Mencari pekeliling untuk dirujuk tidak dijumpai, bertanya sahabat pun tiada jawapan agak hampa juga sebenarnya. Dulu group ws tu sangat membantu, sekarang group ws tu macam dah tak berguna lagi bila sumber rujukan yang diperlukan tidak memberi respond sewajarnya. 

Nampak sangat dah lama aku tak belajar pasal perkhidmatan awam ni, terasa bagus juga kalau ada Peperiksaan tahap kecekapan seperti dahulu kerana ada hamba allah akan bukukan semua panduan yang perlu diketahui mengikut bidang tugas masing-masing. Jadinya kami semua mempunyai kefahaman yang sama. Proses mendapatkan jawapan pun menjadi senang. 

Dulu aku yakin bahawa bayaran perbentungan adalah dikira sebagai bil utiliti. Tapi bila google maklumat berkaitan bil utiliti, bayaran pasal perbentungan tiada dalam hasil carian tersebut. Rasa stress pula... belum habis jawapan tu keluar lagi soalan lain berkenaan elaun dan perkhidmatan. Sepatutnya rujuklah dengan sumber manusia, tapi malangnya orang sumber manusia susah pula mengangkat telefon pada masa kita perlukan kuasa rujukan. 

Hari Khamis aku dah jadi tak tenang... sampaikan satu surat aku perlu edit sampai 5 kali. Hadoi, letih betul dengan perangai orang atasan ni nak format surat yang sebetulnya tanpa meneliti isi surat. Aku agak sibuk menjana laporan mengikut cycle gaji hal ini kerana sistem terlalu perlahan sampaikan laporan gagal dijana. Ingatkan selepas waktu pejabat bila orang tak ramai guna sistem lajulah sikit, rupenya sama kerana selepas pukul 5.30 petang proses back-up data secara auto plak buat keje. Hari Isnin petang aku terima wasup dari orang ICt katanya orang yang jaga sistem di JANM sound ingat aku sorang jer nak pakai sistem dia suh aku run ikut jadual. Padahal hari Isnin tu ada masalah dengan proses larian gaji aku... terpaksa aku patah balik beberapa proses untuk memastikan proses yang gagal tu dapat dibuat. AKhirnya Isnin petang tu aku balik jer sambung selasa pagi. Alhamdulillah dengan bantuan pasukan helpdesk berjaya juga selesaikan proses larian gaji. Khilaf aku, memang aku kena study balik nota larian gaji tu. 

Hari Jumaat tu pula kes ahli suruhanjaya yang tak puas hati tiada potongan KWSP sebab setting sistem kalau kumpulan pekerja yang digunakan sekarang memang tak leh carum KWSP. Serabut betul aku ahli suruhanjaya macam tu, nak juga caruman kwsp... ada lagi ker duit kwsp dia sebelum ni... orang yang menjaga dia sendiri pun tak leh nak jawap apa status dia, dia pula sibuk nak menimbulkan hal macam tu. Ahli Suruhanjaya bukan penjawat awam nak pakai A01 dan bukan Anggota Pentadbiran... entahlah... dulu agaknya pakai jer mana yang ada. Stressnya aku... dah la semua orang atasan aku sibuk... sibuk dengan majlis raya sebulan yang tak habis-habis, sibuk dengan plan Perakaunan AKruan. Aku telefon juga PSU kat SPA bahagian yang berkenaan la kan, dia sendiri tiada jawapan dok ulang benda yang sama kerani dia cakap kat aku. Patut dia yang jaga ahli suruhanjaya kenalah usaha lebih sikit. Ini nak harapkan kita cari jawapan untuk dia juga. Memanglah manusia ni... sabar jer lah. 

Alhamdulillah MPK HCM dalam proses semakan lanjut, lega juga rasa bila ada juga PAW32 yang terlibat dalam proses penyediaan MPK tu. Hebat juga mamat tu, seminggu dia bentangkan pasal MPK tu. 

Aku faham allah tak uji kita jika kita tak mampu.. mungkin ujian ini kecil bagi orang lain tapi cukup membuatkan aku stress kerana setiap hari ada jer kerja rutin yang perlu diselesaikan segera. Mungkin Allah nak sedarkan aku kena berdoa banyak-banyak lagi mohon kepadanya untuk memberi aku jalan dan dipermudahkan untuk menyelesaikan kes-kes terpencil tu. Minggu lepas solat sunat dhuha pun tak sempat buat. 

Apa yang menyeronokkan adalah beberapa perkara berkaitan cukai pendapatan berjaya juga aku selesaikan. Selain itu aku juga dapat ilmu baharu, baru faham formula yang sebelum ni agak keliru sikit. Sebelum ini kalau orang tanya pasal Potongan Cukai BUlanan yang sistem automatik kira berdasarkan pendapatan dan potongan zakat serta maklumat tanggungan yang diisytiharkan pegawai. Biasanya aku ambik gaji pokok + elaun bercukai aku darab 12, hasilnya aku tengok banjaran pendapatan. Selepas tau nilai cukai bahagi 12 bulan. Kini aku tau kalau dia tanya pasal cukai bulan 6, aku kira gaji pokok dia tambah elaun bercukai, then aku kali dengan 7 bulan. Kenapa tujuh bulan adalah tempoh dari bulan Jun hingga Disember. Lepas tolak pelepasan iaitu RM9000 pelepasan diri sendiri, pelepasan pasangan dan anak-anak. tengok banjaran cukai untuk mengenalpasti cukai. Bahagi 7 bulan... kalau ada zakat tolak zakat. Itulah kadar PCB. 


Oklah... selamat berhujung minggu 


No comments:

Post a Comment