Friday, July 14, 2017

tawaran yang terbaik pernah aku terima

Salam Syawal...


16 Jun 2017 (Jumaat) aku menghadiri temuduga Eksekutif Kontrak di LPPSA. Manalah aku tahu yang akan ditawarkan untuk temuduga adalah jawatan kontrak kerana sebelum ini aku hanya hantar resume biasa jer. Resume tu aku hantar dua minggu sebelum puasa, aku hantar dua resume satu aku punya dan satu lagi adik aku punya. 



Selepas dua minggu daripada tarikh hantar resume aku menerima emel panggilan temuduga daripada LPPSA. Dalam sibuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat aku mengambil masa rehat untuk menyiapkan salinan dokumen yang diperlukan. Selepas itu aku membawa pulang ke rumah fail sijil untuk disusun sijil-sijil yang diperlukan sahaja. Tiga hari juga aku isi borang temuduga yang perlu dilengkapkan untuk kegunaan temuduga. 



Temuduga jatuh pada hari Jumaat (16 Jun 2017/ 21 Ramadan 1438), korang bayangkan pada hari jumaat tu. Kami ada 5 orang calon, 3 daripadanya baru graduate dan kerja di sektor swasta. Seorangnya pula dah pernah kerja di beberapa syarikat. Aku jer kakitangan kerajaan... yang lucunya aku tanya candidate lain berapa gaji yang diminta masing-masing memberitahu RM2500++ . Aku tanya kenapa tak minta RM3300 sebab ikut pasaran sekarang itulah nilainya. Aku jer yang minta RM5500. Pada perkiraanku gaji pokok tambah semua elaun, tambah dua kali KGT, dan darabkan dua kali ganda bagi gaji pokok tambah dua KGt tu. 



Proses temuduga berjalan agak lancar, cara tiga orang panel tu menemuduga aku acuh tak acuh. Ingatkan diorang tidak berminat dengan calon yang berjawatan tetap dan berpencen sepertiku. Wakil sumber manusia ada tanya berapa bulan notis aku boleh bagi, aku bagitau sebulan. CEO bekas pegawai tinggi kerajaan memaklumkan bagi pegawai tetap sepatutnya 3 bulan. Aku memaklumkan aku telah merujuk GO. Wakil sumber meminta aku membuat semakan semula. Wakil OPerasi bertanya kuarters macam mana aku memberitahu tiada masalah kerana kuarters atas nama isteriku. AKhirnya diorang tanya apa sumbangan yang boleh aku bagi meningkatkan mutu perkhidmatan LPPSA dan apa pandangan aku berkenaan keadaan LPPSA buat masa sekarang. 



Selepas itu aku melangkah keluar dengan harapan yang pudar. Selepas hari raya ada juga aku cuba telefon tanya status belum ada status. Tapi khabar gembira oleh seorang kawan aku mengatakan aku berjaya temuduga tu. Dua minggu kemudian baru aku dapat panggilan telefon daripada LPPSA memaklumkan aku berjaya. Katanya aku ditawarkan Senior Executive L7 di Loan Administration dengan tawaran kontrak setahun. Tapi tertakluk kepada keputusan pemeriksaan kesihatan. AKu minta untuk memberikan jawapan sehingga jumaat (14 Julai 2017). Banyak perkara fikirkan memandangkan tawaran berbentuk begitu. 



Aku memaklumkan kepada isteri, ayah dan ibu, juga ketua jabatanku berkenaan keputusan temuduga tersebut. Banyak pandangan yang diberikan. Apa yang mereka fikirkan sama seperti aku fikirkan iaitu takkan nak lepaskan jawatan tetap dan berpencen semata-mata nak isi jawatan kontrak yang tiada jaminan untk tetap. Aku telefon LPPSA tak boleh ker tawarkan aku jawatan tetap, dukacita tak boleh. Setiap hari ada jer pertanyaan aku, hinggalah akhirnya satu jawapan yang membuatkan aku tak patut tinggalkan perkhidmatan sekarang. Komitmen hutang semasa tak boleh potong melalui gaji pegawai kontrak. 



Tapi banyak juga yang aku belajar daripada peristiwa ini. Antaranya bagaimana aku sebagai penjawat awam berpencen yang telah berkhidmat selama 13 tahun perlu membuat perbandingan di antara skim pencen dan skim KWSP. Sekiranya aku pencen umur 60 tahun dengan tempoh perkhidmatan selama 38 tahun dan GCR 150 hari adalah seperti di bawah ;


Pencen bulanan dapatlah RM4200, ganjaran RM244650 dan gantian cuti rehat RM36,700.00. 


Kawan aku ajar cara kira skim KWSP adalah lebih kurang RM1000*12bulan*(60-34=26) = RM312000 jumlah potongan dalam KWSP itu tak termasuk dividen tahunan lagi. Katanya amaun tu perlu dilaburkan untuk makan bulanan nanti. Katanya kerja memang teruk, tapi habuan memang banyak sangat hidup boleh mewah. Tapi masa untuk keluarga terpaksa dikorbankan, sampaikan kadang-kadang walaupun dan balik kerja pukul 9 malam pun terpaksa bawa balik kerja ke rumah dan terpaksa tidur pukul 1 pagi. AKu yakin hak ni aku boleh hadap... yelah masa belajar pun terpaksa buat tugasan waktu malam sampai tidur kul 2 pagi kot. 



AKu juga banyak bertanya kawan-kawan berkaitan ganjaran dan pencen dan prosedur dalam kerajaan. Rupenya ganjaran dan pencen hanya boleh dibayar kalau aku berkhidmat dan bersara pilihan mulai umur 40 tahun. Bayarannya pula adalah pada umur aku telah opsyen tahun bersara pilihan iaitu 60 tahun. Syarat lain kena penuhi ketua jabatan perlu hantar ke JPA tiga bulan sebelum tarikh bersara pilihan. 



Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2015 berkenaan perlepasan jwatan dengan izin atau Perletakan Jawatan juga aku didedahkan. Notis boleh dipendekan. 



Selepas fikir baik buruk semua, akhirnya aku memutuskan untuk menolak tawaran tersebut. Perancangan asal nak ambik cuti tanpa gaji setahun, tapi majikan baru tak bersetuju. Macam banyak pula yang buruk dari yang baik aku rasa. Niat untuk berlagak pergi kerja pakai tali leher dan ada bilik besar, ada parking khas, habuan bulanan yang banyak membolehkan aku beli rumah idaman, niat untuk bantu adik-adikku harus aku lupakan, mungkin terlalu banyak niat aku tak betul. Memang rezeki seperti ini tak datang selalu yelah temuduga jawatan Executive L8 (Kontrak) tapi ditawarkan Senior Executive L7 (kontrak), tapi kata kawan aku rezeki tak pernah salah alamat. Betul juga tu... 

Selepas solat Jumaat hari ini aku menelefon pegawai sumber manusia bakal majikan baru dan beliau memaklumkan berkaitan status pertanyaan aku sebelum ini belum ada jawapan. Aku dengan sekali nafas (ceewah) menyatakan aku menolak tawaran ini. Lalu pegawai itu memaklumkan bahawa pada pengetahuan beliau aku sepatutnya menyelesaikan semua pinjaman yang aku buat. Beliau juga ada bertanya adakah aku sudah berfikir semasak-masaknya, aku bagi jawapan Ya. Noktah... aku mengucapkan terima kasih dan kami menamatkan panggilan telefon tersebut.  



Aku tak stress pun.... aku redha dengan keputusanku... alhamdulillah... aku bersyukur dengan nikmatmu ya allah. Sepanjang tempoh drama itu sedikitpun tumpuan kerja aku tidak terjejas. Emosi aku stabil... syukurlah...  Solat istikhorah dan solat hajat yang aku buat memberikan petunjuk bahawa sebuah bangunan berwarna putih tersergam indah... tiangnya besar-besar belaka.. tetapi tiada bumbung.... bangunan tersebut terdedah begitu sahaja tanpa dinding... seperti bangunan colosium yang telah runtuh sahaja nampaknya. 

Semoga ada rezeki yang jauh lebih baik buat diriku... 




No comments:

Post a Comment