Saturday, April 19, 2014

Bacelor Perakaunan UPM

Berbincang dengan orang rumah nak sambung bacelor kat UPM tak ambik perakaunan. Dia tak nak la pula... tetiba Isnin lepas dia suruh aku sambung Bacelor Perakaunan. Yelah sebenarnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)_ Sains Pentadbiran AM228 daripada UiTM yang akau perolehi daripada UiTM nampaknya laku untuk jawatan penguatkuasaan... exam PTD pun tak lepas. Dan sayang sekali jawatan skim S (Sosial) langsung tak melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Selain itu aku berkhidmat sebagai Penolong AKauntan W27, kalau minta AKauntan W41 tak perlu melalui ujian tapisan terus pergi Sesi Penilaian Kompetensi untuk Akauntan. Memula aku ingat nak sambung Executive Master Public Administration (EIMAS) di UiTM. Tapi kalau jadi PEgawai Tadbir dan Diplomatik M41 sesuai la degree tu. Tapi kalau aku ambik Bacelor Perakaunan UPM pun banyak lagi peluang untuk aku ceburi.

Bacelor Parakaunan
Tempoh Pengajian 4 Tahun (12 trimester)

Alamat : Ketua , Unit Program Eksekutif, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 - 8946 777903 - 8946 7779/ 8656 7008
Faks : 03 - 8656 6175
Emel : econ_exec@putra.upm.edu.my

Syarat Kemasukan
1. Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari 3 tahun , DAN
2. Lulus SPM dengan kepujian dalam mata pelajaran ; Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu serta lulus dalam Bahasa Inggeris dan Materik (Kepujian Matematik untuk Bacelor PErakaunan) dan
3. Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran; Pengajian AM/ Kertas AM, Gred C dalam mata pelajaran lain dan gred C+ dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut ; Matematik/ Ekonomi/ Geografi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan
Atan
4. Mempunyai diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM, atau
6. Telah mendapat keputusan Malaysia Universiti English Test

In sha allah tahun depan 2015 Julai aku akan isi borang kemasukan ke program Bacelor Perakaunan tu. Memandangkan aku dah guna Pinjaman Boleh Ubah JPA. Jadi aku dah tak layak lagi. AKu rasa aku ambik PTPTN la kot. Tak apalah bayar pelan- pelan selama 15 tahun untuk kos sebanyak RM20,000.00 tu.



http://exec.upm.edu.my/

LATAR BELAKANG
Program Bacelor Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mula ditawarkan pada tahun 1985.  Kurikulum program ini digubal setelah mengambilkira ciri-ciri penting dalam pembentukan graduan yang sesuai dan memenuhi keperluan pelbagai sektor. Ini termasuklah sektor perakaunan, perniagaan, perbankan dan perkhidmatan awam. Untuk mencapai matlamat ini, kurikulum program telah digubal dengan menggabungkan bidang-bidang pengkhususan yang berkaitan pelbagai sektor tersebut. Program Bacelor Perakaunan merupakan program profesional yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Kerajaan Malaysia di bawah Jadual 1, Akta Perakaunan 1967.

OBJEKTIF PROGRAM
Objektif umum program Bacelor Perakaunan adalah untuk melahirkan tenaga terlatih dan mahir dalam bidang perakaunan khususnya melahirkan akauntan bertauliah yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan badan profesional perakaunan yang lain.

PELUANG PEKERJAAN
Peluang pekerjaan bagi graduan perakaunan merangkumi pelbagai bidang berikut:-
1. Bidang profesional sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya.
2. Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan dan perbankan serta institusi kewangan lain yang
memerlukan kepakaran perakaunan dan kewangan.
3. Sektor awam  di jabatan kerajaan dan badan berkanun.

TEMPOH PENGAJIAN
Program ini mengambil masa selama empat tahun.

KURIKULUM PENGAJIAN
Kurikulum Bacelor Perakaunan mengandungi empat (4) komponen iaitu kursus universiti, teras, elektif dan ko-kurikulum. Jumlah jam kredit serta peratusan bagi setiap komponen adalah seperti berikut:

Komponen
Jam Kredit
(%)
Kursus Universiti
18
12.7
Kursus Teras
119
83.8
Kursus Elektif
3
2.1
Ko-Kurikulum
2
1.4
Jumlah
142
100.0

LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri merupakan salah satu komponen daripada kurikulum program Bacelor Perakaunan. Tujuan latihan diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada amalan perakaunan semasa dan juga untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh menerusi program ini. Pengecualian TIDAK diberikan kepada mana-mana pelajar walaupun mereka mempunyai pengalaman kerja. Hal ini disebabkan pengalaman yang akan diperolehi adalah berbeza dengan pengalaman yang mereka lalui sebelum mengikuti program Bacelor Perakaunan.
Latihan industri akan diikuti oleh semua pelajar mulai trimester 9 pada tahun tiga pengajian selama 6 bulan. Pelajar digalakkan menjalani latihan industri di firma akauntan awam untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang akan memantapkan lagi pemikiran untuk mengikuti kursus-kursus pada dua trimester yang terakhir. Pengalaman yang sedemikian juga sangat berguna dalam apa jua kerjaya perakaunan yang mereka pilih selepas bergraduat nanti. Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan menjalani latihan industri di firma lain selagi ia berkaitan dengan bidang perakaunan atau kewangan.
Memandangkan pelajar eksekutif adalah terdiri daripada mereka yang bekerja, mereka perlu mendapatkan cuti belajar atau pelepasan daripada majikan mereka, bagi membolehkan mereka menjalani latihan industri di firma yang ditetapkan oleh Unit Program Eksekutif, FEP. Bagi pelajar yang tidak mendapat cuti belajar atau pelepasan daripada majikan, mereka dibenarkan menjalani latihan industri di bahagian yang berkaitan perakaunan atau kewangan di organisasi mereka bekerja. Walau bagaimanapun, penyeliaan dan pemantauan yang rapi akan dijalankan oleh UPE untuk memastikan matlamat latihan industri program Bacelor Perakaunan tercapai.



3) Bacelor Perakaunan

Latar Belakang
Program ini mula ditawarkan pada tahun 1985. Kurikulum program ini digubal setelah mengambilkira ciri-ciri penting dalam pembentukan graduan yang sesuai dengan kehendak profesion perakaunan dan kehendak pelbagai sektor. Ini termasuklah sektor perniagaan, perbankan dan perkhidmatan awam.

Peluang Pekerjaan
Peluang pekerjaan bagi graduan perakaunan merangkumi pelbagai bidang :
• Bidang profesional, sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya.
• Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan, perbankan dan institusi kewangan lain yang memerlukan kepakaran perakaunan dan kewangan
• Sektor awam dijabatan kerajaan dan badan berkanun.

Senarai Kursus Mengikut Komponen Kurikulum : Maklumat lanjut >>


http://econ3.upm.edu.my/upload/upload/BachelorOfAccountancy.pdf

http://econ3.upm.edu.my/upload/upload/ACT_Malay.pdf




No comments:

Post a Comment