Monday, November 17, 2014

Gaya Komunikasi

Gaya komunikasi yang paling efektif dan sepatutnya ditonjolkan semasa temu duga ialah gaya asertif!

Gaya Asertif  merupakan gaya komunikasi yang paling profesional. Penuturnya berkomunikasi secara jelas berdasarkan fakta dan maklumat lengkap. Ucapan yang disampaikan dielak dariapda pengaruh emosi yang tidak stabil. Penutur menghormati peribadi dan emosi pendengar dengan mengelak unsur-unsur seperti merendah-rendahkan keupayaan pendengar atau bercakap secara sinis. 

Gaya Pasif digunakan oleh seseorang yang takut pada kritikan orang lain. Mereka lebih gemar berdiam diri dan menganggap orang lain memahami apa yang dikehendaki dan apa yang perlu dilakukan. Mereka yang berkomunikasi mengikut gaya ini sering menyembunyikan perasaan mereka. Namum mereka mudah tersentuh sekiranya mendapat komen daripada orang lain. Mereka sukar bekerja dalam satu kumpulan atau menerima pendapat daripada ahli kumpulan.

Gaya Agresif digunakan oleh individu yang bersada mempunyai kawalan dominan ke atas orang lain. Mereka mengabaikan perasaan orang lain dan melayan orang lain seperti pekerja kelas terbawah. Pada mereka, menggunakan ugutan agar orang lain bekerja bagi mencapai matlamat yang ditetapkan olehnya bukanlah satu perkara yang salah.


Gaya Pasif-agresif adalah kombonasi ciri-ciri negatif gaya pasif dan gaya agresif. Mereka memberi arahan dengan menggunakan sindiran dan ugutan. Namun mereka takut bagi memberi maklum balas secara jelas sekiranya disoal. Mereka yang berkomunikasi jenis ini boleh dilabel sebagai ' dia buat tak apa , orang lain buat tak boleh;. 

Dipetik dari buku Resipi Baru Berjaya Temu Duga 21 Skil Santai tetapi Gempak oleh Zulnaidi Y.  keluaran mustread

No comments:

Post a Comment