Monday, November 17, 2014

Cuti-cuti Malaysia 2014, Morib, Banting.

Alhamdulillah kami sekeluarga diberi kesempatan menikmati keindahan alam ciptaan ilahi di sekitar bumi Banting, Selangor.  Malam Khamis aku memberi cadangan kepada isteri supaya kami pergi bercuti selama dua hari satu malam kat kawasan pantai. Mula-mula isteri memberi cadangan ke Port Dickson, tapi aku kurang setuju kerana suasana di Port Dickson tidak sesuai dengan jiwa kami. Lagipun Port Dickson ramai orang, risau pula penularan penyakit kaki tangan dan mulut tu di kalangan kanak-kanak buat masa sekarang. 

Malamnya kami belum ada kata putus kemana patut kami tuju untuk program percutian jangka pendek ini. Sekadar merehatkan mata yang sedang kurang sihat dan juga untuk mengambil angin baru sebelum isteriku bertugas di tempat baru iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Blok B4, Kompleks JPM. Nah di PTJ sudah dia. 

Jumaat aku pergi kerja macam biasa sebab dikatakan ada pasukan peserta kursus Audit 5S akan datang buat lawatan audit. Aku kemaskan meja dan beberapa barangan yang tidak sepatutnya berada di ruang kerja aku. Kemudian aku kemas stor penyimpanan dokumen di aras 4. Dua tiga kali aku masuk keluar masuk keluar stor baru dapat idea cara untuk mengemas stor tersebut supaya nampak lebih kemas dan sedap mata memandang. 

Lebih kurang pukul 11 pagi aku memaklumkan rakan sepejabat akan ke Klinik Infeksi untuk berjumpa doktor ini kerana telah dipesan sekiranya mata masih merah pada hari keempat kena datang lagi. Doktor yang memeriksa ku memberitahu kemungkinan besar ini bukan sakit mata biasa ini kerana tiada tahi mata yang cair tu. Lalu dia buat surat rujukan ke Klinik Pakar Mata di Hospital Putrajaya, di samping itu beliau mengeluarkan satu hari sijil sakit untukku. 

Jam menunjukkan lima belas minit ke pukul 12 tengahari. Memandangkan hari ini Jumaat tempat letak kereta di perkarangan hospital telah banyak kerana orang ramai telah keluar bersiap ke Masjid  untuk melaksanakan Solat Jumaat. Alhamdulillah tak ramai orang di kaunter pendaftaran, selepas mengambil nombor giliran tiga minit kemudian nombor giliranku dipanggil dan aku menunjukkan surat rujukan kepada petugas kaunter pendaftaran. Selepas itu aku ke Klinik Pakar Mata untuk giliran seterusnya. Sekilas ku pandang jam tangan yang telah menunjukkan pukul 12.15 tengahari risau juga jika aku tak sempat jumaat. Beberapa minit kemudian nombor giliran ku dipanggil. 


Doktor muda lulusan Ireland merawatku, dikelebeknya mata ku dan disuluh menggunakan alat memeriksa mata. Mudanya doktor pakar ini. Kemudian dia kata minggu depan kena jumpa dia lagi, selain itu beliau menasihatkan aku supaya tidak ke pejabat dan rehatkan diri di rumah buat sementara waktu. Aku juga dinasihatkan untuk tidak bergaul dengan orang ramai untuk mengelakkan jangkitan. Tetapi aku berpandangan kalau aku pergi tengok pemandangan indah memang best nie. 


Malamnya aku google beberapa tempat menarik di sekita Banting. Alhamdulillah banyak juga maklumat aku dapat dan lebih bagus lagi ianya amat sesuai dengan program percutian dua hari satu malam yang kami bincangkan. Bukit Jugra ada rumah api lama dan pemandangan yang sangat cantik. Pantai Kelenang yang indah dan mendamaikan. Pantai Morib yang menyegarkan angin Selat Melaka bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pantai Bagan Lalang yang penuh dengan manusia. 


Keesokan harinya kami bangun awal. Aku memberitahu isteri bawa satu persalinan baju dan baju tidur kemungkinan kita akan bermalam di sana. Kami memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi, masa tu juga penduduk kuarters nie sibuk ngan urusan perlawanan bola sepak 9 sebelah. Perjalanan ke Banting mengambil masa selama sejam. Kami meneruskan perjalanan ke Jugra untuk menghala ke rumah api. Sejam kemudian kami sampai, memang cantik pemandangan sekitar rumah api tu. Gembira sangat tak sangka-sangka boleh menjejakkan kaki ke tempat yang menarik tu. 

Kemudiannya kami menuju ke Pantai Kelanang, agak tersorok sikit kedudukan pantai ini dan rasa sedikit tidak selamat. Al maklumlah pesisir pantai nie kan dekat ngan Indonesia, manalah tahu kot- kot ada lanun Selat Melaka menyinggah kan. Selepas ambil angin sekejap kami meneruskan perjalanan ke Pantai Morib. Ingat dihati nak menginap di Gold Coast Morib International Resort, banyaknya manusia dan kereta. Tempat parking pun penuh, tak sesuai la pula. Singgah ke Rumah Peranginan Persekutuan BPH, pun penuh. Kemudiannya kami ke Impian Morib... alhamdulillah ada bilik. Pemadangan yang cantik dan tidak boring. Kemudahan hotel pun ok dan kadar makan tengahari untuk dewasa adalah RM22 seorang, manakala kanak-kanak di bawah 11 tahun separuh harga dan kanak-kanak di bawah 5 tahun percuma. Hidangan yang disediakan boleh tahan, daging masak merah, masakan kampung, sup daging, mee kuah, pelbagai ulam-ulaman dan pencuci mulut terdiri daripada pelbagai jenis kueh-mueh dan buah-buahan. 

Kenyang makan kami check in bilik, satu katil single dan satu katil queen. Bilik kami mengadap kolam renang yang sangat besar dengan pemandangan yang cantik sekali. Di balkoni pintu masuk jelas kelihatan suasana pantai yang cantik dan suatu pemandangan yang cukup indah saujana mata memandang. 

Malamnya kami order makanan jer, tiga orang makan baru RM36 lebih kurang makan kat kedai juga. Esoknya selepas mempersiapkan diri kami bersedia ke kantin untuk sarapan. Menu sarapan tosei cicah kuah kacang. Terdapat juga makanan utama seperti nasi lemak sambal sotong, mee goreng sosej, dan nasi air. Minuman pula air kosong, splash oren dan kopi/tea. 

Selepas sarapan kami kembali ke bilik, manalah tahu kot kot rasa nak berak ker apa kan. Senang sikit, selesa pun ya kan. Sedang duduk-duduk berehat tengok tv cerita Cupcake Mama elektrik putus. Kami pun check out, perjanalan ke Tanjung Sepat memang indah tapi sayang dah sampai ke tempat dituju tiada yang menarik. Kampung Cina dan kawasan pekan cina. 

Kami meneruskan perjalanan ke Bagan Lalang. Bagan Lalang memang menarik banyak hotel yang menarik dan tempat makan pun banyak. Bagi mereka yang suka makanan laut  dan ikan bakar disinilah tempatnya. Kami melepaskan penat dengan menikmati air kelapa pandan muda. Selepas itu kami meneruskan perjalanan balik ke Putrajaya melalui pekan Sepang terus ke Nilai dan ke akhirnya Putrajaya. 

Memang seronok percutian kali ini. Badan rasa segar otak pun rasa berkembang. 






No comments:

Post a Comment