Friday, July 22, 2011

Al kisah Follow Up Pertukaranku

Dua minggu lepas aku telefon Jabatan yg menguruskan pertukaran kami. Memula aku berhubung dengan kerani HR yang jaga pertukaran jawatan kami. Bosan dengan jawapan belum ada mesyuarat. Aku telefon pegawai dia, hampeh juga jenis pegawai perempuan gila kuasa. Aku bertekak juga dengan dia cakak kenapa tak boleh proses percepatkan sebab ini kes rayuan dan kes ini berkaitan dengan kesihatan anak. Aku persoalkan dimana kebajikan kami. Dia mengatakan selama ini tidak pernah seorang pun berterima kasih kepadanya dalam urusan pertukaran. Aku bagi tahu dia, dia dibayar gaji untuk menguruskan pertukaran pegawai-pegawai di bawah Jabatan ini. Teruknya perangai tak padan ngan jawatan pegawai yang dianggap anak emas jugalah...
Minggu nie aku call puan F KPP diorang, layanan dia ok, dan dia juga suruh aku emel maklumat aku. Aku bagitau saya dah emelkan dan saya nampak dalam maklumbalas emel aduan website saya emel tu diforward kepada puan F. Dia kata emel dia tak boleh buka sebab masalah talian. Esoknya aku call PA TIM Korporat dia jawab dan bagitau minit bebas dah masuk, petang nanti keluar lah tu. PA tu sound juga aku katanya nama awak dah femes sebab selalu call.
Petangnya aku call lagi ingat nak bercakap dengan PA tu sekali bos dia yg jawab. Dengan suara garang dan gaya bercakap orang sombong, dia tanya apa kaitan jabatan awak dengan jabatan kami. Itu selepas aku perkenalkan diri lah. Sabar jer lah aku... aku pun terangkan tujuan telefon, dia dengar jer nama aku terus dia bagitau. Oooo awaklah orangnya ya... tak cukup telefon awak emel dan buat aduan juga ya. Aku bagitahu betapa hampanya aku sebagai lantikan di bawah jabatannya diperlakukan sebegini. Sekurang-kurangnya bagilah satu tarikh agar aku dapat buat keputusan untuk membeli tiket ker apa ker... ini aku kerugian kerana terpaksa beli tiket dengan harga yang mahal. Dia kata kalau dah isi borang tu cukuplah tahulah diorang buat keje. Ada sistem katanya. Masalahnya dah dua bulan aku tunggu dari bulan April sampai Jun tiada apa2 tindakan. Selepas berkali2 follow up cara lembut tiada tindakan, aku fikir baik aku tanya orang atasan yang dikatakan buat keputusan dan selalu tiada di opis kerana function jabtan. Aku tak pasti ini betul atau alasan ikan bilis semata. Minggu lepas juga aku diperlakukan macam sampah oleh kerani dia, buat aku hangin. Aku tekankan suara. Ada ker aku minta nama dan no telefon orang atasan tu pun dia tak nak bagi. Suruh aku check direktori, memang aku dah check kebetulan jabatan perbaharui website sistem tak beapa betul direktori susah nak semak. Dia kata dia sibuk nak gi jumpa bos dia. AKu bagitahu tak sampai seminit pun awak bagi tahu nama orang atasan awak tu. dia bagi nama depan jer...nama belakang dia tak ingat. Aku telefon operator dan dapatkan maklumat lanjut.
Esoknya kebetulan meeting batal, aku ambil masa 10 minit taip emel kepada pegawai atasan diorang. Tiga emel aku hantar satu pun tak der balasan. Aduan yg aku buat pun cuma maklumkan akan diambil tindakan oleh Unit terbabit... apa aku tak sakit hati begini...

Hari Khamis lepas aku cuba call lagi PA Timbalan tu tanya... dia kata semua dah ok... tunggu surat untuk ditandatangan jer lagi...

Aku nekad suatu hari nanti aku akan cuba sedaya upaya untuk keluar dari Jabatan yang buat aku cenggini... insya allah dengan izin allah aku akan cuba post professional yang lain yang lebih bagus dan lebih prihatin akan kebajikan kakitangannya. Ya allah jauhkan lah aku dari bersikap seperti mereka ini.

Hal ini memang memberi pengajaran yang amat bermakna dalam hidup aku...

No comments:

Post a Comment