Saturday, April 19, 2014

Permudahkanlah....

Sudah enam tahun kami berkhidmat di jawatan sekarang, lamanya tak tunggu naik pangkat nie. Ya allah kau permudahkanlah urusan kami.



In sha allah semoga tahun nie adalah rezeki untuk kami naik ke gred kanan.
Kalau naik ke gred kanan tahun nie beberapa keadaan akan berlaku. Gaji minimum Gred 32 adalah RM2,731.00. Gaji basic aku sebelum Oktober 2014 RM2,327.68. Kalau dapat memangku sebelum bulan Oktober dapatlah elaun memangku besar sikit iaitu RM2,731 - RM2,327.68 bersamaan RM403.32. Kalau dapat memangku selepas kenaikan gaji tahunan Oktober sebanyak RM145 setahun, maka elaun memangku pun kuranglah sebanyak RM145 menjadikan elaun memangku akan diterima sebanyak RM258.32. Manakala kalau tahun depan selepas Oktober 2015 baru dapat pemangkuan, elaun memangku hanyalah satu kenaikan gaji gred dipangku iaitu RM155.00.



Sekarang pemangkuan bagi kumpulan sokongan hanyalah enam bulan sahaja. Berbanding P&P 6 bulan hingga setahun. Aku berharap sangat naik ke gred kanan tahun nie. Ya allah kau permudahkan lah ... Mana tahu rezeki anak kedua nanti kan... in sha allah.

Untunglah lantikan 2004 cepat jer naik pangkat, kalau kumpulan P&P tu dah pun gred 52. Kalau kumpulan sokongan masing-masing dah kanan sekarang nie. Ada tak der dah layak mohon kanan bagi gred 17 ke 22. Yang gred 27 tu sememangnya dah naik ke gred 32. Untung sabut timbul untung batu tenggelamla kan.

No comments:

Post a Comment