Saturday, September 17, 2011

Raya Pertama Bersama Keluarga Mertua

Salam Aidilfitri... 


Tahun nie aku beraya di kampung isteri, Pontian... perjalanan dari Putrajaya ke Pontian dan sebaliknya alhamdulillah selesa sangat2... maksudnya perjalanannya lancar...


Raya kali nie amat istimewa sebabnya aku beraya dengan anak, isteri dan keluarga mertua... tahun lepas kami beraya sebagai suami isteri... tahun nie beraya sebagai ayah dan ibu kepada anak kami Ahmad Alif Najmi... 


Dua minggu selepas beraya kami pergi melancong ke Cameron Highlands... dah lama aku tak kesana... tahun 2003 last kesana... inilah kali kedua aku jejak ke sana bersama isteri dan anak... terima kasih kepada isteriku kerana menaja minyak dan penginapan... ha ha ha... 


Oleh kerana budget ciput jer so aku tak beli banyak barang sangat... just beli untuk makan2 jer... apa boleh buat kan... syukurlah isteriku menyimpan sikit2 kan... he he he


Perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron pun ok jugalah... tak jem... kami keluar rumah pukul 10 pagi melalui PLUS... exit kat USJ... berenti rehar di R&R Tapah dalam jam 1.00pm... selepas meneruskan perjalanan melalui simpang pulai kami sampai di Tanah Tinggi Cameron jam 3 petang. hi hi hi .. orang memang ramai kat sini... ramai pelancong2 dari Negeri Pantai Timur... kebetulan kan UPSR baru habis... ha ha ha ...  aku seronok sangat dapat menjejakkan kaki ke CH nie... anak aku pun sama... jelas terpancar keceriaan dan keseronokannya...  


Kami pulang keesokan harinya... iaitu hari Sabtu... bertolak dari CH selepas selesai beli belah lebih kurang jam 12 tengahari... berenti rehat di Tapah R&R sejam... sampai di rumah jam 5.30 petang. Balik kami ikut exit Putrajaya dengan bayaran tol RM 29.++ kiranya sama jugalah kalau kami ikut exit USJ dengan bayaran tol PLUS RM27 dan LDP RM3.20... hu hu h u... 


malamnya aku berehat di rumah jer... sambil tengok drama Bara Cinta Aidilfitri.. hmmm drama nie banyak memberi pengajaran kepada aku... jangan cakap sindir2 lagi... aku akan menghargai apa yg aku ada... insya allah...

No comments:

Post a Comment