Friday, June 24, 2011

Susulan Permohonan Tukarku...

Tuan Presiden,

Saya dah menghubungi
Encik Hang Yusri sebentar tadi bagi memperoleh gambaran sebenar masalah/kesulitan yang beliau hadapi. Ternyata beliau telah mengambil tindakan menerusi saluran yang sepatutnya dan sedang menantikan keputusan dari pihak atasan JANM berhubung pertukaran/perpindahan ini. Beliiau sememangnya berharap agar masalah ini dapat diselesai seperti yang diharapkan.

MOHD ASRAF BIN OMAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AUDIT DALAM
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

TEL. : 03-8886 9597
FAX. : 03-8886 9560


________________________________________
Daripada: Md Nor Bin Maarof
Telah Dihantar: 23 Jun 2011 11:03
Kepada: HANG YUSRI BIN ISHAK; Mohd Hafizan Rojalai
Sk: Zalshamsuri Bt MOhd Yaacob; Mohd Asraf B. Omar

Perkara: RE: MOHON PERTOLONGAN

Salam kepada rakan semua,

Perkara telah diambil maklum dan akan merisik dengan BPPP dlm waktu terdekat.
Sekian.
________________________________
From: HANG YUSRI BIN ISHAK [pt_m2jkt@yahoo.com.my]
Sent: Thursday, June 23, 2011 6:10 AM
To: Mohd Hafizan Rojalai
Cc: Md Nor Bin Maarof; Zalshamsuri Bt MOhd Yaacob; Mohd Asraf B. Omar

Subject: Re: MOHON PERTOLONGAN

Salam tuan/puan

Surat permohonan saya hantar pada bulan April 2011 diluluskan oleh Pengarah hospital dengan pengganti serentak. Beberapa minggu kemudian saya hantar surat rayuan dengan mengemukakan surat doktor berkaitan kesihatan anak saya dan salinan sijil nikah. Saya orang semenanjung dan telah berkhidmat di Sabah dalam skim Penolong Akauntan mulai Disember 2008.

Terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan/puan dalam hal ini.

sekian.

Yang benar,

HANG YUSRI BIN ISHAK
830727-03-5005
No. Hp : 013-2213 554
Unit Hasil, Bahagian Pengurusan
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci 187
88996 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-522600 ext 590/801
Faks : 088-45851


emel : pt_m2jkt@yahoo.com.my
hyusri83@hotmail.com
hyusri@sbh.moh.gov.my


________________________________
From: Mohd Hafizan Rojalai <hafizan.rojalai@moe.gov.my>
To: "hyusri83@hotmail.com" <hyusri83@hotmail.com>; "pt_m2jkt@yahoo.com.my" <pt_m2jkt@yahoo.com.my>
Sent: Wednesday, 22 June 2011 9:39 PM
Subject: FW: MOHON PERTOLONGAN

Dimajukan sekali lg..

MOHD HAFIZAN BIN ROJALAI
Unit Kewangan dan Akaun
Lembaga Peperiksaan Malaysia

Tel : 03 - 8884 5316
Fax : 03 - 8884 5325
E-mail : hafizan.rojalai@moe.gov.my
________________________________
From: Mohd Hafizan Rojalai
Sent: Wednesday, June 22, 2011 10:52 AM
To: Rihaida Bt. Naim; mdnor@anm.gov.my; zalsham@anm.gov.my; asraf@anm.gov.my
Cc: arif@mod.gov.my; hyusri83@hotmail.com

Subject: RE: MOHON PERTOLONGAN

Terima kasih atas respon yang telah diberikan. Untuk makluman semua, mengikut maklumat yang telah diberikan semua dokumen berkenaan telah pun diserahkan kepada BPPP, JANM dan sebolehnya beliau tidak mahu isteri beliau ditukarkan ke Sabah memandangkan ibu mertua kurang sihat.

En. Hyi bin Ishak,

Mohon tuan berikan respon pertanyaan daripada Setiausaha PERPENA. Mungkin boleh serahkan satu salinan untuk semua dokumen berkenaan kepada Setiausaha PERPENA bagi menyediakan surat sokongan daripada PERPENA kepada BPPP, JANM.

Sekian, terima kash.

MOHD HAFIZAN BIN ROJALAI

Unit Kewangan dan Akaun
Lembaga Peperiksaan Malaysia

Tel : 03 - 8884 5316
Fax : 03 - 8884 5325
E-mail : hafizan.rojalai@moe.gov.my
________________________________
From: Rihaida Bt. Naim [rihaida@MACGDI.GOV.MY]
Sent: Wednesday, June 22, 2011 8:46 AM
To: Mohd Hafizan Rojalai; mdnor@anm.gov.my; zalsham@anm.gov.my
Cc: asraf@anm.gov.my; arif@mod.gov.my

Subject: RE: MOHON PERTOLONGAN

Dear all,
Untuk bantu sahabat kita ni rasanya kita perlu dapatkan maklumat berikut untuk kita majukan kepada pihak pengurusan JANM. Saya juga ada bertanyakan hal ini kepada CC Abuyah (ex BPPP)yang bertugas di tempat saya. Cadangan beliau spt berikut:

1. Dapatkan tarikh bila borang dan surat permohonan bertukar dibuat – mestilah disokong oleh Ketua Jabatan tempat bertugas sekarang.
2. Untuk mempercepatkan proses – pegawai perlu mengemukakan surat rayuan kepada AG. Nyatakan butiran lengkap pegawai tarikh lantikan, bila mula bertugas di Sabah. Adakah beliau orang Semenanjung atau Sabah?. Jika baru berkahwin sertakan salinan sijil kahwin dan nyatakan sebab-sebab untuk berpindah. Untuk kuatkan alasan sertakan surat dari doctor untuk pengesahan.
3. Jika 2 perkara ini telah ada, PERPENA mungkin boleh beri sokongan dan majukan surat kepada penasihat dan penaung kita di BPPP memandangkan kes ini adalah serius.
4. Maybe Presiden atau Pn Zalshamsuri boleh bantu memandangkan berada di AG untuk membuat semakan dengan Pn Fikriah di BPPP.
5. En Hafizan tolong dapatkan maklumat pegawai berkenaan untuk dihubungi.

STK.


From: Mohd Hafizan Rojalai [mailto:hafizan.rojalai@moe.gov.my]
Sent: Tuesday, June 21, 2011 10:42 PM
To: mdnor@anm.gov.my
Cc: Rihaida Bt. Naim; asraf@anm.gov.my; zalsham@anm.gov.my; arif@mod.gov.my
Subject: MOHON PERTOLONGAN

Salam Tuan Presiden,

Saya ada menerima mesej melalui Facebook daripada seorang ahli PERPENA yang meminta pertolongan berkenaan pertukaran. Saya faham bahawa hal pertukaran ini tiada kaitan dengan PERPENA. Memandangkan beliau mempunyai masalah yg boleh saya kategorikan 'serius' maka saya mohon pertimbangan daripada tuan.

Saya berpandangan mungkin PERPENA ada ruang dan peluang untuk membantu rakan kita dalam mempercepatkan proses pertukaran berdasarkan kepada objektif penubuhan PERPENA iaitu menjaga kebajikan ahli.

Bersama ini disertakan mesej beliau untuk makluman tuan.

"salam tuan,

boleh tolong saya ker?

Anak saya ada masalah kesihatan, selalu kena review. Anak saya tu sumbing lelangit, nak jaga bukan senang. Silap bagi susu tersedak plak.

Saya mohon tukar daripada Kota Kinabalu nak ke Putrajaya. Orang rumah saya pun keje Putrajaya... baru bulan Februari hari tu isteri saya melahirkan anak. Tak sangka pula sangkut lagi. Padahal kami dah amalkan anzal. Rezeki agaknya.

Saya dah banyak kali juga follow up dengan puan fariza, untuk mengetahui status permohonan pertukaran saya. Lepas tu saya dah buat rayuan juga. Tapi masalahnya macam belum ada status lagi, jawapan dia senang jer "takkan saya nak push orang atasan".

Kelmarin isteri saya keluar darah lagi... penat ulang alik dari tempat parking ke hospital Putrajaya tu. Masa tu review anak saya tulah.

Isteri saya macam dah tak boleh nak tanggung sorang2 lagi... asyik menangis jer... lepas tu marah2... tension agaknya.

Saya tak tahulah macam mana nak dapatkan sumber untuk cari calon suka sama suka. Ada tak cara untuk mempercepatkan proses tukar W27? Untuk makluman saya lantikan Disember 2008."

Beliau ialah Encik Hyi bin Ishak, W27 bertugas di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah.

Sekian, terima kasih.


MOHD HAFIZAN BIN ROJALAI
Unit Kewangan dan Akaun
Lembaga Peperiksaan Malaysia

No comments:

Post a Comment