Sunday, April 23, 2017

Cuti Tiga Hari Bestnya... Syukur

Salam Hujung Minggu yang Panjang... 

Alhamdulillah hari ni dah ada mood balik nak mengarang. Hari ini kitorang bangun pagi dan sarapan kat kedai Abang Mat Cyberjaya sebelah Puffy tu... makan nasi kerabu dia memang sedap sebab pinggan besar dan senang sikitlah nak gaul segala bahan nasi kerabu tu. Memandangkan makan tempat spesel jadi sarapan mestilah seperti raja, maka aku minta nasi tambah dan letak lauk ayam gulai. Lucunya ingatkan ayam perecik rupenya ayam gulai. Syukur rezeki hari ini. Budak-budak macam biasa tak nak makan jadi aku ambil mee goreng sikit dan dua ketul ayam goreng kunyit bahagian peha. Ibu mertua dan isteri makan nasi kerabu dengan telur masin, itulah menu diorang kalau makan nasi kerabu. Siti memang suka makan telur masin tu, habis telur kuning telur masin nenek dia bedal. 

Bagi aku kalau makan nasi kerabu kat kedai Abang Mat Cyberjaya tu mestilah minum air teh o dia, tehnya wangi dan manisnya sedap jer masa panas pun boleh telan teh tu. Tapi pagi tadi teh dia kurang manis, jadi aku bagitau pelayan tak rasa gula dalam teh tu. Jadi dia pun tambah gula. Lepas minum teh yang dah ditambah gula, barulah kenikmatan biasa tu datang balik. Alhamdulillah... Najmi plak dah order air milo suam tapi sibuk nak minum air teh nenek dia. Sekali dia minum air teh nenek dia, tawar katanya. Aku bagi dia minum teh o aku baru dia kata yang ni baru sedap. Aku pun bagilah dia minum air teh tu dan aku tukar minum air milo dia. Macam biasa Najmi dan Siti tak nak makan kalau nak berjalan, jadi kami pun pujuk diorang kena makan kalau nak gi jalan nanti penat atau cacing lapar dok gigit usus nanti. Terus Najmi dan Siti pun makan ayam goreng masing-masing. 

Jumlah bil sarapan pagi tadi RM33.50 untuk tiga pinggan nasi kerabu (dua set telur masin, satu set ayam gulai), mee goreng dengan 2 ketul ayam goreng, teh o dua, milo suam dua, teh tarik satu. Oklah puas hati sebab masakan Kelantan dia memang sedap gila... Selepas bayar bil aku bungkus sekali mee goreng yang diorang tak makan tu mana tahu kan kot diorang mintak dalam kete nanti ada juga makanannya. Sempat lagi aku masuk bilik termenung dia, masyaallah ini kali pertama aku masuk sangat2 tidak memuaskan bilik termenung dia sepatutnya dia kenalah bersihkan betul-betul bilik termenung ni. Restoran kat Cyberjaya bilik termenung sangat kotor, dah la depan bilik termenung tu diorang buat masak gulai kawah. Ok ada kekurangan juga kedai ni. 

Selepas dah kenyang kami pun mulalah ke destinasi GM Klang. Kali ni aku ikut Elite keluar Tol Batu 3, lepas tu masuk KESAS. Rupenya kalau ikut KESAS terus sampai ke GM Klang tu, keluar kat Taman Botanik. Masa balik tadi pun aku ikut KESAS juga setelah bayar dua kali tol aku ikut NPE. 

Kami sampai di GM Klang jam 9.00 pagi masa tu memang tak de orang lagi parking pun senang. Dapatlah parking depan Lif. Sebelum ni sampai kul 10 pagi parking dah penuh tu. Kami bawa mertua sebab dia kata nak beli barang-barang hadiah hari jadi untuk anak-anak dan menantu. Jadi memang banyaklah dia beli, sambil tu dia beli jugalah beg tangan yang dia berkenan tu. Aku sekadar cuci mata sebab pengalaman yang lepas beli baju anak-anak kat sini kualiti kain dia kurang memuaskan, rasa macam baik beli seluar jean tu kat Sogo jer harga lebih kurang dengan kualiti yang jauh lebih baik. Anak-anak aku kalau keluar dengan nenek dia tak der keje lain mesti nak mainan baru. Tapi diorang kena berjanji untuk belajar rajin-rajin, makanya CT dan Najmi setiap petang akan setia dok mengadap nenek dia dan belajar membaca dan mengira. 

Alhamdulillah kali ni kami bawa kereta sorong bayi, dua jam pertama CT duduk dalam kereta sorong tu. Pukul 12 tenghari Najmi dah penat dan lapar katanya sampai tertido-tido. Jadi pukul 12 tengahari Najmi duduk dalam kereta sorong tu, memula CT memang la nangis kan puas dipujuk. Akhirnya beli sepasang kasut RM10, hari tu cari tak jumpa kali ni jumpa belilah. Baru CT ok sanggup jalan guna kasut baru. Selipar yang aku beli hari tu menyebabkan kaki CT melecet, nampak sangat la kan tak sesuai. Memang kami berniat kalau jumpa kasut yang sesuai nak beli untuk CT, rezeki kami jumpa kali ni. Alhamdulillah syukur sangat ya allah masa kami bajet ciput jer jumpa juga kasut yang murah seperti dicari. Dok jalan-jalan habis pusing tingkat Satu, Tiga dan Empat... akhirnya kami berjalan tingkat Dua... hmmm memang banyak butik yang dicari. Baju melayu tadi paling murah RM25 sepasang, tapi bajet tak der... tak per lah... lepas tu jumpa butik yang ok pemilik butik seorang perempuan Cina yang berniaga dengan dibantu anak daranya. Mertua aku pun kata kain dan design kat situ lawa... mata ku pun kata benda yang sama. Dok belek-belek, harga sepasang jubah RM130 kalau beli 3 pasang dapatlah percuma satu. Tapi bulan tengah mengambang kan, tahan jer lah... akhirnya beli jugalah sehelai baju untuk ibu aku. 

Masa kat kedai beg ternampak beg yang memang tengah hangat buat masa sekarang. Kesian plak tengok adik aku dok bawa beg SSPN-I yang aku bagi. Jadi belilah sedosen dapatlah harga RM15 satu kos semuanya RM180. Kebetulan masa beli beg tu Najmi dok mengendeng beg-beg kat kedai tu... tapi dia tak minta pun. Selepas tengok aku bagi CT satu beg yang aku beli tadi dia pun terus minta siap bagitau nak warna merah. Sib baik aku ambik dua warna merah tu. Terus buka bagi dia pakai, sukanya meleret senyum sampai ke telinga. 

Selepas selesai pusing-pusing jamu mata kat GM Klang kami menagak ke EconSave Bangi sebab nak beli seluar sukan. Sebab hari tu nampak harga seluar sukan kat EconSave Bangi memang murah giler belasan ringgit jer. Kalau kat AEON Big atau tempat lain RM20++. Anak aku sekali lagi nak baju tidur Frozen, hahaha ibu dialah kena pau. Lepas tu aku gi beli sayur dan lauk sikit, nak beli ayam ramai pula dok beratur. Selepas tu kami makan... siap makan balik umah. 

Penatnya hari ni ingat nak tidur awallah... nak rehat sungguh-sungguh. hihihi... Oklah Selamat Malam!!!

No comments:

Post a Comment