Sunday, March 6, 2016

6 Mac (Ahad)

Salam Hujung Minggu...

Hari ini sepatutnya aku kena pergi pejabat siapkan laporan Verifikasi Aset PPTG yang aku pergi tempoh hari. Esok aku kena bagi kat bos untuk semakan. Tapi memandangkan kes hilang dokumen tu menyebabkan pejabat kecil dirumah bersepah dengan aturan yang tidak bagus serta banyak habuk. Jadi bangun pagi aku kemas ruang kerja kecilku di rumah a.k.a. meja belajarku. Setelah siap kemas dan sapu semua habuk maka mejaku pun kemas dan sedia untuk digunakan. Untuk melepaskan lelah mengemas tadi aku pun buka lagu Celine Dion dan lagu2 lama sambil melalak bersama anak-anak. Lepas tu buka lagu tadika untuk anak-anak aku. Lepas tu aku buka Upin Ipin biar anak-anak aku tengok dan aku pun pergi mandi.

Hari ini aku perasan selepas format bahawa antivirus takde. Ok nanti aku cari antivirus yang sesuai dengan urusan pejabat kecilku tapi kali ni tak nak beli kaspersky tapi nak cuba Avast. Sebab opis pun guna Avast. Sambil tu aku cuba juga install office 365 setahun yang aku beli hari tu sayagnya dah tak boleh. Kena beli office la plak, kali ini aku nak beli office lifetime punya la plak.

Ok sekali lagi operasi membasuh cadar dan sarung bantal dan juga baki baju kotor semalam termasuk baju yang terkena kencing Siti. Hmmm penat pula badan terasa hari ni kalau dapat pergi mengurut badan ni sedap ni. Sambil tengok tv Najmi dan Siti dok main atas belakang... leganya. Nikmat memiliki anak-anak kecil. Selepas ni aku dah start ada kelas kesian diorang dah tak boleh bermain-main dengan aku. Dah la aku balik kul 8 malam setiap hari sebab komitmen kerja. Semoga aku cepat-cepat belajar dengan kerja baharu aku ni.

Kul 12 tengahari anak-anak masing-masing tidur, aku plak melayari internet mencari maklumat IPG untuk adikku. Entahlah... aku tak jumpa maklumat yang tepat. Selepas solat zohor aku pun mandi, anak2 pun dah bangun jadi siapkan mereka untuk keluar ke Alamanda. Sebab dah janji nak belanja diorang makan ais krim masa nyanyi lagu Ice Cream pagi tadi. Sambil tu kami carilah barang dapur.

Singgah juga ke kedai komputer cari office baharu dan antivirus. Mahalnya RM450 untuk office dan RM145 untuk Avast 3 PC. Terpaksalah aku pejamkan mata membayar amaun hampir RM590 tu.

Balik rumah install office alhamdulillah boleh guna dan sesuai juga dengan ginger aku tu. Alhamdulillah semoga urusan aku pada masa akan datang dirahmati Allah yang maha esa dan maha mengetahui.

Malam ni kena usahakan siapkan laporan tu... sebelum tu kita makan dulu...

Selamat malam!

No comments:

Post a Comment