Monday, September 16, 2013

Dapat Sambal Durian

Petang semalam kakak telwfon suh gi ambik barang kiriman dari Kampung. Parent kirimkan buah duku bertangkai dalam 4kg kot, lepas tu buah petai, buah jering , pulut sira durian, sambal duriqn dan lepok durian.

Memandangkan kakak aku dah penat, jadi aku pergi sampaikan buah kpd abg di USJ.

Hmmm adik perempuan marah katanya dia penat2 balik tapi dapat sikit je. Katanya lagi kalau nak banyak baliklah sendiri. Sabar jew lah... Mulut manusia memang x leh tutup. Padahal minggu depan dia balik lagi. Pikir 10 kalilah mau mengirim kalau begini.

Memandangkan semalam kami balik umah sampai dah magrib. Nasi putih pun tiada. Jadi aku pun makan jew buah duku langsat tu. Selepas tu alas perut ngan roti.

Anak aku pula makan roti. Selepas minum sekotak air. Dia macam nak tido. So kami pun masuk bilik. Aku masuk bilik air memanusiakan diri. Selepas mandi nampak alif tgk tv. Aku sediakan buai dia. Selepas tu aku solat isyak. Nampaknya alif masih lagi atas katil bersana ibunya.

Kul 9.30mlm alif masuk buai dan selepas habis satu episod Drama aku tutup tv dan tido.

No comments:

Post a Comment