Semua orang ada memasang cita-cita untuk memiliki rumah sendiri. Apatah lagi bagi pasangan yang sudah berkahwin. Begitu juga dengan aku, pengalaman yang lepas banyak memberi tamparan terhebat dalam hidup ini dan membuatkan aku membuat keputusan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan dengan kadar bayaran balik dan jumlah pinjaman yang mampu diuruskan.
Teringat lagi kata-kata kerani tua di pejabat lama aku, katanya jangan beli kereta kerana harga kereta akan terus menurun dari tahun ke tahun. Malah beliau menasihatkan aku segera membeli rumah untuk masa hadapanku. Tambah beliau lagi harga rumah akan terus meningkat naik. Beliau telah berkongsi pengalaman beliau bagaimana susahnya beliau dan suami untuk mendapatkan tiga buah rumah. Rumah pertama dibeli oleh suaminya, manakala rumah kedua dibeli olehnya dan akhir sekali rumah ketiga dibeli dengan perkongsian pembiayaan dengan pasangannya.
Pada masa tu tahun 2006 gaji aku masih kecil gaji pokok baru mencecah RM700 elaun baru RM200 menjadikan pendapatan kasarku RM900.00 selepas potong KWSP dapatlah RM820. Komitmen pada masa itu PTPTN sebanyak RM75, bayaran ansuran motor RM145, sewa rumah RM150 bagi ibu RM50 selebihnya aku buat belanja isi minyak motor, makan, beli keperluan dapur dan lain-lain lagi.
Tahun 2007 diperkenalkan Elaun Sara Hidup gaji semakin tinggi dan aku sambung belajar di UiTM Shah Alam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pentadbiran AM228. Pada semester kedua aku pindah ke Kota Kinabalu, Sabah dan aku tukar mod pengajian daripada ePJJ kepada PLK dan tukar kampus daripada Shah Alam ke Kota Kinabalu. Teringat lagi aku mendapat panggilan telefon daripada Ketua Program mengucapkan selamat maju jaya kepadaku.
Tahun 2008 aku meneruskan kehidupan dengan pendapatan sekitar RM2000. Ini kerana Elaun Perumahan Wilayah pada masa itu aku dapat RM780 manakala BIW pula berdasarkan gaji pokok. Tapi pada masa itu aku beli kereta pertamaku Proton Saga Aeroback 1.3 dengan harga promosi RM30,000. Tempoh pinjaman selama 9 tahun dengan bayaran balik RM345 sebulan. Pada masa ini aku belum memikirkan untuk membeli rumah.
Penghujung tahun 2008 aku berjaya temuduga Penolong Akaunta W27 dan mula berkhidmat sebagai Penolong Akauntan W27 di Kota Kinabalu sehinggalah aku tamat pengajian di UiTM tahun 2011. Pada masa aku melapor diri di Kementerian Kesihatan Malaysia aku berkenalan dengan seorang gadis yang kemudiannya kami mendirikan rumah tangga pada 2010. Tahun 2011 cahaya mata pertamaku lahir ke dunia ini. Komitmen semakin bertambah. Ogos 2011 aku bertukar ke Putrajaya.
Pada tahun 2012 aku belum berminat untuk membeli rumah, entahlah mungkin sebab komitmen dan gaji. Alhamdulillah gaji semakin naik dengan ketaranya. Kadar kelayakan pinjaman perumahan pun semakin tinggi. Tahun 2013 aku menetapkan matlamat untuk mendapatkan rumah dengan harga yang mampu dibayar ansurannya. Tidak berguna juga aku mengikuti keegoan diri membeli teres dengan harga melebihi kelayakan dan melebihi kemampuan bayaran balik. Januari 2013 setelah berbincang dengan pasanganku, kami telah keluar survey rumah di sekitar berdekatan Putrajaya. Mahal juga dan di luar kemampuanku. Isteri aku menyatakan hasratnya untuk membeli rumah di kawasan Muar.
Mac 2013 aku melawat Taman Exora dan kemudiannya ke Taman Dahlia. Setelah melawati laman web IOB terdapat beberapa projek baru. Segera aku menelefon pejabatnya. Pada hari Isnin hati aku berkobar-kobar mengajak isteriku ke pejabat jualan. Namun dia sibuk. Setelah ditahan-tahan, Rabunya aku pergi juga ke pejabat jualan tersebut. Setelah melihat projek perumahan dan senarai harga, aku tak mampu membeli teres dua tingkat tersebut kerana harganya teramatlah mahal hampir RM400,000. Kemudiannya aku melihat apartment kos sederhana tanpa kemudahan lif RM89,000 tingkat paling atas. Pegawai Jualan memaklumkan aku bahawa kena bayar deposit RM1,000 sekiranya berminat untuk membuat tempahan. Katanya lagi buat masa ini lot tingkat satu dah habis tinggal tingkat dua ke atas.
Pada hari sabtu setelah mengeluarkan wang sebanyak RM1,000 (sukar juga dicari) aku bawa isteri membuat tempahan. Seminggu kemudian wakil perumahan menelefon menawarkan tingkat 1 sebab ada orang tolak. Setelah berbincang dengan isteri, kami setuju mengambil tingkat satu tersebut. Pada mulanya aku berhajat menggunakan loan bank dan telah menghantar loan bank. Alhamdulillah loan bank lulus. Tapi pada masa yang sama aku cuba juga loan kerajaan pun lulus. Setelah puas memikirkannya aku memutuskannya guna kemudahan pinjaman kerajaan. RM117,000.00 dan harga jualan (RM556*360 bulan) RM204840.
Kalau ikut pekeliling lama aku kena bayar setelah 18 bulan. Pekeliling baru
ada menyatakan bayaran balik ansuran adalah setelah bayaran 95% telah dibuat kepada pemaju ataupun setelah genap 25 bulan. Hal ini adalah seperti perenggan 1.54.2 Pinjaman jenis II, III, VII , bayaran balik bermula selepas bayarna kemajuan sehingga 95% dikeluarkan atau pada bulan kedua puluh lima (25) dari tarikh Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) diterima yang mana terdahulu.
Disini juga aku perlu memikirkan kemudahan Pinjaman Kedua Bagi Pembelian Hartanah Kedua dimana syarat-syarat dinyatakan adalah seperti di bawah
1. Pemohon telah menyelesaikan hutan pinjaman pertama.
2. Pemohon yang mengambil pinjaman hartanah kedua tidak layak memohon pinjaman jenis VII.
3. Amaun Pinjaman kedua adalah perbezaan antara kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian hartanah pertama tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa..
4. Bagi pinjaman jenis IV, amaun kelayakan adalah tidak melebihi 50% daripada baki kelayakan semasa. Tempoh maksimum bayaran balik adalah 300 bulan atau tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan bagi skim KWSP.
Perenggan 1.53 pekeliling baru, bayaran balik ;
1.53.1.1 Pinjaman jenis I, II, III, IV, V dan VII, tidak melebihi 300 bulan atau melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu; dan
1.53.1.2 Pinjaman jenis VI, tidak melebihi 300 bulan atau melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu termasuk tempoh bayaran balik pinjaman Jenis IV yang telah digunakan.
No comments:
Post a Comment