Ujian kemasukan aku gagal sebanyak tiga kali... 2011, 2012 dan 2013. Sakitnya hati tahun 2014 dah tak de exam kemasukan... selepas tu sistem dah berubah. Selepas lulus ujian tu, kena gi temuduga. Selepas lulus temuduga kena jalani latihan sebagai Kadet PTD selama setahun. SETAHUN !!! Sakit jiwa ini... bayangkan kami yang sedang berkhidmat nie terpaksa mohon cuti separuh gaji la kot selama setahun itupun kalau layak... kalau tak layak cuti tanpa gaji... tak ke zalim tu????
Selepas berjaya ambik Diploma Pentadbiran Awam baharulah dapat dilantik sebagai PTD. Tapi sayangnya aku tapisan awal pun tak lepas.
Hari ini baru aku perasan yang SPA dah ubah syarat kemasukan ke PTD iaitu memiliki Diploma Pascasiswazah
Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Apa punya syarat nie... sakitnya jiwa.
Dik, da dapat PTD blom? syarat SPA tu bukan bermaksud kena ada diploma pascasiswazah tu baru bule mohon..bila dah pegi DPA, lulus, then akan dapat diploma tu..if berjaya lulus DPA baru akan dilantik jd PTD..bukan kena ada diploma tu dulu..jgn putus asa k..
ReplyDelete