Saturday, April 26, 2014

Hari Sabtu

Hari nie kami pergi ke Shah Alam. Sebelum ke Shah Alam kami sarapan di Gate 1 Putrajaya. Sarapan pagi nie murah plak, Nasi Kerabu Ikan + Telor Masin , nasi dagang ikan, nasi lemak dan pulut pagi. Manakala airnya air suam, air milo ais dan teh tarik. Kos hari nie baru RM16.00. Minggu lepas Dua set nasi kerabu, dan 1 nasi lemak serta segelas nescafe RM20.00. Tukang kira orang lain, tu yg harga jadi lain... ha ha ha.

Kami ikut laluan SKVE dan tembus ke PLUS dan exit Batu 3. Sampai Shah Alam aku parking kat Plaza Alam Sentral. Tengok2 tak de plak baby fair tu, kami menagak ke SACC Mall... pun tak ada. Mahal gila harga mainan kat SACC Mall, anak aku nangis nak harga dia dua tiga kali ganda lebih mahal berbanding the mines. Kami pergi ke kompleks PKNS, melilau sana tiada pakaian bayi. Balik Plaza ALam Sentral masuk the store, beli barang bayi kat situ habis juga RM250.00.

Masa balik aku tersesak jalan dan ternampak kat SACC iklan baby fair tu. Apa lagi kami masuk parking terus ke baby fair tu. Hm mmm memang menarik banyak benda yang dijual. Siap buat lelongan lagi. Tapi macam tak nak beli apa2lah. Oh ya ada juga aku beli barang keselamatan bayi.

Selepas itu nampak tempat mainan budak, biar anak main kat situ dan ibunya pergi cari barang. Banyak juga ibu dia shopping, dan anak plak semua dia nak. Pantang nampak semua nak... sabar jer lah. Sib baik mood aku baik, pujuk elok2.

Petangnya kami balik hujan selebat-lebahnya sepanjang perjalanan hujan lebat. Alhamdulillah sampai ke rumah dengan selamatnya.

Malamnya aku terbaca beberapa artikel di thestar business.

Artikel pertama : What to do if you can't repay your loan, by Eugene Mahalingan.

  • Kad Kredit 
    • Bayar kadar minimum. Kalau itu jer yang termampu nak buat macam mana kan, tapi dalam tempoh jangka panjang ianya tidak menyelesaikan masalah. Membayar secara minima tidak akan menyelesaikan masalah dan akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Kadar minimum sebanyak 5 % akan membuatkan kita dikenakan kadar interes 17.5% setahun (manakala bayaran tepat akan dikenakan faedah sebanyak 13% setahun.) Jumlah hutang hanya akan selesai selepas 88 bulan. 
    • Buat loan peribadi untuk bayar hutang kad kredit
      • asalkan kadar faedah loan baru adalah lebih rendah daripada kadar faedah kad kredit.
    • Pilihan lain 
      • Hobi atau minat yang boleh mendatangkan hasil untuk membayar kad kredit. OT ker. 
      • Jual aset yang cepat cair seperti Sijil Simpanan Premiun, Saham ker atau segala simpanan untuk langsaikan hutang kad kredit. Tak guna nak tanggung hutang besar sekiranya masih ada simpanan. 
      •  Hubungi pihak bank untuk buat penstrukturan semula hutang. Banyak juga plan yang ditawarkan oleh pihak bank dewasa ini.

  • Pinjaman Kenderaan
    • Review and adjust
      • Bermasalah bayaran balik pinjman kenderaa, hubungi bank untuk negotiate the terms. Tapi sebelum itu kena tengok dan betulkan bajet bulanan untuk mengurankan belanja yang tidak perlu.
    • selling off the vehicle
      • Sekiranya nilai semasa kenderaan adalah lebih tinggi berbanding nilai hutang, jual kenderaan tersebut adalah satu pilihan. Kalau nilai pasaran rendah kira rugi nak bayar beza.
    • LEtting the car get repossessed (biar je kete tu ditarik)
      • Pilihan kurang bijak kerana menyebabkan penambahan kos dan menyebabkan sejarah buruk dicipta serta menjejaskan pinjaman akan datang (rumah).

    • Property loan
      • Bermasalah bayaran balik segera hubungi pihak bank untuk berbincang bayaran balik.
      • Sewa atau jual dengan syarat lebih menguntungkan.
      • Sewakan bilik 

2. Artikel kedua berkaitan pengubahsuaian rumah.

  • Pengubahsuaian rumah adalah bagi memenuhi kehendak kita untuk mendiami rumah dengan lebih selesa. Tidak menjanjikan kenaikan harga hartanah.
  • Biasanya menelan kos 5 - 10 % daripada nilai hartanah.
  •  Biasanya pemilik rumah baru akan robohkan kembali pengubahsuaian rumah. Mungkin pemilik baru mahu menggunakan ruang tanah untuk bercucuk tanam.

Artikel ketiga : Sesetengah hutang boleh membantu meningkatkan pengurusan kewangan

  • Beli rumah secara hutang, kemampuan untuk membeli rumah dan menjimatkan kos sewa rumah dan perpindahan. 
  •  Membantu mencapai impian dan sasaran. 
  • Pinjaman pendidikan membantu golongan tidak mampu membayar kos pengajian dan mendapatkan kelayakan akademik lebih tinggi. Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysi, PBU dan sebagainya.
  •  Pinjaman ASB juga menguntungkan kerana kadar faedah daripada keuntungan pelaburan adalah lebih rendah daripada kadar faedah pinjaman yang dibuat. 
  •  Pinjaman kenderaan membolehkan kita mengurus masa dengna lebih cekap, jimat masa dan balik kampung mengikut kesesuaian masa. 
  • Pinjaman untuk item yang produktif. Semua tahu pinjaman kenderaan adalah menyumbang kepada hutang lapuk. Pelaburan besi buruk. Tapi sekiranya pinjaman kenderaan tersebut untuk produktif dan dapat menyumbangkan ke arah perniagaan ianya baik. 
“Even though it is a good debt it needs to be managed properly with a calculated risks factored in, so that in any adverse circumstances, the assets can be liquidated and any outstanding debts, settled.”








No comments:

Post a Comment