Hari ini aku keluar rumah pukul 5 petang dengan matlamat mencari premis yang memerlukan pekerja separuh masa.
Tempat pertama
Presint 8
Domino Pizza ada juga isi borang mohon kerja separuh masa kat situ. Katanya nanti diorang call.
Waktu Kerja : 6 petang - 12 Malam (6 Jam)
Kadar Sejam : RM4.50
Purata Pendapatan Tambahan Sebulan : RM810.00
Tempat Kedua
Presint 15/16
Tiada kekosongan buat masa ini
Tempat Ketiga
Presint 2
Nandos Putrajaya
Waktu Kerja : 6 petang hingga 9 malam (3 jam )
Kadar Sejam : RM5
Purata Pendapatan Tambahan Sebulan : RM450 selepas tolak KWSP RM382.50
Tempat Keempat
Hotel Shang Ri La Putrajaya
Dia suruh datang pada waktu pejabat untuk berurusan dengan sumber manusia.
Kenapa aku mencari kerja separuh masa
1. Menambah pendapatan untuk bayar pinjaman rumah melalui bank
1.1. Tahun 2013 (Max RM510) berdasarkan kemajuan 45% maka RM218 - 300
1.2. Tahun 2014 (Max RM510) berdasarkan kemajuan anggaran 80% maka RM400-500
1.3 Tahun 2015 (Max RM520) memang kena bayar RM520
Halangan yang perlu diambilkira
Peraturan 5, Tidak boleh kerja luar kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
“Ketua jabatan hendaklah memastikan syarat-syarat yang ditetapkan
dipatuhi sepenuhnya termasuk pekerjaan luar tidak dilakukan dalam waktu
bekerja atau semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas rasminya.
“Selain itu, pekerjaan luar itu tidak akan menjejaskan kebergunaan
pegawai itu sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam dan tidak
bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak
selaras dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai
perkhidmatan awam,” kata beliau dalam kenyataan media yang difakskan
kepada mStar Online selepas menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Sampai Bila
Sampailah aku naik kanan.
Rujukan ;
1. http://cuepacs.blogspot.com/2008/06/siaran-akhbar-peraturan-bagi-melakukan.html
2. http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2008/06/tiada-halangan-kakitangan-awam-kerja.html
3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0608&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm
4. http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/6/11/TERKINI/Mutakhir/Kebenaran_bersyarat_perlu_kakitangan_awam_kerja_sambilan&sec=mstar_berita
No comments:
Post a Comment