Saturday, April 19, 2014

Minggu Yang Tak Sibuk Tapi Rasa Stress


Photo

Aku pelik betul kenapa minggu lepas aku rasa stress sangat, padahal tak sibuk mana pun. 



17 April 2014, Khamis. 


Pagi bangun macam biasa, kul 7.15 pagi dah sampai pejabat. Memula ingat selepas siapkan sedikit kerja baharulah nak hantar Najmi ke rumah mama. Tetiba plak Najmi terjatuh semasa dia berjalan, aku terdengar bunyi benda jatuh, sekali pandang belakang dia dah jatuh. Selepas angkat Najmi, memula dia tak nak jalan katanya sakit sambil menunjukkan kepala lututnya. Aku cakap jalan la sikit nanti sampai kat pejabat ayah tengok. 

Memandangkan Najmi terjatuh, dan terdapat luka sikit kat kaki dia, tak sampai hati plak aku nak hantar ke rumah mama dia. Nasib baik kat pejabat ada simpan minyak gamat, selepas letak minyak gamat kat luka suruh dia berehat. Kebetulan pula minggu lepas keje memang tak banyak sangat, rutin jer. Nak buat laporan pun rasa malas sebab nanti orang ICT nak update komputer sebab sistem operasi komputer iaitu XP dah tamatkan perkhidmatan. Memang aku tak faham sangat, tapi katany akan menyebabkan komputer akan hang. 

Kesian tengok Najmi mungkin dia perlukan perhatian daripada kami. Memandangkan ibunya mengandung dan dijangka due 7 Julai 2014, mungkin dia memerlukan lebih banyak perhatian sebelum adiknya lahir ke dunia ini. Seharian aku bersama Najmi kat opis aku pesan kat dia jangan main kat luar duduk kat tempat keje aku jer. Dia mengangguk dan mengatakan ya. Tapi dia pantang dengar orang lain bising berbual dia mesti menyibukkan diri. AKu tegur dia janganlah menyibuk hal orang lain. Sebenarnya pada pagi tu dia bermain ngan kanak-kanak lain, selepas Najmi menunjukkan kerenah budak tu tak nak bermain denganya lagi. 

Aku mandikan Najmi lebih kurang pukul 11.30 pagi selepas dia buang air besar. Nasib baiklah tak berbau sangat. Kebetulan plak lupa bawa sabun, dan nak dijadikan cerita sabun kat tandas OKU di pejabatku pula kehabisan stok dan tidak ditambah cecair sabunnya. Lama juga aku cebokkan dia, dah rasa bersih betul baharulah mandikan dia. Kebetulan tuala memang ada bawa. Selepas siap mandi aku pakaikan losyen dan pewangi yang ibu dia letak dalam beg yang selalu Najmi bawa ke rumah pengasuhnya (mama).

Sarapan kami pagi tu adalah mee goreng dan milo ais, disamping itu aku beli kueh juga untuk dia. Memang perangai dia suka makan sikit-sikit, habis juga dua biji kueh apam kukus dimakannya. Aku beli air soya yang biro ekonomi jual kat belakang pejabat sebanyak dua kotak untuk dia. Tengahari pukul 12 tengahari kami pergi makan di Alamanda kat Mc D.  Berselera dia makan bubur ayam dan ais krim nestum. Masa beratur nak beli makanan dia dok tunjuk mainan warna kuning, Piccacu. Nasib baik ada stok, belilah pek makanan budak-budak tak yah order air lagi. 12.50 tenghari kami dah sampai pejabat. Selepas solat zohor aku ajak dia tidur, memandangkan aku memang keletihan terlelap juga 15 minit. Bangun tidur rasa leganya, selepas solat aku terus buat kerja iaitu payment run cek dan terus cetak laporan dan cek. Aku buka upin ipin untuk najmi tengok, syukurlah dia diam jer kat situ.

Petangnya kami balik ke rumah awal. Sebelum naik ke rumah, kami singgah kat taman permainan. Najmi nampak tidak seaktif seperti sebelum ini. Mungkin dia dah biasa main gelongsor tu agaknya, dia cuma naik dan duduk dalam terowong sambil menyanyi-nyanyi kecil. Selepas dipujuk, lima minit kemudian kami pulang ke rumah. Kami membersihkan diri dan selepas itu Najmi menonton tv. Ibu Najmi pulang bawa nasi ayam, dia makan nasi ayam. Malamnya Najmi tidur awal dengan nyenyaknya.

18 April 2014, Jumaat

Aku ambil cuti rehat habiskan masa bersama Najmi. Bawa dia jenjalan di NIlai. Memula pergi ke pejabat OIB lepas tu singgah sarapan selepas Najmi minta KFC. Kami singgah makan di Kedai Nasi Kerabu Ketereh di BBST. Aku ambik nasi kerabu telur rebus, manakala najmi nasi putih kuah kari ikan, ayam dua ketul, sup keting, dan 1 cawan milo ais. Semuanya RM22. 

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Tesco nilai, puas melilau kat situ kami pergi ke Giant. Najmi dua kali tido dalam kereta, tetapi alhamdulillah dia tidak berak. Kat Giant Nilai aku tukarkan pampers dia yang dah basah kuyup.  Selepas itu kami singgah Masjid Besi. Kemudiannya singgah pasar malam. Boleh plak dia minta baju kat pasar malam, memandangkan banyak sangat kedai mainan aku tak layan. 

Balik rumah kami mandi dan solat asar. Selepas itu bagi Najmi makan. Malamnya Najmi tidur awal. 

Gembira rasanya seharian menghabiskan masa berharga bersama anak sulungku... 

Photo: :)

1 comment: