Sunday, January 12, 2014

Dapat dua ekor ikan puyu....

Hari Jumaat lepas orang umah gi ambik ikan puyu daripada member kat Parcel E. Minta sekor dia bagi dua ekor. Memula kami masukkan dalam satu bekas... memandangkan ikan puyu tersebut asyik bergaduh jer... maka asingkan bekas.

Hari Sabtu aku kepenatan memang tak turun opis pun, dan tak gi cari makanan ikan tu. Jadi kami bagi ikan tersebut akan nasi jer. Petangnya kami pergi ke pasar malam Dengkil. Inilah kali pertama pergi ke sana itupun kuatkan semangat sebab isteri nak makan satey. Kat pasar malam kami beli satey dan rojak mee. Malam tu tak makan nasi lah.


Hari Ahad pun rasa tak selera nak turun opis. Maka aku selepas puas bermalas-malasan bangun kul 9 pagi, selepas sarapan aku ajak diorang gi Nilai 3. Saje jenjalan cuci mata katanya. Kebetulan nak pergi Nilai 3 tu lalu Bandar Baru Salak Tinggi, apa lagi singgahlah Taman Dahlia tengok umah aku tu apa perkemabangannya. Alhamdulillah atap dah siap pasang sekarang diorang tengah cantikkan simen. Nanti diorang akan pasang jendela dan pintu.

Sampai Nilai 3, kami singgah tempat ibu aku beli jubah dulu. Pergh harga menarik juga, jubah kain cotton yang dulunya RM80 sehelai dia jual RM65, minta kurang dia bagi RM35 sehelai. Belilah sepasang dua. Mertua aku siap beli kain pasang yang ada batu warna warni RM45 sepasang.

Lepas tu kami masuk kat lorong tempat biasa Gate 2 tu. Kat situ punya banyak kedai mainan cabaran betul memujuk anak yang nak semua barang mainan, alhamdulillah hari ni mood dia ok dan makan pujuk. Tapi nampak playground dia main kat situ. Aku pun memerhatikan dia. Nenek dan ibu dia melilau cuci mata. Selesai semua aku Alif tak nak balik. Aku angkat dia beli lekor, lepas tu bawa masuk kete. Nenek Alif beli tikar la pula. RM25 satu beli dua dapat RM45.


Memandangkan kat Nilai 3 aku tak jumpa kedai binatang. Memula isteri ajak basuh kete kat Alamanda. Sekali Najmi tidur, tukar program gi kedai pet kat Presint 15 a.k.a. Presint Diplomatik. Belilah dedak ikan RM6 dan batu warna warni RM3.50.


No comments:

Post a Comment