Monday, January 13, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah...

Selamat berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. sempena hari kelahiran baginda. Syukur alhamdulillah WP Putrajaya cuti umum hari nie.

Pagi nie bangun pukul 8.00 pagi. Aku tidak terlibat dengan perbarisan Maulidur Rasul... sebabnya opis aku dia akan ambik Pengawal Keselamatan... hasilnya tahun nie dapat tempat kedua perbarisan. Semasa berkhidmat di KPKT dulu aku pernah diberi peluang untuk perbarisan Maulidur Rasul nie... kami sekadar berjalan bersama-sama dalam barisan sambil berselawat ke atas junjungan nabi allah. Kami tidak pentingkan kemenangan kerana memasing sibuk dengan kerja. Apa yang penting dapat set baju melayu percuma siap bersamping lagi.

Hari kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W. 1435H aku berehat-rehat di rumah. Niat dihati nak pergi opis siapkan kerja urgent. Memandangkan sistem eSPKB pun tak boleh masuk maka aku batalkan niat. Memanglah aku boleh akses semua tu melalui GFMAS BUDCONS tetapi nak juga tengok kat eSPKB.  Pukal sewa bangunan PJH dah masuk, ingat nak gi semak semua PTJ terlibat tu dah dapat waran peruntukan atau belum. Manakala bagi pukal TNB hari Isnin sempat juga aku semak dan mengesahkan beberapa PTJ belum lagi menerima peruntukan. Tak boleh proses dulu. Esok nak semak ngan Naz Unit Akaun bila peruntukan dijangka masuk. Nampaknya bulan nie bilangan hari bil pukal diproses memang pecah rekodlah ya.


Hari ini Najmi menangis nangis... selepas itu aku ajak dia main kat luar. Tak nak dia, dah pakai kasut tapi sibuk memeluk nenek dia. Akhirnya selepas tunggu hampir tiga puluh minit, aku paksa dia keluar. Aku dukung dia, bawa sampah sama turun dengan lif. Selepas buang sampah aku bawa dia masuk kete. Lepas tu aku letak dia gi jenjalan. Akhirnya kami singgah mydin beli lauk. Peha Ayam, Dada Ayam, Ikan Kerisi, Ikan Siakap, Ikan Selar, dan beberapa makanan lain. Najmi cukai aku air kotak laici, air kotak soya serta jajan. Ingat nak bawa Najmi singgah opis, tapi dok pikir mana nak letak ikan. Dan dok pikir Najmi tak berapa nak sihat tu. Akhirnya aku memandu terus ke rumah. Sampai rumah pukul 11 pagi. Berehat dengan Najmi sambil tengok TV.

Petangnya selepas makan tengahari aku buka laptop tengok Facebook dan beberapa benda lain. Selepas tu aku tido sekejap sambil dengar lagu inspirational. Selepas bangun tido aku rasa bersemangat sangat.

No comments:

Post a Comment