Sunday, January 12, 2014

AKB 2013 Pukal Oh Pukal ... Aku kurang sihat

Tahun baru 2014... 01.01.2014 jatuh pada hari Rabu, sehari sebelum tahun baru iaitu hari penutupan akaun Disember 2013 aku cuti kerana bawa anak aku ke Klinik Kesihatan Presint 3 Putrajaya. Pada hari Isnin aku dapat duit agihan tanggung kerja sebanyak RM50.00 berdasarkan jumlah baucar yang aku buat. Memula aku fikir duit tu nak beli nasi ambeng, dengan RM50 baru dapat 10 bungkus... akhirnya aku order kueh daripada Mak Cik Pah Klate di Presint 9 Fasa 5.  Aku rancang nak order RM20 kueh popia pedas dan RM20 kueh Cek Mek Molek. Manakala RM10 lagi adalah campur-campur Kueh Popia Pedas dan Cek Mek Molek untuk kawanku MR K. Selepas berjanji sakan dengan pembuat kueh dan kawanku itu. Malam Isnin aku pulang awal ke rumah memandangkan keadaan kesihatan anakku yang belum sembuh daripada batuk dan selesema.

Pada malam Isnin, anakku muntah-muntah, kami suami isteri tak dapat tidur. Isteriku membasahkan kepala anakku yang kepanasan dengan air asam jawa. Selepas bagi ubat kepada anak, kami bawa Alif Najmi ke dalam bilik untuk ditidurkan. Selepas dia tidur. Kami solat isyak. Baru nak lelapkan mata Najmi muntah-muntah. Selang dua jam sekali mesti dia muntah, akhirnya dia muntah kuning kerana perutnya kosong. Dia tak lalu makan sebab tu perutnya kosong. Nasib baiklah dia minum juga air coklat yang kami bancuh.Jam menunjukkan pukul sebelas malam, memikirkan keadaan anakku yang muntah-muntah dan demam serta batuk dan selesamanya belum sembuh. Kami berdua buat keputusan untuk menghantarnya ke klinik kesihatan pula keesokan harinya. Persoalannya siapa yang patut hantar. Esok hari tutup akaun, pasti akan sibuk. Isteriku dengan hasil dan penyata pemungutnya manakala aku dengan baucar bayaran dan larian bayaran. Tak sangka sungguh. Memandangkan cuti tahunanku masih ada lagi, aku pun mengalah. Aku pun sms bos dan kawan mengatakan aku terpaksa cuti atas alasan kesihatan anak.

Esoknya aku tunggu alif bangun dari tido baru bergerak. Alif bangun tido kul 7.40 pagi. Selepas lap badannya dengan air suam dan salinkan pakaiannya. Aku kemaskan barang-barangnya termasuklah tisu dan lampin kerana dia muntah-muntah. Aku bertolak ke rumah Kak Pah untuk ambil kueh. Selepas itu ke Darul Salam untuk beli plastik dan minuman kotak milo untuk Najmi. Selepas itu aku bertolak ke opis untuk hantar kueh. Mr K terpaksa melayan pegawai daripada Bahagian Keselamatan yang datang untuk membantu kami menukar kod kombinasi pintu besi. Mr K suruh aku naik, aku meminta maaf dan memaklumkan anak aku sedang tido kerana keletihan dalam kereta. Dia minta aku tunggu sekejap. Hampir sejam aku menunggu, akhirnya aku buat keputusan menelefon kawan satu pejabat MRs H. Dia mengambil kueh tersebut. Kebetulan pula selipar aku putus masa tu. Kawan aku tegur kenapa selipar putus. Aku cakap disebabkan selipar putuslah aku tak jadi nak naik tadi. Selepas mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku bergegas ke Klinik Kesihatan Presint 3.

Aku parking kereta di belakang Maybank Putrajaya. Kadar parking kat situ adalah RM1.00 setiap sejam. Sebelum bergerak aku sms MR K memaklumkan kueh aku dah serahkan kepada MRs H. Dia mengucapkan terima kasih. Selepas itu aku mendukung Najmi dan bawa bersama barang-barang ke Klinik Kesihatan Presint 3. Ramai juga pesakit masa tu. Aku letak Najmi terus aku gi daftar dia dan aku sekali. Pada hari tu kami dibenarkan masuk bersama jumpa Penolong Pegawai Perubatan untuk pemeriksaan. Aku tunjukkan sekali ubat-ubatan yang telah kami perolehi daripada Klinik Swasta dan Farmasi untuk anakku. PPP bagi ubat lain, serta serbuk air garam untuk Najmi. Untuk aku pula ubat batuk, selesema dan panadol tanpa antibiotik.

Sebelum balik ke rumah kami menyinggah ke Alamanda untuk membeli bubur Mc D untuk anakku. Sebelum tu kami melilau dulu... Dalam kepenatan Najmi nampak gembira. Aku singgah ke AEON beli beberapa kelengkapan antaranya penyembur antiseptik... ingat nak beli sekali cecair penjaga kesihatan yang dilumur kat tangan, tak jumpa pula.

Selepas itu kami singgah MC D. Aku letakkan Najmi atas kerusi sambil bagi coklat yang dia minta masa kat AEON tadi, dia diam je. Selepas beli bubur nasi Mc D... aku ingat nak balik, sekali Najmi minta nak makan kat situ. AKu pun bukalah. Selepas makan beberapa sudu, dia pun ajak balik. Dia macam tak puas plak. Tapi kami balik juga. Sampai rumah aku bagi dia makan bubur... habis juga semangkuk... Lepas tu bagi makan ubat. Apa lagi dia pun tido. Aku rasa tahap kesihatan aku pun makin teruk... jadi aku pun makan ubat selesema, panadol dan ubat batuk.... kami pengsan sampailah Najmi bangun kul 4.15 petang mengamuk dia. Pukul 5 petang ibu Najmi balik.

Malamnya adik beradikku datang umah. Sepatutnya kami nak gi tengok bunga api. Memandangkan tahap kesihatan aku tidak mengizinkna. Kami lepak kat umah jer. Malamnya selepas makan ubat aku tido. Esoknya demam aku makin teruk. Lepas makan ubat tido. Petangnya pun begitu. Aku dan Najmi tido sama-sama.

Lusanya 2hb Januari, ibu Najmi ambik cuti. Aku gagahkan diri ke Pejabat. Kebetulan ada audit AP310. Tengahari kena run Zrap037. Aku pelik sebab zrap037 tidak sama dengan FBL1N. PTJ pula sibuk dok tanya pasal bayaran bonus dan pukal. Aku dalam dengar tak dengar menjawab pertanyaan diorang. Tengahari aku tak makan pun sebab tak lalu. Hari Jumaat pun begitu. Sibuk dengan kes ZRAP037 tidak sama dengan FBL1N. Hari Ahad aku turun pejabat untuk menyemak solman samada AO lain menghadapi masalah yang sama dengan aku.

Minggu kedua tahun 2014 pun begitu juga, aku dalam keadaan kurang sihat dan keletihan. Tetapi aku kuatkan diri untuk siapkan kerja. Minggu kedua aku selesaikan bil pukal AKB. Selepas itu cetak C600 pukal AKB. Hari Khamisnya Pegawai Khidmat Pelanggan yang selalu membantu aku sorting laporan C600 pukal jatuh sakit dan tidak hadir. Terpaksalah aku usahakan sendiri. Malam Rabu kami bertolak ke Muar untuk mengambil mertua aku. Hari Khamis aku bekerja menguruskan cek-cek dan laporan pukal. Petangnya aku buat sorting laporan pukal C600. Terdapat 52 PTJ, 20 aku selesaikan kat pejabat. Manakala baki 32 aku bawa balik rumah selesaikan proses sorting di rumah. AKu mula buat kukl 8 malam dan siap kul 9.30 malam. Esoknya aku bawa ke pejabat untuk agihan kepada PTJ.

Jumaat,

Aku tak faham kenapa masih ada PTJ kami yang ada masalah tanggungan tidak selesai. Terpaksa aku follow up dengan unit Bil MAS. Petangnya selepas balik dari solat Jumaat terkejut aku baca emel daripada MAS dia cakap jangan buang masa dia semak bil yang dia dah bayar dan suruh aku semak dengan AG. Padahal akulah AG, aku semak BP21 memang no waran tersebut tiada dalam laporan BP21 dan simulasi. Hangin aku, terus aku call dia dan bagitau kalau dia tak buat silap pasti kes tangunggan tidak selesai tidak akan berlaku. Dia buat bodoh dan terus letak telefon. Aku rasa sakit hati ada ker patut MAS buat pelanggan sebegitu. AKu panjangkan jawapan tersebut kepada pegawai perhubungan operasi kerajaan. Jawapan bodoh juga aku terima, dia kata sebab unit bil tak layan adalah kerana dah lebih 14 hari bil dihantar. Aku maklumkan kepada pegawai tersebut bahawa PTJ tidak menerima bil. Akhirnya dia berlembut dengan aku dan memaklumkan dia tahu bahawa tarikh AKB bagi AO adalah 30 Jan, dan dia tahu apa yang akan dipersoalkan oleh pihak Audit Dalaman kerana mereka telah bermesyuarat. Aku persoalkan, sekirnaya dia tahu ... kenapa PTJ kami sebelum ini diaudit kerana perbezaan amaun. DIa kata itu kes terpencil. Selepas itu dia berjanji untuk menyemak no waran tersebut.


Petangnya selepas buat payment run. Sekali lagi aku emelkan pegawai MAS tersebut minta dia bagi kerjasama kerana kami adalah pelangganya. Kami perlukan maklumat untuk selesaikan masalah.


AKB oh AKB.... di peringkat PTJ mungkin dah selesai... kami di AO belum selesai lagi.

Banyak borang Kew 311 aku terima daripada PTJ. MR K cakap jangan proses dulu tunggu sehingga 15hb baru proses.


Pada minggu kedua AKB sebenarnya aku ingat nak fokus kepada baucar bayaran. Tetapi bos aku minta aku siapkan senarai akaun pukal PTJ baru yang akan masuk ke JPM pada Februari nanti.
Selain emel memaklumkan kepada PTJ baru supaya menghantar borang mewujudkan akaun pukal. Aku juga diminta untuk menelefon mereka. Antara isu lain yang terpaksa dibangkitkan adalah kadar kelayakan Touch N GO dan tidak mempukalkan TNG bagi gred jusa ke atas. Kadar perjalanan bagi MAS Jusa C juga sudah berubah. Dulu kelas perniagaan sekarang kelas ekonomi.


Harap aku berkesempatan menyiapkan kerja aku dengan jayanya..... tak mau lah stress stress...

No comments:

Post a Comment