Sunday, January 12, 2014

Ramadan 1434 H

Salam Ramadan Al Mubarak ...

Tahun nie umur alif dah dua tahun lebih, dah pandai jalan, dah pandai beremosi, dah pandai cakap...
Sepanjang Ramadan nie aku gi ambil Alif, ibu dia masak. Ada sekali tu lif rosak, tiga hari naik turun tangga tingkat 8... sakitnya peha dan betis... tapi bestnya dia berada di dalam dakapanku sepanjang turun naik tangga tu... sampai dalam kete terus dia tunjuk beg galas aku... minta air kotak, biasanya dia akan minum dua kotak... kotak kedua tu biasanya tak habis la.

Sepanjang Ramdan nie pening kepala aku yelah pada 22-25 Julai team audit pengurusan SAD masuk. Banyak perkara aku perlu siapkan. Almaklumlah sifu aku kata semuanya perlu dilengkapkan dan dicetak. Tapi pada masa yang sama kawan aku yang ganti tempat aku tu terpaksa belajar pasal gaji menyebabkan dia tidak dapat memberi perhatian kepada baucar bayaran yang perlu dilepaskan dalam tempoh tiga hari. Buat masa sekarang nie diorang kononnya fedup dah nak tolong semakkan. Yang aku pelik kan bila checkers nie tanya bos gaji tu, bos gaji tu kata kawan aku tak buat pun keje gaji. Aku tahu bos gaji tu tak puas hati ngan aku yang jaga pukal nie, ada ke diorang dok berpolitik kononnya pukal tak de keje sangat. Tambah pula Pen Akauntan Kanan Unit lain pun mengiyakan apa yang dikatakan oleh bos gaji tu. Apa lagi lagilah huru hara keadaaan. Pen Akauntan kanan tu kata tempat dia dulu W17 je yang buat. Masalahnya setahu aku di Kementerian Pertanian sekarang W27 yang handle pukal sekali ngan payment run. Malah AG Kota Kinabalu pun W27. Kesan daripada buah mulut manusia yang tidak berhati perut itu membuatkan seorang W17 bercita-cita nak buat keje pukal. Disebabkan dia berterus terang, aku pun berterus terang juga dengan dia. Aku kata cuba tanya Ketua Akauntan kita. Dan aku maklumkan kat tempat lain pun kebanyakan W27 yg buat. Selepas tu hamba allah tu pun buat ayat cover line kononnya nak buat kat PTJ.

Kes Politik opis ni berlanjutan...


No comments:

Post a Comment