Friday, January 3, 2014

Lapar Tak Boleh Tido... dah makan nak berak pula

3 Januari 2014, Jumaat

Hari ini kepala aku sedikit pening, ubat selesema dah habis. Memandangkan isteri aku tak masak pagi nie aku tak makan ubat, alasan jer. Anak aku masih kurang sihat, ibu dia pula masih mood malas nak lepak kat umah. Ada ke dia cakap sepanjang AKB dia nak cuti nak balik kampung berehat kat kampung. Tak lojik dek akal kan. Merepek merapu sepanjang masa. Apa yang nak ditekan kat sini, bila isteri aku tak keje bolehlah gerak awal sikit. Aku bangun kul 6 pagi, lepas mandi bersiap. Aku bertolak pergi keje kul 6.30 pagi. Sampai opis kul 7 pagi. Memula singgah tingkat 3 ambik dokumen yang memang sengaja ditinggalkan kat situ semalam. Lepas tu baru naik tingkat 4 dan mula buat keje. Tetiba sakit perut nak berak. Aku gi melabur kejap, cair. Sib baik aku tak tahan, kalau tak kan ada tercirit dalam seluar masa nak kentut. Malam Khamis balik kul 9 malam, masa makan rasa macam nak kentut sekali tercirit, aduyai potong stim nak layan nasi ayam, selepas habis makan baru gi cebok. Berbalik kepada cerita hari Jumaat plak, selesai melabur aku sambung keje balik. Kul 8.15 pagi gitu rakan sekerja datang, aku kata nak gi kantin kejap. Al maklumlah disebabkan dah bertahun2 biasa sarapan yang berat, tak sarapan menyebabkan badan aku terasa lemah plak.

Tengahari aku balik umah kejap. Masuk opis selepas jumaat terlewat sedikit. Buat keje cam biasa. Pagi tadi aku siapkan laporan bulanan. Petangnya baru aku semak baucar dan cetak cek serta laporan C600 FLIMSI. Tambah sakit hati cek lompat print cek no 1 gi print maklumat no 2, manakala cek 2 gi print maklumt no 1. Terpaksa proses cek reprint and void, buka kitab lagi. Tambah pula Pertanyaan daripada PTJ tak payah cakap lah... telefon asyik berdering jer dari pagi sampai petang dengan soalan dan kes yang begitu mencabar.

Pukul 5 petang, aku tanya bos balik kul bape, dia kata balik kul 9. Aku bagitau wife aku balik kul 9. Hampeh tul sepanjang hari jumaat tu sistem slow gila babai. penggantian cek aku tu kul 10 baru siap. Itupun laporan c600 tak kuar2 asyik ABAD dan what happened. Terus aku run background. Penatnya.  Proses zrap037 start pukul 8. Untuk larian ujian sekejap jer. Untuk larian sebenar tersalah buat foreground la pula... sepatutnya background. Apa lagi pucat kesi la aku.... cuaknya ada kan ABAD keluar... terpaksalah aku klik klik dan klik pada skrin. Akhirnya kami balik pukul 10.30 malam.


Balik gi beli makanan kat Teja dan beli susu anak. Lepas makan roti john dua keping aku mandi solat dan nak tido. Sekali tak boleh tido, kul 1 pagi perut berbunyi2. Paksa juga tido, tak boleh juga. Akhirnya aku pasrah aku kena isi perut ini, kebetulan ada beli roti. Bancuh milo 3 in 1 cicah roti. Buka PC layan FB sampai mata rasa mengantuk kul 2.30 pagi. Tutup pc konon nak tido. Kul 3 plak sakit perut nak berak, dah la tengah cair tu.... tak berani lah nak tahan... gi lah melabur.... selepas tu barulah boleh tido.

Syukur jugalah walapun tido kul 3 pagi aku masih dapat bangun kul 6.30 pagi, tak terlepas subuh.


No comments:

Post a Comment