Tuesday, January 28, 2014

Perancangan 30hb Januari dan 4 Feb 2014 Cuti-cuti Rehatkan Otak

Okey hari yang merimaskan sepanjang minggu ini... melayan kerenah manusia. Memandangkan misi tahun nie tak mau marah-marah orang... jadinya aku terpaksa meramahkan diri semasa melayan manusia di sekelilingku. Paling tidak pun senyumlah ya. Memula memanglah susah, amalkan hari-hari insya allah akan jadi habits... tak gitu.

Tarik nafas panjang-panjang dulu.... ye lah letihnya melayan anak sorang nie, merajuk lah... nak itu la... nak ini lah... tahunya mendera kita jer... sabor je lah... tapi kalau darah dah naik kat batang tengkuk tu, meletuslah kemarahan. Tarik nafas panjang-panjang sekali lagi.

Aku dah bersedia untuk coretan yang ceria.

Hmmm 30hb bangun seawal jam 4 pagi bersiap untuk memulakan perjalanan balik Pontian. Memula kami ingat nak balik selepas waktu keje ye lah memandangkan lusa adalah penutupan bulanan. Tapi bila pikir balik, aku tak jaga PTJ dan aku tak jaga baucar bayaran seperti dulu-dulu. Bolehlah aku bercuti pada hari tutup akaun. Tambah pula klik klikku tidak cuti pada hari tersebut. Tukang cetak cek ada, tukang buat larian bayaran pun ada. Cuti aku pun dah tambah lima hari tahun nie, apa salahnya bulan pertama nie aku ambik dua hari kan. Giteuuuewww... 

Kalau jalan tak sesak kemungkinan sampai Pontian kul 9 pagi gitulah ya. Melilau dulu kat pekan Pontian ambik tiket bas. Lepas tu baru menagak ke umah nenek Najmi.

31hb selepas majlis kenduri umah mertua aku akan ke bandar Pontian untuk ambik bas ke Kota Bharu. Ini pengalaman pertama naik bas dari Selatan ke Timur semenanjung Malaysia. Hmmm semoga perjalanan yang seronok.

1hb Februari 2014 aku dijangka tiba ke Negeri tumpah nya darahku.... Kelantan Darul Naim... mesti seronok sangat-sangat kan... hmmm hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri... tak gitu... petangnya akan menjadi hari yang sibuk. Kenduri juga sini.

2hb Februari 2014. Selesai kenduri aku bergegas ke Kota Bharu untuk naik bas ke Pontian. Bas aku akan bergerak malam kul 8.00 malam.

3hb perjalaan balik dari Pontian ke Putrajaya.

4hb ada temujanji di Bandar Baru Bangi. Bawa Najmi bersama sebab pengasuh cuti. Memandangkan hari tersebut adalah hari pertama keje dalam bulan Feb. Aku kena masuk pejabat untuk hantar laporan ke HQ yang pemalas konon sibuk dulu boleh je run sendiri laporan tu tapi makin pemalas semenjak tahun lepas suh kami plak. Menyampah ada tapi sabar... ceriakan mood cutimu...


Petangnya kami akan shopping..... shopping ... shopping.... dan windows shopping....

5hb bekerja seperti biasa.... bekerjalah kita sekuetnya... semoga diberkati ilahi jua...

No comments:

Post a Comment