Wednesday, April 12, 2017

Rabu... 12 April 2017

Salam Hari Wayang,  

Kalau dulu masa bujang terlajak tiada kekasih sejati, hari Rabu lah hari paling ditunggu. Boleh tengok wayang dengan harga yang murah sikit... Masa kerja Pusat Bandar Damansara, hari Rabu aku balik sharp kul 4.30 petang kalau nak gi tengok wayang kat 1 Utama atau Mid Valley Megamall. Biasanya tengahari tu korban makan tengahari untuk gi beli tiket wayang takut tempat kesukaan habis. Kadang-kadang tu main redah jer time tu juga beli, memang duduk lah mana-mana yang kosong. Aku suka duduk belakang sekali sebab tak de kaki biadap atau gangguan lain supaya aku boleh fokus tengok wayang. 

Setelah bercinta dengan orang yang sanggup terima aku seadanya tanpa berselindung dan tanpa orang lain, aku kurangkan aktiviti wayang ni. Tapi pantang kelas malam batal mesti ajak si YY gi Centre Point KK tengok wayang, nak tahu berapa harga tiket wayang dengan Kad Pelajar RM5 jer... kadang2 gi beli di dua kaunter berasingan untuk dapat dua tiket dengan satu kad pelajar. Kadang-kadang si YY tak nak takut duduk berjauhan nanti. Pernah jugalah kami sama-sama ada student card sebab si YY pun sambung belajar juga masa tu. Malam Selasa di KK adalah Gentlement Night, malam Rabu Movie Day, Malam Khamis Ladies Night. 

Setelah berkahwin dan pindah ke Putrajaya aku ubah hobi tengok wayang kepada tengok VCD jer. Ni dah beranak pinak ni beli Astro First jer lah... tengok sampai puas kat umah anak beranak. Tapi ada jugalah pergi panggung kalau dah berjanji dengan anak-anak untuk cerita kartun istimewa jer lah. 

Hari ini isteri aku kena balik lewat untuk siapkan kerja-kerja segera. Jadi aku kena ambik anak-anak, tanpa membuang masa tengahari tadi minta isteri masukkan sekeping pampers tambahan dalam beg Najmi untuk kegunaan CT petang nanti. Hmmm sebenarnya ada cerita lain yang berlaku sebelum rehat yang menyebabkan aku merancang untuk bawa anak-anak ke Masjid Putra tu. Sambil bawa anak jalan-jalan sambil selesaikan urusan kawan minta tolong semakkan harga tiket untuk Cruise Tasik Putrajaya. 

Tengahari tadi, kawan lama yang satu tempat kerja dulu ada mesyuarat di KDN Komplek D, aku plak keje di Komplek B, ingat bolehlah jumpa sekejap. Padahal aku dah ada perancangan lain untuk waktu rehat nak gi hantar resume adik di LPPSA tingkat 7 selepas itu nak gi isi minyak sebab meter minyak dah E. Dalam masa yang sama kawan satu kelas masa Sekolah STKK dulu telefon minta tolong tengokkan harga tiket untuk rombongan sekolah diorang. Aku terpikir kalau tak jadi jumpa kawan nak gi tengak harga tiket tu. Masa nak keluar dari pejabat, bersembang dengan bos sampai pukul 1.05pm. Selepas kawan aku wasup terus aku gerak, sebelum confirm dengan dia kat mana dan nak makan kat mana, katanya dia tunggu kat Komples D depan tadika permata. Aku agak makan kat KDN la tu. Dah parking kereta aku sms dia tak balas-balas, aku buat anggapan agaknya dia sibuk gi ambik makanan kot. Terus aku ke cafeteria mencari dia. Tak jumpa... tunggu sampai kul 1.30 kot... tak der reply apa aku pun sms dia kata aku gerak dulu. Terus gi isi minyak... lepas tu balik opis ngam-ngam pukul 2.00 pm. 


Aku merancang, Allah merancang, perancangan Allah jua yang terbaik. Tengahari tadi aku berjaya isi minyak juga. Dan untuk kawan satu kelas aku tu aku gi petang tadi dengan membawa anak-anak aku sekali. Syukur sangat-sangat dapat menyelesaikan masalah aku dengan bantuan Nya. 

Anak-anak suka gi main tepi tasik, sambil tu tengok burung kakak tua. Tapi aku malas nak bergambar sebab RM20 sekeping. Lepas tu kami ke kaunter Cruise Putrajaya. Mamat situ bagitau kalau nak murah naik pukul 11 pagi hingga pukul 1 tengahari. Tapi kalau naik tengahari hari bekerja kena pastikan sekurang-kurang 8 paks baru leh jalan. Kalau hujung minggu tak cukup 9 paks  pun jalan jer. 

Setelah itu aku pun dapatkan maklumat perhubungan pegawai jualan Cruise Putrajaya tu. Alhamdulillah selesai. Selepas tu gi jenjalan kat cafeteria bawah tu... kedai mamak tu pernah makan tak sedap... terus aku gi ke Secret Recipe bagi anak-anak makan kek dan ayam rangup. Waktu minum teh setiap keping kek percuma air, jadi aku pun minta Air Coklat Ais dan Coklat Panas. Kena tambah RM2 la setiap gelas tu... tak pelah janji anak aku boleh minum. burp... alhamdulillah kenyang kami tiga beranak. 

Selepas itu kami naik atas ambik gambar dua puluh keping lepas tu bagi budak-budak rileks sikit... lepas tu balik umah. 


Part 2

Pukul 8 malam tadi orang Coway nak datang umah servis mesin penapis air. Sebelum dia datang aku kemaslah setapak rumah sekankang kera tu, susun selipar dan sapu habuk-habuk. Sebelum ni aku tak pernah buat, sekali nampak emak mertua aku buat benda tu, sejak itu aku buatlah sebulan dua tiga kali. Kalau rajin tu setiap hujung minggu. Baru aku perasan kat pintu masuk penuh habuk, sapulah habuk-habuk tu sekali. 

Lepas kemas tu ambik kain yang dah siap basuh letak kat tempat sidai, rancang lepas orang coway tu balik nak sidai nanti. Kul 8 malam orang coway tu datang, aku buka pintu dan dia pun gi buat kerja dia. Alhamdulillah sempat aku kemas ruang dapur sikit tadi, bagi senang dia nak buat kerja kan. Biasa tak sempat kemas sebab dia datang pukul 6 petang masa tu kitapun baru sampai rumah. Masa nak balik tadi dia kata selepas ni mungkin orang lain yang akan ganti tempat dia sebab dia akan dipindahkan ke kawasan lain. Politik opis katanya... hmmm 

Okaylah... ini saja buat kali ini... rasa tak sabar nak ambik course tu.. tapi bila pikir balik hmmm selesaikan hutang dululah... cuba dapatkan kerja yang sesuai dengan kelayakan pendidikan dahulu. Semoga dipermudahkan Nya jua... 






No comments:

Post a Comment