Sunday, April 23, 2017

Bulan April... Banyak pula nak kena bayar

Selamat Malam... 

Sebelum tidur teringat pula ada garapkan sesuatu kat sini. Bulan April ni terasa macam banyak pula yang terhutang. Biasalah kita kerja makan gaji ni, pendapatan yang tetap dan berpencen tu nak kena agihkan betul-betul ikut komitmen. Kebetulan pula bulan ni nak kena bayar cukai tanah, seratus lebih juga kena. Nampaknya aku belum berjaya merancang pembayaran ni. 

Kos penyelenggaraan bulan lepas pun tak bayar lagi, tak pe insyaallah bulan ni kita bayar untuk dua bulan. Lepas ni nak kena rancang betul-betulah supaya tak seteruk bulan April ni. Motor lagi nak kena servis, hari tu tak leh start malam khamis tempoh hari aku cuba dah boleh start. hihihi... Nak jimat kenalah berkorban, gi keje naik motor kan. Kos minyak seminggu RM60 kalau naik motor baru RM10 kot... jadinya banyak juga boleh jimat. Tapi tak leh la hari-hari naik motor kan, hari Jumaat mungkin kena naik kereta. 

Bil apa yang tak penting ni ya... hahaha macam malas jer aku nak bayar bil-bil yang tak penting ni... kan kalau aku tutup Unifi dah tak boleh aku nak update blog nie. Tengoklah macam mana kan... sekarang dah guna webe ni telefon percuma dan internet pun percuma. Dah ada penambahbaikan webe dah bagi hotspot 1GB sebulan. Ok kot kan... 

Sebenarnya benda yang aku nak cerita adalah esok banyak benda nak kena selesaikan. Aku nak kena luluskan changes sebanyak mungkin.  Ingat bulan ni malas dah wat balik changes. Gitulah kononya... Selasa, Rabu dan Khamis pun nak habiskan sebanyak mungkin lulus changes tu. Jumaat pagi kami nak hantar nenek onahbalik Pontian. 

Selepas ini ayah aku plak nak datang duduk umah kakak aku, alhamdulillah walaupun kami tak balik kampung ada juga kesempatan untuk kami bersua di Putrajaya. Aku bersyukur sangat dengan rezeki yang kau berikan kepadaku ya allah. Sedang aku sibuk mengejar dunia, rupenya usia mereka makin meningkat dimamah masa yang berlalu. 

Walau apapun yang aku garapkan hari ini, aku mulai sedar satu perkara bahawa tak perlu ditangisi benda yang kita tak dapat, bersyukurlah apa yang ada di depan mata dan hadapilah hari mendatang dengan gembira, penuh kesyukuran dan redha. Insya allah aku nak buat solat Dhuha balik, nak memperbaiki amalanku... Dunia makin dikejar makin dia lari, kalau aku kejar akhirat insya allah aku dapat dua-dua. 


No comments:

Post a Comment