Salam Sabtu,
Petang ni hujan pula. Sekejap lagi ingat nak bawa anak-anak melilau di Alamanda, kesian pula diorang terperap kat umah kan. Padahal tadi balik dari GM Klang adalah beli mainan murah untuk diorang, bukan harga mainan yang diorang nilai, tanda ingatan nak rewards tu yang penting sebab tak buat perangai pagi tadi masa ayah keluar. Macam carrot and stick la kan... diorang pun gembiralah dengan mainan tak seberapa tu. Biasalah budak-budak kan tak pernah berpuas hati dengan mainan yang menggunung kat umah ni, mesti nak mainan baru. Paling-paling pun diorang akan main mainan baru ni untuk seminggu, kalau rosak masuk tong sampah la jawabnya sebab aku beli mainan murah jer.
Tadi pagi masa jalan-jalan kat GM Klang masa pusing-pusing Blok A dan B tingkat 1 hingga 4 kaki terasa sakit balik. Terasa sengal-sengal, itulah sapa suruh tak makan habis antibiotik. Sebenarnya selepas dua kali urut tempoh hari, bengkak dah surut cuma ada rasa kurang selesa sikitlah. Jadi aku solatpun atas kerusi. Jumaat lepas cuba juga solat Jumaat macam biasa, bila balik tu dah terasa sengal-sengal balik. Baru aku sedar kaki aku tak sembuh sepenuhnya lagi. Dari GM Klang tu kitorang singgah kat pameran buku di Shah Alam. Memandangkan parking kat SACC penuh terpaksa parking kat Anggerik Mall, lepas tu menapak ke PKNS untuk makan tengahari. Selepas makan tengahari baru gi Pameran Buku tu... tak banyak pun buku-buku menarik. Sekadar cuci mata sebab buku yang aku nak beli berkaitan pelaburan saham tak nampak batang hidung pun. Terus balik umah.
Ok, petang ni nak gi cari teh Misai Kucing dan juga teh hijau kat AEON BIG. Nak mulakan tabiat baru pula, minum teh misai kucing atau teh hijau. Harap-harap kali nie tak lah membazir macam sebelum ni, beli-beli tapi tak minum sampai luput tarikh.
Oklah nak solat asar, anak-anak dah siap ni. Selamat berisytirehat bersama keluarga dan orang tersayang.
No comments:
Post a Comment