Saturday, April 8, 2017

Minggu Tidak Sibuk

Salam hujung minggu...


Alhamdulillah minggu lepas tak sibuk macam selalu... kalau dulu sehari jer ada hari yang tak sibuk, bulan ni hampir dua minggu tak sibuk. Tapi kerja-kerja runcit yang memerlukan tindakan segera ada jer masuk. Webmethods web dah boleh akses balik, gembiralah aku sebab senang nak pantau fail nanti. 

Ok minggu lepas aku bawa beberapa buku koleksi untuk dibaca pada waktu senggang kat opis, alhamdulillah katam juga buku-buku tu. Selain itu, aku mempelajari beberapa pekeliling dan istilah yang berkaitan dengan bidang kerjaku, jumpalah beberapa bahan rujukan yang menarik boleh membantuku kemudian hari. 

Urusan efilling pun dah selesai untuk aku dan isteri kami buat secara berasingan. Baru teringat rupenya ada rebat cukai RM400 untuk kita. Tapi tak apa kami buat jer, kalau ikutkan aku masih kena dalam RM80, nasib baik ada buat bayaran zakat pendapatan jadi tak kenalah. Tahun ni ada pelepasan cukai baru iaitu RM1500 untuk ibu dan RM1500 bapa, syaratnya ibu atau bapa mesti berumur 60 tahun ke atas dan pendapatan tahunan terkumpul tidak melebihi RM24 ribu. 

Sempat juga merancang untuk efilling tahun depan, tahun depan SSPN adalah tahun terakhir. Hmmm tahun ni cuma dapat pelepasan RM50 jer. Insha allah tahun depan nak fokus lebih sikit. Pelepasan cukai untuk buku dah ada tahun depan sebab dia gabungkan sekali sebagai Pelepasan Gaya Hidup RM2500 termasuk pembelian handphone, bil internet, keahlian gym, pemebelian surat khabar dan buku. Hmmm makin sikit plak pelepasan tahun depan, jadinya buku tak yah beli sangat tahun ni. Ye lah bil unifi dah RM190 sebulan, webe terkumpul RM275 sebulan, dah lebih la pula kan. Untuk urusan efilling tahun depan juga 

Hari ini dah berjanji ngan adik kakak nak bawa diornag gi GM Klang nak cari baju yang murah-murah. Aku nak gi window shopping jer. Kalau sempat nak singgah pameran buku kat SACC. 

Sekian, wasalam. 

No comments:

Post a Comment