Sunday, April 16, 2017

16 April 2017

Salam Hujung Minggu... 

Hari ini bangun pukul 6.30 pagi untuk subuh, bestnya hujung minggu boleh bangun lambat sikit... anak-anak pun kul 8 baru bangun. Selepas solat subuh masukkan kain kotor dalam mesin basuh. Lepas tu kemas tempat tidur (hotel) kami. 

Hari ni memang best sebabnya nak bawa anak-anak ikut ke opis. Kerja memang banyak memandangkan kawan-kawan lain tak datang bolehlah bawa anak-anak ke opis, diorang pun suka jer kalau dapat ikut aku. 

Pagi tu makan nasi sayur dan ikan goreng, ibunya masak macam biasa dapatlah aku bagi anak-anak makan. Tapi sebelum makan kasi mandi diorang dulu. Lepas mandi suh diorang gi pilih baju yang diorang nak pakai. 

Lepas tu aku bagi makan, sambil tu aku makan sama. Kul 8.45 pagi kami dah bersedia untuk keluar rumah. Aku bawa susu CT, Najmi tak pe boleh minum milo jer. Singgah la sekali kat kedai makan Blok Hijau tu beli bekal tengahari beli dua jenis kueh dan sebungkus nasi Ayam Goreng Air Dingin Orang Putrajaya buat. 

Sampai opis terus buka komputer satu bagi anak-anak tengok upin ipin dan kartun yang diorang suka tengok. Bukakan sekali kueh tu, Ct ngap ngap makan kueh apam warna-warni tu. Najmi tak makan pun. Aku tanya dia nak tak kueh ketayap, dia tak nak. Jadi aku pun buatlah kerja. 

Dari jam 9.45 pagi sampai 4.15 petang kat opis. Alhamdulillah anak-anak tak buat perangai sangat, sempatlah siap kerja-kerja aku sebelum cuti esok. Petang tu bagi Najmi buat latihan menulis sikit, alhamdulillah dia buat. Hmm Ct dua kali berak, Najmi berak selepas kenyang makan nasi tenghari tu. Padahal nasi sebungkus tu kami share 3 orang. AKu janji perut dapat alas nasi sikit ker banyak ker tak kisah. Najmi dan CT pun makan tak banyak sangat, lagipun CT banyak dok mengoteh makan biskut dan kueh. 

Selepas balik dari opis singgah rumah Mak Ngah diorang sebab Pak Cik Anik dia nak bagi dokumen sokongan untuk hantar resume ke LPPSA. Pak Cik Anik dia kat sini sebab tunggu panggilan kerja kat sebuah kolej swasta di KL. Dia sebenarnya dalam tahun 2 program PHD di Universiti Malaysia Terengganu, dia ambik PHD dalam bidang perniagaan online dalam masa yang sama dia praktik dropship dan beberapa agen perniagaan online lain. Pak Cik Anik memang seorang yang hebat, kagum aku tengok dia ni. CT dan Najmi gembiralah dapat jumpa Pak Cik Anik dia sebab dulu diorang selalu main-main ngan Pak Cik Anik ni. 

Aku kena ambik cuti esok sebab nak servis kereta, duit ada masuk sikit bolehlah servis kereta. Sebulan dua ni kena jimat cermat sikit, yelah uber atau grab pun tak leh jalan lagi sebab kaki tak berapa nak ok lagi. Solat pun atas kerusi lagi, kecuali solat Jumaat jer gagahkan diri solat duduk. Selain servis kereta aku kena pick up Umi dan Kak Ngah aku bersama babynya... dah alang-alang sangat ambiklah cuti. Kalau sempat nak gi UiTM untuk urusan memohon mini slip dan surat pengesahan tamat belajar. Mini slip kena bayar RM1 dan surat pengesahan tamat belajar kena bayar RM10. Semuanya nak guna untuk urusan permohonan kerja di LPPSA. Semoga allah permudahkan urusanku esok. 

Aku dah nekad hari tu tak kisahlah kerja kat mana janji dapat gunakan kelayakan degree aku. Nak tunggu PTD cabaran lain plak nak kena pikir, dengan elaun RM2030 tu tak padam dengan komitmen semasa aku. Tak cukup la... walaupun sengsara setahun jer. Jadi aku pun mintalah gred 41 kat mana-mana sahaja. Cuma tak der rezeki jer lagi. Nak harap kerajaan persekutuan punya memang tak de harapan selain PTD jer... sedihnya rasa. Itulah padahnya tak dengar cakap orang tua. Masa aku dapat penolong akauntan dulu ayah aku suh tukar bidang ambil akauntansi, tapi kat UiTM Sabah mana ada degree tu dulu. Masa AG KK buat kerjasama dengan UiTM Sabah pun tak ramai yang ikut, dan aku dengar ramai yang kandas sebab tak boleh ikut. Aku tak nak berhenti dan tak nak tukar aku teruskan pengajian aku sebab masa tu aku dapat Pinjaman Boleh Ubah JPA. Rasa sayang la kan, bukan senang nak dapat tu. Ok, nanti kalau dah dapat surat pengesahan tamat belajar EMAS dan mini trasnkrip tu nak hantar resume ke LPPSA. 

Khamis lepas berpeluang bersembang dengan bekas classmate masa diploma dulu, dia selepas degree terus kerja bank. Tahun lepas baru dapat akauntan kerajaan. Aku tanya dia, ok tak kalau aku nak kerja swasta. Dia nasihatkan aku, dah dapat kerjanya nanti buatlah perbandingan. Tapi dia nasihatkan jugalah antara tempat yang sesuai LHDN, Tabung Haji, KWSP, Bank Rakyat, sebab bonus ok dan benefit yang agak baik nak dibandingkan dengan agensi lain. Memanglah bank rakyat bonus sampai 6 bulan gaji memang bagus... cuma katanya masa kerja tu kadang-kadang kalau keje kerajaan ni pukul 5 dah boleh balik. Kalau kerja swasta malam kul 9 baru balik. Tu belum kena layan client. Dia kata more gain more spend sebab nak kena bayar pengasuh pun lebih sikit. Risiko pun tinggi, katanya prinsip high risk high return pun ada dalam swasta terutamanya bila berlaku kemelesetan ekonomi. LHDN badan berkanun pun ok juga, tapi bukan senang nak dapat. 

Tapi sempat bersembang dengan bos aku, dia kata tengok tempat juga. Pada dia kerja dengan bank tak lah teruk mana. Hmm... 

Kekadang terpikir, kenapa susah sangat untuk aku dapat jawatan PnP dengan degree aku ni. Ya allah kau permudahkanlah urusan kenaikan pangkat hambamu ini... semoga aku tak berhenti berusaha untuk mendapatkan jawatan pnp, sebab tengok ramai kawan2 yang dah berumur berhenti berharap. Semoga perancangan Mu ya allah adalah peluang untuk aku rasa gaji PnP. 

Sesak nafas rasa bila nak cuba bidang perniagaan tetapi entah kenapa aku rasa aku tak boleh. Dah pergi kelas pendedahan, tapi bila nak buat rasa macam tak yakin jer. Ya allah bagilah aku kekuatan. Semoga adalah peluang untuk aku nanti. 

Sekarang ni aku rasa nak hidup yang simple jer... rasa nak jual jer semua buku-buku koleksi yang aku ada ni. Tapi bila tiba masa tu rasa sayang balik. Bukan murah beli buku-buku motivasi dan buku pasal perniagaan dan ilmu-ilmu lain ni. Nak jual mesti murah punya. Hadoi la... 

Malam semalam aku tenung balik meja operasi ku semasa menyiapkan penulisan master tahun lepas. Nampaklah beberapa kata semangat... aku pikir balik... hmmm... 

Tapi aku bersyukur sebab aku masih bersemangat menyiapkan tugasan semasaku. Aku berusaha sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk memberikan output yang cemerlang dalam tugasan semasaku. I love my job... 

No comments:

Post a Comment