Wednesday, April 12, 2017

Ilmu Baru hari ini

Salam April... 

Kadar Kelayakan Pembiayaan LPPSA Gaji Pokok Termasuk Elaun Tetap Mulai Tahun 2017

Dah masuk bulan April... hari ini baru aku tahu bahawa kadar kelayakan untuk pembiayaan membeli rumah melalui LPPSA adalah Gaji Pokok tambah Elaun Tetap seperti ITP atau EPW, ITKA atau ITK dan ITJU. Wah untunglah sapa-sapa yang dapat EPW tu... yelah Elaun Perumahan Wilayah banyak tu... hihihi. 

http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/siaran-media

Banyak juga penambahbaikan yang dibuat oleh LPPSA semenjak diperbadankan ni. OK jugalah kan... Antaranya pembayaran secara perbankan internet JOM PAY bagi pegawai yang sepatutnya dah kena potong gaji tapi potongan belum jalan. Lepas tu menggunakan khidmat peguam yang diwajibkan dalam urusan pembiayaan bagi memudahkan pemantauan. Penyeragaman penggunaan borang untuk berurusan dengan LPPSA pun ditambah baik untuk kebaikan bersama. 

Sekatan Potongan 60% Daripada Gaji Kasar Penjawat Awam Mulai April 2017

Haa... ini perkara kedua yang berlaku dalam bulan April ni. Mesyuarat KSU Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang telah berlangsung dalam bulan ini juga. Cepat betul pelaksanaan diorang ni, garis panduan atau penjelasan lanjut pun tak kuar lagi dan laksana pada bulan yang sama. Hebat sungguh kan... 

Sebagaimana kita sedia maklum ahli politik adalah dok bising berkaitan keberhutangan yang serius di kalangan penjawat awam ni. Aku dah peka benda ni sebab aku buat gaji. Laporan Keberhutangan Serius selama ni dah diedarkan kepada Ketua Jabatan melalui Unit Kewangan masing-masing tapi mungkin tiada tindakan sewajarnya diambil. Selepas menteri tu bising, ketua jabatan pun kalut dok tanya minta laporan ngan kita, padahal minta ngan Bahagian Kewangan pun boleh, mungkin sebab dah lupa kan sebab dah lama tak jadi isu benda ni. Dua tiga bulan ni macam-macam la pengurusan atasan duk minta, kita pun bagilah... 

Aku bincang dengan pengurusan atasan kat pejabat keperluan mengeluarkan buletin untuk alert PTJ berkaitan arahan terbaru ini. Sebelum ini perasan aku kat website sumber tu tak de rnombor telefon dan emel untuk dihubungi, aku pun copy paste la ayat tu. Tut, tut hari ini boleh plak ada no telefon dan emel untukdihubungi. Sebelum keluar buletin ada juga tanya pihak berwajib ada arahanyang lebih jelas tak, diorang pun tak de terima arahan lagi. Tanya kawan-kawan pun masing-masing dok guna strategi tunggu dan lihat. 

Apabila merujuk kepada ZRPY054 senarai kod wagetype tu memang ada susunan priority potongan daripada A ke Z dan bagaimana potongan itu dibuat kalau 2 potonga setakat ada manakala kalau 5 mesti ada baru potong kalau tak cukup tak leh potong. Sekarang dah ada maklumat bagaimana potongan itu berjalan dan susunan keutamaan adalah seperti berikut ;
1. EPF Potongan Berkaitan Perundangan 
2. SOCSO
3. Cukai
4. Zakat
5. Cukai/Zakat
6. Arahan Mahkamah
7. Arahan Mahkamah Shariah
8. Bayaran Balik Gaji Potongan Berkaitan Kerajaan
9. Pinjaman Perumahan Persekutuan/Negeri/Badan BErkanun
10. Pinjaman Kenderaan Awam
11. Pinjaman Komputer
12. Pendahuluan Pegawai Awam
13. Perubatan Pegawai
14. Denda Pegawai Awam 
15. Sewa Rumah
16. Pinjaman Pelajaran/Biasiswa
17. Arahan Insolvensi
18. Utiliti
19. Potongan Gaji Pelbagai
20. Takaful/Insuran Takaful/ Insurans
21. Kelab Jabatan Kerajaan Kelab Jabatan KErajaan 
22. Pinjaman Koperasi Pinjaman
23. Pinjaman Badan Berkanun / GLC
24. Pinjmaan Swasta
25. Persatuan/ Pertubuhan 
26. Simpanan / Derma/ Sumbangan
27. Derma/ Sumbangan


Selepas ini pegawai sendiri bertanggungjawab menguruskan hutang yang telah dibuat. Bukan sekadar pandai buat hutang, malah kena pandai memastikan ansuran bulanan untuk membayar hutang tu dibuat. 



No comments:

Post a Comment