Semenjak hari itu, aku pun dengan berat hati meneruskan permohonan pinjaman rumah melalui treasury. Kelayakan aku RM255K tapi amaun rumah baru RM112125.00 kiranya sayang juga kan... yelah dengan tempoh 30 tahun kan... daripada tak de langsung baiklah aku ambil kesempatan ini. Ye lah kita hanya merancang yang menentukannya Allah jua.
Aku mula menghantar permohonan pada hari Isnin Ahad lepas iaitu pada 22 April 2013. Keesokannya kena kuiri. Lusanya baru ok. Tapi hari Jumaat lepas pegawai yang meluluskan permohonan cuti la pula. Apa boleh buatlah. Punyalah seksa aku menunggu pada hari Sabtu dan Ahad tu yelah... tak lulus juga. Malah paparan dalam sistem dah kosong. Pagi Isnin tiga kali aku call baru dapat bercakap dengan PT yang memproses permohonanku itu... dia kata pegawai dia sedang bermesyuarat. Tapi dia suruh aku datang tunggu kat kaunter BPP... aku pun pegilah... banyak juga kes-kes yang aku dengar.
Kes Pertama (Pinjaman Jenis IV dan Jenis VI)
Seorang lelaki meminta petugas kaunter untuk mengira amaun loan rumah yang dia layak selepas dia mengambil pinjaman Jenis IV iaitu membeli tanah untuk tujuan membeli rumah. Loan sebegini biasanya untuk membeli tanah separuh daripada kelayakan loan untuk membeli tanah. Selepas proses pinjaman membeli tanah selesai dan telah wujud dalam ruangan potongan pada slip gaji bulanan barulah Pinjaman Jenis VI iaitu membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman Treasury dapat dipohon. Aku ingat kes sebegini dah guna dua loan. Rupenya baru 1 loan, separuh beli tanah separuh lagi bina rumah. Petugas kaunter tu nasihatkan lelaki tersebut untuk beli rumah yang dah siap sahaja. Tetapi lelaki tu bertegas untuk mengetahui jumlah kelayakan untuk pinjaman membina rumah selepas beliau permohonan beli tanah tu berjaya. Petugas kaunter tu kata tak dapat.
Kes Kedua
Dua orang wanita ingin menyelesaikan pinjaman pertama untuk membeli hartanah baru menggunakan pinjaman kedua. Petugas kaunter dengan sabarnya menerangkan apa yang patut mereka lakukan. Antara isi yang aku dengar, beliau meminta pelanggan tersebut menjelaskan pinjaman pertama. Selepas potongan slip gaji tiada dalam slip gaji, barulah pelanggan tersebut layak memohon loan kedua. Syarat untuk loan kedua adalah seperti berikut ;
- Pinjaman Pertama telah selesai (Penyelesaian Awal)
- Potongan ansuran dalam slip gaji telah tiada
- Kelayakan adalah suku atau 1/4 daripada gaji pokok semasa pegawai memohon
- Tempoh pinjaman adalah 25 tahun...
Kes Ketiga
Pelanggan bertanya bagaimana dia boleh memohon pinjaman JENIS VII: MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN
Petugas kaunter itu memaklumkan. Sekiranya rumah dibeli menggunakan pinjaman perumahan syaratnya adalah
- Tiada tunggakan bayaran
- Amaun pinjaman adalah baki kelayakan semasa, skim pinjaman ikut skimsblm ini.
- pasangan pun blh mohon, dgn syarat merupakan penama.
- Bila nak mohon
- 5 tahun selepas tarikh surat kelulusan bagi pinjaman jenis 1 dan IV.
- Manakala bagi pinjaman jenis II dan III 5 tahun drp tarikh pengeluaran baucar 95% atau 100%.
- dll syarat lagilah
Setelah setengah jam menunggu barulah nampak batang hidung PT tersebut. Dia menyerahkan 4 keping surat kepada aku. Sekeping untuk aku, sekeping untuk sumber manusia aku, sekeping untuk pemaju dan sekeping lagi untuk syarikat peguam. Selepas tu aku telefon wakil syarikat minta dia ambil surat tu.
Setelah tiba kat opis aku baca surat tu, setelah berpuas hati aku tandatangan surat setuju terima dan minta bos aku tandatangan. Petangnya juga aku hantar ke BPP. Salinan surat tu aku scan dan aku emelkan kepada syarikat peguam, syarikat pemaju dan PT Sumber. Pada masa yang sama aku fakskan salinan surat tersebut kepada syarikat peguam. Sekarang mereka leh teruskan menyediakan gadaian. Okey amaun sebanyak
Pengiraan Bayaran Gadaian Rumah | |||||||
A | Nilai Hartanah | RM | 112,125.00 | ||||
B | Yuran Guaman (1% drp nilai hartanah ) | RM | 1,121.25 | ||||
C | 0.007 % drp nilai Hartanah | RM | 784.88 | ||||
D | 6% drp nilai 70 % | RM | 47.09 | ||||
E | Jumlah | (C+D) | RM | 831.97 | |||
F | Pelbagai | ||||||
G | Property Sales Agreement (10% drpd C) | RM | 78.49 | ||||
H | Property Purchase Agreement (10% drpd C) | RM | 78.49 | ||||
I | Carian Rasmi Tanah | RM | 30.00 | ||||
J | Perjalanan | RM | 100.00 | ||||
K | Pelbagai | RM | 50.00 | ||||
L | Pendaftaran PA | RM | 100.00 | ||||
M | Jumlah G,H, I, J, K, L | RM | 436.98 | ||||
N | JUMLAH GADAIAN | E+N | RM | 1,268.94 | |||
Ini adalah anggaran sahaja... kalau nak tahu jumlah sebenar kena tunggu surat tuntutan daripada syarikat guaman jer..
Ok... selepas ini aku kena sediakan wang untuk
1. Grill rumah... anggaran tak pastilah lagi...
2. Insuran koridor
3. Cukai Tanah
- Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.
- Cukai tanah kami akan dibahagi dengan 5 Unit Rumah lain... maklumlah 5 tingkat.
4. Cukai Taksiran atau Cukai Pintu
- Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru.
- Beza cukai tanah dengan cukai taksiran. Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.
- Apakah itu Cukai Taksiran Am?
- Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Perbandaran Sepang seperti berikut
- Bangunan Kediaman (Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, Banglo dan lain-lain)
- Bangunan Perniagaan / Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain)
- Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang
- Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain
Walaupun harga aku beli adalah RM117,657.00 tapi harga yang aku beli dengan SPP adalah RM281,798.98.... wow RM561.71 * 360 bulan... patutnya RM202,215.60... tapi kenapa leh jadi RM2811798.98 ek... bezanya adalah 79,583.38 ... nantilah study
No comments:
Post a Comment