Dulu hal ini telah berulang kali masuk majalah dan surat khabar. Kini aku pula hadapinya.
Aku yakin dengan Qada dan Qadar Nya , setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Setiap ujian yang aku lalui pastinya adalah pada tahap yang aku boleh hadapinya.
Semenjak dua menjak nampak sangat berubah kelakuannya... ayatnya tiada lagi lembut penuh budi bahasa... tiada lagi ayat yang membuatkan aku diperlukan dan dihormati. Aku sebagai hamba allah yang dikurniakan dengan sifat ego mahu dihormati dan diterima seadanya. Betapa kau meletakkan diriku dalam keadaan sukar sekarang ini sehinggakan aku terpaksa memilih antara keluarga dan ...
Kenapa hal yang dahulu dibangkit-bangkitkan... sedangkan sudah sama-sama setuju untuk tutup buku kisah silam itu. Sampai hati tidak mahu mengambil tahu akan keluargaku...
Jangan berkahwin dengan orang yang anda BOLEH hidup bersamanya. Tetapi
berkahwinlah dengan orang yang anda TIDAK BOLEH hidup tanpanya.
Keadilan...
takkan nak balik masa raya je kot... alasan jauh... tak lojik... alasan lain lagi dicipta... alasan boleh dicipta dan diberi beribu - ribu kalau hati kotor tidak tahu memaafkan.... sucilah hati.... sucilah hati... tak de sape pun yang sempurna dalam dunia ini. Dalam memastikan perjuangan kita terus utuh, segar dan abadi, belajarlah jangan disimpan di dalam hati setiap perkara yang kita kurang berkenan. Setiap manusia kita dikurniakan kelainan akal, fikiran, gaya bertindak atau etika yang berbeza kerana itu adalah kekuasaannya. Ciptaannya adalah amat unik tidak sama antara satu sama lain. Kelainan itulah yang mewujudkan kepelbagaian... yang mewarnai kehidupan ini...
Maksud adil itu sendiri adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Sama rata... betul...
Lapan Punca Rumahtangga Bergolak
Sangat menyedihkan apabila dalam sesebuah perkahwinan, pasangan suami
isteri gagal untuk mempertahankan hubungan perkahwinan mereka. Apabila
perkara seperti ini berlaku dalam hubungan rumahtangga dan tidak
diselesaikan secara berhikmah, ia tidak mustahil mengakibatkan
penceraian.
Oleh itu, untuk mengelakkannya daripada menjadi lebih parah, pasangan
terbabit perlulah mengenalpasti apakah punca yang menyebabkan
masalah-masalah timbul dalam hubungan mereka. Apabila punca
pertelingkahan atau ketidaksefahaman dikenalpasti, pasangan
tersebut akan lebih mudah untuk mengatasi masalah yang timbul.
(1) Kritikan yang melampau -
Pada kebiasaannya, pasangan yang telah menjalinkan hubungan agak lama
tidak terlalu peka tentang masalah ini. Mereka lebih memikirkan kepuasan
hati apabila mengkritik berbanding memikirkan sensitiviti pasangan.
Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam
hubungan dan sekiranya ia dibiarkan berterusan, mungkin akan membuatkan
orang yang sentiasa dikritik merasakan perpisahan adalah jalan terbaik.
Kritikan yang melampau bukanlah satu cara yang membina sebaliknya ia boleh menjatuhkan semangat seseorang.(2) Penipuan - Jangan sesekali memulakan penipuan dalam hubungan walaupun ia suatu perkara yang kecil kerana ia akan memberi kesan dalam hubungan untuk jangka masa panjang.
Masalah ini perlu dipandang serius untuk mengelakkan pasangan terasa
seperti dianiaya. Dikhuatiri penipuan yang telah dilakukan akan
mempengaruhi pasangan yang ditipu untuk turut menipu. Adalah lebih teruk
sekiranya masalah ini akan terus berlanjutan dan berbalas-balas di
antara satu sama lain.
(3) Intipan -
Walaupun niat anda mungkin baik untuk mengetahui setiap pergerakkan atau
aktiviti pasangan anda, tetapi ia sebenarnya akan membawa masalah besar
dalam perhubungan sekiranya tindakan “intipan” diketahui pasangan anda.
Oleh itu, binalah kepercayaan dan elakkan keraguan terhadap diri
pasangan anda. Sekiranya tanda-tanda kecurangan dapat dikesan atau
was-was, barulah anda cuba melakukan intipan. Apa yang paling penting
ialah jangan sesekali bersangka buruk terhadap pasangan.
(4) Cemburu yang melampau -
Cemburu sememangnya amat penting dalam hubungan. Ia adalah sebagai
tanda anda benar-benar menyayangi pasangan anda. Malangnya, perasaan
cemburu yang tidak terkawal akan menjadi punca masalah dalam hubungan.
Perasaan cemburu itu haruslah dikawal agar bersesuaian dengan situasi,
tempat, keadaan atau sebagainya.
(5) Membandingkan hubungan masa lampau -
Pasangan tidak seharusnya melakukan perkara seperti ini dalam hubungan.
Jangan membandingkan hubungan sekarang dengan hubungan masa lampau. Ini
akan mewujudkan pelbagai pemikiran negatif terhadap pasangan. Masalah
ini perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah yang
lebih besar pada masa akan datang.
(6) Masalah komunikasi -
Ia adalah merupakan masalah yang kritikal kerana ia melibatkan
persefahaman dan penilaian terhadap pasangan masing-masing. Ini kerana
semua masalah dalam hubungan seperti perasaan cemburu, krtitikan,
penipuan atau sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu
berkomunikasi dengan baik. Komunikasi yang baik juga dapat membantu
kedua-dua pihak untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu
perkara.
(7) Mengambil ringan -
Apabila sesuatu hubungan telah melalui satu jangka masa yang panjang,
kebiasaannya pasangan akan mengambil ringan atau kurang memberi respon
(tidak peduli) terhadap pasangan masing-masing. Masalah ini perlulah
dielakkan. Bahkan, kedua-dua pasangan seharusnya berusaha untuk
menyemarakkan lagi perasaan serta menguatkan ikatan cinta yang terjalin
sekian lama agar terus berkekalan.
(8) Aktiviti harian - Setiap
orang pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan,
tetapi, jangan sesekali mengabaikan pasangan kerana ia juga merupakan
salah satu dari tanggungjawab anda. Walaupun anda sibuk dengan aktiviti
harian, carilah masa yang sesuai untuk diluangkan bersama pasangan anda.
Masalah dalam hubungan pasti berjaya dielakkan sekiranya anda bijak
untuk membahagikan masa.
Sumber :I luv islam
5 sebab suami berubah kasih
SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai
yang dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi
Musliha, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang
berlaku sementelah anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya, dia
sukar untuk menerima hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan
Illahi. Kata orang sudah tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan
diri dan merenungi apa kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja
oleh bekas suaminya.
Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap
sebenar suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang
berkongsi hidup, Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari
segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya
berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun jika
tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga
yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa
pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.
Tidak menyediakan keperluan
Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan
keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di
luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada
antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia
bersikap curang di belakang anda.
Sukar beri layanan seks
Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat
mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks.
Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya.
Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan
buat pasangan.
Melakukannya seperti orang suruhan
Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati
ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah
mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak
suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah
dia sebagai suami dan ketua keluarga.
Amalkan gaya hidup sosial
Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial
dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup
sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana
isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi
pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.
Berpenampilan tidak menarik
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak
berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah
dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa
kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik
dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga
melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak
berhubungan intim.
Tanda-tanda suami curang:
Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah
menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang
anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah
anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah
benci melihat anda.
Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang
yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda
dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya
adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.
Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada
panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi
dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk
bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.
Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah
penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh
kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda
menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu
asmara.
* Dipetik dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi April
Tips Mengambil Hati Mertua
Memang agak susah kehidupan
berumahtangga bila keluarga mertua tak sukakan kita, ataupun keluarga
kita tak sukakan pasangan kita. Ia menyebabkan kita menjadi serba-salah
dan tertekan jiwa bila terpaksa mengorbankan kegembiraan sendiri demi
menggembirakan orang lain. Sebab itulah, sangat dituntut agar mendapat
restu keluarga sebelum bernikah.. supaya kita dapat menumpukan masa dan
tenaga untuk meningkatkan kualiti perkahwinan dan tak perlu nak buang
masa menggunakan tenaga dan pemikiran untuk tujuan lain.
Ada juga kes yang mana hubungan
perkahwinan itu direstui oleh kedua2 pihak, namun disebabkan tersilap
atau tersalah dalam perbuatan, maka ia menyebabkan hubungan yang asalnya
mesra menjadi renggang. Jadi, amat penting bagi pasangan berkahwin
untuk menjaga hati keluarga mertua dan dalam masa yang sama tak
mengabaikan hati dan perasaan keluarga sendiri.
Ustaz Love nak bagi tips ni tak berapa pandai sangat.. cuma sekadar berkongsi atas pengetahuan yang sedikit :
1. Perkahwinan mendapat restu kedua belah pihak.
Kalau ada pihak yang tak merestuinya,
memang akan menjadi masalah bila dah berkahwin nanti. Politik
kekeluargaan ni sebenarnya lebih dahsyat daripada politik kepimpinan
negara.. kalau kita tengok situasi politik sekarang yang penuh dengan
fitnah-memfitnah, kutuk mengutuk, kentut mengentut, caci mencaci dsb,
begitulah juga situasi yang akan berlaku bila kita tak sebulu
(sependapat / satu geng) dengan ahli keluarga mertua. Kita buat baik pun
kena tohmah, kita buat salah apatah lagi.. tak buat apa2 pun kena juga
fitnah.. Inilah yang dikatakan, bila hati dah tak suka, manusia
dipandang seperti ungka (ini pepatah rekaan Ustaz Love..kihkih).
Jadi, sebelum berkahwin, kena fikirkan
dulu situasi ini.. jangan buat bukan2 (terfikir nak kahwin lari la dsb),
sbb permulaan yang kurang baik itu boleh memberikan kesan kepada
keseluruhan perkahwinan.. bahkan sampai ke anak cucu pun belum tentu
lagi boleh settle masalah macam ni.
2. Kena pandai main politik.
Politik di sini bukanlah bermaksud kena
jadi JKKK Kampung ke, Ketua Bahagian Wanita ke dsb.. maksudnya, kena
pandai melihat situasi. Macam orang politik, mana pihak yang boleh
memberi manfaat kepadanya, maka dia akan cuba menjalin hubungan dengan
pihak tersebut. Dalam hal ini, bukanlah memberi maksud kita kena buat
team tertentu, sebaliknya kena bijak mengambil peluang mengikut situasi.
Ustaz Love bagi contoh.. katalah dalam
keluarga mertua itu, yang paling berkuasa dan memberi pengaruh adalah
kakak yang sulung (setiap pendapat dan kata2nya diambil berat oleh
keluarga mertua contohnya), maka mulakanlah hubungan yang baik dengan
beliau. Cuba cari apa kesukaan beliau, dan cuba mengambil hatinya..
insyaAllah, bila kita dah tawan ketua, maka anak2 buahnya akan mengikut.
Dah macam strategi nak berperang la plak.. kihkih.
Begitu juga kalau kita mengetahui sikap
ahli keluarga tertentu yang suka membuat fitnah dan mengadu domba, maka
kita cuba sedaya upaya untuk mengelakkan perselisihan dengan beliau.
Dalam masa yang sama, kita kena sentiasa berhati2 agar tak terjebak
dalam permainannya dan pandai mengelak setiap serangannya.
3. Menjadi pendengar yang setia.
Seorang pendengar yang setia memang
sentiasa disenangi oleh orang lain.. sebab mereka2 ini lebih suka
mendengar dan kurang bercakap, jadi orang lebih percaya untuk menyimpan
rahsia mereka kepadanya disebabkan kemungkinan untuk beliau membocorkan
rahsia atau terlepas cakap tu agak tipis. Maksud mendengar ini bukanlah
mendengar macam kucing dengar tuannya bercakap (mata sayu macam faham,
tapi sebenarnya tak faham pun), tapi mendengar mengikut kesesuaian dan
masa. Kalau orang dah melalut2 bercakap sampai masuk bab umpat fitnah,
takkan nak tadah plak telinga mendengarnya (walaupun kita memang suka
dengar gossip2 hal orang ni.. cuma bila orang bergossip tentang kita je,
kita rasa tak selesa dan nak naik angin).
Bila kita banyak mendengar, maka ia akan
membina kepercayaan orang terhadap kita.. sebab itu orang percayakan
kaunselor (walaupun mereka orang asing) sebab kaunselor itu terikat
dengan kerahsiaan dengan client dan kaedah psikologi yang digunakan
iaitu banyak mendengar.. berbanding kita yang tak sempat orang nak
habiskan cakap, kita dah potong dan menyampuk percakapannya. Konon2nya
itu teknik berkesan nak mematikan hujjah.. sedangkan apa yang diajarkan
oleh Nabi s.a.w. itu adalah mendengar sampai habis, kemudian baru minta
izin untuk bercakap. Jika semua orang yang berbalah menggunakan teknik
ini, insyaAllah, jalan penyelesaian akan dapat dicapai.. berbanding
saling potong-memotong cakap.. umpama potong-memotong semasa memandu
yang berkemungkinan besar berakhir dengan eksiden.. berbanding jika kita
nampak kereta di belakang dok cucuk2 angin, kita belok ke kiri
memberikan laluan untuknya.. insyaAllah, kita selamat, dia pun selamat
(tak berlanggar dengan kita.. walaupun kemungkinan untuk berlanggar
dengan orang lain itu tetap ada).
Jadi, tak kira la keluarga mertua
berborak cerita pasal drama ke, cerita pasal ayam ke, pasal anak2 ke,
dengarlah.. dan berikanlah pendapat sekiranya mereka bertanyakan
pendapat kita.. jangan pandai2 bercakap walaupun tak diminta, nanti
mereka akan nampak seolah2 macam kita nak menunjuk2. Ini boleh
menyebabkan perasaan jelly (jeles) di kalangan keluarga terutama ipar
duai yang mungkin tahap pemikiran mereka tak setinggi tahap pemikiran
kita.
4. Jangan kedekut memberikan pujian.
Pujilah keluarga mertua atas apa yang
mereka lakukan.. Kalau mereka bersolek, pujilah kecantikan wajah
mereka.. tanya petua nak licinkan wajah (tapi jangan la kalau kakak ipar
tu muka berjerawat penuh, kita gi tanya beliau petua nak melicinkan
wajah plak.. harus dia anggap kita nak menyindir plak).. tanya cara nak
jaga body.. tanya resepi masakan.. bila kita bertanya sesuatu yang dalam
ruang lingkup pengetahuan dan kemahiran mereka, mereka akan rasa
dihargai. Walaupun kita tak memuji masakan mereka secara direct, tapi
bila kita tanya resepi masakan, seolah2 kita dah berikan pujian dan
pengiktirafan kepada masakan mereka. Pendek kata, sentiasa bermulut
manis walaupun kentut busuk (ini pepatah orang tua yg Ustaz Love adjust
sket).
Kalau anak2nya cemerlang, maka
ucapkanlah pujian dan tahniah kepadanya.. kalau anaknya tak cemerlang,
maka elakkan membuka mulut pasal pelajaran anak2 melainkan kalau beliau
yg buka mulut dan bertanyakan kepada kita.. sebab kes anak2 ini juga
biasanya boleh menyebabkan perselisihan dengan keluarga mertua serta
ipar-duai. Sebabnya masing2 sayangkan anak sendiri.. even kalau anak
bersalah pun, kita tak sanggup nak tengok anak2 kita dimarahi oleh orang
lain.. biar kita yang marah dan pukul anak sendiri, berbanding melihat
anak kita dimarahi dan dipukul oleh orang lain. Begitulah juga dengan
mereka. Kadang2 hari ni anak2 kita bergaduh dengan sepupu2 mereka
bertumbuk bertampar sampai berdarah2, esoknya diorang dah boleh main
balik macam biasa.. tapi mak ayah diorang plak yang over sampai tak
bertegur sapa bertahun2 lamanya.
Jadi, untuk mengelakkan sebarang rasa tak puas hati, ringankanlah mulut memberikan pujian.. bukannya kena keluar apa2 modal pun.
5. Banyakkan memberi daripada meminta.
Antara cara paling berkesan untuk
merapatkan hati2 manusia ini adalah dengan banyak memberi.. tak kira la
berikan duit ke, barang ke, khidmat ke dsb. Cara yang paling mudah
adalah memberikan khidmat.. modal pun tak perlu nak keluar.. cuma kena
guna tenaga la sikit. Contohnya bila nampak mak mertua duduk termenung
kat tangga rumah, duduk la dengan beliau sambil borak2. Sambil borak2
tu, boleh la urut sikit2 kaki beliau (ini untuk menantu perempuan la..
jangan menantu lelaki pandai2 plak nak urut kaki mak mertua, kang kena
ong bak dengan pak mertua, Ustaz Love tak bertanggungjawab..kihkih).
Begitu juga kalau nampak kakak ipar dok gosok2 bahu, offer la kat beliau
nak tolong urutkan. Tak payah la urut guna siku mcm kat spa tu, cuma
urut2 biasa.. walaupun mungkin tak hilangkan lenguh bahunya, namun ia
dapat mengeratkan hubungan melalui cara sentuhan.
Juga kalau kita tahu keluarga mertua itu
ada masalah kewangan ke, cepat2 la bagi bantuan.. jangan tunggu beliau
mintak (sbb ini akan menyebabkan beliau berasa segan dan kurang mesra
dengan kita). Bagi je berapa yang mampu.. walaupun tak dapat nak
selesaikan keseluruhan masalahnya, sekurang2nya dapat meringankan beban
yang ditanggung. Anggap saja itu sebagai sedekah yg akan menjadi harta
kita di akhirat nanti.. jadi, kita pun takkan berkira walaupun terpaksa
menghulur banyak2 kali.
Bagi yang pandai memasak, maka selalulah
masakkan lauk lebih sket dan hantar kepada keluarga mertua.. kalau yang
tak reti masak, takyah la pandai2 nak adjust menu (hantar megi ke,
telur goreng ke.. takde maknanya.. kihkih).. sebaliknya mungkin boleh
belikan buah ke.. ataupun kalau pergi pasar malam, belikan yong tau fu
lebih sket dan hantar ke rumah mereka. Budaya menghantar makanan ini
memang budaya Islam dan telah diamalkan oleh orang Melayu sejak dulu
lagi. Cuma sekarang ni agak jarang kecuali kalau bulan puasa.. bertukar2
juadah puasa.. itu pun sebab malas nak masak banyak jenis.. masak mee
goreng, hantar kat jiran, dapat balasan kuih la, ayam percik la dsb..
niat yang tak betul akan menghasilkan perasaan yg tak berapa betul..
sebab tu ada antara jiran yang dah berhenti bertukar juadah berbuka
puasa sebab jiran tu masak tak sedap dsb. Bukan pahala yang dikejarkan,
sebaliknya sibuk nak memenuhkan perut sendiri.
6. Berdoa kepada Allah.
Jangan lupa berdoa kepada Allah dengan
menyebutkan nama ahli keluarga mertua.. doakan semoga Allah mengampunkan
dosa mereka, diberikan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan apa2
juga doa kebaikan. Tak lupa juga, doakan semoga Allah merapatkan
perhubungan kita dengan mereka.. sbb Allah saja yang memegang hati
manusia ini.. bila2 masa Allah boleh bolak-balikkan.. sama seperti
Saidina Umar r.anhu yang pergi nak membunuh Nabi s.a.w., tapi Allah
balikkan hatinya menjadi orang yang paling cintakan Nabi s.a.w.
Begitulah serba-sedikit petua (mungkin)
yang dapat Ustaz Love kongsikan.. Ustaz Love buka perbincangan jika ada
mana2 pengunjung yang nak berkongsi pandangan atau pengalaman.. kita
kumpul sikit2 nanti lama2 boleh jadi bukit. Soal berkesan atau tak, itu
kita akan tahu selepas kita amalkan.. selagi kita tak amalkan, selagi
itulah kita takkan tahu sejauh mana keberkesanannya.
WA
No comments:
Post a Comment