Aku dah pikir puas-puas minggu lepas, memang aku kena mohon cuti untuk naikkan balik momentum penulisan kertas kerja tahun akhir aku ni. WLB la sangat sampaikan aku sendiri pun tak seimbang. Quality of work life.... hadoi la mak... malas nak cite... biarlah rahsia.
Malam tu aku tidur pukul dua pagi untuk siapkan draf... sambil belek-belek balik nota lama. Tapi aku tak belek lagi nota yang aku ambik masa jumpa supervisor tempoh hari.
Subuh bangun pukul 6.30 pagi... macam biasa memanusiakan diri dan tunaikan tanggungjawab. Lepas tu mengadap komputer sampai terleka dan terlupa anak2 aku perlu dihantar ke rumah pengasuh dan tadika. Najmi sepuluh kali sekali masuk bilik cek aku dan memaklumkan bahawa aku sibuk dok buat kerja. Bagusnya anak aku ni memahami betul, sekali tengok jam dah pukul 8 lebih. Najmi dah mula mengingatkan aku untuk hantarnya ke sekolah, aku cakap kejap. Pukul 8.30 pagi terima panggilan telefon daripada CFA, interview rupenya. Memula aku cakap melayu dia suh aku cakap english dan dia mula tanya soalan2 berkiatan CFA dan cita-cita aku dan kenapa aku pilih pelan pengajian sekarang dan apa harapan aku kat JPM tu. Sebenarnya ada lagi soalan lain, tapi biarlah aku sorang jer yang tau. Lepas interview, jenguk Najmi, dia macam dah malas nak ke sekolah. Hadoilah kesian plak, tapi sebenanrya dia suka sebab mak cik dia ada kat umah tu... Aku pun cakap kejap lagi nak gi hantar adik CT umah pengasuh sambil tu aku suruh dia salin baju biasa, melompat dia gembira siap usik adik dia lagi konon dia nak gi jalan hantar mak cik Ika dia umah Mak Ngah dia. Nangis la CT bila dengar gitu, bila diorang berdua ni sembang mereka berdua memang faham giler mesej-mesej yang dihantar dan diterima tu. Kesian pula CT iman ni... pikir balik dah la semalam aku balik lewat, ni dah alang-alang kat rumah ni tak perlah tak yah hantar biar dorang main dengan mak cik Ika dia. Lapipun diorang tak kenal sangat mak cik ika ni... Alhamdulillah pukul sepuluh pagi aku denga diorang dah mula bergurau senda dengan mak cik Ika diorang.
Pukul 10.30 pagi aku suapkan diorang nasi sayur air ikan kerisi goreng kunyit masakan ibu diorang subuh sapei nan dingin pagi tadi. Aku pun terpaksa cakap sapa tak makan tak boleh ikut ayah jalan, apa lagi diorang masing-masing dok tadah mulut ternganga minta suap. Sapa suruh janji kan... hambik terpaksa bawa diorang jalan juga kul 11 tu, pikir balik tak perlah sambil gi beli minyak masak kat Aeon Big... berlagak la konon aku ni bawa nota bagai konon nak baca. Bawa skadar bawa jer lah kalau dah kuar ngan budak-budak ni penatnya tuhan je yang tahu. Semua benda dia nak, itu nak ini nak, nak gi situ nak gi sana... hadoi... Lepas makan kat KFC aku ingat nak gi beli minyak masak diajaknya diorang nak main mainan yang masuk duit tu. Barang dah banyak ni lebihan makanan diorang, apa lagi masuk dalam mainan tempat diorang main tu sampai aku tertinggal fail nota aku. Lepas main terus gi beli minyak masak... ais krim MC Donald telah menyelamatkan nota aku dari hilang... masa duduk2 kat MC D tu baru aku perasan nota aku tiada. Bagitau adik suh jaga anak-anak, terus berlari ke tempat mainan, nampak Unty bawa beg dia letak folder aku atas beg dia. Aku pun ambik nota aku tu... sib baik lah... kalau tak memang menangis tak berlagu la aku nota hilang.
Lepas tu balik rumah suh diorang tidur, tidur jugalah dengan aku sekali ambil nap sampai kul 3 petang. Lepas tu aku sambung study sikit, tetiba terdengar orang ketuk pintu geriji. Aku pun gi buka ada orang hantar tong gas, baru teringat masa sampai rumah tadi aku ada sms suruh diornag hantar gas. Oklah gas 15 Kg RM28. Lepas tu ternampak plak notis pegawai kesihatan persekitaran nak buat spot check kat umah nanti. Terus aku pun bersihkan tandas.
OK... hari ni ada peristiwa lucu dimana kerusi meja makan yang aku gunakan untuk duduk kat depan meja komputer tu repuk dan patah... nasib baik aku tak jatuh dalam tu, kalau tak haru lor... Kebetulan pula ada orang jual prelove kerusi pejabat apa lagi malam tadi aku dah grab...
Tengah dok baring-baring kat ruang tamu sambil belek nota sambil dengar berita, tetiba handphone aku berdering. Rupenya ada orang nak beli mesin basuh Samsung tu pula. Ok mesin basuh 7kg tu tak rosak hari tu dia tak berpusing sebab ada kain melekat kat motor dia. Aku hampir nak buang mesin basuh tu, allah bagi petunjuk aku buka penutup bawah dia yang macam laci jer.... tengok ada stoken, tudung bawal dan seluar kecik kat situ. Selepas aku buk simpulan kain-kain tu dan keluarkan semua. Aku bawa masuk umah cuba buka memang boleh pakai lagi. Kebetulannya kami memang dah beli yang 10kg yang kononya cepat sikit keja membasuh kain nanti tak payah dua tiga round. Ok harga buka kat Mudah adalah RM400/RM350 tapi aku tulis boleh runding. Masa dia call aku cakap RM300 kalau ambik sendiri, lepas tu dia minta kurang lagi RM250, sebab malas nak fikir aku tanya wife dia pun setuju kami pun setuju. Lucunya baru seminit aku jual ada tiga orang lagi tanya pasal mesin basuh tu. Lepas tu cepat-cepat aku delete iklan tu.
Selesai kes mesin basuh aku pun gi ambik kerusi opis plak. Ok mamat tu jual RM100 sebuah bila aku minta kurang dia bagilah RM90. Memula janji nak hantar tapi tak hantar, malam ni alasan demam. Apa lagi aku pun bagitau boleh ambik sendiri. Harga tak kurang pun... usunglah aku kerusi tu jauh juga berpeluh2 rasaya.
Kini aku menulis blog ini di atas kerusi prelove yang empuk ini...
No comments:
Post a Comment