Friday, January 3, 2014

Lapar Tak Boleh Tido... dah makan nak berak pula

3 Januari 2014, Jumaat

Hari ini kepala aku sedikit pening, ubat selesema dah habis. Memandangkan isteri aku tak masak pagi nie aku tak makan ubat, alasan jer. Anak aku masih kurang sihat, ibu dia pula masih mood malas nak lepak kat umah. Ada ke dia cakap sepanjang AKB dia nak cuti nak balik kampung berehat kat kampung. Tak lojik dek akal kan. Merepek merapu sepanjang masa. Apa yang nak ditekan kat sini, bila isteri aku tak keje bolehlah gerak awal sikit. Aku bangun kul 6 pagi, lepas mandi bersiap. Aku bertolak pergi keje kul 6.30 pagi. Sampai opis kul 7 pagi. Memula singgah tingkat 3 ambik dokumen yang memang sengaja ditinggalkan kat situ semalam. Lepas tu baru naik tingkat 4 dan mula buat keje. Tetiba sakit perut nak berak. Aku gi melabur kejap, cair. Sib baik aku tak tahan, kalau tak kan ada tercirit dalam seluar masa nak kentut. Malam Khamis balik kul 9 malam, masa makan rasa macam nak kentut sekali tercirit, aduyai potong stim nak layan nasi ayam, selepas habis makan baru gi cebok. Berbalik kepada cerita hari Jumaat plak, selesai melabur aku sambung keje balik. Kul 8.15 pagi gitu rakan sekerja datang, aku kata nak gi kantin kejap. Al maklumlah disebabkan dah bertahun2 biasa sarapan yang berat, tak sarapan menyebabkan badan aku terasa lemah plak.

Tengahari aku balik umah kejap. Masuk opis selepas jumaat terlewat sedikit. Buat keje cam biasa. Pagi tadi aku siapkan laporan bulanan. Petangnya baru aku semak baucar dan cetak cek serta laporan C600 FLIMSI. Tambah sakit hati cek lompat print cek no 1 gi print maklumat no 2, manakala cek 2 gi print maklumt no 1. Terpaksa proses cek reprint and void, buka kitab lagi. Tambah pula Pertanyaan daripada PTJ tak payah cakap lah... telefon asyik berdering jer dari pagi sampai petang dengan soalan dan kes yang begitu mencabar.

Pukul 5 petang, aku tanya bos balik kul bape, dia kata balik kul 9. Aku bagitau wife aku balik kul 9. Hampeh tul sepanjang hari jumaat tu sistem slow gila babai. penggantian cek aku tu kul 10 baru siap. Itupun laporan c600 tak kuar2 asyik ABAD dan what happened. Terus aku run background. Penatnya.  Proses zrap037 start pukul 8. Untuk larian ujian sekejap jer. Untuk larian sebenar tersalah buat foreground la pula... sepatutnya background. Apa lagi pucat kesi la aku.... cuaknya ada kan ABAD keluar... terpaksalah aku klik klik dan klik pada skrin. Akhirnya kami balik pukul 10.30 malam.


Balik gi beli makanan kat Teja dan beli susu anak. Lepas makan roti john dua keping aku mandi solat dan nak tido. Sekali tak boleh tido, kul 1 pagi perut berbunyi2. Paksa juga tido, tak boleh juga. Akhirnya aku pasrah aku kena isi perut ini, kebetulan ada beli roti. Bancuh milo 3 in 1 cicah roti. Buka PC layan FB sampai mata rasa mengantuk kul 2.30 pagi. Tutup pc konon nak tido. Kul 3 plak sakit perut nak berak, dah la tengah cair tu.... tak berani lah nak tahan... gi lah melabur.... selepas tu barulah boleh tido.

Syukur jugalah walapun tido kul 3 pagi aku masih dapat bangun kul 6.30 pagi, tak terlepas subuh.


Pening dengan payment run AKB

Salam AKB

Bermula 2hb hari tu kami dah bermula dengan step zrap037 (proses dokumen AKB), ya allah tuhan saja yang tahu. Masa gi taklimat nampak macam senang jer. Sekali bila buat sendiri banyak yang tidak faham.

Step dia
1. zrap037 untick larian ujian - save
2. zrap037 tick larian ujian - save
3. FBL1N - KP - vendor ABT B -  ABT T - jumlahkan dulu cleared item
4. FBL1N - KQ - vendor 100000000000 - z99999999999 - kena kira manual berapa jumlah dokumen KQ (nak gila aku rasa)
5. FBL1N - KP - cari open item, kalau ada open item kena solmen kepada BPTM
6. Sebelum buat payment run F110s pastikan dulu zrap037=FBL1N

teruskan payment run seperti biasa.


Hari pertama AKB, dengan keadaan aku kurang sihat kepala rasa pening-pening dan dengan kumpulan support group BPTM sibuk buat data conversion pukal. Aku tak semak pun KP ada open item atau tidak. Aku terus run cleared item. Malam tadi aku dah solmen KP yang open item bertarikh 02.01.2013.


Semasa buat payment run pada hari kedua AKB. Masa tengahari tu rasa macam ok... petang plak tak imbang juga. FBL1N dokumen KP ada tak open item, nampak tiada. selamatnya.


Inilah tahun pertama aku bertanggungjawab buat payment run semasa AKB. Kawan aku yang dah empat tahun buat payment run AKB dia kata dia buat jer payment run tanpa peduli KP dan KQ. Entahlah kalau dia membohong, sebab nampak banyak yang dia lupa. Sebelum ini dia pernah cakap dia diarah oleh pegawai kami untuk run trial balance sebelum buat payment run.



Apakah kesan buat payment run sekirnaya zrap037 tidak sama dengan FBL1N?

Pelarasan terpaksa dibuat oleh seksyen akaun nanti.... banyaklah keje diorang nanti. Mesti diorang pun pening sebab trial balance tak imbang. he he heh



Aku rasalah BPTM sepatutnya semasa taklimat penutupan tu buatlah depan komputer. Ini bagi taklimat macam tu jer. Naik menyampah aku, tukang buat kita tak nampak cam mana sebenarnya yang dia maksudkan tu.








Sunday, December 8, 2013

Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Gaji Min Gaji Maksimun ...

Secara umumnya terdapat 3 prinsip dan keadaan Elaun Pemangkuan adalah seperti di bawah


A. Sekiranya jumlah perbezaan antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai sama atau lebih daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred hakikinya, maka pegawai akan dibayar Elaun Pemangkuan sebanyak perbezaan tersebut. 


Formula
= Gaji Minimum Jawatan Dipangku - Gaji Hakiki Pegawai , > @ = KGT gred hakiki. 
= Elaun Pemangkuan =Sebanyak perbezaan tersebut


Contoh ;


(a) Gaji Gred Hakiki W27  = RM2,327.68

(b) Kadar KGT Gred Hakiki W27 = RM145.00

(c) Gaji Minimum Gred Dipangku W32 = RM2,731.00

(d) Perbezaan (c) - (a)  =  RM2,731.00 - RM2,327.68
                                    =  RM403.32 (lebih besar daripada KGT gred hakiki W27) 

(e) Kadar KGT Gred Dipangku W32 = RM155.00

(f) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana jumlah (d) lebih kecil daripada jumlah (b), Elaun Pemangkuan                                               adalah RM403.32 (perbezaan gaji minimum Gred W32 dengan gaji hakiki                                          pegawai Gred W27) 






B. Sekiranya jumlah perbezaan di antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai kurang daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred hakikinya, Elaun Pemangkuan ialah bersamaan dengan kadar KGT gred jawatan yang dipangku. 

Formula
= Gaji Minimum Jawatan Dipangku - Gaji Hakiki Pegawai , < KGT gred hakiki. 
= Elaun Pemangkuan = Kadar KGT Jawatan Dipangku


Contoh ;


(a) Gaji Gred Hakiki W27  = RM2,617.68

(b) Kadar KGT Gred Hakiki W27 = RM145.00

(c) Gaji Minimum Gred Dipangku W32 = RM2,731.00

(d) Perbezaan (c) - (a)  =  RM2,731.00 - RM2,671.68
                                    =  RM113.32 (kurang daripada KGT gred hakiki W27) 

(e) Kadar KGT Gred Dipangku W32 = RM155.00

(f) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana jumlah (d) lebih kecil daripada jumlah (b), Elaun Pemangkuan adalah
                                      RM155.00 (kadar KGT Gred W32)




C. Sekiranya Gaji Hakiki seseorang pegawai sama atau lebih daripada Gaji Minimum jawatan dipangku, Elaun pemangkuan ialah bersamaan dengan kadar KGT gred jawatan dipangku. 

Formula 
=Gaji Hakiki >= Gaji Minimum Jawatan Dipangku
Elaun Pemangkuan = Kadar KGT Gred Dipangku 


Contoh;-


(a) Gaji Hakiki Gred W27  = RM2,907.08

(b) Gaji minimum gred dipangku W32 = RM2,731.00

(c) Kadar KGT gred dipanku W32 = RM155

(d) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana (b) < (a), ELAUN PEMANGKUAN adalah RM155 (Kadar KGT Gred dipangku W32)





Tahun  Bilangan Tahun Berkhidmat W27 Gaji Hakiki  KGT W27 Gaji Min W32 KGT W32  Elaun Pemangkuan 
2013 5 RM2,327.68 145 RM2,731 155 RM403.32 Prinsip (a)
Okt 2014 6 RM2,472.68 145 RM2,731 155 RM258.32 Prinsip (a)
Okt 2015 7 RM2,617.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip (b)
Okt 2016 8 RM2,762.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2017 9 RM2,907.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2018 10 RM3,052.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2019 11 RM3,197.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2020 12 RM3,342.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )
Okt 2021 13 (Time based W32) RM3,487.68 145 RM2,731 155 RM155.00 Prinsip ( c )






















































http://docs.jpa.gov.my/docs/se/2012/se17052012.pdf

Saturday, December 7, 2013

bilalah aku nak merasa gaji 41 nie.... degree oh degree... rezeki oh rezeki murah la engkau...

 Juruaudit...
ITP - 300
 ITKA - 300
COLA - 300

JGPSkimW money money money






Garis Masa PENDAPATAN KASAR  POTONGAN BULANAN  PENDAPATAN BERSIH  PERATUSAN POTONGAN (%) 
2013 2967.68 1533.72 1433.96 0.517
2014 jun  2967.68 2093.72 873.96 0.706
2014 bayar  2967.68 1673.72 1293.96 0.564
2014 okt 3112.68 2093.72 1018.96 0.673
NAIK 32                                                  3,371.00 2093.72                                            1,277.28 0.621
32 bayar                                                  3,371.00 1673.72                                            1,697.28 0.497
Garis Masa PENDAPATAN KASAR  POTONGAN BULANAN  PENDAPATAN BERSIH  PERATUSAN POTONGAN (%) 
2013 2967.68 1533.72 1433.96 0.517
2014 jun  2967.68 2093.72 873.96 0.706
2014 bayar  2967.68 1673.72 1293.96 0.564
2014 okt 3112.68 2093.72 1018.96 0.673













Bulan Disember yang ditunggu...

1. Nota penutupan akaun dah tengok. Hmmm banyak juga berkaitan pukal dan payment run that have to bear in minds.

2. Penutupan akaun since aku masih bertanggungjawab mengikut prioriti berikut

2.1 Pukal
2.2 Gaji
2.3 Baucar Bayaran


3. Masa X-Mas tu nak OT lah... hi hi hi mahal sikit dapat kan... sukanya saya...


4. Aku rasa aku dah terguna mencecah 2k kot CC aku.... jadinya

4.1 Bonus RM800.00
4.2 OT Nov bayar RM400.00
4.3 OT Dis bayar RM400.00
4.4 OT Jan bayar RM400.00
4.5 OT Feb bayar RM200.00

Sunday, November 3, 2013

Hari Ahad yang mengujakan

Hari ini aku rasa sungguh gembira. Malam tadi tidur kul 12 malam. Bangun kul 6 pagi dah tersedar daripada mimpi. Setengah jam kemudian aku bangun solat subuh dan mengejutkan isteri untuk solat subuh. Selepas itu kami menjalankan tanggungjawab sebagai manusia. Agak-agak dah puas bermalas-malasan, kami bangun. Isteriku terus ke kamar mandi, selepas itu dia menuju ke dapur menyediakan sarapan pagi. Aku pula, bangun pagi siram bunga, selepas itu masukkan kain kotor ke dalam mesin basuh. Kemudian mop lantai. Sedang aku mop lantai anakku ALif bangun dari tidur merenget-renget minta dimanjakan. Selepas itu dia pergi ke dapur dan dipujuk ibunya untuk berada di ruang tamu. Selesai mop lantai aku masuk kamar mandi membersihkan diri. Selesai mandi sarapan, hari ini mee hon goreng dan kerepok lekor goreng buah tangan daripada kakak yang balik Kelantan tempoh hari. Sedapnya kerepok lekor tu, rangup dan rasa tepung bercampur ikannya yang sekata memberikan aroma yang wangi.

Aku memang merancang ke pejabat hari ini, pada mulanya ingat nak kemaskini perjanjian yang telah aku semak semasa tutup akaun dan aku tak sempat nak catat. Sampai opis aku sambung keje semalam iaitu prestasi wujud, batal dan kemaskini pukal IWK, TM dan Syabas. Maklumlah minggu nie kena key in dalam LNPT. Selesai buat itu aku turun ke tingkat 3 dengan membawa kad pintar.


TARIKH
TINDAKAN
PROSES MELALUI HRMIS
1-15 November 2013
Pegawai Yang Dinilai (PYD)
PYD memasukkan pencapaian SKT dan menghantar kepada PPP. Setelah mendapat pengesahan PPP, PYD perlu mengisi butir-butir di Bahagian II (Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi/latihan)
16-22 November 2013
Pegawai Penilai Pertama (PPP)
Meneliti, mengesahkan dan menilai butir-butir yang diisi oleh PYD serta berbincang dengannya mengenai penilaian prestasi dan membuat penilaian prestasi secara online. PPP menghantar penilaian tersebut ke PPK.
23-30 November 2013
Pegawai Penilai Kedua (PPK)
PPK membuat penilaian dan ulasan secara keseluruhan berasaskan laporan yang dibuat oleh PPP dan menyerahkan kepada urus setia di Bahagian/Jabatan/Agensi.
15 Disember 2013
Urusetia Bahagian/ Jabatan/Agensi
Menyelaras dan menyerahkan pelaporan LNPT serta pencalonan PPC dan APC 2013 kepada urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JPM

Masa aku buat baucar, Bos Unit Gaji bagitau dia nak suruh aku buat tiga perkara berikut

1. Payment Run Gaji
2. Semak Edit

Lepas tu aku jumpa dia balik bagitau bahawa aku serba salah sebabnya yang minta dengan Mantan Ketua Akauntan JPM dulu adalah kawan aku. Tetiba aku plak kena offer, jadi aku cuba bagi alternatif bahawa aku akan ambil semula keje semak dan lulus baucar PTJ lama aku dan kawan aku fokus buat gaji.


Entahlah rutin harian aku sekarang

7.30 - 8.00 pagi - Laporan Pembayaran 1 Juta (kalau aku balik selepas pukul 5.30 petang aku buat terus petangnya maknanya pagi tu aku terus semak baucar bayaran amaun besar).

8.00 - 8.45 pagi - Semak baucar bayaran, semak keje pukal , kalau ada fail pukal masuk kenalah buat.

8.45 - 9.00 pagi - masa nielah perut aku memulas nak melabur

9.00 - 12.30 tengahari - semak baucar / semak fail pukal / simulasi / proses

12.30 - 1.00 petang - post  BB

1.00 - 2.00 petang - luchtime

1.45 - 2.00 atau 2.00 - 2.15 Solat Zohor

2.00 - 2.30 - payment run EFT dan Cek

2.30 - 3.00 petang - Semak CHNI / print laporan SP01 / Setting Spool cek

3.00 - 4.00 petang - cetak cek dan ambik laporan

4.00 - 4.30 petang - Semak bb / proses bil pukal

4.30 - 5.30 petang - payment run / emel pukal /

5.30 - 6.00 petang - Laporan Bayaran 1 Juta


Sebulan ada 21 hari bekerja, dan biasanya aku akan uruskan 10 agensi pukal setiap bulan.

Biasanya ;

Minggu pertama - TNB (0001) / PJH (1301,1303,1305)

Minggu Kedua - MAS (0003) / SYABAS (0002) /

Minggu Ketiga - Spanco (0007) / Touch 'n Go (0020) / Smartpay Petronas (0012) / TM (4017)

Minggu keempat - Air Asia (0014) / Shell / IWK (0010) /

Untuk pengurusan pukal nie aku merujuk kepada SP ANM Bil. 3/2009

Sistem Bayaran Pukal adalah satu sistem bayaran bil secara berpusat bagi sesuatu tempoh untuk tahun kewangan semasa. Pembayaran dibuat oleh Pejabat Perakaunan.

AGENSI PUKAL merujuk kepada pembekal bekalan/ perkhidmatan yang diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Ibu Pejabat) untuk menyertai SBP.

Perenggan 3 SP ANM 3 2009 ini menyentuh Prosedur Sistem Bayaran Pukal

3.1 Pengwujudan / Pembatalan Akaun Pukal oleh PTJ
3.1.1 PTJ perlu memastikan sebarang pembayran bil-bil semasa yang melibatkan Agensi Pukal selepas tarikh kuatkuasa SBP hendaklah dibuat di bawah SBP.

3.1.2 PTJ perlu mengenalpasti Agensi Pukal dan menentukan vot/ akaun perbelanjaan serta member kuasa kepada Pejabat Perakaunan untuk membuat pembayaran dan mempertanggungkan pembayaran ke akaun perbelanjaan PTJ.

3.1.3 PTJ hendaklah mengemaskini perubahan-perubahan berkenaan pengwujudan/ pembatalan akaun pukal di Modul Penyelenggaraan Bukan DCS (eSPKB) bagi akaun pukal yang melibatkan waran perjalanan udara awam.

3.1.4 PTJ hendaklah menyemak ketepatan maklumat akaun pukal apabila menerima Akaun Pukal Yang Dipertanggungkan ( Laporan BP20 ) daripada Pejabat Perakaunan dan memaklumkan Pejabat Perakaunan serta Agensi Pukal sekiranya berlaku kesilapan.


3.2 INVOIS/ BIL

3.2.1 PTJ hendaklah memastikan invois/ bil bulanan diterima dari Agensi Pukal.

3.3 PEMBAYARAN

3.3.1 Pejabat Perakaunan akan membuat pembayaran kepada Agensi Pukal atas maklumat yang diberikan oleh Agensi Pukal berkenaan.

3.3.2 Semua tunggakan invois/ bil sebelum SBP dilaksanakan perlu diselesaikan oleh PTJ melalui baucar berasingan.

3.3.3 Bayaran di bawah SBP adalah bagi invois / bil tahun semasa sahaja. Tunggakan invois/ bil tahun lepas perlu diselesaikan oleh PTJ melalui baucar berasingan.

3.3.4 Mana-mana Invois/ Bil yang tidak dibayar dalam bulan berkenaa, dianggap sebagai tunggakan dan perlu dimasukkan ke dalam invois/ bil bulan berikutnya untuk dibuat pembayaran oleh Pejabat Perakaunan.

3.3.5 Invois/Bil bulan Disember akan dibayar oleh Pejabat Perakaunan dalam tempoh AKB. Invois/ bil bulan tersebut yang tidak dijelaskan dalam tempoh AKB, dianggap sebagai tungguakan dan perlu dijelaskan oleh PTJ melalui Baucar Bayaran berasingan dalam tahun berikutnyal.

3.4 PENYEMAKAN INVOIS / BIL

3.4.1 PTJ hendaklah menyemak semua Invois / bil yang diterima daripada Agensi Pukal dan mengesahkan bahawa segala amaun yang dikenakan adalah betul. Sebarang kesilapan pengebilan hendaklah dirujuk terus kepada Agensi Pukal yang berkenaan.

3.4.2 PTJ hendaklah menyemak invois/bil yang diterima daripada Agensi Pukal dengan Laporan Terperinci Pembayaran Pukal (Laporan BP21) yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan.

3.4.3 Sebarang Pertanyaan mengenai perbezaan amaun dalam Laporan BP21 dengan dengan yang tercatit dalam invois/bil hendaklah dimajukan kepada Agensi Pukal berkenaan untuk pelarasan dalam invois/ bil pukal/ bil pukal berikutnya.

3.4.4 PTJ perlu membuat tuntutan keatas amaun yang telah tersilap bayar kepada Agensi Pukal yang berkenaan bagi byaran yang dibuat ke atas ;

i. perkhidmatan / bekalan yang tidak dibekalkan;
ii. akaun yang tidak wujud di PTJ berkenaan; atau
iii. bil yang terlebih caj (overbilling ) oleh Agensi Pukal

3.4.5 PTJ hendaklah mengecop "TELAH DIBAYAR" pada bil-bil yang telah dibayar untuk mengelakkan bayaran dua kali.


3.5 PENGEMASKINIAN DAN PENYEMAKAN LAPORAN HARIAN AMANAH/ HASIL/ VOT (LAPORAN BV381) /BUKU VOT

3.5.1 PTJ eSPKB hendaklah menyemak dan memastikan Laporan BV381 telah dikemaskini dengan maklumat di Laporan BP21 yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan setiap bulan.Sekiranya maklumat berkenaan tidak dikemaskini, PTJ berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Perakaunan untuk diambil tindakan.

3.5.2 PTJ yang masih belum melaksanakan eSPKB hendaklah mengemaskini Buku Vot dengan maklumat di Laporan BP21.

3.5.3 PTJ hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Perakaunan dengan segera sekiranya terdapat kesilapan/ perubahan kod perakaunan dengan mengisi Borang Permohonan Mengubah Kod Perakaunan - Sistem Bayaran Pukal (Kew. 311). PTJ juga hendaklah mengemaskini perubahan-perubahan berkenaan di Modul Penyelenggaraan Bukan DCS (eSPKB) bagi akaun pukal yang melibatkan waran perjalanan udara awam.

3.5.4 PTJ hendaklah menyelaraskan kesilapan caj kod perakaunan dengan mengemukakan baucar ke Pejabat Perakaunan yang membuat pembayaran.


3.6 KAWALAN PERUNTUKAN

3.6.1 Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab memastikan peruntukan sentiasa mencukupi untuk menjelaskan pembayaran bil-bil pukal dengan menyemak baki peruntukan berdasarkan Laporan Terperinci Pembayaran Pukal (Laporan BP21).


itu petikan daripada pekeliling ...


Sekarnag nie aku risau sebabnya

1. Setiap kali penghantaran borang Kew 310 aku kena peruntukan masa
- cari fail
- semak budcons
- semak ketetapatan pengisian borang oleh PTJ
- kuiri jika perlu
- sediakan surat iringan
-\fotostat apa yang perlu


2. Manakala kalau terima borang Kew 311
- semak ketepatan data
- semak budcon
- ZRAP025 kemaskini
- cetak BP20


3. Sebulan sekali kena dapatkan spool laporan BP20 (zrap005) dan BP21 (Zrap006) untuk diserahkan kepada unit ICT.





Harap aku boleh lalui....


esok semak buletin gfmas untuk dapatkan nota GFMAS payroll