Thursday, March 24, 2016

Cuti di Hari Gaji

Bestnya cuti... 

Hari ini terpaksa cuti sebab pengasuh balik kampung persediaan kenduri kahwin keluarga terdekatnya. Semalam sebelum balik dah isi permohonan cuti rehat tu, tapi W27 baru diarahkan ke kursus yang adakan di kompeks C. Nasib baik Ayien tolong. Hmmm... 

Cite pasal cuti hari inilah. Anak-anak masing-masing bangun lambat hari ni kul 8.30 baru bangun. Sambil masukkan kain ke dlam mesin basuh aku pun baring-baring sebelah anak-anak sambil mengacau-ngacau CT yang masih nyenyak tidur. Bila anak-anak dah bangun kami pun makan sarapan yang telah disedikan ibu merekan bihun goreng. Anak-anak makan macam tak selera sangat, sib baik ada ayam goreng lebihan malam tadi. Najmi makan ayam itu jer. 


Selepas tu ajak diorang mandi sama-sama, cuaca panas ni kalau mandi memanglah best sangat. Selepas tu tengok tv, last2 aku beli astro best cite kartun Good Dinosour dan cite kartun apa tah... anak-anak pun layan jer cite tu sampai kul 12. Selepas tu kami bersiap ke Alamanda... nak ambik duit untuk bayar itu ini kan. Selepas tu makan ais krim. 

Dah alang-alang ke Alamanda kamipun tuju ke Aeon Big servey harga barang. Lepas tu belilah barang keperluan sikit. Ct dan Najmi nampak keletihan dan kehausan. Selepas urusan bayaran aku bagi minum air kotak milo. Selepas tu terus balik umah. Tadi ingat nak beli bubur ayam tapi nampak ramai manusia beratur tak jadi beli dan terus ke kereta. Balik umah masak mee segera. Diorang memang suka mee, lajulah makan masing-masing. Cuma Ct nampak tak makan sangat. Aku pun buat susu untuk CT. 

Dah pukul empat masing-masing tak tido lagi. Padahal dah mandikan selepas makan tadi. Paksa Ct tidur masukkan dalam buai elektrik. Najmi plak aku bobok ngan aku sekali tertido. Alhamdulillah tido juga lima belas minit aku. Bangun gi tandas sekejap jer orang azan asar. Tut tut ibu Najmi dah balik. Masa tu aku sedang memanusiakan diri dalam tandas. 

Ok... malam ni nak gi cari stok susu anak kat Sogo. 

No comments:

Post a Comment