Sunday, November 3, 2013

Hari Ahad yang mengujakan

Hari ini aku rasa sungguh gembira. Malam tadi tidur kul 12 malam. Bangun kul 6 pagi dah tersedar daripada mimpi. Setengah jam kemudian aku bangun solat subuh dan mengejutkan isteri untuk solat subuh. Selepas itu kami menjalankan tanggungjawab sebagai manusia. Agak-agak dah puas bermalas-malasan, kami bangun. Isteriku terus ke kamar mandi, selepas itu dia menuju ke dapur menyediakan sarapan pagi. Aku pula, bangun pagi siram bunga, selepas itu masukkan kain kotor ke dalam mesin basuh. Kemudian mop lantai. Sedang aku mop lantai anakku ALif bangun dari tidur merenget-renget minta dimanjakan. Selepas itu dia pergi ke dapur dan dipujuk ibunya untuk berada di ruang tamu. Selesai mop lantai aku masuk kamar mandi membersihkan diri. Selesai mandi sarapan, hari ini mee hon goreng dan kerepok lekor goreng buah tangan daripada kakak yang balik Kelantan tempoh hari. Sedapnya kerepok lekor tu, rangup dan rasa tepung bercampur ikannya yang sekata memberikan aroma yang wangi.

Aku memang merancang ke pejabat hari ini, pada mulanya ingat nak kemaskini perjanjian yang telah aku semak semasa tutup akaun dan aku tak sempat nak catat. Sampai opis aku sambung keje semalam iaitu prestasi wujud, batal dan kemaskini pukal IWK, TM dan Syabas. Maklumlah minggu nie kena key in dalam LNPT. Selesai buat itu aku turun ke tingkat 3 dengan membawa kad pintar.


TARIKH
TINDAKAN
PROSES MELALUI HRMIS
1-15 November 2013
Pegawai Yang Dinilai (PYD)
PYD memasukkan pencapaian SKT dan menghantar kepada PPP. Setelah mendapat pengesahan PPP, PYD perlu mengisi butir-butir di Bahagian II (Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi/latihan)
16-22 November 2013
Pegawai Penilai Pertama (PPP)
Meneliti, mengesahkan dan menilai butir-butir yang diisi oleh PYD serta berbincang dengannya mengenai penilaian prestasi dan membuat penilaian prestasi secara online. PPP menghantar penilaian tersebut ke PPK.
23-30 November 2013
Pegawai Penilai Kedua (PPK)
PPK membuat penilaian dan ulasan secara keseluruhan berasaskan laporan yang dibuat oleh PPP dan menyerahkan kepada urus setia di Bahagian/Jabatan/Agensi.
15 Disember 2013
Urusetia Bahagian/ Jabatan/Agensi
Menyelaras dan menyerahkan pelaporan LNPT serta pencalonan PPC dan APC 2013 kepada urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JPM

Masa aku buat baucar, Bos Unit Gaji bagitau dia nak suruh aku buat tiga perkara berikut

1. Payment Run Gaji
2. Semak Edit

Lepas tu aku jumpa dia balik bagitau bahawa aku serba salah sebabnya yang minta dengan Mantan Ketua Akauntan JPM dulu adalah kawan aku. Tetiba aku plak kena offer, jadi aku cuba bagi alternatif bahawa aku akan ambil semula keje semak dan lulus baucar PTJ lama aku dan kawan aku fokus buat gaji.


Entahlah rutin harian aku sekarang

7.30 - 8.00 pagi - Laporan Pembayaran 1 Juta (kalau aku balik selepas pukul 5.30 petang aku buat terus petangnya maknanya pagi tu aku terus semak baucar bayaran amaun besar).

8.00 - 8.45 pagi - Semak baucar bayaran, semak keje pukal , kalau ada fail pukal masuk kenalah buat.

8.45 - 9.00 pagi - masa nielah perut aku memulas nak melabur

9.00 - 12.30 tengahari - semak baucar / semak fail pukal / simulasi / proses

12.30 - 1.00 petang - post  BB

1.00 - 2.00 petang - luchtime

1.45 - 2.00 atau 2.00 - 2.15 Solat Zohor

2.00 - 2.30 - payment run EFT dan Cek

2.30 - 3.00 petang - Semak CHNI / print laporan SP01 / Setting Spool cek

3.00 - 4.00 petang - cetak cek dan ambik laporan

4.00 - 4.30 petang - Semak bb / proses bil pukal

4.30 - 5.30 petang - payment run / emel pukal /

5.30 - 6.00 petang - Laporan Bayaran 1 Juta


Sebulan ada 21 hari bekerja, dan biasanya aku akan uruskan 10 agensi pukal setiap bulan.

Biasanya ;

Minggu pertama - TNB (0001) / PJH (1301,1303,1305)

Minggu Kedua - MAS (0003) / SYABAS (0002) /

Minggu Ketiga - Spanco (0007) / Touch 'n Go (0020) / Smartpay Petronas (0012) / TM (4017)

Minggu keempat - Air Asia (0014) / Shell / IWK (0010) /

Untuk pengurusan pukal nie aku merujuk kepada SP ANM Bil. 3/2009

Sistem Bayaran Pukal adalah satu sistem bayaran bil secara berpusat bagi sesuatu tempoh untuk tahun kewangan semasa. Pembayaran dibuat oleh Pejabat Perakaunan.

AGENSI PUKAL merujuk kepada pembekal bekalan/ perkhidmatan yang diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Ibu Pejabat) untuk menyertai SBP.

Perenggan 3 SP ANM 3 2009 ini menyentuh Prosedur Sistem Bayaran Pukal

3.1 Pengwujudan / Pembatalan Akaun Pukal oleh PTJ
3.1.1 PTJ perlu memastikan sebarang pembayran bil-bil semasa yang melibatkan Agensi Pukal selepas tarikh kuatkuasa SBP hendaklah dibuat di bawah SBP.

3.1.2 PTJ perlu mengenalpasti Agensi Pukal dan menentukan vot/ akaun perbelanjaan serta member kuasa kepada Pejabat Perakaunan untuk membuat pembayaran dan mempertanggungkan pembayaran ke akaun perbelanjaan PTJ.

3.1.3 PTJ hendaklah mengemaskini perubahan-perubahan berkenaan pengwujudan/ pembatalan akaun pukal di Modul Penyelenggaraan Bukan DCS (eSPKB) bagi akaun pukal yang melibatkan waran perjalanan udara awam.

3.1.4 PTJ hendaklah menyemak ketepatan maklumat akaun pukal apabila menerima Akaun Pukal Yang Dipertanggungkan ( Laporan BP20 ) daripada Pejabat Perakaunan dan memaklumkan Pejabat Perakaunan serta Agensi Pukal sekiranya berlaku kesilapan.


3.2 INVOIS/ BIL

3.2.1 PTJ hendaklah memastikan invois/ bil bulanan diterima dari Agensi Pukal.

3.3 PEMBAYARAN

3.3.1 Pejabat Perakaunan akan membuat pembayaran kepada Agensi Pukal atas maklumat yang diberikan oleh Agensi Pukal berkenaan.

3.3.2 Semua tunggakan invois/ bil sebelum SBP dilaksanakan perlu diselesaikan oleh PTJ melalui baucar berasingan.

3.3.3 Bayaran di bawah SBP adalah bagi invois / bil tahun semasa sahaja. Tunggakan invois/ bil tahun lepas perlu diselesaikan oleh PTJ melalui baucar berasingan.

3.3.4 Mana-mana Invois/ Bil yang tidak dibayar dalam bulan berkenaa, dianggap sebagai tunggakan dan perlu dimasukkan ke dalam invois/ bil bulan berikutnya untuk dibuat pembayaran oleh Pejabat Perakaunan.

3.3.5 Invois/Bil bulan Disember akan dibayar oleh Pejabat Perakaunan dalam tempoh AKB. Invois/ bil bulan tersebut yang tidak dijelaskan dalam tempoh AKB, dianggap sebagai tungguakan dan perlu dijelaskan oleh PTJ melalui Baucar Bayaran berasingan dalam tahun berikutnyal.

3.4 PENYEMAKAN INVOIS / BIL

3.4.1 PTJ hendaklah menyemak semua Invois / bil yang diterima daripada Agensi Pukal dan mengesahkan bahawa segala amaun yang dikenakan adalah betul. Sebarang kesilapan pengebilan hendaklah dirujuk terus kepada Agensi Pukal yang berkenaan.

3.4.2 PTJ hendaklah menyemak invois/bil yang diterima daripada Agensi Pukal dengan Laporan Terperinci Pembayaran Pukal (Laporan BP21) yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan.

3.4.3 Sebarang Pertanyaan mengenai perbezaan amaun dalam Laporan BP21 dengan dengan yang tercatit dalam invois/bil hendaklah dimajukan kepada Agensi Pukal berkenaan untuk pelarasan dalam invois/ bil pukal/ bil pukal berikutnya.

3.4.4 PTJ perlu membuat tuntutan keatas amaun yang telah tersilap bayar kepada Agensi Pukal yang berkenaan bagi byaran yang dibuat ke atas ;

i. perkhidmatan / bekalan yang tidak dibekalkan;
ii. akaun yang tidak wujud di PTJ berkenaan; atau
iii. bil yang terlebih caj (overbilling ) oleh Agensi Pukal

3.4.5 PTJ hendaklah mengecop "TELAH DIBAYAR" pada bil-bil yang telah dibayar untuk mengelakkan bayaran dua kali.


3.5 PENGEMASKINIAN DAN PENYEMAKAN LAPORAN HARIAN AMANAH/ HASIL/ VOT (LAPORAN BV381) /BUKU VOT

3.5.1 PTJ eSPKB hendaklah menyemak dan memastikan Laporan BV381 telah dikemaskini dengan maklumat di Laporan BP21 yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan setiap bulan.Sekiranya maklumat berkenaan tidak dikemaskini, PTJ berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Perakaunan untuk diambil tindakan.

3.5.2 PTJ yang masih belum melaksanakan eSPKB hendaklah mengemaskini Buku Vot dengan maklumat di Laporan BP21.

3.5.3 PTJ hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Perakaunan dengan segera sekiranya terdapat kesilapan/ perubahan kod perakaunan dengan mengisi Borang Permohonan Mengubah Kod Perakaunan - Sistem Bayaran Pukal (Kew. 311). PTJ juga hendaklah mengemaskini perubahan-perubahan berkenaan di Modul Penyelenggaraan Bukan DCS (eSPKB) bagi akaun pukal yang melibatkan waran perjalanan udara awam.

3.5.4 PTJ hendaklah menyelaraskan kesilapan caj kod perakaunan dengan mengemukakan baucar ke Pejabat Perakaunan yang membuat pembayaran.


3.6 KAWALAN PERUNTUKAN

3.6.1 Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab memastikan peruntukan sentiasa mencukupi untuk menjelaskan pembayaran bil-bil pukal dengan menyemak baki peruntukan berdasarkan Laporan Terperinci Pembayaran Pukal (Laporan BP21).


itu petikan daripada pekeliling ...


Sekarnag nie aku risau sebabnya

1. Setiap kali penghantaran borang Kew 310 aku kena peruntukan masa
- cari fail
- semak budcons
- semak ketetapatan pengisian borang oleh PTJ
- kuiri jika perlu
- sediakan surat iringan
-\fotostat apa yang perlu


2. Manakala kalau terima borang Kew 311
- semak ketepatan data
- semak budcon
- ZRAP025 kemaskini
- cetak BP20


3. Sebulan sekali kena dapatkan spool laporan BP20 (zrap005) dan BP21 (Zrap006) untuk diserahkan kepada unit ICT.





Harap aku boleh lalui....


esok semak buletin gfmas untuk dapatkan nota GFMAS payroll






No comments:

Post a Comment