Salam berbaju batik,
Hari ni rasa semua benda tak kena. PC baru format banyak tak leh buat lagi, nak buat larian bayaran pun susah. Kebetulan ada staff MC gunalah pc staff tu. Tapi tak best la asyik ada orang kacau jer, ye lah PTJ nak ambik dokumen kan. Sabar jer lah. Sampai satu tahap kena buat larian bayaran tu, aku sebenarnya risau pisang berbuah dua kali kalau tak buat hati2 masa payment run ni. Masa bulan Julai tempoh hari aku tersilap masa payment run susah gila nak selesaikan. Tetiba dapat panggilan daripada pegawai F44 cuti belajar bergaji penuh dengan biayaan JPA... dah banyak kali aku bercakap telefon dengan pegawai ni, kali ni bila aku angkat telefon dia siap nak mengajar aku apa patut aku buat nak handle kes macam dia. Katanya dia dah telefon LHDN untuk dapatkan penjelasan, customer service LHDN memang bengong la dok salahkan kitorang, pelik betul padahal dah swasta tu tapi tahap kebengongan tu pergh.... geram tul.
Pegawai ni pula background IT, aku suruh cuba godek-godek sendiri calculator PCB sampai ke sudah dia tak buat. Sakit tul hati aku. Kalau tak sibuk mesti aku dah buat, ini aku pun kebetulan sibuk gila nak buat larian gaji. Apa yang dia tak puas hati sebenarnya adalah pada gaji bulan September ada bayaran tunggakan sebanyak RM500, sekali PCB kena dalam RM479. Gaji pegawai ICT ni memangla mahal nak dibandingkan gaji pegawai lain kalau basic dia dah dekat 4ribu darabkan dengan 9 bulan memanglah dah lebih RM35000. Tambah pula tunggakan tu lagilah dia kira pcb untuk bulan tu jer. Aku rujuk juga HQ kami, katanya kalau bawah RM35k PCB kena 5% bila dah lebih RM35K pendapatan terkumpul maka PCB kena 10%. Namun begitu nilai PCB ni dia tengok pula status perkahwinan dan tanggungan kita.
Aku nak cepat nak kejar masa untuk hantar buku supaya Unit Bayaran boleh cetak cek. Dia plak dok sibuk push aku. Boleh tanya aku keje berapa tahun... malas aku nak jawab, lepas tu cakap dia nak cakap dengan bos aku,,, dan siap ugut suh buatkan PCB tu untuk dia kalau tak nak bagitau bos aku. Hadoi... yelah kau tengah sedap cuti belajar bergaji penuh kan... sedaplah, ingat awak sorang jer aku nak hadap. Prioriti run gaji bulan 10 lagi tinggi daripada dok layan pegawai macam tu. Stress gila... aku suh dia emel, dia suh aku emel... last2 aku malas nak layan aku minta emel dia, serabut betul la... hangin dah aku masa tu... siap ambik emel, aku cakap nanti saya emel selepas saya selesaikan run gaji oktober, dia boleh sound aku pastikan emel dia hari ni jugak kalau tak nak bagitau bos.
Letak jer telefon, keluarlah kata2 kesat dari mulut aku... aku memang jenis tak sabar, kejahatan mulutku terserlah di hadapan orang bawahanku... aku memang jenis gitu tak sabar dan tak simpan... nak marah marah jer... hadoi...
Sebenarnya aku nak berubah, dah tak nak macam ni lagi, tapi kalau dah stress dan orang tak reti bahasa kita tengah dok sibuk buat benda yang lebih penting, kenapalah dia buat aku begitu...
Pukul 11 pagi gi nak ambik salinan fail daripada bilik fail. Sekali, pc bilik server plak macam tak nak ngan aku... rilek kejap update fb jap.... tarik nafas.... senyum... gi jumpa pegawai ICT kat tempat aku pula minta tolong. Sabar menanti sepuluh minit kemudian baru datang.
Stressnya rasa hari ni... tapi syukurlah selepas itu aku berjaya mengawal diri ... aku jumpa juga lampu hijau... korang tahu apa... makan kueh ketayap warna hijau... terus mood aku ok... sambil tu minum air kosong banyak2 bagi oksigen masuk dalam otak aku.
No comments:
Post a Comment